Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label dapur balqis. Show all posts
Showing posts with label dapur balqis. Show all posts

Thursday, 13 June 2013

Asam pedas


Dah lama tak makan asam pedas ikan merah.
Terasa rasa dah kat lidah ni.
Erm...sedapnya..

Kepala sebelah & 2 ketul daging cukuplah untuk berdua. 
Ni pun kira banyak sangat. Nasi makan sikit aja sebab isi ikan tu tebal

Kebetulan kawan saya bagi banyak lada merah ni, jadi kali ni asam pedas saya guna lada merah.

Siap...!!
Eh mana kepalanya... Kepala kat mangkuk lain senang nak makan ha..ha..

Kena pulak ada ulam daun tenggek burung haissshh....!! 
Sedapnya.

Tuesday, 11 June 2013

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Pertama kali makan dirumah kawan saya Kak Halimah.
Sekali gigit sampai pejam-pejam mata sedapnya..!!
Terus minta resepi.

Ini kali ke 2 saya buat.
Serius memang sedap.
Tapi saya tak ikut  resepi asal.
Saya buat ikut senang saya he..he..

Resepi asal saya google di blog Blog masam manis (klik sini)

Bahan-bahan:

- 250gm butter
- 70gm gula halus (saya guna 50gm sahaja)
- 80gm gula perang (saya guna 50gm jugak)
-1/2 camca esen vanilla
- 1 biji telur
-1 biji kuning telur

Bahan diayak:

- 300gm tepung
- 10gm serbuk koko
- 1/2 camca serbuk penaik
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 50gm susu tepung

Bahan lain:

- Kacang badam (saya letak yang kasar-kasar)
- Kacang pecan ( saya potong kecil-kecil)
- Coklat cip 


Cara-cara:
- Pukul mentega, gula, gula perang, dan esen vanilla hingga sebati sahaja.
(saya gunakan senduk kayu sahaja)
- Masukkan telur dan kuning telur pukul lagi hingga sebati
- Masukkan tepung perlahan-lahan sambil pukul bahan-bahan tadi.
- Campurkan kekacang,dan cokelat cip tadi
- Gaul hingga rata
- Kemudian bentukkan mengikut kreativiti anda.
(saya malas...he..he..so saya gunakan acuan bulat, senang & cepat)
- Bakar didalam oven dengan kepanasan 170'C selama 30 minit (ni oven saya)

*ikut resepi asal biskut akan disalutkan dengan cokelat masakan.
Tapi saya tak buat.. sebab rumah tak ada cokelat he..he..

Saya guna badam ni, kemudian saya potong kecik-kecik

Kacang pecan
Saya suka sangat kacang pecan ni

Ni doh yang saya buat.
Mewah dengan segala mak nenek ha..ha..

Ni versi orang malas yang nak cepat
(jangan ikut he...he..)

Tu dia saya bulatkan pakai acuan jer..

Serius memang sedap.
Tiap kali saya buat suami akan bawak bekal. 
Buat kudap-kudapan katanya.

Terima kasih Blog masam manis yang sudi berkongsi resepi yang super sedap ni.







   


Thursday, 23 May 2013

Bergedil kentang



Antara favorite saya dan suami.
Tak semestinya makan dengan soto, kalau masak sup pun saya buat bergedil.
Bergedil saya tak ada ayam atau daging.
Saya suka yang asli
He..he.. selera masing-masing..boleh ikut kehendak sendiri

Ni bergedil versi saya

Bahan-bahan:

- kentang 3 biji (dapat dalam 10-12 biji)
- daun sup
- bawang goreng
- ketumbar (dikisar jangan terlalu halus)
- sedikit lada sulah (kalau tak nak pun tak apa)
- sedikit garam
- telur (untuk mengoreng bergedil)

Cara-cara:

- Ketang di rebus sehingga empuk 
- angkat dan toskan sebelum dilecek halus
- campurkan garam dan lada sulah
- setelah sebati dan cukup perisa, masukan bawang goreng dan daun sup
- bulat-bulankan dan bentukan kecil-kecil
-celupkan dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas
- bila sudah kekuning-kuningan angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba





Wednesday, 22 May 2013

Biar gambar yang cerita



Sebelum

Sedang

Selepas

Ha..ha.. nilah penangan whats app.. gigih ber whats app akhirnya...

Sambung gelak lagi..ha...ha...

* untuk pengetahuan semua ni currypuff ni saya buat sendiri hi..hi..*

Saturday, 18 May 2013

Cheese tart blueberry

Tiap kali saya buat Cheese tart saya suka ikut
  Resepi Cheese Tart ini
Beberapa kali saya buat tak pernah menghampakan.
Sedap & mudah

Buat untuk kenduri anak saudara belah suami baru-baru ni.

Sedap he..he.
(bagi can puji diri sendiri ek...)

