Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

WW


Botol baru buka..
baru 2x pakai
pecah..
aduh sayangnya...

Speechless..

Miracle water - Nature Republic
Bagus sangat untuk kulit.
Jadiakn kulit kita lebih fresh.
Saya beli berbotol-botol waktu ke Korea dulu.
Murah & kualiti setanding dengan jenama SK** 










Friday, 4 May 2012

Resepi 6 sahabat

Buku resepi 6 sahabat dah pun dijual di booth NB Kara 
sempena Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur (PBAKL) yang sedang berlansung.

Selepas PBAKL buku Resepi 6 sahabat boleh didapati di semua kedai-kedai buku.
Kalau sahabat-sahabat nak mencuba resepi saya dan sahabat-sahabat saya yang lain
jangan lupa dapatkan buku Resepi 6 Sahabat ya.
Ada resepi dari turki yang sangat sedap.
Ada sambal tahun kerang yang mantap.
Ada resepi aiskrim yang lazat.
He..he..saja buat sahabat-sahabat terliur ..

Resepi 6 sahabat dari kami
Tini Anuar, Kusyi Hirdan, Mak Andak Eda, Khamisah Nazri,
Salina Ibrahim, Norhayati Berahim 

Gerenti jadi
RM 15.90


Friday, 13 April 2012

Tungguuuuu...!!!!

Tunggu....!!!
Dalam beberapa minggu lagi akan berada di pasaran Insyallah.

Satu lagi terbitan NB Kara.
Selain menulis Novel-novel yang menyentuh hati,
kali ini penulis  tersohor Norhayati Berahim menerbitkan buku masakan
yang dinamakan "RESEPI 6 SAHABAT"
Gerenti sedap, gerenti jadi he..he..
Ada banyak resepi yang akan dikongsikan dengan pembaca.

Jangan lupa sahabat-sahabat saya dapatkan dipasaran pada 
Pesta Buku Antarabangsa nanti,
sebab saya salah seorang yang terlibat dalam projek ni,
Nak rasa resepi saya, Jom support saya dan kawan-kawan.

Jangan lupa ya sahabat-sahabat dapatkan dipasaran nanti

Gerenti jadi
Insyallah 

Kami 6 sahabat
Cari mana saya hi..hi..




Monday, 12 March 2012

Ayam Penyet Ria

Masa saya lalu kedai ni dah nak tutup, kalau tak mesti cuba dah..
Sebelah dengan Imanos kedai dia
(abaikan gambar saya tak edit sebab berblog dari BB)

Semalam masa ke Angsana tetiba nampak Ayam Penyet Ria. 
Woooohhhoooo..!!!! Ayam penyet Ria favorite saya dah ada kat JB.
Kalau nak tau ni lah ayam penyet kegemaran sata kalau kat KL.
 Memang sedap & terbaik. Paling best part sambal dia tu aduh sedapnya.
 Lagi kerak yang atas ayam tu pun mabeles sangat tau...

1st time makan Ayam Penyet Ria kat Lucky Plaza Singapore. 
Masa tu MH ada trauning kat area Orchad, ayam penyet Ria ni antara kedai yang dekat dengan hotel kami di orchad tu. Sekali makan nak hari-hari he..he..
Hari ni ingat nak pergi try makan yang kat Angsana tu... 
Nak rasa sama tak dengan Singapore & KL punya...

* Sekinchan ikan bakar pun dah ada branchlah kat JB ni. 
Dekat-dekat dengan hotel Tune kat Danga Bay tu... 
Tapi saya tak minat lah nak datang lagi...mana-mana branch sekalipun....
 Esok-esok dah ada mood saya cerita kenapa.....*

Entry tahun 11/11/2009 

Saturday, 10 March 2012

Papitusulem Homestay


Kalau ingin bercuti dalam suasana kampung dan ingin merasai
sendiri kehidupan tenang di Kampung, bolehlah memilih untuk bercuti di Homestay.

Rasa sendiri bagaimana cantiknya sawah padi dipagi hari.
Tenangnya laut waktu matahari pulang.
Indahnya langit kala panas membahang.
Dan
Manisnya suasana bila malam menjelang.

