Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label Adib. Show all posts
Showing posts with label Adib. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Spagethi

Cuci mata menu yang dah 2 minggu sudah 
kan haritu memang malas nak hapdate ha..ha..

Sebelum

Selepas

Anak mama tak nak gravy sebab merah dia kata pedas..pedas..


Saturday, 5 May 2012

Mama sakit mana


Mama sakit mana...?
Alahai..anak..anak..
Saya cuma cakap saya sakit perut, Adib datang ambil Vicks
nak sapu perut saya yang sakit.
Sebak sangat..
Walaupun dia bukan darah daging saya
kasih sayang tu tetap mengalir dalam diri kami..
Semoga anak mama jadi anak yang soleh.
Tak lupa mama & papa sampai bila-bila ya sayang...
 
Saya akan sapukan vick tiap kali dia kata perut dia sakit.
Sebab tu dia tahu sakit perut sapu vicks

Ok ready nak sapu...
maaf ler gambar terpaksa crops..
nanti ada yang fengsan tengok peyut mama he..he..

Lagi mama...?
Dah..cukup sayang.. banyak dah ni..

2 hero buah hati "mama"



Thursday, 12 January 2012

Fraser Hill

Adik-adik ramai, nak bawak semua tak muat kereta,
 so kena bagi-bagi lah.
Kali ni turn Wawa & Nana.
Pergi Fraser Hill, actually nak pergi tempat lain.
 Tersebut Fraser Hill. 
Dah balik baru perasan yang saya nak pergi lain tempat ha...ha... 
Nak ke Bukit Tinggi menyasau sebut Fraser Hill.
Tak ke aneh tu, patutlah saya asyik kata kat MH lalu jalan nak pergi Pahang.
Eh...kenapa situ.. bukan kat Kuala Kubu ker..ohhh.. Fraser Hill memang lalu sana..
Ayyoo...!!! teruknya...ha..ha.. saya dah semakin tua kot..

Lebih sadis.. MH terdelete semua gambar-gambar dari Nikon dia.
Uwaaaa...!!!!! nak transfer, ingat dah copy paste, terus clearkan kat SD card.
tengok2 tak ada pun...
Sedehnya. Kat sana banyak gambar yang cantik-cantik..
(ha..ha.. perasan jap..)
So tinggallah beberapa keping sipi-sipi jer ni guna compact Canon...

Ni beberapa KM sebelum sampai puncak
                           
Budak si Wawa memang suka gila dengan air terjun

Kalau dapat mandi sure best, tapi sejuknya air dia

Adib takut dengar bunyi air terjun yang kuat tu...

Tak berani lansung si Adib jejak tanah

Mujur tak bawak baju spare, kalau tak dah berendam agaknya

Nana & Wawa

Wawa & Nana

Cuaca sejuk sangat sebab hujan rintik-rintik
Memang perut lapar, dua orang ni dah bedal sorang 2 pinggan laksa, nasi lemak,
Rojak buah dengan apa lagi tu ek..lupalah..
Sedap katanya..alah kalau lapar apapun sedap kan..??


Fraser Hill, atas ni memang tak ada apa sangat. 
Tapi kalau sukakan nature dan nak jungle tracking 
memang bestlah. Untuk budak-budak ada sikit boringlah.
Lagi-lagi hujan.
Nasib baik tak overnight ha..ha..

Allan's Water

Masa ni tasik ni air naik tinggi..
Memang seriau tengok, gambar-gambar dah terdelete harap maklum ya ha..ha..

With Wawa
Tahun ni tak boleh poya-poya dah..
Ada exam besar

Tempat ni cantik

Lomantika diamor he..he..

Tak tau sayur apakah ini, nampak cam kailan..
Err..betul ker..

Strawberi dah habis, so kami tak dapat petik. Sian Wawa
nak sangat dia petik. kat Cameron last year pun tak dapat..

