Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Sehelai Baju Buat Menyapu Siair Mata - Puan Shida


Terharu bila ada pembaca blog Puan Shida, email saya bagitau nak bagi beberapa helai baju.
Disebabkan lebih dari 5 helai saya bagitau yang saya nak datang ambik.
Semalam saya kerumahnya di Putra Heights, USJ  untuk ambik baju-baju yang nak disumbangkan.

Terharu..terharu sangat.
Bukan 5 helai.. bukan 7 helai tapi 17 helai. 
Termasuk 3 pasang jubah moden perempuan yang sangat cantik cantik.
Bukan baju sahaja yang disumbanagkan tetapi 72 helai tudung untuk anak-anak yang kurang bernasib baik.
Allhamdulillah... 
Tak  terkata sangat..
Doa saya mudah-mudahan Puan Shida dan keluarga diberikan rezeki yang melimpah ruah
amin...amin...

Saya bersama Puan Shida 
Terima kasih Puan, semoga perjalan hidup Puan sebagai Khalifah kecil dilimpahi rezeki yang banyak









Antara baju-baju yang di sumbangkan Puan Shida

Separuh dari 72 helai tudung dari Puan Shida

Maniskan warnanya..?
Tak sabar nak tengok anak-anak di Kluang memakai tudung baru

Memang cantik-cantik sangat tudung-tudung ni.

ceria warna warnanya

Allhamdulillah..
Amin...amin....

Jika ada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang seperti Puan Shida boleh hubungi saya di balqis6370@yahoo.com

Kami tak tetapkan berapa helai baju yang perlu disumbangkan.
Walaupun sehelai yang ingin disumbangkan kami juga sangat berbesar hati.









Wednesday, 3 July 2013

Happy besday kak Jed


3hb July 
Birthday kawan saya dan juga blogger Green jade

Happy Birthday kak Jade
Semoga Allah terus beri kebahagiaan..kegembiraan dan kesihatan yang baik buat kak Jade.
Amin...amin....

Semalam Kak Jade komen gambar dia tak ada dalam blog saya.
Meh saya tepek gambar Kak Jade manyak-manyak ek..

Masihkah kau ingat Kak Jade 
Saat kau PERASAN kau menjadi pejuang di Vietnam...
Sedangkan dalam perut kau ada nyawa yang minta dijaga kih...kih...

Alah-ala muka ostajah ayu katanya..
Rupanya seri Ibu mengandung..
Tak ada iapa tahu kecuali Allah.
Andai kutahu....
Idaklah teman bior kome berjalan itik waktu tu kan....??
Masihkah kau ingat Kak jade...
Waktu kau kesakitan jalan itik tu hak...hak...??

Masih kau Ingat Kak Jade..?
Kita rasa inilah air nyok paling sedap..
Hakikatnya kita memang kehausan bagilah air apapun itulah yang tersedap
Kan...kan..??

Masihkah kau ingat Kak Jade..??
Kau merayu-rayu nak ke bumi ambiak bertemu sang arjunamu..
Dah kukatakan Kapal ni tak jalan dia buat pameran aja..
Arghh..!!! kak jade keras sungguh hatimu 

Masihkah kau ingat Kak Jade...?
Dalam hutan aja pun tapi nak juga bergaya sakan kih...kih...

Masihkah kau ingat Kak Jade..?
Bila kita tak cukup duit nak makan huk..huk... 
kita terpaksa kerja part time..
Tolong auntie ni berniaga hak...hak...

Masih kak kau ingat kak Jade..
Bila banyak duit kita enjoy tak hengat...
 berpoya-poya sakan..
sampai kaki pun nak dibelai muahahaa..!!!

Masihkah kau ingat Kak Jade..?
Bukan takat kaki kita belai... habis semua kat Bent Thant Market kita borong
Walaupun kita tinggal Dong yang terakhir..
Sob...sob...!!

Masihkah kau ingat Kak Jade..??
errr...!! kita belayar kenegeri mana ni ya...??

Anyway....
Happy Birthday Kak Jade..
Maaf ya Kak jade tu cuma gurau-gurau aja..
Rindu sangat nak holiday sesama..
Bila nak Holiday sesama macam yang kita plan kan dulu..

Ni jangan lupa selit tepi telinga ya...
Sure hakim tergezut tengok Mama dia yg comel ni






Monday, 10 June 2013

Family Day part 4


Acara yang paling ditunggu-tunggu.
Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ha...ha... maklumlah Group Juahir semua dah khawin bak kata Mak Mertua saya.
So Energy memang totally out compare dengan anak-anak UITM yang masih bertenaga lagi
he...he...

Pasang strategi macamana nak kalahkan budak-budak UITM tu kononnya he..he..

Arahan dari ketua, pastikan kita menang.

Bersungguh-sungguh

Ok ambik tempat masing-masing

Ok..buat pasak semua..!!

