Sampai JB jer teringat kawan aku A ( nama rahsialah) yang baru2 ni dirikan masjid buat kali ke 2.
Semoga jodohnya kekal ke akhir hayat. A ni bukan janda bercerai, tapi suami pertamanya meninggal masa anak dia umur 5 bulan. Bak kata orang wangi lagi bau perkhawinan tu, dah kena tinggal.
Ada kisah tragis selepas kematian suami A ni, aku pun kena tempiasnya.
Sedeh sesangat masa tu.
Erm..A kawan aku abang B pun kawan aku gak, tapi abang B ni aku kenal since umur aku bebudak dulu. Masa umur angka 1, sekarang umur dah angka 3 tua sudah.
Jauh beza umur kitao orang, kira cam adik ngan abanglah.
No feling2 eh..tu lah agaknya kawan2 aku dok kata aku ni hati batu tak ada perasaan.
Ha..ha...susah nak cakap masa tu tak jumpa yang betul2 berkenan tu yang hati cam batu.
Abang B ni pada aku baik sangat, walaupun muka ganas cam gengster ropol2 muahahaaaaa...
We all bukan abang angkat adik angkat, tak mainlah declare lagu tu..
cuma hubungan kami memang baik
Ingat lagi sebab dialah aku dapat tiket pas VVIP konsrt Ella dulu,
tak silap tahun 1996 kot, masa tu dia biz transport.
Mana dia dapat tiket tu aku tak tanya pulak.
Ada beberapa tahun aku cam lost contact ngan abang B ni,
tak silap dalam 4,5 tahun. memang tak jumpa, tak tu mana dia hilang,
Tetiba ghaib..alih2 lepas aku khawin aku terjumpa dia kat Larkin, JB.
Masa tu au nak ke Spore ngan mak aku nek bus. Ohh...rupanya dia skg bawak pawanca (teksi sapu dari JB ker Spore disebut Pawanca kat JB
lepas biz transport dia jual share ngan kawan dia.
Kurus, cengkung cam orang sakit...rupa2 nya abang B merana wife dia meninggal excident.
Masa aku jumpa tu wife dia dah setahun meninggal..
sedehnya..khawin pun tak lama juga baru nak masuk setahun, excident depan umah katanya. Kesiannya..patutlah kurus kering badannya. Merana rupanya...
So dalam beberapa bulan tu aku terjumpa lagi masa kat Larkin
(kat sini memang tempat pawanca, kalau yang dok ulang alik Jb -Spore lalu larkin sure tau)
tetiba dia tanya aku..
"dik tak ada ker kawan2 nak rekmen ngan abang"
huk aloh..nak tekuar isi aku..bukan apa..cam tak caya..
sebab aku tau dia lelaki yang baik maka aku
pun kenalkan ngan kawan aku yang single mingle lagi (cam egen cari jodoh gitewww...)
aku kenalkan ler ngan si A ni he..he..baik tau si A ni..
nama je orang JB semua mak ayah masih pantau.
Aku suh dia call..& follow the flow.. coz kawan aku ni susah sikit hatinya..
line2 aku gak lah beku.
He..he..lama gaklah tak dengo ceta derang ni..
sebab aku amat jarang ke Larkin kalau tak ada apa hal sangat.
Dalam 7, 8 bulan tetiba si A hantar msg jemput datang majlis nikah dia ngan abang B.
Alhamdulillah kuat ghupanya jodoh derang ni ek..
(kalau ada komisyen dah dapat komisyen dah ni muahahaaa......)
Mudah-mudahan jodohnya kekal bahagia ke akhir hayat amin...
Puasa ke berapa ntah aku tak ingatlah, tahun 2008 aku dapat call dari A,
masa ni aku kat kampung mertua & masa ni juga baru beberapa bulan aku dok KL
A call nangis2 bagi tau abang B dah tak ada. ingat lagi ayat dia
"kak...abang B dah tak ada kak..." ayat ni buat aku nak pengsan sesangat.
Cam tak caya jer. Sebab baru seminggu lepas aku gi Changi Airport
dari JB nek pawanca abang B ni.
Excited sangat masa ni dia ceta pasal anak dia yang chomelll sesangat tu.
Sepanjang hampir 2 jam tu memang banyaklah yang kami dok sembangkan.
Tup..tup..dapat berita dia dah tak ada...
Innalillah - Al Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman amin....
Sebalik berita ni ada kisah rupanya, kan aku yang rekmen depa berdua
(actually dah tertulis jodohnya di sidratulmuntaha sejak kita diberi nyawa dalam kandungan lagi cuma ini cara pertemuan mereka)
soalan dari A buat aku lagi rasa nak pengsan dari berita yang pertama.
"akak tau tak abang B ada wife lain...???" kalau korang dengar soklan ni apa nak jawap ek..???
Aku rasa soklan tulah yang buat banyak sangat bintang2 atas kepala aku sampai aku rasa
pening + nak muntah. Seriussss....aku panik jap..
