Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Another 365 day's

30hb Mei 2012

Allhamdulillah syukur pada mu ya allah..
kau panjangkan usia ikatan ini.
Berikanlah kebahagiaan ini hingga akhir hayat kami
&
 Temukanlah ikatan cinta kami di jannah nanti ya rabbi..
Aku ingin bersama Dia selama-lamanya..
Amin..amin..amin...



Diam-diam bertambah lagi hari berkasih sayang dengan 
Chenta hati.
365 hari lagi menjadikan kami hampir ke satu dekad 
bersama sebagai suami isteri.
Allhamdulillah 

Terima kasih Chenta..
Terima kasih kerna selalu ada disisi saya saat saya suka dan duka.
Jatuh dan bangun dan kita sama-sama berlari
mengejar impian kita.

Biarlah hina dan busuk dimata orang 
Tapi tidak diantara kita.
Antara kita cuma ada kita dan kita yang lebih tahu siapa kita.

Another 365 day's with u
Happy Anniversary to us
Wish a better year ahead
Amin..amin....








Saturday, 10 March 2012

Happy Birthday


happy Birthday buat kakak ipar saya Norsiah HJ Juahir.
Semoga diberikan kekayaan, kesenangan,
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Diperbanyakan rezeki dan diberikan kegembiraan.
Amin...amin...amin....

Copy paste dari FB kakak Ipar, 
Ucapan yang ditujukan untuk Umi dari Anakanda Safina

Monday, 27 February 2012

Happy Anniversary

35 tahun sejarah masih diingati, apatah lagi nama kampung kami sendiri unik,
DESA TEMU JODOH
Ramai yang terasa pelik dengan nama ni, tak kurang yang teruja nak tahu dimana letaknya kg ni dan mengapa nama nya seunik ini.

27 hb Feb 1977 24 pasang dari pemuda Belia (nama asal kg ni) telah memilih calon pasangan masing-masing untuk bernikah dan bersanding secara serentak.
Perkhawinan yang ditaja oleh Menteri Besar Johor pada masa itu Allahyarham Tan Sri OSman Saat memang menjadi sejarah.

Baca entry saya yang lepas SEJARAH DESA TEMU JODOH

Rasa cepat sungguh masa berlalu, sekali lagi mereka menyambut ulangtahun perkhawinan hari ini
27hb  Feb 2012
Happy Anniversary buat Ayah Mohd Sharkawi dan mak Hajah Saminah Sayuti dan 23 pasangan pengantin yang lain. Semoga mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dunia akhirat amin...amin...

Pelamin unguk 24 pengantin
Tempat ni jadi padang dah sekarang

Mak tak ingat majalah apa ni.
seingat saya satu majalah tu penuh dengan cerita perkhawinan beramai-ramai ni
Ini saja yang tinggal selepas ramai yang pinjam tak pulang

Baju merah tengah-tengah tu mak saya

2 dari belakang ayah saya, masa ni tunggu untuk di nikahkan.
Nikah di Masjid jamek Segamat, pengantin dibawa oleh YB masa tu

Mak & ayah
Bersanding time
Mak dimake up kan oleh Mak Inom, mak kepada pengarah arwah yasmin Ahmad
dan salah seorang pengapit kepada pengantin ni Anita Rafar kakak Linda Rafar.

Sebahagiaan dari mereka yang berkhawin seramai 24 pasang

Ini pelajar Universiti yang jadi anak angkat mak saya
dan sedang membuat kajian tentang sejarah DESA TEMU JODOH
tak silap mak kata ni tahun 1979
(saya atas kereta belakang mak tu)

Ayah saya kiri dengan jiran kami Cik Kasmuni


(esok lusa sambung balik cerita vietnam ya. he..he..)

Sunday, 8 January 2012

2012

Selamat tahun baru kawan-kawan B-)
Diam tak diam dah masuk 8 hari 2012, sekejap jer kan masa berlalu kan.
Rasa baru sambut 2011, tup..tup.. dah sampai hujung dah masuk tahun baru lagi kan.
Samada saya dah semakin tua atau masa yang memang cepat berjalan ha..ha..
teringat masa kecik-kecik dulu rasa lamanya masa berjalan, nak habiskan satu hari tu punyalah lama.
Sekarang, bangun jer tidur, pung pang..pung pang... dah petang..
Usai Asar dah magrib..cepatkan masa ni...?

