Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Masjid Besi Putrajaya

Suka sangat kalau dapat solat kat Masjid Besi ni, dah berkali-kali pun tak terasa jemu.
Masih rasa teruja tiap kali dapat solat kat sini.
Selain cantik, saya rasa kagum sangat dengan seni binanya.

Jom tengok dari beberapa sudut yang MH ambik gambar masjid ni

Ni dari satu sudut dalam masjid Besi ni.

Tenang jer rasa dalam rumah allah ni
Subhanallah








Saturday, 21 January 2012

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year. Cuti Panjang..
This year CNY we all tak kemana-mana. Ada Family day kat belah my Hubby.
Lagipun MH lately ni busy sesangat. Esok baru dia balik dari Labuan.
Saya tak ikut. Tiket Flight tak ada ok..
Biasa MH naik MAS, sebab tiket sold out dia naik AA jer..
oklah kan sampai juga..ha..ha..
OH..rindunya dengan Labuan..Tetiba jer..sila abaikan..
Mesti ramai yang ambik kesempatan balik kampung, holiday,
buat lawatan sambil belajar...eh ada ke..ha..ha..
Apapun, sila berhati-hati di jalan raya ok..
Cek kereta, tayar...kalau belum service, service dulu sebelum lenjan ratus-ratus KM tu.
Kalau yang Holiday obersea, jaga pasport, wallet & barang-barang berharga ok.

Jom serbu rumah kawan-kawan kita.
Agak-agak layak tak dapat angpow lagi
ha..ha...

Tahun ni tahun Naga 
Dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah.
Kononnya bula meletakan patung naga diatas pintu atau bumbung dapat mengusir iblis dan puaka.
Dalam budaya cina tahun naga paling digemari bagi mereka untuk melahirkan anak..
Tahun naga  dikatakan paling serasi dengan mereka yang lahir dari tahun, tikus, monyet ular dan ayam






ikus, Monyet, Ular, Ayam

Friday, 4 November 2011

Percuma satu

Kulit saya agak sensitif dengan losyen, tak semua serasi. kalau terlalu banyak pewangi kulit saya sangat mudah kena ruam. Selain losyen Baby Johnson yang saya gunakan sejak saya mula kenal losyen, saya sangat teruja dengan losyen dari Body Shop ni.

Kebetulan hari tu Body Shop ada sales. Sesapa yang member sure dapat msg dari Body Shop. Dalam banyak-banyak losyen di Body Shop cuma ini yang sangat serasi dengan kulit saya.

Strawberry Body Butter dari Body Shop yang sangat dicintai ha..ha..

Beli satu percuma satu, sangat berbaloi


Tuesday, 21 June 2011

Laksamana Sunan

Sangat jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan yang sentiasa basah lidahnya
dengan zikrullah. Kagum dengan ketaatan laksamana sunan pada Allah dan rasulnya.
Subhanallah...Indahnya watak laksamana Sunan ni. Sampai aku terbawa-bawa diluar pembacaan.
Digambarkan sebagai pemuda yang sederhana tetapi kaya dengan kecintaan pada Allah dan rasulnya.
Handal bersilat menentang musuh dan taghut durjana.
Sentiasa berpuasa, bukan saja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi berpuasa dari berkata yang tidak perlu,
berpuasa mata dan lidah.
Sangat setia dengan cintanya walaupun dikhabarkan isterinya Sang Ratu telah terkorban.
Digambarkan juga pahlawan kurun ke 15 ini berasal dari Punggur.
Punggur salah satu kawasan dibahagia Rengit Batu Pahat.

