Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label Grup ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Grup ukhwah. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Nikmat bersedekah

Daripada Abu Hurairahra, berkata.

Aku dengar Rasulullah saw bersabda
"jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir"

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan tuhan dan sedekah sedekah terang-terangan itu penghadang neraka
(Al-hadith)

Bersedekahlah kamu keatas dirimu, dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada kemampuan, bacalah satu ayat kitab allah,
kalau tidak tahu membacanya,maka berdoalah kamu kepada mereka minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka.

Janganlah kamu menghinakan berbuat kebajikan walau sedikit sekalipun,
bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah akan sedekah. 
Apabila datang peminta sedekah kepada mu jangan ditolak dengan jahat, walaupun sedikit.
Berbahasalah dengan manis muka, jangan mencaci, jangan menengking kepada peminta sedekah,
kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar daripada pahala sedekahmu itu,
separuh daripada hartamu.

Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmat rezeki kepadamu.

Barang siapa menegking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat nanti (Al-hadith)

Kata Ulamak, Sedekah itu 10 kepujian,

5 didunia
  •  mencuci hartanya
  • mencucikan badannya
  • menolak baladan penyakit
  • mengembirakan orang miskin dan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • berkat hartanya dan Allah luaskan pintu rezekinya
5 diakhirat
  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian siratal-Mustaqim
  • Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan




Saturday, 21 July 2012

Saham Akhirat

Salam Ramadan sahabat-sahabat.

Ini antara aktiviti  sahabat-sahabat saya dan grup Ukhwah sepanjang Ramadan

Tadarus

Program tadarus beramai-ramai di kampung Ulu Semera, Sarawak
sudah pun bermula pada malam 1 Ramadan.
Kami memerlukan bantuan untuk memberi derma sagu hati kepada peserta tadarus,
derma surau dan satu rumah satu al-Quran
Hubungi email diatas jika sahabat-sahabat mahu membantu anak-anak di Ulu Semera ini.

Peserta dan AJK tadarus di Ulu Semera Sarawak

Tadarus yang sudah bermula 

Peserta di pantau oleh seorang guru mengaji


Moreh.
Jamuan di masjid atau surau yang terpilih dan diuruskan oleh sahabat saya.
Moreh terdiri satu hidangan + satu kuih  & satu minuman.
RM 3.50 untuk setiap orang setiap malam.
Bantuan sangat diperlukan untuk acara moreh sehingga hujung Ramadan.
Setakat ini kami baru berjaya mengumpul tidak sampai 15 hari.
Sahabat-sahabat boleh menaja seorang atau lebih.
Emailkan kepada saya balqis6370@yahoo.com
atau sahabat saya khamisahnazri@gmail.com
Jom sahabat kita hidupkan aktiviti moreh di masjid-masjid
atau surau.

Saya diartikel moreh yang disiarkan di Harian Metro 20 Julai 201


Buka & Homeless
Ini akan diadakan pada 9hb Ogos 2012 nanti.
Kami akan menyediakan sebanyak 400 bungkus makanan untuk diberikan kepada homeless
sekitar KL. 
Meehoon Goreng, mineral/air kotak, roti/biskut dan sebiji buah
Meehoon boleh dimakan semasa berbuka, roti/biskut dan buah boleh dimakan semasa mereka sahur.
Kebiasaannya kami akan memberi bungkusan makanan pada pukul 10 malam.
Tetapi untuk Ramadan kami akan edarkan sebelum waktu berbuka.

