Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Selamat Hari Raya


Tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua teman-teman bloger.
Saya dengan rasa rendah diri mohon ampun maaf zahir batin.

Allhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk saya menyambut Syawal lagi.
Tahun ni saya sambut dikampung suami - Sekinchan.
Sebenarnya sejak duduk KL baru kami buat giliran
7 tahun pertama saya beraya di kampung suami - Sekinchan.
Kalau orang lain mesti tak nak kan. tapi saya suka beraya dikampung suami meriah sangat he..he..
Selain ada laut dan sawah
paling saya suka bila beraya rumah sedara mara menunya lain-lain.
Sedap-sedap ha..ha..

Raya ke 4 baru balik kampung saya - Segamat.
Tahun ni sorang aja adik saya tak balik, yang lain semua sempat berkumpul sama-sama.

Ni baju ulang tayang, tema tahun 2010
Tahun ni kami pilih pink sebagai Tema.

Ini hero saya he..he..
Saya anak ayah katanya.
Baju yang saya pakai tu pun ulang tayang baju raya tahun lepas.

Selamat Hari Raya dari kami keluarga Sharkawi Hj Abdul Hamid
Chenta hati saya ambik gambar tu yang dia tak masuk carta he..he..


Tahun ni tak banyak sangat gambar. 
Lepas Nikon kesayangan suami hilang kami cuma pakai Canon compact yang selalu dalam handbeg saya  dan Sony Nex jer.
Insyallah ada rezeki bercinta balik dengan Nikon yer.






Sunday, 7 July 2013

Sehelai baju buat menyapu siairmata


Allhamdulillah....
Diberi peluang untuk bersama team Sehelai Baju buat menyapu siair mata
untuk pemberian baju raya kepada anak-anak yatim/asnaf.

Destinasi pertama kami di Rumah Suci Rohani Bandar Utama pada 5hb July yang lalu.

Seramai 16 anak-anak disini diberikan baju baru untuk menyambut Aidilfitri.

Untuk pengetahuan semua baju-baju ini adalah sumbangan dari orang ramai.
Cuma baju baru yang kami terima.
MOga-moga dengan sehelai baju baru akan buat anak-anak ni bergembira seperti anak-anak lain.
Insyallah

Sebelum kami sampai mereka ada program bersama Fuzi Magic

Saiz baju kami dah ambil sebulan sebelum kami datang untuk memudahkan pemberian baju

Anak-anak yang dapat baju raya dari Team sehelai baju buat menyapu siair mata

Anak-anak suci Rohani

Kami bersama-sama anak-anak Sci Rohani

Belakang tudung merah Kak Tata Tna, duduk tudung merah kak Sophe, baju hijau Tuan Tanah, Sebelah saya pengasuh anak-anak Suci Rohani Puan Zarina, depan Kak Roshida, baju marron Puan Fuzi dari Fuzi Magic

Sebahagian dari Kami

Kak Sophea sedang memberi baju pada anak-anak Suci Rohani


Terima kasih pada penyumbang-penyumbang baju buat team Sehelai baju buat Menyapu SiairMata.
Semoga Penyumbang-penyumbang diberikan rezeki yang lebih banyak amin...amin...

Kepada sahabat-sahabat yang masih ingin menyumbang sangat dialu-alukan.

Klik Baju raya baru untuk mengetahui cara menyumbang.







Thursday, 17 November 2011

Aidiladha 1432

Allhamdulillah 9 Zulhijjah  1432 yang lepas kita semua menyambut Aidiladha.
Plan asalnya kami akan sambut dirumah sendiri, saya akan masak beberapa menu,
kemudian lepas solat raya baru balik kampung saya di Segamat.
Kemudian MH sambung job di JB, dari JB terus ke Kelantan.
Tapi disebabkan keadaan bapa mertua saya yang kurang sihat, kami rombak semua plan kami.
(Sebenarnya kami dah berulang alik Sekinchan - KL beberapa hari sebelum raya tu.)

Sedeh bila raya Bapak (mertua) tak sihat, kalau tak mesti dia yang sibuk keluar masuk dapur tengok apa yang kurang, apa yang kena beli, apa yang nak buat...tapi tahun ni Bapak cuma terbaring.
tengok anak cucu.
Sedeh...bila tengok orang yang Chenta saya sayangi sakit.
Sayu sangat bila tengok MH mandikan Bapak. Papah bila nak ke bilik air, duduk sebelah Bapak.
Sedeh..sedeh sangat..
Orang yang paling terasa mestilah Mak (mertua). Selama ni bila nak sambut Raya Bapak yang akan hantar dia belanja di pasar, beli apa yang kurang, tolong rebus ketupat, tolong itu tolong ini.
Kali ni Teman Mak sakit, mestilah Mak saya sangat terasa dengan keadaan ni.
saya tengok Mak pun macam tak semnagat nak sambut raya kali ni.