Bila baca buku ni aku dapat gambarkan tempat tu sebab inilah tempat aku bermain satu masa dulu.
Tempat ni dekat dengan kampung Nenek tempat aku membesar.
Ya allah kalau lah aku si Haryani yang hidup diabad 21 tetapi merasa kehidupan di kurun ke 15 sungguh bertuahnya diri. Dapat bersama panglima yang sangat dikagumi semua orang waima musuhnya sekalipun.
Kalaulah ini cerita benar..alangkah bagusnya.
Tetapi..jika ia cuma imaginasi penulis sekalipun Alhamdulillah.
penulis berjaya mencipta watak yang sangat berkesan di hati pembaca. Tahniah.
Terasa kepuasan membaca dengan ilmu dan pengajaran yang cukup sarat didalamnya.
Pada mereka yang tak minat cerita kepahlawanan agak susah nak menerima.
Tapi percayalah bila baca buku akan terus jatuh cinta.

"Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama.. Ibarat mutiara di lautan biru.. Saujana mata memandang.. Seluas langit terbentang.. Tatkla cinta berbisik.. Suaranya memuji tuhan.. Apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan.. Sampai masanya cinta jadi taruhan.. Sang Ratu menjadi impian...."

Mushaf panglima Sunan untuk isterinya Ratna Sang Ratu yang sangat dikasihi...

5 rangkaian buku yang mengisahkan Laksamana Sunan








Saturday, 7 May 2011

Sayangnya....dah koyak

Last pakai bulan lepas, beberapa hari lepas masa nak iron
baru perasan lengan dia dah koyak...
Warghh..!!!!!!!!!!! rasa nak menangis sangat.  Sedehnya.
Baju ni sedap pakai, harga pun sedap warghhh..!!!!
Cepatnya jadi arwah.. Macamana boleh koyak ni.
Sungguh tak perasan.. biasa kalau linen memang tak masuk mesen basuh,
rendam sekejap & basuh pakai tangan jer. Detergen dia pun ada sendiri. tapi selalu share
ngan silk jer lah. Tapi bulan lepas seingat aku aku campak dalam mesen.
Huk..huk..sebab malas nak hand wash..tu pun sekejap jer.
Sebab malas aku dapat hadiah ni....sedehnya

Nak cuba juga selamatkan..
Samaada sendiri repair atau hantar taylor, sayanglah baru beberapa kali pakai

Nama brand ni pun dah macam perli jer kan..ha..ha..
Beli kat Astana, Plaza Angsana


Sunday, 23 January 2011

Shopping lagi

He..he..shopping lagi yerk..?? bukan kat mall tau..kat pasar malam jer ha..ha..
Last ke pasar malam bulan 10 hari tu, tu pun sebab nak bawak my friend yang datang dari bandung tu.he..he.. Semalam tergerak nak ke pasar malam. Pasar malam mana..?? pasar malam paling fevret, pasar malam paya jaras lah..bestt...!!!
Beli lauk dengan cari sayur kampung pheewiiitt...!!


Lebih suka cili merah yang ni, kalau cili yang hijau tu kurang pedas + ada bau sikit
Murah betul kat pasar malam, beli banyak ni baru berapa ringgit jer

Pucuk paku, fresh lagi
Buat kerabu pun sedap

Bunga kantan & Daun kunyit

bawang besar, bawang kecik & asam keping

Semua dah siap basuh & disiang, tinggal nak simpan dalam esbok jer
Dari bawah, daging, paru 2 bekas & sotong

Yang atas tu ikan talapia.nyum..nyum..
yang bawah ayam, beli stengah ekor jer cukuplah seminggu dua ni kan..


Aku memang suka ke pasar malam, cuma tak suka sebab sesak..dan kena bawak barang-barang ni semua.
Bukan apa berat.he..he..kalau kat Giant kan ada troli..sorong jer lah sampai kereta. kalau kat pasar malam Paya Jaras ni nasib tak baik memang parking jauh. Nak cuba datang pasar malam selalu he..he..

Monday, 10 January 2011

Targus

Suka sangat brand beg ni selain Deuter, kalau kena hujan kalis air. Walaupun harga dia mahal sikit tapi memang berbaloi-baloi sangat.