Memandangkan kami tidak mendapat mana-mana tajaan dan bantuan.
Kami sangat-sangat mengharapkan sudilah kiranya sahabat-sahabat saya membantu
kami melancarkan program ini.
Tidak semestinya wang, kami menerima jika sahabat-sahabat mahu menaja salah satu dari 
menu diatas.
Pertama kali melihat mereka gembira dengan sumbangan kami.
Mendorong kami untuk membantu mereka lagi.
Entry tentang homeless pernah saya buat sebelum ini klik sini 
emailkan kepada balqis6370@yahoo.com
atau khamisahnazri@gmail.com

Artikel memberi homeless makan disiarkan juga di Harian Metro


Bersama anak-anak Ummu Sofia
Buat kali pertama saya merasai suasana baru pada Ramadan yang lepas.
berbuka, berterawih dan bersahur bersama-sama anak-anak di Ummu sofia, Trong Perak.
Memang pengalaman yang menakjubkan walaupun bukan dihotel 5 bintang.
Pada misi yang lepas kami memberi setiap anak-anak disini sepasang baju raya, telekung, kuih raya
dan sedikit sumbangan duit raya.
Lapang dada kami melihat senyum anak-anak disini.
Untuk pengetahuan semua Ummu Sofia menempatkan anak-anak yatim 
terdiri dari 30 orang 3 lelaki dan 27 perempuan.

Tahun ini seperti tidak lengkap jika tidak mengunjungi mereka.
Jadi kami bersepakat untuk memberi sepasang baju raya, tudung, kuih raya dan sedikit duit raya.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat seperti yang saya katakan sebelum ini.
kami tidak aada penaja dan bantuan dari mana-mana pihak.
Sumbangan yang kami dapat adalah dari sahabat-sahabat kami semua.
Dan dari poket kami sendiri.
Ada masa kami buntu kerana kewangan mengekang aktiviti kami.
Tetapi ini tidak mematahkan semangat kami.
Apatah lagi saya sendiri pernah melalui zaman kesusahan satu masa dulu.
Ini sangat memberi azam untuk saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ada.
Kami akan ke Ummu Sofia pada 11hb Ogos 2012

Cerita Grup Ukhwah bersama anak-anak Ummu Sofia juga disiarkan di Harian Metro

Kami Grop Ukhwah bersama anak-anak di Ummu Sofia
pada Ramadan yang lepas.
Tulus dan tenang anak-anak syurga ni.
mahu kah sahabat-sahabat membantu saya untuk membantu mereka...?
emailkan kepada saya untuk menyumbang kepada mereka
balqis6370@yahoo.com


Terima kasih sahabat-sahabat yang banayk membantu kami disetiap program kami
Insyallah rezeki kita semua akan berlipat kali ganda bila membantu mereka yang kurang berkemampuan.

















Wednesday, 11 July 2012

Menderma sambil beramal



Program bertadarus Al-Quran bersama anak-anak di Ulu Semera  Sarawak
sempena bulan Ramadan yang akan tiba nanti.

Kami memerlukan bantuan sahabat-sahabat blog saya yang saya kasihi
untuk menjayakan program bertadarus di di Ulu Samera.
Bantuan yang kami perlukan untuk membeli 

Al-Quran dan rehal
Bantuan untuk surau yang mengalami banjir baru-baru ini.
Menggantikan perabot surau yang telah rosak
Sedikit saguhati dan barangan akan diberikan kepada peserta tadarus di pagi raya
Sedikit saguhati kepada AJK surau yang memantau program tadarus itu dijalankan.

emailkan sebarang pertanyaan anda pada sahabat saya
elleezb@yahoo.com

Bantuan dari anda semua amat kami alu-alukan untuk Program Ramadan ini


Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.



Moreh


Sempena Ramadan yang akan tiba tak lama lagi saya ingin mengajak anda-anda semua
bersama saya dan sahabat-sahabat saya menaja jamuan moreh.
Moreh terdiri daripada satu hidangan + satu kuih + satu minuman.
Harga untuk seorang RM 3.50, jadi untuk 100 orang 350 diperlukan setiap malam.

Anda boleh menaja secara seorang ataupun berkongsi dengan kawan-kawan untuk semalam atau lebih.

Bagi yang ingin menaja bolehlah emailkan kepada

khamisahnazri@gmail.com

Kusyihirdan@gmail.com

balqis6370@yahoo.com

Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadan ini amin..amin...