Tengok daun & pokok jer lah dik

Tangan Nana kot ha.ha..

Adalah sebiji dua, penjaga tu suh kami petik rasa jer


Tomato, 1st time nampak pokok tomato..
Ohh..macam ni pokoknya 

Dua orang ni memang suka cactus.
Kat sini murah jer

Abanglah yang bawak kami ronda-ronda kebun ni he..he..

masa ni belum hujan.
Angin kuat, kabus tebal jadi turun macam gerimis

Cool jer Adib ni, ribut taufan apapun tetap Cool
Jalan macam ulau kena palu pun cool jer, tak da pening ke muntah ker
walaupun lepas susu.
Nana, Wawa & saya semua terbeluek..
Silap sebab saya minum teh susu bukan segelas 2 gelas, mana tak pening perut tu
Adussss..malunya..! tak pernah terbeluek, terbeluek.
Padahal risaukan Adib kot-kot dia terbeluek.
Ha..ha.. MH cam tak percaya saya terbeluek.

Nana, lepas gambar terus hujan dengan lebatnya.
Sekian ha..ha..


Adib memang cool, sejuk-sejuk pun tak merengek lansung.

MH, Nana, Wawa & Adib








Friday, 29 April 2011

Adib...esok Aunty sunyi..

Malam terakhir untuk kali ni dengan Adib. Esok malam cuma kenangan yang tinggal.
Tak terasa untuk lelap kan mata. Biar masa terhenti seketika saat hati sedang galau dilanda duka.
Kalau bisa aku hentikan masa tanpa berganjak, pasti aku lakukan demimu.
Tapi semakin aku cuba menahan waktu semakin pantas dia pergi bersama kenangan.
Yang tinggal cuma cebisan rindu bersama hati yang kesedihan.

Ya allah benarkan kasih sayang ini hingga keakhir hayat kami.
Benarkah ruang hatinya tersemat kasih sayang antara kami.
Berikan ingatannya sentiasa pada kami, jadikan dia seorang anak yang Soleh, beriman kepada agama dan rasulmu, jadikan juga dia seorang yang berjaya Ukhrawi dan Duniawinya..
Ya Rahman, kasih sayang ini sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui.
Amin..amin..amin...

Sembang dengan atuk..
Suka betul kalau atuk timang dia, lepas dapat timang dia muah..muah..atuk

Suka sebab kak Wawa ambik gambar

Sembang dengan aunty pulak, lately ni mulut dia mengomel jer
Comel jer tengok budak berbual

Mana gigi Adib..?? dan-dan dia buka mulut tunjuk gigi dia

Adib..jangan lupa uncle dengan aunty ya sayang....



Thursday, 28 April 2011

Sedeh dalam gembira.

 Hari ni khamis, macam -macam perasaan dalam wujud dalam diri ni.
Suka, sedeh, gembira, rindu dan paling tak tertahan rasa sayu sangat.
Sayu...esok malam dah pulangkan Adib semula. Kalau boleh nak lagi berlama-lama dengan dia, dan kalau bisa aku hentikan masa tanpa berputar rasanya dah lama aku buat since aku ambik dia last week tu.
Tapi dalam masa yang sama aku nak cepat minggu ni berlalu, rindu sangat pada Chenta hati.
Ini antara detik paling sukar aku rasakan.
Selalunya jauh-jauh macamana sekalipun sekerap mungkin we all akan bertukar-tukar SMS atau Chenta hati akan call aku. Kali ni sunyi jer, aku pun tak adalah nak usung bery ni kemana-mana.
Kalau tak memang sentiasa dalam poket ha..ha..