Berminat untuk bercuti di Homestay..?
Click dibawah


Disini ada segala yang anda inginkan







Friday, 9 March 2012

Sawah padi


Saya orang Johor, sejak kecik memang tak pernah tengok sawah padi.
Saya jumpa sawah padi masa umur 17 tahu, tu pun dapat tgk dari dalam bas jer. Masa tu dalam 
perjalanan ke Kedah rombongan.
lepas tu teruslah berangan nak tengok sawah, nak masuk sawah. Lagi-lagi kalau tengok sawah padi dalam TV
memang teruja tahap gaban.


Rezeki jodoh dengan orang selangor.
he..he.. mak mertu ada sawah padi. Teruja sangat-sangat pertama kali dapat tgk sawah.
Sampai sekarang tahap teruja dengan padi tu tak pernah berhenti.
Lagi-lagi kalau tengah menghijau tu, memang teruja sebab cantik sangat.

10 tahun lepas, pertama kali masuk sawah.
(abaikan gambar TT tu ha..ha..)
Ni lepas musim menuai, pokok-pokok padi akan di ptong dan dibakar semua jerami-jerami tu
dan untuk matikan sekali benih-benih yang tinggal

Kemudian tanah akan digemburkan semula

Proses seterusnya, sawah akan dimasukan air untuk melembutkan tanah dan menanam padi
Kalau benih tabur air selalunya lebih banyak dari biasa.

Inilah anak padi yang akan ditanam


Sekarang dah guna mesen tanam padi, kalau dulu kuku kambing digunakan untuk 
menanam anak padi.
Selain anak padi, benih juga boleh ditabur.


Inilah anak padi yang siap ditanam, sebaris jer kan semua.
Rasa comel sangat ha..ha..


Masa sawah tengah hijau macam nilah rasa teruja tu datang.
Masa ni kalau balik kampung petang-petang mmesti nak tengok sawah.

Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi

Masa ni saya datang waktu pagi, embun pun tak kering lagi 

padi yang dah mula kekuning-kuningan

kalau dah kuning betul bila gigit rasa manis jer beras tu, 
macam makan kuaci 

Ha..ha..tangan sapa ar tu...
padi yang belum jadi beras

10 tahun lepas, masa ni saya datang semua dah jadi jerami, dah proses bakar jerami.
Adalah kat tepi-tepi tiang tu yang tak terpotong..
Tulah saya kutip sebab nak sangat tengok pokok padi ha..ha..


Kalau nak merasa musim hijau sawah oadi macam ala-ala cerita Nur kasih tu
bolehlah menginap di Homestay yang ada disini
klik

Semua elemen ada kat home stay ni. Dengan lautnya, dengan sawah padinya..
Tetiba rindu kampung mertua saya he..he..















Thursday, 8 March 2012

Hari Wanita & hari Ginjal sedunia

8hb March 2012 Hari Wanita sedunia, selamat menyambut Hari Wanita pada semua wanita-wanita cantik seluruh Malaysia. 

Kata Umar Al-Khatab bahawa " lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara.
Pertama, siapa ibunya dan kedua siapa Isterinya.

Rasullullah saw telah bersabda yang bermaksud
Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan  yang paling indah ialah
Wanita Solehah (hadis riwayat muslim)

Hari ni juga hari Ginjal sedunia, sayangi Ginjal kita.
Sayangi apa yang kita ada..

Selamat hari wanita dan Selamat hari Ginjal sedunia


Saturday, 3 March 2012

Turki Food

Pertama kali cuba, saya sangat tergoda. Kena dengan selera saya
Memang sedap.

Ini namanya Imam Biyaldi

Kofte

Resepinya mudah dan ringkas.
Nak resepinya
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TUNGGU...!!!!!!
Saya akan beritahu kelak ya....

Saturday, 21 January 2012

Garrett

Saya boleh dikategorikan pecinta pop-corn. Kalau makan pop-corn ingat arwah atuk yang selalu
belikan pop-corn bila pasar lambak kat pekan Senggarang tu. Itu lah jajan paling murah masa tu.
Tak silap saya 3 bungkus RM 1 jer.
Bila semakin besar saya masih tak boleh tinggalkan suka dan cinta pada pop-corn ni.
Kalau tengok wayang pop-corn ni macam dah jadi wajib pulak beli.
Kalau kenyang mcamana pun kotak kecik tu mesti nak beli.