Sedeh saya berganda, bila Mak saya sendiri pun sakit. bila saya call bagi tau tak jadi balik beraya di Segamat, mak kata tak apa, Mak sakit ada Ayah, apa2 ayah boleh tolong, tapi kalau Bapak sakit
tak ada anak lelakinya (MH) siapa nak tolong...
Terima kasih mak, sebab faham keadaan saya...

Tahun ni macam tahun yang sudah, keluarga MH buat korban.
Bezanya Bapak tak dapat bersama-sama anak cucu masa korban tu.
Saya pun tak tengok sebab korban di buat di Surau.

Ini pengalaman raya yang sedikit berbeza dengan raya-raya sebelumnya.
Malam raya sebelum balik KL, lepas solat isya' saya dan MH bertakbir.
Sayunya hati saya masa ni..sebak teringatkan Mak..sedeh tengok Bapak.
Tapi ini mungkin sebahagiaan yang dinamakan "pengorbanan"


*kalau Bapak sihat, nak ajak pergi kenduri rumah kakak ipar kat Pulau Pinang, sempena anak dia sunat...*











Saturday, 27 August 2011

Lagu raya fevret

Saya masih sukakan lagu-lagu raya lama & evergreen.
Bukan nak merendahkan lagu-lagu raya sekarang, tapi memang tak masuk sangatlah
walaupun ada beberapa lagu yang bolehlah....
Ada satu lagu raya (Maaf, saya tak tau tajuk & nama penyanyi) MH
siap tanya ...lagu raya ke ni... ha..ha.. tepuk dahi saya.
Memang tak rupa lagu raya pun.
Bahasanya tak puitis...Lunaknya pun tak ada..

Setiap kali raya saya sangat sukakan 2 lagu ni..
Bersabarlah sayang - Sanisah Huri
Sepasang kurung Nan Biru - Kharil Johari Johar
dah bertahun mungkin salah satunya berpuluh tahun tapi masih lunak didengar.
Masih mencengkam jiwa saya, masih buat saya terbuai-buai ha..ha..
(klasiknya jiwa saya kan...)
Lagi satu kalau dengar lagu raya bulan puasa lebih touching dari dengar masa raya kan..???

Bersabarlah sayang - Sanisah Huri


Sepasang kurung nan biru - Khairil johari Johar

Sampai penghujung dah...

Diam tak diam dah 26 hari kita puasa kan.
Rasa baru semalam saya bersedeh-sedeh masa awal puasa.
Ya lah mana tak sedeh, puasa sendiri, MH ke offshore tu yang sedeh sangat.
Haishh..nasib baiklah ada iman senipis kulit bawang tu. 
Tak lah meratap dari sahur ke Buka ha..ha..
Dah rezeki MH macam tu kenalah jadi lebih kuat kan..?

Semakin dekat nak raya mesti u all dah settle persiapan kan.
Macam-macam nak barukan raya ni...

Baju,
Biasa-biasa jer, walaupun tak raya saya dalam kategori yang selalu beli dan tempah baju.
Jadi memang ada jer stock baju kurung baru he..he..
Macam last year punya baju raya cuma pakai 3x jer termasuk raya.
Kalau tengok macam masih baru jer.
Itu belum kira baju baru setiap kali pergi majlis khawin.
Sebenarnya tak payah beli baju kurung pun ok. Tapi dah nama nak raya kan.
Nak juga baju raya.. bukan baju nak pergi rumah orang kawen ha..ha..
MH tahun ni beli 2 pasang baju melayu , luar biasa  ha..ha..
Tapi disebabkan MH sampai raya ke 8 pun pakai baju kurung taklah saya pot pet pot pet sangat..
Pecinta baju melayu tu.
Kalau baju melayu MH agak cerewet. Nak tengok poket & jahitannya dulu.
kalau poketnya buat herot  dia tak nak walaupun sikit
(belum pro lah tu menjahit.) - ayat MH
tapi kalau poket tu kemas jer dia jahit lulus ar tu..
jahitannya pun mesti yang tindih kasih..  kalau tak, tak nak..
Nak butang 5, tak nak 4 atau 3,
Kurang suka baju melayu teluk belanga
(walaupun saya suka sangat MH pakai teluk belanga)
obses kenegerian ni  ahakss..
Lagi, apa ya.. jangan ada benang-benang terkeluar, tak kain yang selalu orang pakai,
nak kain lain dari yang lain...pening jap ahahhaaaa...
Encik MH saya memang fussy sikit kalau baju melayu ni.
Kalau tak tak kan dia pernah beli baju melayu rega yang sama dengan wallet Braun Buffel.
Baju-baju raya pun saya dah iron awal-awal.. nak bawak balik kampung mana,  nanti pilih jer.
Tak rajin pagi raya ke, malam raya ker time nak jalan ke baru sibuk nak gosok.
Siapkan awal-awal senang