Pagi tadi bangun jer tidur Adib minta aku baringkan atas dada aku. macam selalu aku buat kalau dia ngantuk.
Dia cakap muah..muah..maksudnya dia nak cium muka kita.
Masa ni tak terkata apa..cuma sebak sangat. manja dia menjadi-jadi kalau dia tahu esok dia nak balik.
Biasa dia tak kisah pun kalau aku kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju. Kali ni bila dia tak nampak je bayang aku terus dia jerit  "ma....!!!!"
Nampak jer aku terus kejar, terus muah..muah...
Ya allah...kuatkanlah perasaan aku , sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang akan terjadi antara kami

Dua lelaki yang buat hari-hari aku gembira, walaupun Adib datang dan pergi tapi dia berjaya buka pintu hati chenta hati aku, Adib juga dah ubah persepsi Chenta, sekarang chenta rasa seronoknya ada anak, rasa seronoknya bermain dengan anak, seronoknya bila tengok anak tidur dengan kenyang, seronok tengok anak tersenyum...erm...seronokkan yang ...

Doa dan harapan aku jauh mana pun aku pergi aku harap Adib tetap dalam hati aku, dan selama manapun kami terpisah kasih sayang aku dan Chenta tetap mengalir dalam rindunya..

Pertama kali bawa Adib ke klinik.
Demam, nebuliser untuk athma sekali
masa ni Adib baru 5 bulan

Dengan kak Wawa, bangun tidur lepas muah..muah terus masuk bilik kak Wawa
Cari Kak Wawa, dia ingat kak Wawa menyorok padahal orang tu ke sekolah.
Bila balik jer wawa ketawa besar dia.

Ha..ha..macam gedik sikit gambar ni, tak tau apa ditengoknya kat lappy atuk dengan kak wawa

Adib selagi kak wawa ada selagi tulah berkepit jer

Baru bangun tidur, syusu..syusu..

Dialah Chenta hati saya, mudah-mudahan kita dipertemukan dijannah nanti.
Woman was made from the rib of man
She was not created from his head to top him
Not for his feet to be stepped upon
She was made from his side to be close to him
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be love by him.....



Pelangi Petang By Sudirman Hj Arshad
Seolah0olah luahan hati aku untuk Adib, bila dengar lagu ni sayu sangat..
Adib..satu hari nanti kalau Adib pergi dari kami, aunty kena reda. Mungkin sampai sini jodoh kita
Tapi sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui yang kami sangat sayang kan Adib..






Tuesday, 26 April 2011

Adib, Nazid & me

Ni 2nd time aku balik kampung Segamat naik keretapi. Biasakan balik dengan MH.
MH outstation seminggu. So aku decide balik kampung. Kali ni tak boleh ikut.
Kalau boleh ikut tak nak ikut pun diangkut juga ha..ha..
Kebetulan Adib dengan aku. Rasa teruja sangat sebab ada kawan selain orang-orang kampung dah rindu
dengan keletah dia.
Dalam sedeh ada suka, dalam suka ada sedeh. Yalah nak jauh-jauh dari MH.
No calling-calling,
No video call, no sms setiap minit...sedehnya..
Rasanya sesapa yang Hubbynya pergi Ofshore akan melalui apa yang aku rasa..
Selain risau..sentiasa doakan cuaca dalam keadaan baik. Helikopter tak akan ikut jadual kalau hujan,
So macamana nak balik darat on time kan.
Ok, berbalik cerita balik kampung. Aku naik keretapi dari KL Central.
Disebabkan balik naik sinaran petang tak ada kelas pertama, cuma ada kelas kelas kedua dengan kelas ekonomi. Aku ambik dua seat, satu aku satu Adib kelas kedua. Oklah kelas kedua ni, seat selesa,
Cuma ramai sikit dari kelas pertama. Kalau kelas pertama dapat air & biskut.
Kelas kedua sila beli sendiri ya...tunggu pramugara KTM lalu jual makanan nanti.
Kalau Adib nak tido just jatuhkan kerusi jer dia boleh baring.
Ha..ha..selain aku teruja rupanya Adib pun sama. Cuma aku kurang faham apa yang dia cakapkan.
Belum berapa jelas. Dia tunjuk-tunjuk luar, tarik muka aku tengok luar sama..
Manisnya moment ni, rasa nak geget jer dia geramm..
Mulut dia tak berenti bercakap sampai makcik belakang aku bangun, nak tengok Adib.
"Abang comelnya budak ni bang..." he..he..makcik tu bagitau suami dia.
Alhamdulillah rezeki Adib makcik tu bagi duit pada Adib. Makcik tu baru balik Umrah, dia usap-usap kepala botak Adib, dia kata Adib ni cerdik, bijak..
Alhamdulillah ya sayang..moga-moga doa semua orang jadikan Adib anak yang berjaya...
Bila penat baru dia minta susu terus tidur. Aku tak tidur, aku nak tengok muka Adib puas-puas.
Lagi satu aku takut kalau jadi apa-apa kat Adib, biasa dia tido tempat nak luas. kot-kot dia berkalih nanti terantuk dinding ker...uissshh...!! sayang anak ni. Nyamuk pun aku tak bagi gigit lagi nak benjol bagai.

