Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label MIL. Show all posts
Showing posts with label MIL. Show all posts

Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mak tersayang Hajah Saminah dan Mak Mertua tercinta
Hajan Senah.
Dua-dua istimewa bagi aku.
Mak..walaupun tak ada anugerah yang tercatat, tapi jasa-jasa Mak tak terbalas dengan apa yang aku bagi selama ni. Susah senang dan dalam kepayahan mak membesarkan aku dan adik-adik sangat aku hargai.
Saat-saat kemiskinan dan kesusahan satu masa dulu mak tabah dihina dan di kata.
Mak, siapa pun tak akan dapat mengantikan tempat Mak.
Doa Mak yang mengiringi kebahagiaan aku saat ni. Nasihat Mak yang masih jadi rujukan waktu ni.
Mak, doakan kami anak-anak mak tak pernah putus untuk Mak..
Mak mertua...
Terima Kasih menerima aku sebagai menantu dalam keluarga yang terhormat ni.
Terima kasih mak yang tak terhingga kerana memberikan aku sesuatu yang sangat mak sayang.
Kerana doa dan keredaan mak aku bahagia dengan orang yang aku sayang saat ni.
Kerana Mak juga aku dihargai sebagai wanita.
Mak..janji aku akan jadi isteri yang solehah untuk anak Mak.
Mak..doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah nanti Mak..
Mak..doa untuk Mak tiada penghujungnya...

Selamat Hari Ibu juga buat semua adik-adik aku, kakak-kaka ipar aku, kawan-kawan juga teman-teman yang bergelar Ibu...
Al-Fatihah untuk Ibu-Ibu kita, mudahan-mudahan pahala Fatihah kita sampai buat Ibu-Ibu tersayang...
Amin...

Hajah Senah & Hajah Saminah



Tuesday, 11 May 2010

Happy Mothers Day

Masa call mak wish "Happy Mothers Day" suara mak lain sangat...
mak demam + semput..tapi ayah dah bawak mak ke klinik.
Sedeh pulak dengar, rasa nak balik jer..tapi aku dah plan dah nak balik kg Rabu ni.
Balik sendiri sebab weeks day Mr Hubby kerja. Nak tunggu wekend Mr hubby free lambat so
bila Mr Hubby kata boleh balik dulu aku pun balik dululah he..he..
semenjak balik Labuan ni Mr Hubby wekend busylah..
kelas berenanglah...kelas scuba lah..kalau sabtu free ahad plak busy, next week sabtu plak ada training..
so tak dan nak balik kg, umah mak mertua pun dah 3 minggu tak balik, rindu gak nak dengar celoteh dia
he..he... hari ni 3x aku call mak nak taulah camna dia seterusnya
kadang2 mak ni sakit pun nak buat itu nini..alasannya kalau dia tak buat sapa nak buat..
erm..ya tak ya juga..kat umah dah tak ada perempuan besar, ada pun nana tapi umur macam nana ni apalah sangat dia boleh tolong, paling2 tak pun basuh pinggan...

Teringat masa kecik2 dulu, zaman tu kami susah tapi mak sabar juga besarkan kami semua.
Rindu zaman kanak2lah, paling tak lupa bila besday kami masa kami masa umur 6. 7 tahun
mesti dapat makan eskrim cornetto, masa ni jer kami dapat makan eskrim mahal..
so tiap tahun memang tertunggu2lah hari jadi nak makan eskrim koneto kalau hari biasa seminggu sekali mak cuma belikan eskrim potong jer..

Walaupun aku banyak besar ngan nenek, tapi tak bermakna aku lupa jasa mak kan..
sebab kalau tak ada mak tak adalah kita kat dunia ni kan..so pada aku mak tetap mak tak boleh lawan sesiapa pun, wajib dihormati dan disayangi..sampai akhir hayatnya...siapaun mak kita, apapun pekerjaan mak kita, Syurga tetap dibawah telapak kakinya...

"selamat hari Ibu sedunia...."

34 tahun yang lepas...

Mak & mak mertua
Hajah Saminah & hajah Senah

Monday, 11 January 2010

Weekend & Wedding..

