Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

Assalamualaikum..



Assalamualaikum..
Lamanya tak jengah sini kan.
selalu singgah sekali lalu aja.
Nak tinggal komen pun tak dan.

Since pindah rumah baru last year line sangatlah siput.
Bila line dah siput Tuan tanah terus jadi mak siput malas aja nak update he..he..
Mulalah nak sentap bila line selalu slow ni.
Maka akan keluarlah ayat "napalah aku dok jauh sangat ni.."
Itu ayat masa sentap
Kalau tak sentap bersyukur sangat dengan apa yang suami dah sediakan.
Allhamdulillah.

3 bulan ni line nampak ada kemajuan.
Tapiiii...!!!
Stremix ke Unifi ker tetap tak dok lagi.
Gigihlah bergantung dengan celcom wifi ni.
Tak sehebat cik stremix & cik Unifi tapi sangat-sangat bersyukur he..he..

Lepas ni nak merajinkan dirilah hi..hi..
Eh..!! ada lagi ker yang nak singgah blog kita ni..

nah Tuan tanah belanja satu  gambar ek..

Gunung Seorak - Korea 
Pergi tahun lepas 2013 - November







Friday, 19 July 2013

Happy Birthday Mommy


Happy Birthday Mommy Dhia
Akak doakan yang terbaik buat Umie sekeluarga.
Dipermudahkan dunia akhirat.
Diberikan kekayaan, kesihatan dan kerahmatan.
Amin...amin...


Ni blog Mommy gojes Dunia lesung Pipit

Comelkan Dhia 



Happy family
Semoga terus bahagia sampai syurga amin..amin...


p/s: Mommy gojes ni lah yang buatkan header blog saya.

Friday, 5 July 2013

Central Market (CM)


Central Market atau pasar Seni.
Seingat saya kali terakhir saya kesini tahun 2002.
Hampir 11 tahun saya tak kesini.
Meskipun hampir 5 tahun saya menetap di KL, sekalipun saya tak pernah ke CM.

Ahad lepas, 
Selesai semua kerja-kerja kami saya ajak suami ke CM. 
Sebenarnya saya nak ke kedai tudung bawal Aidijuma tu.
Stok kat The Curve banyak yang dah habis.
Ahad lepas hari last sale 50% so nak juga cari bawal saya ajak suami ke CM cawangan Aidijuma yang terbesar di KL.
Bila suami setuju saya rasa teruja sangat.
Teruja sebab dapat juga ke CM  ha...ha...

Wowww..!! banyak dah berubah.
Tempat dah aircond..sejuk.
Tak berlengas lagi macam 11 tahun lepas saya datang.
Dah cantik.. dah kemas..dah best sangatlah..

Banyak kedai-kedai yang menarik perhatian saya.
Dengan harga yang sangat murah.
Lepas ni saya akan cadangkan sahabat-sahabat saya yang datang dari luar 
WAJIB kesini untuk beli cenderahati.

Dari parking

Central Market kami datang ecececeeehhhh...!!!

Boleh baca sejarah CM kat sini

Bahagian hadapan CM

Aktiviti di CM

Penat meronda saya ajak suami minum petang.
DI CM banyak kedai-kedai makan dan kafe pelbagai citarasa

Ni yang saya order petang kelmarin dengan teh tarik
Roti yang dibakar dan di letakkan aiskrim ditengah-tengahnya.
Sedap..teringat-ingat sampai sekarang sedapnya

Ni yang suami order.
Teh tu buat saya dan suami tak boleh tidur malam.
Ha..ha..pekat melekat tapi memang sedap

Dari cafe tempat kami lepak

Saya suka betul kafe ni. Santai dan pelbagai menu yang disediakan

Kasturi Walk



macam-macam ada dengan harga yang berpatutan




Nampak tak tu..?
Sapa-sapa yang pernah kesini tahun 80an dulu mesti ingat betapa meriahnya CM dengan anak-anak muda. Sekarang suasana tu dah tak ada. Memang tak ada anak-anak muda bersidai kat CM

Banyak lagi kedai-kedai yang best kat dalam CM tu.
Saya tak banyak ambil gambar sebab terlupa tambah teruja ha..ha..
Hujung-hujung aja baru teringat nak ambik..
Maksudnya... kena datang lagi kan..? ha..ha...
Cuma...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cuma parking agak mahal sikit.
RM 5 untuk 2 jam
Patutlah parking banyak ksong ha..ha..
Ramai yang datang naik transport awam rupanya.









Wednesday, 3 July 2013

Saturday, 29 June 2013

Geramnya....!!!


Saya memang sangat jarang naik teksi di KL ni.
Kali terakhir saya naik teksi hampir 2 bulan lepas selepas beberapa tahun tak pernah naik teksi di KL
Itupun dengan Suami saya balik hantar MR Silver ke service centre.
(Kena tinggal sebab excident)

Semalam saya naik teksi dari Stesen Komuter Sungai Buluh balik ke rumah.
Sebelum masuk driver teksi tanya saya nak kemana.
Bila saya kata saya nak balik BSD dia kata RM 10
Oklah tak jauh beza kalau pakai meter.
Belum 5 minit saya naik dia kata tambah RM 5 sebab kawasan saya dalam sikit.
Terkejut..!!
Saya rasa di aniaya
Napa tak pakai meter..?
Meter rosak katanya..

Memanglah rasa tak puas hatikan.. 
kalau awal-awal bagitau RM 15 memang saya tak naik.
Rela tunggu teksi lain.
Muka pasrah agaknya tu yang dia berani..
Cisss..!!!

