Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label its all memory. Show all posts
Showing posts with label its all memory. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Happy Anniversary


Hari ini bertambah setahun lagi kami bersama atas ikatan suami isteri.
Allhamdulillah kami bersyukur kepada mu Ya Allah
Kau berikan kebahgiaan dan kegembiraan kepada kami.

Semoga Allah terus memelihara keberkatandan kebahagiaan kepada kami berdua.
Amin...amin...

In this life we cannot always do great things.
But we can do small things with great love
- Mother Teresa -

Terima kasih "Suami" kerana meletakkan harga seorang "Isteri" di darjat yang tertinggi.
Without His love  I can do nothing,
With His love there is nothing I cannot do

Cinta darinya Anugerah yang tak ternilai terima kasih "kekasih selamanya..."
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye


Happy Anniversary "Kekasih"


Fall in love sangat dengan lagu ni. 
Dari pertama kali dengar lagu ni 7 tahun lepas sampai sekarang masih meresap dan masih berdebar dengan lirik dan bait-bait lagu ni.









Thursday, 4 July 2013

Ya Habibi



4hb July datang lagi.
Birthday Chenta hati.

Semoga Allah terus berikan 

Kesihatan yang baik..
Dipermudahkan dunia akhirat..
Dipermudahkan amal ibadahnya..
Rezeki yang banyak..
Rezeki yang halal..
Rezeki yang diberkati..

Dan...

Semoga kita terus bahagia hingga kehujung nyawa kita..
Amin...amin...

Happy Birthday to you.. 
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Chenta..
Happy Birthday to you....

Ecececehh..!!! jangan banjir dahlah ek dengan suara sumbangku ini
  
Semoga Chenta terus diberikan kesihatan yang baik..
Rezeki yang halal dan diberkati..
Dipanjangkan umur..
Dipelihara dari tipu daya dunia dan syaitan..
Dipermudahkan amal ibadah dan dunia akhiratnya 
Amin...amin...

Terima kasih Chenta 
Menjadi kekasih yang terbaik buat saya.
Semoga Allah pelihara hubungan kita sampai akhir hayat kita..
Amin..amin...

Habibiku yang sangat sabar dengan kerenahku.
Soft spoken dari mula kami kawan...bertunang.. 
sampai ke hari ni..
Amin..amin...

Terima kasih Allah kerana memberikan Imam yang terbaik buat saya

Ya Allah perkenankanlah doa kami 
Jadikanlah kami dan keturunan kami dipelihara dari kejahatan

Kih...kih... sila jangan meloya ya.
Tengok gambar kami yang ala-ala winter sonata katanya...

Sekali lagi Happy Birthday Chenta..



Ya Tuhan kami,
 janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk, 
dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. 
Sesungguhnya 
Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).
Ya Tuhan kami, 
sesunguhnya Engkau mengumpulkan manusia ( untuk menerima balasan) 
pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Sesunguhnya Engkau telah menjanjikan itu. 
Sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji.”
(Surah Ali Imran [3] : 8-9)













Tuesday, 2 July 2013

Jumpa kawan


Lama tak jumpa sahabat yang jauh dari Brunei ni.
Tahun lepas masa dia transit di KL untuk ke London saya tak ada kat KL
Kali ni...
Kebetulan Dia balik ke Kedah so saya ambil kesempatan untuk jumpa di Airport.


Mesti ramai yang kenal kan...


Terubat rindu dengan Kak Noor
Tak dapat berlama-lama sangat sebab flight Kak Noor pukul 1.30
Insyallah ada rezeki jumpa lagi.

Pratiwi yang baru pulang dari Backpack dari Bangkok

Dan kebetulan seorang lagi sahabat saya nak balik Makassar.
Kami terus berjanji untuk jumpa di Airport juga. 
Saya kagum dengan Pratiwi, dalam umur 21 tahun dia dah pun mengembara ke ke negara Eropah sendirian secara backpack.