"akak tak tau..." seingat aku tu jer yang aku jawap tu pun sangat slow suara aku...,
cam tak terkeluar...sebelum aku tengok bintang makin bertambah....
"akak dia ada wife lain....saya ni yang no 4 kak... tapi yang sorang tu dah meninggal "
Masa ni aku dah tak ingat apa dah... blank....
Cuma Mr hubby aku kata, aku dok panggil2 dia..ya kerr...
ntah ek tapi aku memang cam hilang ingatan jap.
Mana tak hilang ingatan ko..kalau dengo berita bini no 4 tu.
Pulak tu aku yang kenalkan abang B kat A ni.
Kalau aku tau abang B ada wife lain tak kanlah aku nak bagi kan..
gilerrrr nak kenalkan laki orang ngan anak dara yang bergetah cam A tu..
lainlah anakdara tak sedar diri kan desprete mungkinlah kot..
sapu jer hak orang..kata anak sedara aku si Nina tu "no shamelah.."
bila seme dah cool skit..aku tanya A mana dia tau semua ni..
A kata semua wife dia datang masa kebumikan jenazah tu.
Tapi aku sempat juga cakap..
"A..sebab abang B baiklah akak kenalkan dengan awak,
akak memang kenal dia lama tapi akak tak tau pun dia ada wife lain,
kalau akak tau dia dah kawin tak kan akak nak kenalkan dengan awak"
lepas tu aku nangis...aku nangis bukan sebab A marah2.
A tak marah..tapi aku rasa kesal apa yang berlaku.
A memang sangat cool & lembut orangnya.
Bayangkan tak apa aku rasa waktu tu, rasa bersalah sangat pada A,
walaupun A kata dia tak salahkan aku tapi aku sangat2 rasa bersalah..
Aku tak terkata saat tu. Cuma kalau A depan aku waktu tu,
aku pastikan kakaknya akan memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang mohon maaf.
Rasa sedeh..sesangat.
Lebih rasa bersalah pada anak yang tak tau apa2 tu. siannya anak A..
baru 5 bulan kenal ayahnya.
Macamana aku nak selam perasaan seorang perempuan yang
kehilangan suami dan mendapat berita dirinya tertipu ya..???
aku sedeh sangat. Kalau A nak marah...pada siapa..
dan untuk siapa kemarahan tu...????
ada erti ker kemarahan tu..??? Ya Allah...berikan kekuatan pada A
Ya Allah..berikan ketabahan dalam dirinya, berikan ketenangan ya Allah..
Lama aku nak pulihkan keadaan yang aku rasa aku pun terjebak sama ngan perasaan A.
Boleh kata hari2 aku sms A, tak sabar aku nak jumpa A.
Masa tu tak ada pulak Mr Hubby ni dapat job kat JB
Memanjang dapat Job kat Indonesia.
Aku sangat rasa bersalah pada A dan keluarganya.
Kehilangan insan yang kita sayang memang tak kita jangkakan..
bila2 saja boleh terjadi.
Tapi penipuan itu yang sangat2 menyakitkan hati.
lebih2 lagi orang yang menipu kita dah pegi membawa seribu satu jawapan.
Cuma dia dan Allah sahaja yang tahu kenapa dan
mengapa dan kenapa tentang persoalan yang tak ada jawapan tu..
Lebih sedeh bilamerah kubur arwah abang B belum pudar
isteri2 arwah datang menuntut harta pada A.
Erm...abang B dah ada cucu dan anak2 dari isteri2
yang lain ada yang lebih tua dari A.
Sampaikan baju2 arwah pun isteri2 nya minta..
aku tak taulah samada isteri2nya ni tau tak masa arwah nak kawin ngan A.
Tak tergamak aku nak tanya soalan tu pada A.
Kata A masa dia kawin ngan arwah,
arwah cuma ada kereta cap ayam yang dah hampir nak ditarik,
A yang tolong arwah settlekan kat bank.
Bila semua dah tenang baru arwah beli SUV atas nama A untuk dijadikan pawanca.
Memang nampak ada 3 biji kereta,
tapi kata A kereta cap Malaysia dia tu dia yang beli since 5 tahun lepas
sebelum dia kenal arwah lagi.
Dari bulan pertama sampai pembayaran terakhir dia settlekan sendiri
So ada hak ker isteri2 arwah ni..???
SUV tu nama A, kalau bagi isteri2nya boleh ker depa2 bayar bulan2 yang masih berbulan2 lagi tu..??
Nama A tau kalau tak bayar kang busuk plak nama A ni.
At least arwah tak ada SUV tu masih boleh dijadikan pawanca yang akan A upah nanti.
Satu lagi kereta cap Malaysia juga tu A juga yang settlekan paymentnya..
Tak kan isteri2nya nak ambik.
