Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Gila selfie


Gila selfie...?
Hi..hi.. ya akhir-akhir ni saya pun terjebak dengan ber"selfie"

kalau loya sila scroll laju-laju


Selfie dengan monopod

Selfie lagi..

sesekali gila selfie apa salahnya yer dak..??



Thursday, 29 May 2014

Assalamualaikum..



Assalamualaikum..
Lamanya tak jengah sini kan.
selalu singgah sekali lalu aja.
Nak tinggal komen pun tak dan.

Since pindah rumah baru last year line sangatlah siput.
Bila line dah siput Tuan tanah terus jadi mak siput malas aja nak update he..he..
Mulalah nak sentap bila line selalu slow ni.
Maka akan keluarlah ayat "napalah aku dok jauh sangat ni.."
Itu ayat masa sentap
Kalau tak sentap bersyukur sangat dengan apa yang suami dah sediakan.
Allhamdulillah.

3 bulan ni line nampak ada kemajuan.
Tapiiii...!!!
Stremix ke Unifi ker tetap tak dok lagi.
Gigihlah bergantung dengan celcom wifi ni.
Tak sehebat cik stremix & cik Unifi tapi sangat-sangat bersyukur he..he..

Lepas ni nak merajinkan dirilah hi..hi..
Eh..!! ada lagi ker yang nak singgah blog kita ni..

nah Tuan tanah belanja satu  gambar ek..

Gunung Seorak - Korea 
Pergi tahun lepas 2013 - November







Friday, 5 July 2013

Central Market (CM)


Central Market atau pasar Seni.
Seingat saya kali terakhir saya kesini tahun 2002.
Hampir 11 tahun saya tak kesini.
Meskipun hampir 5 tahun saya menetap di KL, sekalipun saya tak pernah ke CM.

Ahad lepas, 
Selesai semua kerja-kerja kami saya ajak suami ke CM. 
Sebenarnya saya nak ke kedai tudung bawal Aidijuma tu.
Stok kat The Curve banyak yang dah habis.
Ahad lepas hari last sale 50% so nak juga cari bawal saya ajak suami ke CM cawangan Aidijuma yang terbesar di KL.
Bila suami setuju saya rasa teruja sangat.
Teruja sebab dapat juga ke CM  ha...ha...

Wowww..!! banyak dah berubah.
Tempat dah aircond..sejuk.
Tak berlengas lagi macam 11 tahun lepas saya datang.
Dah cantik.. dah kemas..dah best sangatlah..

Banyak kedai-kedai yang menarik perhatian saya.
Dengan harga yang sangat murah.
Lepas ni saya akan cadangkan sahabat-sahabat saya yang datang dari luar 
WAJIB kesini untuk beli cenderahati.

Dari parking

Central Market kami datang ecececeeehhhh...!!!

Boleh baca sejarah CM kat sini

Bahagian hadapan CM

Aktiviti di CM

Penat meronda saya ajak suami minum petang.
DI CM banyak kedai-kedai makan dan kafe pelbagai citarasa

Ni yang saya order petang kelmarin dengan teh tarik
Roti yang dibakar dan di letakkan aiskrim ditengah-tengahnya.
Sedap..teringat-ingat sampai sekarang sedapnya

Ni yang suami order.
Teh tu buat saya dan suami tak boleh tidur malam.
Ha..ha..pekat melekat tapi memang sedap

Dari cafe tempat kami lepak

Saya suka betul kafe ni. Santai dan pelbagai menu yang disediakan

Kasturi Walk



macam-macam ada dengan harga yang berpatutan




Nampak tak tu..?
Sapa-sapa yang pernah kesini tahun 80an dulu mesti ingat betapa meriahnya CM dengan anak-anak muda. Sekarang suasana tu dah tak ada. Memang tak ada anak-anak muda bersidai kat CM

Banyak lagi kedai-kedai yang best kat dalam CM tu.
Saya tak banyak ambil gambar sebab terlupa tambah teruja ha..ha..
Hujung-hujung aja baru teringat nak ambik..
Maksudnya... kena datang lagi kan..? ha..ha...
Cuma...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cuma parking agak mahal sikit.
RM 5 untuk 2 jam
Patutlah parking banyak ksong ha..ha..
Ramai yang datang naik transport awam rupanya.









Sunday, 30 June 2013

Tabung tempayan


Suami tak suka bawak syiling.
Berat katanya.
Saya decide beli tempayan untuk letak syiling-syiling dia yang banyak tu.
Mula dalam balang kaca kecik, 
lepas tu penuh tukar kebalang kaca besar,
eh...! penuh juga saya tukar ke kotak kasut.
Tapi tak cun he..he..

