Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 27 July 2012

Roti daging

Ada balance roti 8 keping nak buat roti lapis pun tak cukup.
So buat roti daging style sayalah he..he..

Bahan A:

  • 8 keping roti dibuang tepi ( 2 keping di potong 4)
  • Daging kisar (agak-agak berapa banyak mahu letak)
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1 biji kentang  - di potong dadu
  • 3 biji bawang putih + bawang merah 2 biji + halia di kisar halus
  • Daun kari 
  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • Sedikit kayu manis & bunga lawang
  • Cheese (kalau suka)
  • Parsley kering 
Bahan B
  • Susu cair 1/4 cawan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu butter (saya guna majerin biasa)
  • *semua bahan diatas dipukl hingga sedikit kembang*

Cara masak inti daging
  • Tumiskan kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
  • Masukan bahan yang di kisar tadi dan gaulkan hingga mesra
  • Masukkan bawang yang dipotong dadu tunggu hingga bawang sedikit layu
  • Masukkan daun kari dan serbuk kari 
  • Masukan daging kisar dan kentang dan sedikit air
  • Masukan sedikit garam (kalau guna cheese jangan letak garam)
  • Dan sedikit pati ayam (saya guna sesedap rasa)
  • Tunggu hingga daging & kentang lembut dan air tadi kering
  • Angkat dan sejukan
Cara-cara:
  • 4 keping roti digelek sehingga nipis (kalau ada mesen gelek tu lagi senang)
  • Ambil sekeping roti dan celupkan kedalam bahan B tadi (jangan terlalu lama)
  • Susunkan dalam loyang muffin (non stick muffin pan)
  • Masukan sedikit inti daging dan taburkan sedikit cheese (kalau suka)
  • Kemudian letakkan inti daging tadi hingga penuh
  • Ambil sekeping roti yang dipotong 4 tadi celup dalam susu dan tutupkan keatas inti tadi
  • Taburkan sedikit parsley kering
  • Bakar 40 minit dalam suhu 180'c
Sedap kalau dimakan panas-panas











    

12 comments:

Unknown said...

Salam Qis nampak sedap roti daging tu boleh lah cuba nnt kalau yg ada cheese tu mmg fav anak2 akak ni mesti buat ni rasanya hee

GREENJADE said...

wowowo menarik ni..kena torai test ni

thx bebeh ..mwahhh

Balqis Nazid said...

kak Noor, memang sedap ni kak walaupun hetam keromo...he..he.

Balqis Nazid said...

Kak jade, memang wallah ni sure baby tendang2 perut nak lagi keh..keh..

MamaFaMi said...

Menarik dan pastinya enak kan...

ijayuji said...

Salam balqiss, salam ramadhan! sapa kakak ni eak? ehehe.. kita 31 tahun ni :D best lerrr buat roti mcm ni kan, ank2 kita jakun terlampau, nmpk benda2 yg dia org tak biasa mkn n nmpk mmg lerr dia tanya mcm2 kalau kita mmg suke benda2 simple mcm ni :D

Nely's Kitchen said...

Salam qis..confirm mesti sedap nih..tgk resipi pon dh tau..idea menarik nih..

Nely's Kitchen said...

salam qis..
Kompem mesti sedap ni..tgk resipinya pon dh tau..idea yg menarik..

Balqis Nazid said...

Mamafami.. Sedap. Lagi2 kalau makan panas2

Balqis Nazid said...

Mamafami.. Sedap. Lagi2 kalau makan panas2

Balqis Nazid said...

Ijayu, kita kakak yang.. Dah tuo he..he..
Bestkan kalau kita masak anak2 ghairah makan kan...
Lepas tu dia pun bg idea sama he.he..

Balqis Nazid said...

Salam lyza, sedap hi..hi.. Walaupun resepinya hentam keromo.. Makanulak dengan airteh panas2 wallah lah.. He..he..