Wednesday, 5 June 2013

Family day part 2



Montaj Family Day Juahir Holding



Dengan kerjasama dari pihak UITM Puncak Alam











Tuesday, 4 June 2013

Family day part 1


Allhamdulillah family Day berjalan dengan suksessnya.

Semua enjoy & fun dengan acara yang diadakan.


Juahir Family & Student UITM yang terlibat bersama Pensyarah mereka










Thursday, 30 May 2013

Again...


365 hari lagi..
Kita bersama..
Dalam tawa ada duka..
Dalam senyum ada tangis..
Kita tetap bersama..

Love puts the fun in together,
 the sad in apart, 
and the joy in a heart...

Saat Ijab & Qabul
Mudah-mudahan Allah mendengar doa setiap doa kita..
Amin...amin....

Ni gambar gedik malam tadi... saja pakai Inai he..he..









Monday, 20 May 2013

Lung infection

Seperti biasa entry terperam disebabkan kemalasan Tuan tanah.
He..he...

Raya ke 3 tahun lepas.
Lepas 2x nebuliser tak jalan pagi-pagi raya ke 3 decide ke Hospital.

Suami bawa ke Putra Specialist Batu Pahat.
(Turn beraya kampung sayatahun ni)
sampai Hospital DR cek.. terus kena tahan.
Keadaan saya dah teruk masa tu.

1 jam pertama sangat menyeksakan.
DR masukan ubat (tak ingat apa nama ubat tu) kena habiskan dalam masa
45 minit menggunakan mesin. 
Masa proses kemasukkan ubat tu sakit seluruh badan.. 
sakit sangat-sangat.
Panas..panas sangat..
aircond masa tu tak mampu nak bantu..
rasa bilik tu panas sangat.. padahal aircond buka..
kipas pun saya suruh suami buka.
Tak membantu lansung.
DR memang ada pesan ubat ni panas & agak menyakitkan.

5 hari saya beraya di Hospital.
DR nak pastikan saya betul-betul sihat masa keluar.

Sejak pindah KL ni kali 2 saya masuk Hospital.
Tahun 2009 saya pulun tapai pulut tak hengat..
sudahnya..
Tengah malam saya ke emergency Damansara Specialist 
Menyusahkan suami aja saya ni hi..hi..

Kesian tangan saya. Lama parut tu nak hilang..










Thursday, 18 April 2013

Pengantin baru...?

Dah nak 5 bulan masih kira baru lah kan.
Almaklumlah kan mood nak update blog sebelum ni kelaut.
memang MALAS sangat jadi banyaklah entry terperam.

Ni cerita adik lelaki saya nikah bulan 12 kelmarin.
he..he..lama gilakan cerita ni..
tak apalah layan ajalah ek.
Memang bnyak entry terperam lepas ni.

Adik lelaki nikah.
Tapi nikah kat rumah saya.
tak ada apa yang pelik... 
Sebab adik perempuan saya dulu pun nikah kat side lelaki (Singapura)

Ni sebahagian gambar, baki yang beratus gambar dalam camera lagi malas nak ambik dari sana.
(kan dah kata memang tgh malas ha..ha...)

Majlis ni simple aja, jemput sekampung aja.

Semoga adik saya dan pasangannya bahagia sampai akhir hayat.
kami semua doakan yang terbaik amin..amin...

Nikah
Masa ni saya masih gigih kat dapur hi..hi..

Bila Puan Tam disarungkan cincin he..he..

Mood gedik

Pengantin lama tumpang sekaki 

Long doakan Tam & Lin bahagia ke akhir hayat amin..amin...





Sunday, 18 November 2012

Namsan Tower

Wahh...!! selalu tengok kat TV aja, kali ni dapat pergi.
dari KL saya dah siapkan padlock untuk saya tinggalkan di namsan Tower ni.. 
Alah suka suka aja.. bukan selalu percaya sangat..

Untuk naik ke Namsan Tower saya pilih naik bus semasa pergi.
Dan naik cable car semasa turun.