Allhamdulillah 2011 banyak tinggalkan yang manis, yang sepat-sepat kelat adalah sikit-sikit.
Tu dah jadi adatkan mana  ada hidup yang manis jer..nama pun kehidupan.
B-)

Apa yang kami (saya & Mr Hubby) hajatkan untuk tahun lepas allhamdulillah tertunai.
Besar ke kecik ker tak kiralah, tapi sangat bersyukur dengan apa yang allah kurniakan.
Rezeki yang allah kurniakan, allhamdulillah..allhamdulillah

Azam..?
Pada saya bila-bila masa pun boleh pasang azam, tak perlu tunggu tahun baru.
Tapi terpulanglah pada diri masing-masing kan..

Moga-moga Tahun Baru, Semangat Baru, Kehidupan Baru..
Amin..amin...

Dua rezeki yang allah berikan tahun lepas,
 Allhamdulillah sangat walaupun dah ada Mr Black & rumah kat JB
Semoga rezeki tahun baru semakin melimpah ruah amin..amin...








Tuesday, 22 November 2011

Selamat pengantin baru

Selamat Pengantin baru buat seorang teman saya Zurina & Yusoff pada 11.11.2011 yang lalu.
Kami (saya dan suami) doakan semoga pasangan ini bahagia hingga  keakhir hayat.
Mudah-mudahan dikurniakan anak-anak yang Soleh dan Solehah, amin...

Majlis mereka Di Tanah Merah kelantan
Jom cuci mata tengok gambar pengantin



















Sekali lagi kami doakan semoga pasangan ini bahagia keakhir hayat amin..amin..


Saturday, 15 October 2011

Tahniah

Tahniah buat kakak Ipar saya  kak Mimi yang telah berjaya menamatkan PHD dalam sains Kimia.
3hb yang lepas kami semua menghadiri majlis konvokesyen kakak ipar saya yang paling comel ni.
Tahniah sekali lagi untuk Super Mama...

Hot Mama dengan 2 heronya

Kami semua
 
Hero mama yang comel & bijak



Friday, 1 July 2011

Tahniah Imam Muda

Tahniah Imam Muda Hassan juara Imam Muda 2011.
Wakil dari Johor dapat nombor 2.
Tahniah juga.
Apapun kedua-duanya terbaik...kedua-duanya Juara.
Sejuk perut mak mengandungkan mereka.

Imam Muda Nazrul dari Felda Maokil, Segamat. 
Baru perasan kakak dia Junior masa sekolah dulu.
Dulu bapak dia bawak bas sekolah maokil, tahniah pakcik berjaya didik anak sampai jadi kebanggaan orang Johor



Monday, 13 June 2011

Selamat pengantin baru Nisa & Fikri

Betullah cuti sekolah kali ni ternak lemak banyak-banyak.
ha..ha..macamana tak membiak lemak-lemak ni.
Sebelum cuti lagi dah mula majlis khawen.
Sampai last week cuti sekolah. Penuh jadual.

4 Jun yang lepas anak sedara Mh sorang lagi selamat jadi suami orang.
(masa ni terasa tuanya aku..sebab anak-anak sedara dah mula berkhawin jap lagi jadi nenek)
Tahniah buat Fikri & Nisa.
Semoga berbahagia ke akhir hayat.
jangan gaduh-gaduh..semua masalah boleh dibawa berbincang.
Insyallah manis jer rumah tangga ni sampai ke akhir hayat.
Amin... Amin...

4hb Jun 2011 rumah perempuan, Nikah & sanding
dekat jer sebelah taman - Selayang 

5hb Jun 2011 rumah lelaki - Taman Permata, Ulu Klang

(Pic ni aku ambik dari Album Nisa, pic dari camera aku masih dalam sd card lom copy lagi)

Terima Kasih

Terima kasih pada Majalah 3 yang keluarkan segmen Sejarah kampung Desa Temu Jodoh.
Terima kasih juga pada crew yang terlibat.
Walaupun singkat tapi puas hati. Kalau dapat segmen awal lagi bagus, 30 minit.
Akan lagi banyak info dan cerita dari mak-mak dan ayah-ayah kita orang.
Apapun terima kasih sekali lagi.