Garrett,
Salah satu pop-corn yang sangat..sangat..sangat...dan sangat..saya suka.
Caramel Crisp yang paling saya suka. Sedap sangat ha..ha.. terasa kat tekak ni.
Tapi haritu Caramel Crisp ni dah habis
Hampeh lepas que panjang-panjang 
saya try Cheese Corn, kalau yang suka cheese mesti kata sedap, tapi pada saya biasa jer lah..
Eh..! tapi si Adib bukan main suka yang Cheese corn ni, bila dia rasa jer dia
kata.."sedapnya ma..." ha..ha..
Punyalah sedap agaknya saya nak pun dia tak bagi..alahai anak..anak..


Kalau beli kat KLCC  memang kena que panjang, tapi 1 Utama pun dah ada.
Dekat dengan rumah, tak payah jauh-jauh ke KLCC yeayyy..!!!

Trust me, sapa yang dah rasa sekali memang jadi macam ketagih..
Oh...Garrett come to mama sayang...ha..ha..
Click Garrett

Yang ni sebungkus RM 16

Caramel Crisp

No Paparazi please..!!!
Model Garrett 2012 yang malu-malu nak menunjukan dirinya ahaksss...






Yang salai-salai jer

Daging masak salai + pucuk ubi, nyum..nyum..pedas-pedas sampai berasap memang sedap.
Tempat favorite saya beli adging salai ni kat Kuala Pilah. Ada satu kedai tu memang sedap.
Wangi jer daging dia. Selain daging itik, keli & ayam kampung salai pun ada.

Daging, itik, ayam kampung & keli salai

Daging sekilo RM 35, boleh beli setengah kilo atau kurang

Ikan keli salai  4 ekor RM 6 
Nyum..Nyum..

Itik ni sekor RM 40 

Inilah gerai yang saya selalu singgah, banyak-banyak kedai saya rasa kedai 
ni power sangat ha..ha..

Monday, 9 January 2012

Camera lagi

Kali tak beli, MH dapat masa Anual Lunch baru-baru ni.
Tak ikut pun MH ke Anual Lunch tu, sebab tengah berjimba dengan Adib ha..ha..
(lagipun budak bawah 12 tahun tak boleh ikut)
Rezeki MH dapat camera Sony Nex ni.
Beberapa minggu tu topik kami memang camera, tapi DSLR lah.
Comparekan DSLR Canon dengan Nikon mana yang lagi ok.
Lepas tu pasal Lens DSLR, nak upgrade lagi kengkununnya lah.
Tup..tup..MH msg dapat camera ni.
He..he.. allhamdulillah lah..rezeki..

Best juga camera ni, dah test masa ke Tasik Perdana haritu.
Cantik gambar-gambar dia.
Kalau nak tau lebih detail tengok sini jerlah ek..
SONY NEX  

Kalau dapat tukar calour merah/marron tu lagi best...

flash tu boleh buka kalau tak nak pakai

Dari depan...
Sexy juga ek..

Screen yang boleh di gerakan 

Nanti saya postkan gambar-gambar yang guna Sony Nex ni ya..


Sunday, 8 January 2012

Santapan Penamat

Tahniah pada Masterchef pertama iaitu Ezani 

Walaupun saya lebih sukakan gaya dan cara Wahidan mengendalikan dapur sangat cool.
Harap-harap sikap merendah diri Wahidan kekal sampai bila-bila.
"Ezani Doktor saya cuma pekebun" antara kata-kata Wahidan yang saya suka..