Ini saya punya hi..hi.. Walaupun dapat free beg Sony Vaio hari tu tapi yang ni tetap jadi pojaan hati
Dah lama pakai since 2008 lagi masa dok JB

Baru semalam beli, yang ni  Mr Hubby punya  bawak gi kerja.

Yang ini untuk Net book HP
Chumilll kan..???





Monday, 3 January 2011

Mula sekolah jalalan pun jem balik




Rasa kejap jer cuti sekolah kali ni. Esok dah mula sekolah balik.
Mana yang ada anak-anak nak masuk darjah satu esok sure excited kan..??
Tahun ni anak sedara aku 3 orang masuk sekolah.
Qistina Fatini @ Nina, Iqbal Hakim @ Iman & Muhammad Harith.
Rasa kecik-kecik  lagi jer derang ni, tup-tup dah nak darjah satu.
Isskkk..!!! nampak sangat aku dah semakin tua kan..?
Cam na ek Nina masuk P1 nanti..dia ni kalau bangun pagi banyak sangat alasan..

Sejak seminggu lalu parents dah sibuk beli buku, bayar yuran, minggu oriantasi,
sampul buku macam-macam lagilah. Cam best jerk...
Kalau kat kat shopping kompleks jangan cakaplah. Punyalah sesak derang shopping tuk anak-anak ni.
Anak-anak pun dah pandai pilih jenama kasut sendiri tau.
Nina sempat gak pow uncle dia kasut sekolah barbie.
Comel lah kasut tu geram sangat..
Bagus dengan kasut ben 10 nya.
Teringat zaman-zaman aku dulu cap bata jer tu pun dah mahal tau,
masuk menengah baru pandai pilih jenama
tu puas pujuk mak cam nak rak.

Cikgu-cikgunya pun tak kurang hebat. Masa cuti menghimpun koleksi baju-baju untuk mengajar,
kasut yang sedondon ngan hand beg, tudung ERM.. apa lagi ek..
Ada yang dah mula busy juga seminggu lepas. Nak siapkan macam-macam report.
Nak submit bagai-bagai data..haissshh...busy ya cikgu..

Mula jer sekolah pagi-pagi jalana pun jem balik hi..hi..
Mr hubby selalu komplen, kalau sekolah jalan jem.
Nak-nak masa tu kena gi Office kat tengah-tengah KL tu.
Kalau hari tak sekolah sempat belanja lauk dulu pagi-pagi,
kalau waktu sekolah 6-40 dah gerak.

Esok juga kawasan taman aku mula bising kembali.
Taman aku sebelah sekolah Menangah.
Setiap kali habis subject sure loceng tu berbunyi.
Aduhh....terimbau zaman persekolahan pulak tiba-tiba.
Kalau pagi isnNi jer akan dengarlah suara cikgu-cikgu dengan lantangnya memberikan pesanan dan ingatan
pada seluruh anak didiknya.
Haii...boleh dengar sebutir-sebutir tau apa cikgu tu kata.
At least buat peneman aku yang sengsorang ni kan...

Tak sabar nak tunggu turn aku lalui semua ni,
Cam na ek bila aku dapat jawatan "Mummy" nanti.
Garang ker, fussy ker..ker ikut semua kehendak anak, maklumlah tunggu lama
atau aku sayang sangat kat anak aku sampai apa pun dia ntak boleh buat takut cedera nanti ahhahaaa...
Lepas tu camna aku didik anak aku nanti ya,
Ajar tentang ilmu keduniaan  & Ajar tentang Ukhrawinya
Insyallah doa aku tak pernah berhenti dan berharap..

"SELAMAT PAGI CIKGU...!!!!!!"

Saturday, 1 January 2011

happy New Year 2011



Happy New Year 2011..
Wish a prosperous year till the end.
Wish a great time...great day...great moment...
Not only for me, not only for you but for all of us.
Love...