Minggu ni aku balik umah mak mertua aku kat "sekinchan" tu. Dekat sebulan rupanya aku tak balik.
Tak sabar nak makan maskan MIL aku tuh.. ( abissss...lah diet aku..he..he..) agaknya apa dia masak nanti ek..Sebelah pagi tu akak ipar aku Kak Mimi ajak breakfast before tunjukan dia jalan nak g stesyen Komuter SG Buluh. Pagi tu kita org serapan kat "Kasturi" dalam kawasan "SD" ni jugaklah. Nama jer kita org dok dekat2 tapi nama nak jumpa susah. Sampai Daanish dah balik Tanjung Malim pun plan asyik tak jadi2 jer nak hang out sesama..

Pukul 12 tghari Mr hubby ajak makan dulu kat "Sunway Mentari" alahai..aku kan diet nasi camna ek..??
he..he.. tapi ayam Penyet punya pasal aku kata ok jer...
tapi nasi kita org order sepinggan jer..aku ambik suku jer nasi tu makan with "Lele Penyet" so yummy..
erm..sambal dia tu betul2 menggoda..

He..he..lagi best masa aku sampai Kg MIL aku tgh masak nak bawak g surau malam ni..
ada ceramah katanya.. MIL masak fevret aku ngan MR Hubby...adeiii..!!!betul2 dugaanlah..
cam ni camna nak makan 1000 kalori jerk sehari ek..? pagi tadi makan sandwich sekeping, tghari nasi suku ngan ikan "lele penyet" ni MIL aku masak " ayam masak merah" "sambal goreng jawa" ngan serunding...
erm..meleleh air liur aku tau.."sambal goreng jawa" yang MIL aku masak tu special tau..lain sangat ngan "sambal goreng" johor yang biasa aku makan. sambil MIL aku maak sempat gak aku jeling2 apa resepinya..
nanti bolehlah aku practise kat umah...  ~~ yo yo or jer aku ni... :p

Kalau dah jumpa MIL aku ni, macam2 ceta yang aku dengar..Biasa pasal "bapak" ler..he..he..terkekek2 aku
ketawa dgr satu persatu ceta.. yang paling aku tak boleh tahan bila "mak" ceta pasal "bapak" tertinggal semua kunci dalam bilik lepas tu bilik tu terkunci..Lucu sangat cara "mak" aku ceta..aku memang tak boleh tahan masa ni..nak tergolek2 aku dengar (cerita ni panjang..& macam2 hal yang berlaku masa"mak" & "bapak" nak bukak pintu yang terkunci dalam bilik ni )  tu yang aku rasa kelakar sangat ,
MR Hubby dah jeling suh aku jangan ketawakan "bapak" dia..
"he..he..sorylah dear I x back up mak tapi I kelakar" ahahahaaaa..
yang buat aku semakin kuat ketawa bila "bapak" buat muka tak bersalah jer..tgk "mak" cerita..
lagilah kuat ketawa aku.. alahai mak...mak..

day 2

Pagi2 aku dah keluar pusing2 kat rumah MIL aku, rasa cool jer. erm..lamanya aku tak dengar bunyi2 burung waktu pagi ek..tgk pokok2 segar ngan embun pagi rasa so fresh sangat..Bila Mr hubby ajak tgk sawah lagilah aku tak lepas peluang..







Dalam pukul sepuluh aku, Mr Hubby, FIL& MIL ke Dewan Kelana Jaya, ada wedding reception. Seronoknya..aku pun lama g wedding..









Memandangkan zuhur dah masuk aku ajak "MIL" singgah umah aku tuk Zuhur, dekat jerk umah aku ngan kelana Jaya tu.. sempat gak aku tido sementara nak tunggu antar "MIL" balik "sekinchan" balik.. ya lah dah "FIL" aku pun bubuk manalah mata ni tak tergoda sama.. he..he..

Sampai Sekinchan dalam kul  6 ptg..lepas Solat asar  & kemas barang2 jalan balik ke KL..
hu..hu..bunyinya macam xada kerja..tapi  "MIL" punya pasal penat pun x apa..
lagipun KL -  sekinchan tu bukan jauh sangat..sejam sampailah..
kalau jalan jem cam raya haji tu mau 4 jam hi..hi...
sampai la ni kalau teringat "MIL" aku bercerita aku tersenyum sorang2..
agaknya kalau aku tua nnati macam tu lah kan..maklumlah Mr Hubby aku ni exactly ikut "FIL" aku
aku plak kadang suka bercakap...hi..hi.. apa pun they all masih romantik sangat..
♥ ♥ ♥...