So apa yang tinggal untuk A & anaknya yang msih kecik tak tau apa2 tu..???
Bila A minta pendapat aku.
Aku suruh dia call kawan aku (Lawyer – top 10 kat JB) Tanya pendapat dia.
Cuma kalau ada KWSP ker…tanah ker..saving ke kata A dia tak nak tau..
dan tak nak pun bahagiannya. Yang ni nak ambik ambiklah..
tapi baju2 arwah memang A tak nak bagi kat isteri2 nya yang 2 orang tu,
kata A itu kenangan dia ngan arwah selain zuriat yang sangat chomell tu.
Sedeh kan…
Kata A sedeh ditinggalkan tak sama dengan sedeh bila dia rasa tertipu.
A..maafkan akak…
akak betul2 tak tau arwah ada isteri lain..
kalau akak tau sumpah akak tak kenalkan ngan awak.
Percayalah A, sebab arwah baiklah (menurut aku) akak kenalkan dengan awak.
A kata macamana dia nak cari kebenaran bila semakin hari makin banyak yang jadi persoalan.
Lebih tertekan semakin banyak pula yang cerita2 tentang arwah yang buat A
rasa sangat-sangat sakit hati & jiwa.. A…macamanan akak nak tolong ya..
Akhirnya ini yang terkeluar dari A
“Kak A jijik kak jijik sangat ngan arwah…” astagfirullah…tapi Cuma terlepas dalam hati.
“A tak sangka selama ni arwah tipu A,
A tak pernah curiga pun ngan arwah..
sekalipun tak ada..A pun tak pernah tanya banyak
kalau arwah tak balik hanta orang gi memana”
Bintang2 dulu dating balik atas kepala ni..mamai..sangat mamai..
Tapi aku salute kat A yang sangat2 tabah ini.
Aku tak boleh salahkan A bila dia cakap macamtu.
Ya lah kalau kena kat kita pun lom tentu kita cakap cam tu, silap2 lebih dari tu..
Ko bayangkanlah..dah kena tipu dengan laki, laki pulak meninggal..
tak kan nak gi haruk kat kubur dia kan..sebab tu aku kata A ni tabah,
coz selama ni dia Cuma sedeh sesangat. Cuma bila dia tau satu berita tu
(tak dapat nak share yang ni coz sesangat peribadi)
dia kesal sampai terlepas kata2 tadi
Cuma A kata dia dah maafkan arwah atas apa arwah dah buat pada dia dan cinta hatinya.
A juga kata dia tak pernah salahkan aku yang kenalkan arwah ngan dirinya.
Kata A itu jodoh yang dah tersurat untuknya.
Kata A lagi Insyallah ada hikmah semua ni, kata A lagi dia perlu lebih kuat
Untuk besarkan cinta hatinya yang masih tak mengerti apa2 tentang kedukaan ibunya.
Bila A kata dia tak salahkan aku, baru aku rasa tenang.
Rasa dosa dah diampunkan. Rasa bintang2 itu beransur pergi.
Aku jumpa dengan mak ayah A, minta maaf kalau2 mereka salahkan aku atas semua ni. Alhamdulillah juga..tenang sangat waktu tu bila bapa A kata
‘jodoh pertemuan, ajal maut allah yang tentukan’ dia kata dia tak pernah salahkan aku sebab percaya semua hikmah yang terjadi. Katanya lebih baik arwah pergi lebih awal sebelum lebih banyak dosa2 yang akan arwah buat nanti…terima kasih pakcik…
Sampai saat aku menulis cerita ni..hubungan aku dengan A masih seperti dulu,
Yang berubah bila kami semakin rapat. Kalau aku ke JB aku jumpa A,
Cuma aku lom sanggup tgk centa hatinya lagi, tak sanggup tengok anak comel tu.
Takut aku tak dapat mengawal perasaan,
Tapi tgk gambar yang A tunjukan aku yakin anak tu sangat2 bijak.
4 July 2010 A selamat diijab kabulkan.
Alhamdulillah..jodohnya dating lagi.
Kata A kalau ikut serik memang serik, tapi cinta hatinya memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Betul aku setuju. A tak boleh pentingkan diri nya sendiri.
Cinta hatinya perlu diutamakan..
Sayangnya aku tak dapat datang majlis ni.
Masa ni aku bercuti dengan cinta hatiku – Mr Hubby
Tapi doa aku tak pernah putus untuk A,
Untuk arwah Al –fatihah untuknya
Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 beriman.. amin…amin…
NOTE: panjang entry aku kali ni..dah lama aku nak share ceta ni.
Bukan nak aibkan mana2 pihak tapi sekadar renungan bersama.
Sampai waktu ni aku masih tertanya kenapa & mengapa
Sang Adam sanggup buat macam tu pada Hawa yang dijadikan dari rusuk kirinya..
Soalan itu sangat2 membelengu diri aku sampai saat ini..
No comments:
Post a Comment