MH tolong bawak bawak masuk, masa turun budak KTM yang tolong bawak turun

Air panas, air sejuk nak buat susu Adib

Standby 2 botol, Avent  tak tau tutup dia cicir mana. Cari-cari tak jumpa

Sebelum naik keretapi, we all lunch kat BK. Adib suka betul dengan kentang goreng.
Tapi tak boleh makan banyak-banyak, ni masin dan berminyak.

Lepas makan tunggu keretapi tak sampai-sampai, delay 1 jam. 
Nama pun KTM
KETIBAAN TAK MENENTU 
Kesian my baby ni..sampai tertidur tunggu lama. Ada cerita masa ni.
Adib tidur nyenyak sangat. Dia nak MH pegang tangan dia & tengok jer muka dia.
Bila dia tidur MH pun sembanglah ngan satu pakcik yang duduk sebelah we all.
Cerita yang MH nak ke Kerteh, kerja sana seminggu. 
Taklah kuat dia sembang.
Tetiba Adib bangun & menangis. 
Dia tunjuk MH dia nak MH.
Dah pesan dah jangan cerita nak kerja jauh depan Adib, dia macam tau jer.. 
MH pujuk dia cakap.."ok..ok..uncle ada sini, uncle tak work, uncle dengan Adib jer"
Adib terus muah..muah..muka MH. 
Masa ni rasa emosional sangat. Kalaulah Adib anak kami...
Sedeh...sedeh sangat..

Lepas keretapi jalan dia cari Uncle dia. Dia tunjuk-tunjuk keluar. 
Awal-awal dah pesan lepas letak kitaorang kat dalam terus balik jangan tunggu tak nak Adib sedeh.
Dalam Adib teruja, dia lupa sekejap.
Minta susu terus nak tidur. Alhamdulillah..baiknya Adib tak meragam lansung, Apa ya yang MH bisik-bisik kat Adib tadi ya..???

Kadang-kadang terfikir apa akan jadi akan datang antara kami...

Puas tidur, perut kenyang, dia minta buku bila tengok aunty dia baca buku.
comel jer bila mulut dia asyik bercakap tu..

Dengan kakak Wawa, kakak Wawa sampai demam-demam rindukan Adib.
mentang-mentang MH tak ada menyelit dia dalam bilik sebelah Adib ha..ha..
Mudah jaga Adib ni, malam-malam pun tak menangis, kalau haus dia cuma merengek manja
cakap susu..susu..
Susu pun nak pegang sendiri. Lepas susu dia sambung tidur balik.
Paling comel bila Adib cakap dia sejuk..
"cejuk..cejuk.." he..he..bila slowkan aircond berpeluh pulak. 



Ya allah jodohkan kami untuk hari-hari seterusnya..
Letakkan kami dalam hatinya..jatuhkan kasih sayang kami dalam dirinya..
Panjangkan percintaan dan kasih sayang ini...