Saturday, 25 December 2010

Merry Christmas

I Wish santa clause datang tanya kat aku apa aku nak
and I wish aku boleh minta Timberland baru ganti yang dah terkoyak tu,
tak pun red wing sama cam Mr Hubby punya yang dah nak jadi tukun tu
tak pun bawak aku gi main snow kat Paris tu ha..ha....boleh gitu..
Tak pun santa clause datang bawak lappy baru tuk aku..warna pink ke hijau ker..
Ha..ha..santa clause tak ada sataria ada nak..???
Ngengada nak santa clause bagai ek.. pigidah.

Actually nak wish Merry Chrismas to all my fren yang sambut hari ni.
Apapun agama, apapun bangsa..kita tetap 1 MALAYSIA...

Friday, 17 December 2010

Menyampahnya...

Paling menyampah kalau que panjang nak bayar tol kereta depan ambik masa punyalah lama.
Sakit hati sangat-sangat tengok orang cam ni.
Dah tau masuk jalan yang kena bayar tol, readylah siang-siangkan..??
kalau tak boleh adakan duit awal-awal at least kuarkan wallet tu awal-awal.
Kalau ada orang sebelah, suh dia tolong readykan awal-awal.
Ni tak menyusahkan orang belakang,
Masa nilah baru nak cari wallet, masa ni gaklah wallet tu dok kat kerusi belakang.
Masa ni plak duit tu besau tak hengat. geram tau.
Kalau dah jem, kena pulak menunggu lama
Isk..!! sakit hati gak.
Bukan kat line tunai jer, kadang-kadang kat line Touch & Go  (T&G) pun sama.
Masa ni lah lupa letak mana kad T&G tu, tak pun credit dalam tu tak cukup..
Adeii..!! kenalah begi dia jalan masul line tunai plak.
Geram-geram.
Lain kali tu dah tau nak masuk jalan yang ada tol readylah awal-awal.
Taklah menyusahkan orang belakang tu. Ntah-ntah orang belakang tu ada urgent kan.

Em..renung-renungkanlah...

Saturday, 16 January 2010

"Kening 50sen & Grooming"

Apa tajuk ni..??? Kening 50sen bagai..
he..he..aku cuma nak berkongsi pengalaman jer..
La ni aku nak story pasal "grooming" dulu.. dulu masa kat Jb ada gak aku g "Grooming" class ni.
Simple Grooming lah..biasanya dia tekankan cara pemakaian & penampilan kita.
Selain tu ada gak aku baca skit2 dalam magazine.. Actually bagus juga kelas ni bagi yang bekerja dengan orang ramai, ataupun mereka yang suka jaga penampilan. Tak semestinya kena pakai mahal2 atau brand2 baru nampak vouge kan..?? kadang2 apa yang kita pakai mahal ker murah tu depends cara penyampaian kita dalam penampilan.. selain tu boleh lah dipraktikan sikit2


Aku bagi contohlah paling simple..pakaian paling formal perempuan kalau ker office sure baju kurung..
bukan x cantik baju kurung ni..aku suka sangat..selain comfort baju kurung juga paling fleksibel..
Tapi janganlah pakai baju kurung yang corak bunga2 tu pakai ngan tudung corak ntah apa2 kan..
dah lah baju bercorak kena plak tudung bercorak..adeiiii...!!! dah macam pokok berjalan 
lepas tu pakai plak warna yang sangat kontra, kan nampak pelik tuh..
baju kurung bunga2 kaler merah + tudung corak2 kaler hitam... janganlah..jangan pakai macam tu..
bukan apa..nampak macam pagi2 tak sempat nak match2 kan baju ngan tudung..
so cara paling selamat sediakan tudung warna "cream" kalau pakai ulang2 kali pun xada org perasan & "cream' memang masuk dengan semua warna & corak..
Bukan baju kurung jer..kalau blouse pun sama..ada plak yang pakai baju kelabu ngan tudung hitam...ayooooo..!!! sangat x menarik dan rasa lucu sangat..may be dia rasa dah ok kut.. tapi kan cantik kalau dia pakai tudung bercorak yang dipadankan ngna baju polos tu kan..nampak segar jer..
Lepas tu rasa kesian lah kalau dia pakai2 barang "brand" bukan apa..barang2 tu akan jadi nampak murah..
beli mahal2 tapi kalau x kena gaya..tak nampak mahalnya barang tu..