Resepi:

Bahan-bahan untuk doh

- 170gm majerin atau butter (saya guna butter)
- 50gm gula icing (selalunya saya kurangkan jadi 40gm)
- 1 biji telur gred C
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Tepung gandum
- Acuan tart

Cara-cara:

- pukul majerin/butter menggunakan senduk kayu atau spatula
- Masukan telur dan esen vanila & kacau lagi
- masukan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut
(kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh)
- simpan dalam peti ais semalama untuk mendapatkan doh yang baik 
(saya tak simpan..lepas uli terus cetak atas acuan)
- bakar pada suu 170'c dalam 20-25 minit
(bergantung pada oven masing-masing)
- bila siap dibakar keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk.
(saya selalu buat dalam kuantiti yang banyak sebab crust/shell ni boleh tahan lama)

Cheese cream:
- 25 gm cream cheese 
(keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan )
- 50 gm gula kastor/halus
- 1 biji telur saiz B
-1/2 sudu teh esen vanilla atau esen lemon

cara-cara:

- Putar cream cheese dan gula hingga sebati
- Masukan telur dan esen vanila 
- Putar lagi hingga berkrim

* dengan menggunakan piping beg, pancitkan filling yang kita suka strawbery, blueberry atau apa aja didalam crust/shell yang benar-benar sejuk tadi.
Kemudian isikan cheese cream didalam piping beg ( untuk memudahkan dan tak comot) dan pancitkan keatas crust/shell yang telah siap diisi dengan filling tadi.
kemudian lukislah mengikut creativiti masing-masing.
Bakar dengan suhu  170'c 5-10 minit, sentuh dengan hujung jari. jika tidak melekat mananya sudah masak.

Untuk resepi lebih detail boleh singgah di blog
 Resepi Cheese Tart






Thursday, 16 May 2013

Kek pisang

Pisang dari Mak Mertua.
Saya tak suka makan pisang mentah.
Google punya google nampak resepi dari 

Serius memang sedap & mudah sangat.
Terima kasih CMG share resepi Kek Pisang yang superb sedap ni.
Buat minum petang dengan teh o panas memang best.

Gambar tak ler sesuperb Blog CMG tu
tapi rasanya tetap superb he..he..
bukan ku yang puji tapi incik husband ku yang cakap sedap..

Rsepi boleh google di Kek Pisang - Dapur Tanpa Sempadan

Selamat mencuba..!!







Tuesday, 20 November 2012

Soto Jawa

Lamanya tak makan soto, hari tu buat bulan berapa ek..
Rasa teringin pulak pagi-pagi ni.

Cuci mata ajalah ek..
   
Soto Jawa suhun gorengnya mesti banyak,
kena penuh mangkuk.
Resepi  ni dengan rempah paling sedap.
Tapi ada kat JB jer. Kat KL ni tak jumpa yang power lagi

Bawang goreng, buat sendiri baru bau dia naik 
fuhhh..!!!

Sambal kicap Johor yang pedas
(rumah saya sentiasa ada stock sambal kicap)

Menu setiap kali saya buat open house atau ajak kawan-kawan datang makan..

Kena buat ni..
Dah berapa kali telan air liur masa buat entry ni..
waduh..waduh..mana tahan..



Monday, 19 November 2012

Fried cheese sticks



Nampak dekat album kawan yang duduk US, menggoda sangat.
Sampai telan-telan air liur ha..ha..

MH suka cheese saya terikut-ikut dia yang sukakan cheese.

Resepi ni pun saya dapat dari kawan saya tu.

Bahan-bahan:

Cheese stick  (simpan dalam tempat beku selama 20 minit sebelum dimasak)
Tepung gandum + tepung jagung digaul dengan sedikit garam (saya tak letak)
Serbuk roti (saya guna breadcrumbs)
Oregano, parsley, serbuk lada hitam (saya nak rasa pedas-pedas)
telur  & susu dikacau.

Cara-caranya:

Celupkan cheese dalam telur, kemudian gaulkan dengan tepung,
kemudian celup dalam telur balik dan golek-golekan dalam breadcrums,
kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dalam beberapa minit.

Angkat dan hidangkan.
Makan masa panas-panas memang sedap.

Saya pinjam dari pakcik Google.
Inilah rupa cheese stick

Ini saya beli di pasaraya dekat dengan rumah saya, jenama kraft
Sumber Pakcik google juga




2 batang cukuplah untuk saya.
rangup diluar cheezy didalam...
nyum..nyum....





Lasagna

Ni cerita 2 bulan lepas, sebelum kami ke Seoul,
baru terhegeh-hegeh nak update..he..he..
Maklumlah sekarang selalu sangat gantung periuk,
tu yang tak ada entry masak-masak.

Resepi ni saya skodeng kat Blog Cahaya Cinta ku
Simple & sedap..
Cuma saya kecikan portion tu, ya lah yang makan 2 orang aja.
Bukan makan banayk sangat pun..he..he..

Ni saya beli kat Giant.
(sebab situlah tempat belanja tu yang tau kat Gianta aja ada ha..ha..)

