Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 28 June 2013

HOUSES LIGHTINGS PUCHONG


Banyak tempat kami survey kedai lampu.
Nak cari yang murah, cantik & berbaloi dengan harga.

Dalam banyak-banyak kedai saya dan suami sepakat nak memborong lampu & kipas kat kedai ni.
Pertama kali pergi kami survey-survey tak memborong sakan.
Beli sikit-sikit jer...
Beli yang mana penting dulu.

Kali kedua baru kami plan nak beli semua lampu & kipas.
Eh..! seronok rupanya shopping lampu segala bagai ni ya.
Ya lah rumah pertama dulu kami tak berpeluang beli segala lampu
Kami beli rumah 2nd hand. so semua lampu kipas dah tersedia.
Cuma ganti mana-mana yang tak berkenan jer.
Tapi taklah sampai nak memborong macam ni banyak.
Rumah kali ni kami beli rumah baru tu yang gigih shopping segala bagai ni.
He..he.. kalau ingat masa shopping tu best juga.

Pinjam gambar dari Dunia Mrs Pejan's

Kedai ni terletak di alamat
No.33 & 35 Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor
(sederet dengan Ipoh Kopitiam)

Sport light untuk tepi & belakang rumah

Bergantung-gantung lampu macam-macam jenis.
Tapi macam tak sesuai jer nak letak lampu gantung kat rumah 

Sakit leher terdongak-dongak tengok lampu gantung ni

Pilih aja mana berkenan

Kalau letak kat tangga cantik juga kan..?

Nampak klasik






Saya berkenan sangat kipas ni.
Tapi bukan untuk ruang tamu, saya nak letak kat bilik. kalau hitam lagi cun kan..?

Kalau saya masaih gilakan Doraemon pasti saya paksa Suami beli he..he..

Kipas ni pun saya berkenan jugak

Meleleh air liur tengok lampu ni.
Serius cantik sangat

Macam botol pun ada,
macam peluru pun ada kih...kih..

Ni pun cantikkan..?

Kalau rumah rendah pakai lampu ni masalah besar ha..ha...


Dah macam bank pulak siap ada kaunter

sistem mereka sistematik, jangan risau tak perlu tunggu lama

Ini No giliran kami pada hari itu

Ni antara yang kami beli haritu

Checking satu persatu sebelum bayar

Test lampu

Ini SA kami pada haritu.

Selesai checking, baru no naik
(biasanya SA akan simpan satu copy Nombor, selesai checking baru SA bagi nombor pada kaunter, masa nilah no kita akan dipanggil)

Sebelum balik sekali lagi akan ada SA yang check barang kita untuk memastikan 
tak ada satu pun yang akan tertinggal dan rosak.
Disebabkan kedai dah tutup, maka kerja-kerja dilakukan diluar kedai.
Lepas pasti semua ok baru barang akan dihantar ke kereta pelanggan

Pinjam pic pakcik google
Sangat puas hati dengan harga dan service yang ditawarkan

Masa saya pergi memang ramai gila orang... pack sangat..
Nak snap..snap.. pun tak selesa.. ya lah orang dok lalu lalang..he..he..

Pendapat saya kalau pergi kedai lampu yang padat dengan orang & lampu-lampu ni tak payahlah bawak anak-anak kecik.
Bukan apa.. selain kesian dengan anak-anak yang tak selesa dengan suasana kat situ ,
takut-takut kalau terlanggar lampu-lampu yang banyak tu.
Serius kesian dengan budak-budak.. ada yang main lari-lari sampai kena warning dengan SA
ada yang menangis nak balik, ada yang terlalak tak suka..
Orang lain sampai pening he..he..
Ini just pandangan saya ajalah..
jangan kata saya tak faham sebab saya tak ada anak..
saya tak kisah sebenarnya cuma tempat ni tak sesuai untuk budak-budak main lari-lari


















Saturday, 3 March 2012

Turki Food

Pertama kali cuba, saya sangat tergoda. Kena dengan selera saya
Memang sedap.

Ini namanya Imam Biyaldi

Kofte

Resepinya mudah dan ringkas.
Nak resepinya
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TUNGGU...!!!!!!
Saya akan beritahu kelak ya....

Saturday, 21 January 2012

Garrett

Saya boleh dikategorikan pecinta pop-corn. Kalau makan pop-corn ingat arwah atuk yang selalu
belikan pop-corn bila pasar lambak kat pekan Senggarang tu. Itu lah jajan paling murah masa tu.
Tak silap saya 3 bungkus RM 1 jer.
Bila semakin besar saya masih tak boleh tinggalkan suka dan cinta pada pop-corn ni.
Kalau tengok wayang pop-corn ni macam dah jadi wajib pulak beli.
Kalau kenyang mcamana pun kotak kecik tu mesti nak beli.