Tu contoh paling simplelah..sebenarnya cara pembawakan diri kita pun boleh mempengaruhi cara kita berpakaian..terpulang masing2 ada yang suka simple..ada yang suka vouge..ada yang sempoiii..yang penting kena kemas.
Dahlah pakai traksuit jerk g "mall" pas tu rambut cm tak siap..berserabut..
alahai..janganlah cam tu "perempuan..."
erm..sure ada yang kata "alah tak kisahlah...yang penting poket tebal..apa ada pada pakaian...???"
huh..jawapan org malas tu.. kalau poket tebal pun tapi org tgk selekeh jerk lagi kesian kan....


Satu lagi..perempuan ni pada aku semua memang cantik2..ciptaan allah tak ada yang tak cantik..
semua cantik & sempurna..walaupun ada yang gemuk..kurus..tinggi rendah & sebagainya..
tetap cantik pada aku..tapi kadang dicacatkan dengan kening 50sen, (he..he..aku pinjam bahasa makeup artis Zulfazdly tu) kening yang halus kalau lukis segaris celak..erm...kadang tak terkatalah..
memasing punya pendapatkan.. kalau dia rasa cantik kita nak kata apa kan...dah lah halusss..pas tu plak dilukis melengkung kebawah.. tau tak bila kita pakai celak melengkung (kata Zulfazdly ambik duit syiling 50sen tu tekap jer kat kening tu yang dapat nama kening 50sen) muka akan jadi sedeh. Cuba tgk kening " Rita rudaini, Nisdawati..Erra" cantikan..tebal tapi berbentuk..nampak cantikan..?? kemas x payah lukis2 dengan celak..just ambik mascara yang sama warna ngan kening sapu skit2 biar x nampak serabut..
Sebenarnya bila muka "chubby" kening plak halus segaris celak, lepas tu bedak cam tak hengat gitu kan muka jadi lagi kesian..
lebih kesian dari pakai baju merah ngan tudung kelabu.. kalau muka kita kecik kening halus mungkin sesuai..
tapi kalau muka kita bulat, chubby tolonglah jauhkan......


Atually banyak lagi yang aku belajar, walaupun aku tak praktikan semuanya..
tapi yang basic2 tu bolehlah ikut. Aku pun bukan berfesyen sangat. Tapi ikutlah juga2 mana petua supaya kita nampak menyerlah walaupun dengan baju pasar malam kan..


Macam aku cakap tadilah..ada yang selesa macam tu, ada yang rasa cantik dengan rambut cam tak sikat tu..
ikut selera lah..aku setakat berkongsi pengalaman..

Thursday, 7 January 2010

New year ♥ ♥ Gula...

Happy New Yearrrr...??????
he..he.. still ker...
ya lah..baru 7 hari kan, still fresh what..???
bila tahun baru ramailah yang buat azam...
macam2 azam..
hope semua azam tu tercapai ek.... ♥ ♥
ada orang tanya apa azam aku...???
banyak lah tahun ni simpan azam..
harap2 azam tu tak tinggal azam jer  kan "Dear..."
Insyaallah jadi yang lebih baik itu pasti..
dikurniakan kesihatan yang baik..
bahagia ngan orang2 yang kita sayang..amin..amin...
yang lain2 simpan dulu hhi..hi..