Saya standby RM 20
Tapi dalam hati kata mesti tak ada baki ni..
Betul sangkaan saya..
Katanya tak ada baki nak pulangkan saya.
Eh..ni saja jer namanya ni.
Driver teksi selalunya... 
Saya ulangi selalunya sediakan sediakan duit kecik dengan cukup.
Sebab kalau tak ada duit kecik agak susah mereka nak berurusan.
Geramnya saya... geram sangat...

Tapi...!!
sorry ya pakcik saya tetap nak bayar RM 15
Macamana janji awal tadi walaupun terasa ditipu.
Saya genapkan RM 15 dengan syiling.
Suka tak suka sila ambik.
Tak ada can nak ambik lebih dari saya ok.
Pakcik buat muka kelat tak puas hati.
Halal atau tak itu antara saya dengan Allah.
Tapi perasaan marah saya tak boleh kawal.
Saya whats app suami bagitau yang saya nak report kat LPKP
sebab saya dah tulis siap-siap no teksi dan nama tuan teksi ni dari permit yang di pamerkan.

Suami kata....
Tak apalah..
Halalkan aja..
Rezeki dia..

Err.... Speechless sambil terdiam...

- Pinjam gambar pakcik Google -
Eh..Berkat ker rezeki yang bagi keluarga tu makan kalau orang tak halalkan..?
Jadi darah daging tau.
Darah daging tu membiak jadi anak cucu tau..
Lepas tu darah daging tu jugalah yang kita pikul masa solat..
Acaner tu..???


P/S: kan lebih baik semua teksi buat sistem berkupun.
Lagi-lagi teksi disemua stesyen Komuter, LRT & Monorel





Friday, 28 June 2013

HOUSES LIGHTINGS PUCHONG


Banyak tempat kami survey kedai lampu.
Nak cari yang murah, cantik & berbaloi dengan harga.

Dalam banyak-banyak kedai saya dan suami sepakat nak memborong lampu & kipas kat kedai ni.
Pertama kali pergi kami survey-survey tak memborong sakan.
Beli sikit-sikit jer...
Beli yang mana penting dulu.

Kali kedua baru kami plan nak beli semua lampu & kipas.
Eh..! seronok rupanya shopping lampu segala bagai ni ya.
Ya lah rumah pertama dulu kami tak berpeluang beli segala lampu
Kami beli rumah 2nd hand. so semua lampu kipas dah tersedia.
Cuma ganti mana-mana yang tak berkenan jer.
Tapi taklah sampai nak memborong macam ni banyak.
Rumah kali ni kami beli rumah baru tu yang gigih shopping segala bagai ni.
He..he.. kalau ingat masa shopping tu best juga.

Pinjam gambar dari Dunia Mrs Pejan's

Kedai ni terletak di alamat
No.33 & 35 Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor
(sederet dengan Ipoh Kopitiam)

Sport light untuk tepi & belakang rumah

Bergantung-gantung lampu macam-macam jenis.
Tapi macam tak sesuai jer nak letak lampu gantung kat rumah 

Sakit leher terdongak-dongak tengok lampu gantung ni

Pilih aja mana berkenan

Kalau letak kat tangga cantik juga kan..?

Nampak klasik






Saya berkenan sangat kipas ni.
Tapi bukan untuk ruang tamu, saya nak letak kat bilik. kalau hitam lagi cun kan..?

Kalau saya masaih gilakan Doraemon pasti saya paksa Suami beli he..he..

Kipas ni pun saya berkenan jugak

Meleleh air liur tengok lampu ni.
Serius cantik sangat

Macam botol pun ada,
macam peluru pun ada kih...kih..

Ni pun cantikkan..?

Kalau rumah rendah pakai lampu ni masalah besar ha..ha...


Dah macam bank pulak siap ada kaunter

sistem mereka sistematik, jangan risau tak perlu tunggu lama

Ini No giliran kami pada hari itu

Ni antara yang kami beli haritu

Checking satu persatu sebelum bayar

Test lampu

Ini SA kami pada haritu.

Selesai checking, baru no naik
(biasanya SA akan simpan satu copy Nombor, selesai checking baru SA bagi nombor pada kaunter, masa nilah no kita akan dipanggil)

Sebelum balik sekali lagi akan ada SA yang check barang kita untuk memastikan 
tak ada satu pun yang akan tertinggal dan rosak.
Disebabkan kedai dah tutup, maka kerja-kerja dilakukan diluar kedai.
Lepas pasti semua ok baru barang akan dihantar ke kereta pelanggan

Pinjam pic pakcik google
Sangat puas hati dengan harga dan service yang ditawarkan

Masa saya pergi memang ramai gila orang... pack sangat..
Nak snap..snap.. pun tak selesa.. ya lah orang dok lalu lalang..he..he..

Pendapat saya kalau pergi kedai lampu yang padat dengan orang & lampu-lampu ni tak payahlah bawak anak-anak kecik.
Bukan apa.. selain kesian dengan anak-anak yang tak selesa dengan suasana kat situ ,
takut-takut kalau terlanggar lampu-lampu yang banyak tu.
Serius kesian dengan budak-budak.. ada yang main lari-lari sampai kena warning dengan SA
ada yang menangis nak balik, ada yang terlalak tak suka..
Orang lain sampai pening he..he..
Ini just pandangan saya ajalah..
jangan kata saya tak faham sebab saya tak ada anak..
saya tak kisah sebenarnya cuma tempat ni tak sesuai untuk budak-budak main lari-lari