Thursday, 1 December 2011

JOHOR PREMIUM OUTLET

Woooo hooo... !!! Grand Opening 11 Dec 2011 nanti.
Macam-macam International brand ada. Tak sabar nak balik JB nak pergi JPO ni.
Banyak brand favorite saya ada kat sini. Rambang mata & poket ni.he..he..
Coach, Charles & keith, Skechers, Timberland, GAP  & Armani ni antara brand paling saya suka sekarang.
Brand-brand ni belum ada lagi kat JB so far yang saya tau. Kecuali Timberland ada kat Jusco Tebrau.
Bestnya orang-orang JB nak shooping brand-brand ni semer tak yah gi Singapore
atau KL lagi lagi. Nun kat Senai sana dah boleh dapat.
Yang bekas orang JB ni pun sama tak sabarnya ha..ha....
dengar-dengar grand opening nanti ada sale sampai 65%. Jom..jom.. Orang JB kita serbu JPO ni.
*sambil mata kelip-kelip kat MH* hi..hi...

Klik sini & Sini kalau nak tahu lebih detail




Friday, 4 November 2011

Merah tu saya punya

Akhirnya dapat yang idam-idamkan ha..ha..
Buat penuh almari jer ek.. Tapi saya suka..suka sangat-sangat.
Mula mula nampak terus melonjak-lonjak perasaan ni, tapi Incik Hubby tak suka,
garang sangat katanya..sampai termimpi-mimpi tau saya..
Tapi kesedihan tu tak lama..sebab akhirnya Incik Hubby tak sanggup tengok miniknya berduka ekekkeee....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Dah selamat dirasmikan, memang best rasa relaks jer kaki pakai walaupun tinggi.
Rabu lepas singgah Jusco Tebrau, ada patern baru tapi warna sama.
Huisss..!! sekali try bestnya...lembut jer kat kaki...
Haruskah ku khabarkan berita gembira ini pada sang arjunaku..
huk..huk..


Percuma satu

Kulit saya agak sensitif dengan losyen, tak semua serasi. kalau terlalu banyak pewangi kulit saya sangat mudah kena ruam. Selain losyen Baby Johnson yang saya gunakan sejak saya mula kenal losyen, saya sangat teruja dengan losyen dari Body Shop ni.

Kebetulan hari tu Body Shop ada sales. Sesapa yang member sure dapat msg dari Body Shop. Dalam banyak-banyak losyen di Body Shop cuma ini yang sangat serasi dengan kulit saya.

Strawberry Body Butter dari Body Shop yang sangat dicintai ha..ha..

Beli satu percuma satu, sangat berbaloi


Tuesday, 18 October 2011

Bestlah Maybelline ni

Liquid eyeliner dari Maybelline studio ni memang gerek ar.
Sangat-sangat jatuh cinta selepas 1st time pakai.
Senang nak buang, tak yah nak menyental pakai eye makeup remover atau minyak johnson.
Bila kena air jer dia akan bergentel jadi macam rubber tanpa ada sisa-sia hitam kat keliling mata kita.
Tak comot lansung. Tak ada sisa hitam cam kungfu panda tu.
Kalau nak ambik air sembahyang time pakai Liquid eyeliner ni senang jer, tak payah buang masa nak gi cuci atau sental dulu.
Harga pun tak mahal..

Cubalah kalau tak percaya, nescaya anda jatuh cinta he..he...


Saturday, 25 June 2011

Tahniah Sepah


Maharaja Lawak dah pun tutup tirai..Lepas ni Jumaat malam Sabtu nak tengok apa ye.??
Rancangan apa yang gantikan Maharaja Lawak nanti ya.
Harap-harap biarlah rancangan tu boleh release tension macam rancangan Maharaja Lawak tu ek.
Korang puas hati tak Maharaja Lawak  akhir ni? 
Jujurnya, aku sangat puas hati baik dari persembahan atau keputusan
Lebih-lebih lagi persembahan Sepah sangat konsisten sejak awal lagi.
Apapun semua dah berakhir.
Semua boleh dianggap pemenang sebab berjaya sampai ke final

Tahniah Sepah.
Bangganya jadi orang JB, lagi-lagi Kulai kan.
Pheewiitt...!!! memang terbaiklah Sepah.
Sepah nampak cool bila buat persembahan, keserasian tu memang nampak ngam.
Tapi Sepah memang best.... 
Manisnya Kurma itu haaaa...!!!!! semput...

Mula-mula memang ingat Jozan yang Juara. Tapi malam ni agak kurenglah Jozan.
Tapi dia popular, pengundi ramai  tu yang yakin Jozan boleh menang.
Paling best masa Mael lambung dengan Muzikal tu phewww... terbaiklah..