&....
Ramai gak yang terkejut kan harga gula naik RM 0.20
ramai yang mengeluh terutamanya bagi peniaga2..
bila harga gula naik, maka banyaklah yang naik..
macam2 yang naik, sampai yang xada kena mengena ngan gula pun harga naik...
kesian ngan peniaga2 kecil ni..
kang naik harga org kata mahal..
buat ciput2 plak org kata kedekut..
erm..padahal kos buat kuih tu dah over
camno tu..

Ceta pasal gula ni..
Tahun lepas we all abiskan gula cuma 3kg dalam masa setahun..
x sampai kot..sebab masa tahun baru ada satu botol lagi..
Banyak lagi tu, hari tu ada buat makan2  with family,
tu yang lebih skit guna gula,
kalau x ada function rasa x sampai 2kg kot..

Memang x banyak we all guna gula..
kurang minum & makan yang manis2
Seramlah tgk org yang kuat makan benda manis2 ni
bukan apa..sekarang memang kita x rasa..
kesan panjangnya...???
erm..memasinglah kan..

Sungguhpun x ada history dalam 2-2 family
penyakit pakej (Jantung kencing manis, darah tinggi)
kena jaga juga..
penyakit ni kalau datang bukan bagi signal..
tau2 jer..
alhamdulillah..we all memang cek 3 bulan sekali..
takut paras gula dalam darah tinggi..
kan memasing dah "xtra lebar" hi..hi..
tu yang kena cek..
kalau gumuks pun nak gumuks yang sihat..
lagi satu we all tersangatlah...rajinnya bersenam..
ahahhahaaa....
No exercise, so kena jaga dari segi pemakanan
jaga kesihatan dari sekarang...
Tapi ada gak cakap
" eeeiii..macam2 ??"
bila aku ceta yang aku dok bersauna,
tak makan malam, masak x pakai santan,
x makan lemak2, manis2,
memang lah macam2 kalau nak sihat,
tapi....peduli apa orang kata kan..??
badan kita hidup kita suka hati kitalah...
skg kena lebih lagi, kena mula excirse..
kena lebih kontrol makan, kurangkan makan nasi
(beras herba ponni faizah - become synonymous with health because it contains less carbohydrates and starch, meaning it is acceptable to those with diabetic or high blood pressure conditions)
erm..its ok..skg susah sikit x apa..
janji aku sihat..
kalau ikut selera tekak ni macam2 nak makan..
lagi2 kalau lalu secret recepie tu adeiii....!!!
cheese cake dia memanggil2 jer...
tapi cool....
tahun lepas berjaya makan 4 slice jer..
untuk 12 bulan....ok lah tu.. 
satu slice untuk  3 hari... :((
memang cam x rasa..
nak wat cam na kan....
kalau ikut hati mati..
ikut rasa binasa..
So fikir2lah sendiri..

Good healthy..
Enjoy our life...
smile..smile... & smile... ♥ ♥

Monday, 4 January 2010

Buah keranji dalam perahu...

Sapa pernah dengar pantun ni..

"Sorong Papan tarik papan..
Buah keranji dalam perahu..
suruh makan saya makan..
suruh mengaji saya tak tahu.."

Agaknya berapa kerat yang kenal buah keranji ek...
Aku pun baru kenal buah keranji baru2 ni. Masa kat Pasar payang ada orang jual buah ni. Penjual tu rekmen suruh aku beli buah ni..dia kata sedap..aku jual mahal he..he..lepas tu dia suruh rasa plak...
eh..!! sedap lah pulak..
Mula2 memang nampak pelik.. Buah dia buat kecik2 mcam anggur, Isi dia warna orange,
rasa dia sedap..macam2 gula2 angin, masuk jer mulut terus hilang...
Rasa..??  masam2 manis..sedap..kalau ingat terliur lah pulak...


Buah Keranji





Yang orange tu isi "buah keranji"

Sunday, 20 December 2009

Perjalan yang panjang..

Start dari Rabu travel non stop..