Friday, 22 June 2012

Reaching to the poor - di Metro hari ni



Reaching to the poor  entry saya yang lepas.



Kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu terima kasih sekali lagi.

Selepas entry saya keluar ada yang dah menyumbang kepada saya.
Allhamdulillah

Sahabat-sahabat yang nak mebantu boleh email juga kepada saya

balqis6370@yahoo.com

Monday, 18 June 2012

Reaching to the poor part 2

Allhamdulillah..Alhamdulillah ya allah syukur padamu
kau permudahkan usaha kami malam semalam.

Pertamanya bersyukur kerana cuaca sangat baik.
Keduanya kehadiran sukarelawan diluar jangkaan kami.
Sekali lagi kami sangat bersyukur, walaupun bungkusan kami tak mencapai target
tapi apa yang kami ada cukup untuk permulaan kami.

Pukul 9 malam kami semua berkumpul di Masjid Negara.
Sedikit taklimat diberikan kepada sukarelawan dari 
Puan Kusyi Hirdan.

Kami memilih waktu 9 malam untuk memulakan misi kami kerana
kami difahamkan pukul 11 akan ada satu badan NGO lain yang akan memberi makanan 
kepada "homeless" ini.
Dan pukul 1 juga ada satu lagi NGO lain yang akan mengedarkan makanan kepada mereka.
kami juga memilih menu yang berbeza dari NGO-NGO lain.
Harapan kami agar apa yang mereka dapat tidak basi dan boleh dimakan dilain waktu.

Jalan Raja Laut menjadi destinasi pertama kami.
Kehadiran kami memang mereka "homeless" nantikan.
Tersentuh hati bila mereka sangat berterima kasih dengan sumbangan kecil kami.

Dari Jalan Raja laut kami ke Masjid India 
Tapi disebabkan pasar malam  "homeless" belum kelihatan.

Misi kami teruskan ke sekitar Bangkok Bank.
Disini "homeless" lebih kepada orang luar.
Tapi kami tiada diskriminasi tentang itu.
Kami agihkan juga kepada mereka.

Saya tertarik dengan seorang yang saya nampak disini.
Anak muda dalam lingkungan 20-an.
Handsome, smart, bersih dan agak janggal menerima bantuan yang kami beri.
Andaian saya. Mungkin dia baru sampai di KL,
Mahu mencuba nasib dikota metropolitan ini barangkali.
Dan apa yang diimpikan belum menjadi kenyataan.
Doakan anak muda ini tidak lagi saya jumpa di misi kami yang akan datang.

Dari sini kami kembali ke Masjid India
Sebelum sampai Masjid India saya terlihat seorang pakcik tua
sedang membaca al-Quran dibawah sinaran lampu dengan tenang.
Perasaan saya...?
Saya tak ada jawapan. Saya rasa sahabat-sahabat juga akan kelu jika lihat 
apa yang saya lihat.
Memang sebak & kelu.
Macam tak percaya dengan apa yang saya nampak.
Mungkin sebab ini kali pertama jadi saya sedikit emosional dengan apa yang saya lalui.

Masjid India
Masa ni suasana tidak seperti mula-mula kami sampai tadi.
Sekeliling kawasan Masjid India sudah penuh dengan 'homeless"
Mereka sudah pun membentang kotak untuk mereka melelapkan mata.
Saya difahamkan mereka memilih kawasan ini 
kerana mudah bagi mereka mandi dan membersihkan diri
di masjid berhampiran.
Ini antara masjid yang membuka pintu bagi "homeless" di sekitarnya.
Dan mereka juga kebanyakannya bekerja.
Cuma mereka tidak cukup duit untuk deposit menyewa 
rumah / bilik
Untuk menyewa rumah / bilik mereka memerlukan 3 bulan deposit 
dan deposit api air RM 200 hingga RM 500
Mereka mungkin tiada masalah dengan sewa bulanan
 tapi sedikit beban untuk permulaan.
Jadi mahu atau tidak mereka terpaksa menjadi "homeless"

"Bang boleh minta satu lagi tak.. ? saya nak bagi isteri saya" 
Lelaki ini dengan uniform kerja 
(maaf saya terpaksa rahsiakan uniform apa) 
memohon untuk isterinya yang berdiri tidak jauh dari tempat kami 
mengagihkan makanan juga masih dengan uniform kerja.
Memang sebak. Tapi itulah realiti yang kami lalui.

