Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday, 30 July 2011

Jangan makan tengah malam

Makan tengah malam dikatakan punca gigi rongak.
Penyelidikan di lakukan di Universiti Copenhagen, Denmark mendapati bahawa
perubahan aliran air liur yang cenderung untuk kering waktu malam menjadi punca keadaan tersebut.

Ketua penyelidik, Dr Jenifer Lundgren dalam jurnal Eating Behaviors menjelaskan
air liur yang mencukupi diperlukan bagi membersihkan sisa-sisa makanan daripada mulut.
Justeru air liur yang mengering membuatkan makanan bertempel pada gigi dan merosaknnya.

Menggunakan 2217 penduduk Denmark sebagai responden, kajian itu mendapati individu yang tergolong dalam kelompok pemakanan nokturnal yang sering mengambil berkalori pada waktu tengah malam cenderung untuk kehilangan gigi berbanding responden lain yang menjaga waktu makan mereka.

Penasihat akademik Dental Association, Damien Walmsley menjelaskan amalan makan di tengah malam
terutama makanan manis dan masam akan memberikan effect negatif kepada kondisi gigi, kerana
ketika itu mulut berada dalam keadaan kering. Bagaimanapun kerosakan gigi dapat diatasi jika
individu memberus gigi 2x sehari menggunakan ubat gigi berflorida.
pastikan juga  gigi digosok sebelum tidur.
Individu yang berpuasa dan bersahur ditengah malam juga disarankan membersihkan gigi mereka sebelum tidur untuk mengelakan gigi menjadi rongak

* kalau anak dara rongak alamak jatuh saham... 
bila bergambar terkepit-kepit mulut nak cover gigi he..he..*



2 comments:

munna said...

tabiat munna suka sgt makan tgh mlm...perut ni mudah sgt lapar...

Balqis Nazid said...

he..he.. muna boleh makan tapi kena berus gigilah lepas makan jangan terus tido pulak.....