KL - JB -
JB - Trengganu
Trengganu - KL

Penat, memang penat..tapi enjoy & fun..
belum sempat nak tulis satu2 story tiap tempat ni..
nantilah bila free.. sebab masih ada berbaki lagi
perjalanan yang lom habis ni..
Sebelum tahun baru Masihi, kena habiskan..

Esok..
KL - JB
JB - Melaka

Khamis
KL  - Ipoh

Jumaat - Isnin
KL - Penang
Penang - Kedah
Kedah - Perlis
Perlis - KL

Yeayyyyyy.....alhamdulillah, separuh  dari trip dah settle..
tinggal Isnin, Rabu & Jumaat
x sabar nak bercuti lagi..
Actually Isnin & Rabu tu Mr Hubby ada job kat Melaka & Ipoh
tak declare pun bercuti.. walaupun kadang2
sakan berjalan lepas Mr Hubby abis kerja
yang Jumaat tu memang bercuti sakan..sampai Isnin..

He..he...penat dari Trenganu x abis lagi..
dah sakan ngan cuti ke Utara noooooo...
best..
Tunggu "Bandung" asyik tunda jer...
Hari tu dah nak pegi..
tapi ada plak "swepping Malaysia" cancel..
pas tu nak pegi lagi MR hubby ke Ofshore..
tunda lagi... ~~ngeeeee...
bila ni..
Hope "Bali" my friend jadilah next year..
hangout gang pompuan2 jerk..
hi...hi..
sok ada masa ceta satu2 ek...

Wednesday, 9 December 2009

Morning & Breakfast

Hari ni bangun rasa "Fresh" sangat walaupun semalam tido lewat..teman Mr Hubby tgk DVD, kan semalam rasa nak demam..asyik bersin jer..ingat nak selsema & demam..
alhamdulillah badan ok pagi ni
 * We all memang masuk tdo sesama since 6 years ago*
Seronok bila tgk matahari pagi2 ni..kan dah lama "KL hujan" jer..buka semua tingkap bagi matahari masuk..
Orang tua2 kata kalau nak rezeki masuk buka semua tingkap pagi2, Bagi anak ikan makan..kemas2 apa yang patut..
Time to Breakfast.... ~~Ngee...
Sebelum tu makan oat dulu...suka tak suka kena makan juga...
*sumbat je lah *
Lepas tu baru makan "Flossy Signature Bread" hi..hi.. roti ler..yang atas dia ada serunding tu..
beli kat "Bread Story" Mid Valley & Tea cino perisa Vanilla...
erm....sedap..betul2 menikmati.. 


                       MORNING KUALA LUMPUR....!!!!!




Tuesday, 8 December 2009

Terlebey syudahhhh...

Penat..penat sangat aku rasa hari ni..
Dari pagi ada jerr....benda nak buat..
nak kata umah ni bersepah sangat, tak adalah sangat.
tapi ntah apa yang aku asyik dok nak mengemas jer..
macam "addict" plak..
aduh...!!! gawat  nih..
Mr Hubby aku pun dah start komplen..
dia kata aku asyik mengemas jerkk..
ade jer benda bergalih kalau dia balik rumah..
ya lah dia memang "sangat bising" kalau aku angkat mengangkat
berat2 ni..
He..he..bukan apa..sakitlah mata tgk umah bersepah..
lagipun aku memang seronok dengan apa yang aku buat sekarang..
Tapi bila semua settle baru rasa penat semacam aku hari ni..
Badan rasa menggigil, kepala pening..erm..macam nak demam
kepala berat jer.. aduh...janganlah demam... :p
apapun pas ni kena masak..
semalam Mr hubbr request nak makan " asam pedas ayam ala Johor"
Mr hubby jarang request jadi bila dia request rasa membuak2 nak masakan.
So menu hari ni "asam pedas ayam ala Johor" & sayur "kacang buncis goreng"
dah seminggu makan ikan so hari ni ayam pulak..