Kiri, lasagna disusun dibawah sekali sebelum ditaburkan inti daging,
Kemudian tuangkan sos putih & taburkan cheese.
Ulang balik proses tadi dan buatlah beberapa lapisan ikut suka

Saya letak bay keaves untuk dapatkan bau yang harum..
Kanan, siap untuk dibakar

Tarraaa.... tu dia..
Saya suka makan masa panas-panas.
Masa cheese tu boleh ditarik tarik,
Makan dengan sos dengan air barli kegemaran saya memang wallah 

Thanks ya cahaya cinta ku kongsi resepi yang sedap ni.


Thursday, 16 August 2012

Spagethi hailam

Semakin hujung-hujung dah tak beria-ia masak.
Masak yang simple-simple jer.
Errr..sebenarnya masak ikut apa ada dalam esbok.
Kes nak menghabiskan stok makanan sebelum balik kampung lah ni he..he..

Saya kurang suka mee kuning, selain susah nak cari melayu buat kat KL ni.
Spagethi rebus sampai lembut anggaran dalam 15 minit
Angkat toskan.
Gaul dengan minyak zaitun dan parsley 

Nak pergh....potongkan limau dan cili bagi berasap telinga

Potong daging nipis-nipis, kalau suka boleh letak udang, sotong atau ayam.
Bawang besar satu labu
Sayur ikut suka nak letak apa
(saya letak tomato cery, sawi, brocholi, lobak & kobis bunga)
Bawang putih 4 ulas 
Cili kering blender 5 sudu besar
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Kicap manis 5 sudu besar
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air masak)
2 cawan air
Garam secukup rasa (sikit jer sebab masin dah datang dari sos tiram)
Kiub ayam (saya tak pakai ajinomoto)

Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu
masukan cili kering, sos cili, sos tomato, masakan sampai mesra
kemudian masukan daging dan biarkan sampai daging lembut.
Masukan air dan sos tiram & kicap manis
masukan sayur kobis bunga  dan lobak
masukan garam, dan kiub ayam
bila dah didih masukan sayur sawi, brocholi dan tomato ceri
Tutup api
&
masukan juga bancuhan tepung jagung 
 Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng

Ini buat kelmarin sebelum puasa

Dessert lepas terawih memang pergh he..he..









Tuesday, 14 August 2012

Ice cream goreng

Tengok Blog  Kak Noor
  kelmarin dia buat ice cream goreng.
Tergoda betul tengok ice cream kat celah-celah roti tu.
Nak-nak bulan puasa ni, kadang-kadang bahang siang tu buat kita nak makan yang sejuk-sejuk jer.
Minggu lepas tergerak nak buat, pertama kali makan terus jatuh cinta.
Sedap sangat. Lagi-lagi kalau ice cream tu favorite kita.
memang perghlah...!! ha..ha..



Saya buat ice cream rasberry salah satu favorite saya
Memang sedap..
Rangup diluar sejuk didalam
Tak percaya cubalah

Sorry ya kak Noor kita pinjam gambar akak..
Tak sempat nak belah-belah macam ni.
Lepas goreng, masa buka terus ngap.
He..he..


Monday, 13 August 2012

Roti jala kak Jee

Menu last week. Belum sempat buat kuah kari MH dah msg suruh packing.
Wah..!! macam lipas kudung saya buat kerja.
Macam biasa kerja MH selalunya short notice

Siap menjala terus buat kuah kari daging kisar + lobak + kentang
Tak sempat nak ambik gambar sebab dah rushing nak packing baju 

Acuan roti jala ni beli dari Dapur Kak Jee tu yang nama roti jala Kak Jee he..he..
Senang tak comot roti jala pun cantik jer 

Nampak sangat kuali saya berkarat ha..ha..

Roti jala pink saya ha..ha..



Tak sempat nak makan kat rumah, buka tengah jalan masa nak ke JB
tak menikmati sangat macam makan kat rumah he..he..
(alasan nak buat lagi..)








Monday, 6 August 2012

Dadih Chenta


Wah...tak menahan tajuk Dadih Chenta ha..ha... 
Macam best jer kan padahal Dadih jer.. 
 Dadih pun beli yang segera punya jer.
Tak rajin nak buat sendiri macam bloger-bloger masak yang hebat-hebat tu.
Saya guna dadid segera cap giant.
Cara-cara nak buat dadih ada tulis di belakang paket tu.
Jom men Dadih buka nanti.




Strawberi + Cokelat = sedap makan sejuk-sejuk lepas buka 

Tuesday, 31 July 2012

Roti lapis daging

Ini menu sebelum puasa sebenarnya.
Nak menghabiskan sebelum expired.
Buat roti lapis daging resepi kawan yang duk Norway 
Cuma resepinya saya ubah sikit ikut selera saya

Cukup makan berdua dari Lunch ke Dinner
(kami dinner setiap jam 6-30 petang)
he..he..



 Letak Cheese banyak-banyak makan masa panas-panas wallah..!!
Memang sedap