Kasut,
Ada yang kata saya ratu kasut.
Belum cukup ratu kot ahakss...
Tapi stok kasut memang banyak..
yang peram tak pernah pakai. yang pakai sekali, yang pakai berkali-kali sebab suka sangat..
Jadi raya ni saya ada 4 pasang yang belum pakai.
Jangan ngada-ngada nak beli ya...
MH pun ada sepasang yang belum pakai.
Tu saya yang pilihkan haritu..
so sama-sama pakai apa yang ada ya..

Tudung, songkok & sampin
Sebelum puasa saya dah beli 4 tudung baru. Tak pakai lagi.
Beli selendang Chiffon ala-ala fareeda yang belit-belit tu, haish..jangan sampai terbelit udahlah ya..
Tengok tudung 2 layer chifon tu cantik betullah berkenan pulak walaupun harganya erm...
1 tudung sekeping note yang ada 00 belakangnya tu baki balik ringgit-ringgit berapa keping jer.
Huk..huk..
Tapi bukan cap dot..dot.. yang bini artis tu jadi duta ya.
Ini cap Jalan Masjid India jer. Cuma akalu rajin survey kat Masjid India tu memang inilah satu-satu kedai yang lain dari yang lain. Design tudungnya cantik-cantik.
Jahitannya kemas..
Bak kata kawan saya kalau confirm masuk syurga tudung mahal baru dia nak beli he..he..
Haisshh....
Tapi tudung ni sangat selesa bila di pakai.
Rasa berbaloi beli sebab saya bukan yang on off pakai..
Suka pakai tak suka tanggal..
Jadi memang sentiasa boleh buat pilihanlah..
MH raya tak pakai songkok (brutal tak brutal kan...?)
Saya tak kisah dia pakai ke tak ke janji dia nampak kemas ha..ha..
kain sampin pakai yang masa nikah punya jer lah... elok lagi tu.
Nostalgia kan..???

Kuih
Tahun ni saya ambik tempahan ciput jer tak havoc macam last year, sudahnya sebelum raya saya buat nebuliser sebab athma attack.
Raya tak naklah tak sihat..jadi buat juga sikit-sikit walaupun tak banyak.
Eh..mak Mertua saya dah bagi rempeyek kacang dal 2 balang yang sederhana tu tau...
Tapi saya dah pulun setengah botol... sedap..
Saya memang pecinta rempeyek ni kecuali kacang tanah.
Sedapnya nyum..nyum...napa ek rempeyek mak-mak kita a.k.a orang lama masih sedap..
Yang beli tu selalunya kurang menepati selera sayalah..
Dia orang tak buat dengan kasih sayang ker..???

Duit raya
Minggu ke 3 dah settle. Macam biasa seperti tahun-tahun yang sudah.
Kirim jer kat kawan MH.
Tak naklah hujung-hujung nak raya baru tukar lepas tu kena que lama.
Lepas tu bank tak cukup duit, lepas tu dapat duit buruk ker...
Lepas tu bla..bla...bla
ha..ha..
MH dah siap packing tau.
Kalau rasa tak malu nak duit raya bagi tau ya...ha..ha..

Lokasi raya
Sebenarnya sejak khawin dengan MH kami tak tetapkan giliran.
Ikut suka hati jer.
Tapi sejak 8 tahun raya saya dah 6x raya rumah mertua untuk 1st raya
Tahun 2007 MH tak sihat jadi kami pakat beraya di Segamat jer.
Masa ni kami duduk di JB.
Bila dah stay kat KL baru rasa nak bergilir.
Itu pun 3 tahun duduk KL 2x rumah MH dulu.
Saya mana-mana pun boleh janji beraya dengan MH
la..la...la...la....laaaa

Tadarus
Tahun lepas puasa ke 20 saya dah khatam.
Saya tadarus sendiri bukan beramai-ramai atau couple dengan MH.
Itu pu selepas cuti khas untuk perempuan maknanya dalam masa lebih kurang 13 hari saya dah khatam.
Tahun ni jujurnya saya belum khatam lagi..
Insyallah sempat. Allhamdulillah khatam Qur'an tak semestinya Ramadan jer.
Saya hampir tiap-tiap bulan sejak setahun ini khatam qur'an. (bukan riak ya...)
Bila hampir nak khatam ada sesuatu yang terselit kat hati..
sayu..sedeh..manalah tahu itu khatam terakhir kita kan...