Mula-mula Nabil memang best. Tapi lama-lama sangat bosan
Tapi yang last week dia buat pasal cd cetak rompak tu memang best
Ha..ha...

Apapun tak boleh..
ha..ha..
Part 2 yang dengan Zila Bakarin tu memang terangakat.
lawak gilosss..
Yang 1st tu pada akulah tak best sangatlah...

Ini cuma pendapat aku lah ya. tapi keputusan malam ni memang memuaskanlah. 
Nabil paling kaya ha..ha.. sebab tak payah share kemenangan dia tu kan..????





Tuesday, 21 June 2011

Lambakan lelaki di Pahang

Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena "Marriage squeeze" iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam usia perkhawinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.


Berasaskan Kajian Pendududk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci penduduk dan Perumahan 2010 oleh Lembaga Penduduk dan pembangunan keluarga Negara (LPPKN), menunjukan bilangan lelaki terbabit lebih ramai berbanding wanita.


Laporan itu juga, menunjukan bilangan lelaki dalam usia perkhawinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita. Manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang melebihi paras nasional 100 wanita.


Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasidari segi persaingan lelaki untuk mendapat pasangan hidup.
"keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan
pada masa akan datang" katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) di Wisma Negeri disini.


Beliau juga berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkhawinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan pasangan, sekaligus, menyumbang kepada isu kahwin lewat dikalangan lelaki.


Selain itu kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada tahun 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan nisbah satu warga asing bagi setiap rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.


SUMBER BERITA HARIAN 21 Jun 2011

" Lambakan lelaki di Pahang, lepas ni mana-mana yang nak cari atau susah nak jumpa calon lelaki yang baik boleh cuba di Pahang. mana taukan jumpa calon yang baik, calon yang diimpikan.. sapa tahu kan..
Usaha tangga kejayaan he..he.. Kebarangkalian penghijrahan wanita ke luar pahang mungkin menyebabkan kurangnya wanita di Pahang. Erm..selama ni kita dengar nisbah perempuan lebih tinggi dari lelaki kan..
kali ni lelaki melebihi perempuan pulak..."

Ada yang berminat mencari jodoh lelaki Pahang..???

Maharaja Lawak

Aku suka giler dengan Maharaja Lawak ni walaupun tak mengikuti Raja Lawak.
Ada tak ada yang aku kenal Jozan, Sepah (sebab dia org Johor ya)
dan Nabil (sebab dia couple ngan Irma dulu) yang lain tak kenal lansung.
Walaupun Jambu tu aku minat tapi cuma tau bila dia masuk Maharaja Lawak ni jer.
(Aku jarang tengok TV sebenarnya ha..ha..)

Minggu ni Final. Tak sabar nak tengok. Pada pendapat aku semua yang masuk Final ni memang lawak dan berbakatlah. Cuma ralatnya bila R2  tersingkir minggu lepas. Padahal R2 pun bagus dan bersahaja lawaknya.
Walaupun ada masa lawaknya tak sampai, tapi aku rasa ramai yang frust bila R2 tak dapat masuk final kan.
Kalau R2 masuk lagi meriah kan..???

Pilihan peribadi aku..???
He..he.. Jozan, Sepah dan Jambu. Ni tak ikut urutan ya.Cuma senarai top 3 ni lah pilihan aku.
Apapun kita tunggu malam Final nanti.
Harap-harap lagi pecah urat perut malam finale nanti ya..

Peace yaww....!!!!!

Dari minggu pertama sampai minggu sebelum finale baju-baju Jambu semua warna dark pink 
@ merah jambu. sangat shomell hoccay..

Mail lambung & Abang Rozi tiger...
adehh..!!! tak boleh blah lawaknya

Masa malam muzikal. Shuib pakai gaun labuh wallahh...!!!
tergolek-golek ketawa..
"kau diam peah..kau diam peah..." ha..ha..
Kelas kau maria...

I'm Sorry
Sorry banyak-banyak ya tak minat bukan sebab dia tak lawak tapi
atitude dia agak kureng dengan judge tu buat lagi dot...dot..dot..
I'm Sorry banyak-banyak yerk....