Kebetulan teringat tempayan yang saya beli kat Air Hitam, Johor ni.
semua saya masukkan dalam tu.
Senang..

Inilah tempayan hikmat suami saya he..he..

Sepuluh dan dua puluh sen yang tak larat kami nak kira
(alas kain pelekat supaya habuk tak jatuh kat karper he..he..)

Kami excited kira yang lima puluh sen jer

Separuh dari tempayan.

Kenapa kira sendiri..? 
Saja nak dapatkan feel.
kalau hanta bank tak feel dah.
Lagipun belum niat nak tukar duit kertas.
Saja suka-suka nak kira. he..he..

P/S: Mana taukan tabung tempayan ni dapat beli tiket ke New Zealand nanti :)








Friday, 28 June 2013

Sup Kambing bakar


Minggu lepas ajak suami try sup kambing bakar kat Sri Damansara

Suami order sup kambing bakar.
Saya order meehoon sup kambing bakar.
Erm..sedap..!!
Cuma sambal kicap dia tak power sangat.
Kalau sambal kicap dia power.
Perfect 100%





Gambar meehoon sup kambing bakar saya lupa nak snap.
Dah habis baru teringat ha..ha..



Thursday, 27 June 2013

Short trip


Dah lama plan nak ke Cameron Highland (CH)
Kebetulan Mak datang KL so ajak Mak & Nina sekali.

Awalnya nak stay kat CH.
Tapi sabtu tu banyak sangat urusannya.
Dari pagi ke petang ke malam ke tengah malam baru siap.
So decide pergi pagi-pagi balik petang.

Pukul 7 gerak dari rumah.
Pukul 9.45 sampai CH.
Allhamdulillah, cuaca pun elok jer
(masa ni jerebu tak sampai KL lagi)

Bharat tea 

Breakfarst dulu sebelum naik, 
Mak & Nina makan nasi lemak,
Suami makan pie blueberry,
Saya tak lalu nak makan sebab kepala masih pusing-pusing sebab terlelap.

Fridge magnet cantik-cantik

Baju cap Cameron Highland

Biasa kalau strawberi  cucuk macam ni dia akan celup dengan cokelat
Tapi Nina tak nak cokelat, takut terbeluwek katanya he..he..

Kebun kobis
Oh..! macam ni rupanya pokok kobis he..he..

Ladang teh Bharat

Mak & Nina

Semua merah.
Heee..!!! geram-geramnya

Apa nama rumah lebah tu..?
Liat-liat macam gula getah.
Manis-manis sedap sangat.. sepotong tu RM 3
Saya beli sebotol madu ni RM 40

Keledek manis.
Saya suka sangat keledek ni kalau dikukus
Memang rugi kalau tak beli

Ais krim Strawberi Sebatang RM 1 
Saya beli 10 batang.
Buat stok kat rumah.
Erm..!! ni memang lazat

Saya beli 2 kotak aja strawberi kali ni tu pun lepas suami suruh beli.
Ikutkan saya tak nak beli,
sebab akhirnya saya yang kena habiskan sorang ha..ha..

Ini kali ke 3 Nina ke Cameron Highland

Pergi berapa kali pun tak jemu

Ni view dari Bharat Tea masa breakfast

Kami pergi berempat.
Cameraman ni orang ke 4 selain yang ada di gambar he..he..

Nina anak adik saya yang duduk di Singapore.
Nina tengah cuti sekolah sebulan tu yang merayap ikut Nenek dia sampai KL


Ingatkan lepas cuti sekolah tak ramai orang, 
Tapi....
Jammed juga jalan walaupun manja-manja.
Masa nak naik Ladang teh boh, jalan jammed sangat.
So kami decide tak naik ladang teh ala-ala ombak rindu tu.

Pukul 5 bertolak balik.
Baliknya kami ikut simpang pulai.
Berhenti solat Asar & magrib dalam pukul 8 kami sampai rumah.














Monday, 10 June 2013

Dalam buku rujukan


Mereka semua dalam buku rujukan seni Tingkatan 4 & 5

Encik suami dengan baju teluk belanganya.
Sepanjang 10x raya bersama.
 2x aja dia pilih baju teluk belanga tu pun sebab dah tak ada pilihan.
Dia Orang Selangor bukan Johor katanya.
Tapi Khawin dengan orang Johor apa..he..he..!!
Kenalah jadi Johor sesekali kan..?
Baju ni kami ada sedondon raya tahun 2011 tak silap

Yang ni anak sedara suami

Yang comel ni pun anak sedara suami.
My BFF forever he..he..

Buku rujukan Seni Visual tingkatan 4 & 5