Lepas je rancangan ni habis aku sms crew yang terlibat untuk ucap terima kasih.
Dari pihak dia pun minta maaf  sebab interview dengan aku tu tak dapat dimasukan. Sebab tak cukup masa.
Ya lah kan beria aku kata aku nampak gugup bila di interview...
Pheww...tak keluar pun he..he.. tak apalah.
Ada hikmah sebab akan nampak aku lagi besar bila dalam TV nanti ha..ha..

He..he.. Apapun segmen mak dengan ayah tu sangat mencuit hati.
Untuk pengetahuan semua mak aku memang khawin muda masa umur dia 16 tahun.
Dan mereka juga bercinta selepas khawin.
Alhamdulillah walaupun banyak rintangan dan dugaan mereka sangat bahagia
Semoga berkekalan Mohd Sharkawi & Saminah sayuti
Amin....

Aku, mak, ayah, adik-adik dapat banyak sms pasal segmen ni.
Lagi-lagi ayah. Toplah sekejap.  He..he..


Desa Temu Jodoh, memang kebanggaan semua penduduknya.
Selain sejarah perkhawinan beramai-ramai.  kesenangan yang kami dapat hari ini adalah
keringat ayah-ayah kita orang dahulu. Perit jerih mereka membangunkan kampung ini
sangat-sangat dihargai. Susah payah mereka untuk generasi kami sangat kami hargai.
Apapun terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat.

Inilah pelamin untuk 24 pasang pengantin

Artikel ni keluar pada tahun 1977 di majalah apa ya...  .? Tak ingat. Lupa nak tanya Mak
Masih dalam simpanan mak

Dua dari kiri yang baju merah tu emak 

Pengantin lelaki sebelum nikah
No 2 dari kiri itu ayah s

34 tahun yang lepas

Selepas 34 thun 
Allhamdulillah

Sebelum majlis perkhawinan beramai-ramai

Ayah dengan cik kasmuni

Mak yang dukung adik no 2 aku dengan anak-anak angkat masa program 
anak angkat dari salah satu universiti kat malaysia ni










Friday, 10 June 2011

Kami di Majalah 3

Ingat tak kelmarin aku ada buat entry pasal TV 3 nak shooting kat rumah mak aku untuk segmen Majalah 3.
Baca sini  Allhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Promo siaran tu dah pun keluar mulai pagi tadi. Siaran ni akan keluar untuk Majalah 3 11/6/2011
pukul 9 malam di TV3.
Sebagai generasi pertama aku pun sama di interview. Isk..!! malu sungguh masa ni.
Rasa nak tutup muka..atau nak suruh cameraman tu kaburkan muka aku bila keluar Tv nanti atau
letak angle yang aku nampak kuruss..boleh..??? Ha..ha.. gugup &
Aku rasa jawapan aku nampak aku sedang gugup sangat.
Tau tak aku dah siapkan sepasang baju kurung bila tau dia orang nak inerview  aku sebagai generasi pertama.
Rupanya aku kena pakai baju biasa jer yang aku pakai kat rumah tanpa ada makeup. Derang nak nampak natural jer...Ha..ha..pakailah aku t-shirt ngan track suit tu...hampeh...

Terima kasih pada crew yang buat research pasal segmen ni. Dia baca dalam blog aku pasal sejarah kampung Desa Temu Jodoh ni. Sekurang-kurangnya taklah sampah sangat blog aku ni atau blog syok sendiri ha..ha..
Buat satu entry tapi gambar tak ada kena mengena dengan entry..tu blog syok sendiri  dan aku  pun bukan bloger tegar aku cuma bloger suka hati jer, Sekadar isi masa lapang.

Jom kawan-kawan tengok sejarah kampung aku yang sangat havoc masa tu...

Start shooting

Masa ni nak ambil shoot ayah pergi kebun dengan mak

Kami adik beradik duduk belakang tengok ayah

Ready nak ke kebun

Rasanya mak dah lama tak naik motor he..he..