Garrett,
Salah satu pop-corn yang sangat..sangat..sangat...dan sangat..saya suka.
Caramel Crisp yang paling saya suka. Sedap sangat ha..ha.. terasa kat tekak ni.
Tapi haritu Caramel Crisp ni dah habis
Hampeh lepas que panjang-panjang 
saya try Cheese Corn, kalau yang suka cheese mesti kata sedap, tapi pada saya biasa jer lah..
Eh..! tapi si Adib bukan main suka yang Cheese corn ni, bila dia rasa jer dia
kata.."sedapnya ma..." ha..ha..
Punyalah sedap agaknya saya nak pun dia tak bagi..alahai anak..anak..


Kalau beli kat KLCC  memang kena que panjang, tapi 1 Utama pun dah ada.
Dekat dengan rumah, tak payah jauh-jauh ke KLCC yeayyy..!!!

Trust me, sapa yang dah rasa sekali memang jadi macam ketagih..
Oh...Garrett come to mama sayang...ha..ha..
Click Garrett

Yang ni sebungkus RM 16

Caramel Crisp

No Paparazi please..!!!
Model Garrett 2012 yang malu-malu nak menunjukan dirinya ahaksss...






Dah nak expired


Semalam belek-belek pasport, lah next year 15 Jan 2013 dah expired ghupanya.
So boleh pakai sampai bulan 6 ni jer.. Diam tak diam dah 5 tahun. 
Sekejapnya rasa. macam baru semalam buat kat Pekan Rabu tu.

Mujur ler, plan semua awal dari tu, kalau tak haisshh...
Nak buat kat mana ek nanti, kata orang kat Shah Alam cepat ek.
Ke..kena datang pepagi buta lepas subuh dah que hi..hi..

Nak buat 5 tahun terus senang, sebab kalau buat yang 2 tahun tu rugi..
boleh guna setahun 4 bulan jer.. 6 bulan sebelum pasport mati jangan ngada-ngada nak gi obersea ek..
Tak boleh, kang kena tahan dengan kastam jangan menangis tak berlagu udah ek...

Saturday, 30 July 2011

Jangan makan tengah malam

Makan tengah malam dikatakan punca gigi rongak.
Penyelidikan di lakukan di Universiti Copenhagen, Denmark mendapati bahawa
perubahan aliran air liur yang cenderung untuk kering waktu malam menjadi punca keadaan tersebut.

Ketua penyelidik, Dr Jenifer Lundgren dalam jurnal Eating Behaviors menjelaskan
air liur yang mencukupi diperlukan bagi membersihkan sisa-sisa makanan daripada mulut.
Justeru air liur yang mengering membuatkan makanan bertempel pada gigi dan merosaknnya.

Menggunakan 2217 penduduk Denmark sebagai responden, kajian itu mendapati individu yang tergolong dalam kelompok pemakanan nokturnal yang sering mengambil berkalori pada waktu tengah malam cenderung untuk kehilangan gigi berbanding responden lain yang menjaga waktu makan mereka.

Penasihat akademik Dental Association, Damien Walmsley menjelaskan amalan makan di tengah malam
terutama makanan manis dan masam akan memberikan effect negatif kepada kondisi gigi, kerana
ketika itu mulut berada dalam keadaan kering. Bagaimanapun kerosakan gigi dapat diatasi jika
individu memberus gigi 2x sehari menggunakan ubat gigi berflorida.
pastikan juga  gigi digosok sebelum tidur.
Individu yang berpuasa dan bersahur ditengah malam juga disarankan membersihkan gigi mereka sebelum tidur untuk mengelakan gigi menjadi rongak

* kalau anak dara rongak alamak jatuh saham... 
bila bergambar terkepit-kepit mulut nak cover gigi he..he..*



Daging kambing cantikan kulit

Wahhh.... tentu ramai yang teruja dengar khasiat daging kambing ni ya..
Saya salah seorang peminat daging kambing ni...mbeeekkkk...!!!!
Lagi-lagi kalau dbakar memang yummy..
Nak-nak bulan puasakan, memang banyaklah hotel-hotel yang sediakan kambing bakar/golek ni.
(terus terbayang kambing golek kat Concord)
Tapi betul ker daging kambing ni banyak kebaikannnya...?
Menurut satu kajian kambing sangat kaya dengan vitamin C semula jadi yang tidak teroksida.
Dikatakan daging kambing juga amat penting untuk pembinaan dan ketahanan kulit.
Fungsi vitamin C tidak teroksida ini dikatakan dapat membantu menyeimbangkan
dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikan kulit seseorang.
Selain itu juga, daging kambing turut memberi lebih ketahanan terhadap kulit ketika
terkena cahaya matahari. Amalan memakan daging kambing juga mampu menjadikan kulit cantik secara
semula jadi.
Lepas ni mari kita cari daging mbeeeeekkk untuk mencantikan kulit he..he..

Kalau ghopa ini kambingnya memang tak lalu kot ahakssss