Terawih
Allhamdulillah juga..walapupun tak sepenuhnya di masjid
Tapi hampir sempurna walaupun di rumah.
Saya rasa iri dengan seorang teman yang berterawih di Masjid Negara
untuk 10 malam terakhir ni.
Seronoknya kalau dapat berterawih disana.
Insyallah ada rezeki bertemu ramadan lagi saya nak kesana tahun depan.
Tapi Ramadan kali ini saya teruja dapat berterawih bersama anak-anak di Ummu Sofia dan Teratak Rahmat.
Sedapnya anak di Ummu Sofia mengalunkan Surah Nun masih tergiang-ngiang di telinga saya.
Sayunya saya masa ni...

Zakat
Allhamdulillah awal minggu ke 2 dah selamat dilangsaikan.
Mudah-mudahan allah memberkati rezeki saya sekeluarga.
Amin..

Lain-lain
Yang terakhir beli masih barulah juga .
Akhirnya saya berjaya pujuk MH untuk beli satu brand yang dia tak berkenan sebelum ni.
Dah ada lebih dari 2 pun, Thanks sayang ek..
Penat pujuk-pujuk ni.. tapi tak adalah nak merajuk-merajuk...
Hari ni tanya.. dia kata tak cantik....
Esok tanya lagi..MH jawap tak lagi
Lusa tanya lagi...  kali boleh pulak jawapannya ha..ha..
Eh..kalau suka saya nak belilah ha..ha..
Akhirnya MH suka juga...terharu sob..sob...
Makeup
(bedak, lipstik, blusher, eyeliner, eyebrow, maskara, foundation)
Oh semua ada lagi..
Lipstik MAC dengan Compact MAC pun tak pakai lagi..
(ni MH belikan thanks sangat ya yang..)
Lepas tu saya gatal pi beli Simply siti nak cuba compact dengan lipstik dia..
Compact dah cuba...ohh..sangat best bila dipakai..
Jatuh cinta sesangat walaupun cover dia tak best hi..hi..
Lipstik dia oklah tapi sebab saya pecinta tegar lancome punya lips gloss.
Jadi macamana best lipstik pun lancome tetap terbaik..
Foundation masih setia dengan Krayolan dan Giorgio Armani.
Giorgio Armani beli masa sale 4 sekali terus. Stok sepanjang tahun.
Maskara dah lama tak pakai...bukan apa lecehlah nak cuci bila nak solat.
Tak cuci bersih kang bawah mata macam ada eye bag jer..comot tak mau...
Lagi saya dah fulltime pakai Spec jadi tak best pun ya kalau pakai maskara
(saya tak pakai lens lagi sebab lens tak boleh cover rabun silau saya yang tinggi ni)
lain-lain barang saya masih banyak dalam beg make up saya yang gedabak tu
(siapa ada passworth lagi hoccay)

Tapi dah since pagi semalam pukul 2.30 saya masih tersadai di Pontian.
MH ada job disini.
Esok kalau tak ada apa aral baru gerak balik Ke KL.
Ahad baru balik rumah mak mertua.
Raya ke 3 baru balik beraya rumah mak saya di Segamat.
Rumah saya dah settlekan sebelum gerak ke Pontian.
Beg-beg semua saya dah siapkan.. Sennag nanti. Dari rumah mak mertua singgah rumah KL tukar beg jer..
Taklah buang masa baru nak kemas-kemas.
1 Beg untuk balik kampung MH
1 Beg untuk balik Kampung saya.
Cuma beg MH ke offshore saya belum siapkan.

Mudah-mudahan syawal kita diberkati..
kalau boleh saya belum nak raya..
Sob..sob.. sedeh..
Sebab seminggu lepas raya MH akan ke offshore lagi..
(Sebaknya....)
Tapi macam saya kata tadi rezeki MH tertulis begitu..
Allhamdulillah... Rezeki ini yang membesarkan saya..he..he..

















Thursday, 3 February 2011

Gong Xi fa Chai




Wishing u a truly fulfilling year of RABBIT, 


We wish A Happy New Year..
perhaps it is  time to...

unfold new horizons & realize new dreams,
rediscover the strength & faith within us..

Be happy..
Be hold...
Be yourself...
as we see u as u are...

Thursday, 8 October 2009

Salam Aidilfitri


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat Hari Raya...
Alhamdulillah dapat beraya dengan orang yang disayang, suami tercinta untuk kali ke 6
sedar tak sedar dah 6 kali Nazid bayarkan Zakat untuk aku..
Semoga aku bertemu lagi Ramadan dan Syawal akan datang amin....
Maaf zahir Batin dari Kami..   MR & MRS Nazid