Ok ready semua...!!!!

Penjaga garisan

Tarikk...!! tarik...!! tarik...!!

Aduh...!! semua tergolek..!!
Kesiannya.. 3 round tu..
1st UITM menang 2nd Juahir Group menang 3rd UITM menang lagi

Gagah-gagah lagi Juahir Group kan..?? ha..ha...

Tak padan kurus-kurus depa ni tapi...kuat tau

Tengok...bukan main suka lagi budak-budak ni ha...ha..

Apapun Juahir Group dah cuba sedaya upaya sob...sob..!!
Kesian sampai jatuh-jatuh..sakit-sakit badan..ada yang demam katanya he..he..









Sunday, 9 June 2013

Jelly Bunny


Dah lama tak cerita pasal kasut kan..?

Lately ni memang dah tak segila dulu.
Beli mana yang rasa betul-betul nak pakai.
Kalau setakat cantik & tergoda kali pertama kali tengok boleh abaikan aja.
Kentalkan jiwa saya...?
(sila jangan  sebab percaya Sale Hush Puppies 2 bulan lepas saya beli 3 pasang he..he.. )

Beberapa kali ke Midvalley selalu masuk butik Jelly Bunny ni.
Bau gula-gula kedai ni manis sangat.

Berkenan sangat dengan kasut-kasut comel kat sini.
Dengan warna-warna yang bright memang cun sangat.

Semalam berjaya pujuk suami.
He..he.. dia tak suka sebab tu tak layan.
Tapi saya nak juga..
Nak juga....!! nak juga..!! nak juga..!!
(dalam hati ajalah....hik...hik...)


Lembut sangat bila pakai.
Memang best sangat..

Bau jelly strawbery macam nak gigit-gigit aja

Comel tak kaki kak Ton...???? 
Aahahhaaa... !!!
Sila jangan muntah hejo ok

Untuk kasut comel ni cuma RM 29.00 sepasang

Murah kan..??


Saturday, 8 June 2013

Family Day part 3


Saya paling suka acara ni.
Pencarian ratu katanya ha..ha..
Rasa kelakar & malu pun ada.
Tapi just suka-suka tebalkan aja muka ni ahaksss...!!

Pencarian Ratu katanya ha..ha...
Ada 4 kotak yang disediakan.  Dalam kotak tu macam-macam ada.
Ada kasut, topi, baju, kain batik, selendang, sarung & dress
Dalam masa 5 minit kena cari &rebut apa yang disediakan untuk dipakaikan pada model.

Ha..ha.. tuan tanah tengah cat walk 
Jelita ker..???

Tu dia 4 Ratu katanya ha..ha...

Posing jangan tak posing

bagilah can dah tua-tua baru rasa nak jadi Ratu kih...kih..!!

Saya dapat no 2 hak..hak..

2 mak buyung ni tak menahan lansung ha..ha..
Vouge walaupun bawak perut
Anak sedara saya yang pakai biru tu Naliza dapat No 1, 
Yang baju hijau tu akak Ipar saya he..he..




Friday, 31 May 2013

Family day


Family Day Juahir Hoding kembali lagi.

Tahun ni bermula dari 1hb June 2013 dengan bekumpul seluruh anak cucu.
Dengan majlis doa selamat pada malamnya.

2hb June 2013 baru sukaneka antara anak cucu diadakan.

Tak sabar sebab memang best macam thun lepas he..he..

Memandangkan tahun ni saya dan suami AJK hadiah,
maka dengan gigihnya kami mencari, membalut dan mengasing-asingkan hadiah mengikut kategori dan jenis sukan.

Tahun ni juga keluarga Juahir mendapat kerjasama dari UITM yang mana seramai 30 pelajarnya terlibat dalam Sukaneka untuk projek akhir tahun mereka.
Wahhh..!! mesti lagi meriahkan..

Yeahhh..!! Exclusive for Juahir Holding

Senarai pasukan dah pun dibahagi-bahagikan.
Tahun ni saya dapat sama kumpulan dengan Encik Suami yea...yea...!!!



Antara hadiah sukaneka untuk kanak-kanak



Dalam banyak-banyak design saya suka design T-Shirt yang ni

Ha..ha...  Ini Idea saya
Sapalah yang dapat kuali ni untuk cabutan bertuah ek..?

Ada lebih kurang 40 hadiah untuk cabutan bertuah.
Agak-agak tuan tanah dapat apa ya...?
Tak sabar nak tunggu Ahad ni he..he..

Paling Saya suka salah satu acaranya adalah bertukar-hadiah antara adik beradik.
hadiah diwajibkan bawah RM 10 sahaja.

P/S: Tahun lepas saya dapat 1 hadiah aja.
No 2 bowling kelapa he..he..

Juahir tu nama bapa mertua saya