Tapi Bus tak sampai atas, menapak ler lagi dengan jalan berbukit tu.
perghh...!! mencabar betullah..

Menara ni menjadi simbolik untuk Kota Seoul dengan ketinggian 4797 meter diatas permukaan laut
Selain Namsan Tower menara ini dikenali juga dengan nama Seoul Tower

Jom tengok gambar di Seoul Tower ni

Aduh naik bukit..
Sampai lapar saya dibuatnya..

Nampak tak uncle yang pakai baju belang-belang tu..?
dia jalan secara mengundur.. rasanya dalam 5cm setiap langkah dia tu.
lepas tu ramai pulak yang jadi pengikutnya termasuk saya sendiri jalan secara mengundur ha..ha..
Tapi rasa cepat sampai pulak..

Kami sampai matahari hampir terbenam sebab lama di Changdeokgung palace

Kagum sekejap... 
Banyak sungguh padlock, kelmarin masa di Busan Tower ingatkan dah banyak.
Rupanya sini lagi banyak

padlock dimana-mana..sampai bulat mataku ha..ha..

Macam-macam bentuk padlock.
Macam-macam juga kata-kata diatas padlock tu

Matahari terbenam..sangat cantik waktu ni subhanallah..

Namsan Tower Seoul

Ecececehhh...!! saya pun tak ketinggalan nak abadikan padlock kat sini

Saya bawak dari KL, kalau beli kat kedai-kedai dalam Namsan Tower ni agak mahal. 

macam-macam cara orang nak abadikan cinta mereka 

Padlock lagi

Ini saya punya...
Cincin tu masa saya beli di Cameron Highland.
Rm 10 aja siap ukir nama sekali 

Ada rezeki datang lagi saya nak cari padlock saya balik.
Disini banyak CCTV yang active. 
Dan satu kesalahan bila didapati mencabut dan membuang padlock orang lain.

Padlock lagi

Semakin malam semakin sejuk.
Gambar no 2 tu padlock yang dijadikan pokok krismas
ada lebih dari 5 pokok padlock

Agagaggaaagagagaa....!!!!
he..he...

Besarnya padlock ni

Tak cukup padlock tu dia periuk  & mug pun ada, ni kalau datang lagi. 
dari jauh dah nampak..kreatif idea ni..

Geram pulak tengok padlock yang banyak-banyak tu

Kalau sesiapa nak datang sini better bawak siap-siap padlock.
tak payah beli kat sana.
Yang saya survey padlock macam saya tu dalam RM 44
memang tak dinafikan Korea agak mahal serba serbi.
So nak jimat bawak jer dari malaysia, kalau tak nak padlock, bawaklah periuk belangan ke kuali ker,
senang nak cam dari jauh.. ha..ha..


Changdeokgung Palace


Ini antara yang saya tunggu-tunggu sangat nak pergi, Tak sabar nak rasa kehidupan
Dinaasti Joseon  (1392 - 1910), salah satu daripada 5 Istana di Seoul. 
Dibina oleh Raja Pengasas Dinasti Joseon, Lee Seong-Gye,
 Pada 1395 beliau telah memindahkan 
Ibu kota dari Gyeseong ke Seoul. ia terletak di tengah-tengah kota Seoul.

Dari stesyen Shinchon kami menuju ke Eljiro Samga, kemudian berjalan dalam 400 meter sebelum sampai ke Istana Changdeokgung Palace ini.

Lepas beberapa hujan kat Busan allhamdulillah Seoul panas
walaupun bukan panas melenting he..he..

Istiadat pertukaran pegawai


Pegawai yang bertugas petang tu


Antara Istana yang terbesar

Rasa macam balik ke Dinasti Joseon














Lebih dari setengah hari kami kat sini, selain Kawasan Istana yang besar, 
Banyak yang unik dan menarik perhatian kami.
Leka dibuatnya.
Ada lagi satu Istana lama kami pergi.
nanti saya updatekan dalam entry yang lain