Sebenarnya banyak lagi moment-moment yang saya lalui dalam tempoh beberapa jam itu.
Cuma apa yang saya dapat simpulkan.
tak semua "homeless" ini penagih dadah atau mereka yang kurang siuman.
Ada yang datang dari kampung halaman dengan 
harapan Ibu kota menjanjikan angan-angan mereka
menjadi kenyataan.
Masing-masing punya cerita mereka sendiri.

Saya tak ambil satu gambar pun semasa misi ni.
Tak sampai hati.
kalau kita di tempat mereka pun tentu kita tak suka kan orang ambil gambar kita.
Memang mereka 'homeless" tapi tak bermakna mereka tak punya perasaan malu atau segan kan..?

Sila baca
dan

Bersyukur kita dengan apa yang kita ada.
Bersyukur kita denga rezeki yang allah kurniakan kepada kita.
Kadangkala kita sangat mudah mengeluh kesah.
Kurang bersyukur dengan apa yang allah berikan kepada kita.
Merungut dengan rezeki yang kita dapat.

Maka yang mana satu diantara nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan
(wahai umat manusia dan jin...?)
Surah- Arahman


Sahabat-sahabat saya
Misi kami tidak berakhir disini.
Kami akan meneruskan misi kami dilain waktu.
Cuma kami memerlukan dana dari sahabat-sahabat 
yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka.
Air kotak, roti, biskut, buah, mineral apa juga makanan yang
 tidak mudah basi sangat kami alu-alukan
jika ada sesiapa yang sudi membantu
emailkan kepada saya

balqis6370@yahoo.com

Mudah-mudahan allah memberi rezeki kita dengan lebih dari apa yang kita beri pada mereka ini
Amin...















Saturday, 16 June 2012

Reaching to the poor

Masa entry ni keluar saya dengan kawan-kawan tengah berkumpul kat Masjid negara Kuala Lumpur
sebelum mulakan projek memberi makan kepada homeless.
Doakan cuaca baik dan tak hujan ya.

Jujurnya hati saya tak kuat nak ikut projek ni.
Tapi perasaan tu nak tau sangat macamana kehidupan mereka serba sedikit.
Saya lawan perasaan tu.
Mudah-mudahan saya kuat.
Insyallah.

Gambar ehsan google


Sahabat-sahabat...
Saya dan sahabat-sahabat saya yang lain masih memerlukan dana bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kalau ada sahabat-sahabat yang inin menghulur seringgit dua boleh emailkan ke

balqis6370@yahoo.com 

sumbangan sentiasa dialu-alukan.

Sempena ramadan yang akan tiba tak lama lagi.
Saya sedang mencari dana untuk 9 anak yatim perempuan.
sesiapa yang sudi menaja RM 50 - RM 100 untuk persediaan raya email kepada saya ya.
Saya harap sahabat-sahabat saya bantu saya untuk membantu mereka amin..amin...


Saturday, 5 May 2012

Bersama Dr Red Buble di HKL

Cerita yang dah terperam hampir 2 minggu,
tapi masih basah dalam ingatan, sampai bila-bila pun saya tak akan lupakan
kenangan ni.
Saya dan beberapa teman Group Ukhwah dijemput oleh Red Bubbles untuk bersama-sama
dengan anak-anak di Wad KK3 HKL.

Luluh hati, kering tekak bila teringatkan 
anak-anak yang masih mentah menderita dengan penyakit kanser dan lukemia.
Tak terkata saya pertama kali berhadapan dengan mereka semua.

Antara pesakit wad KK3 HKL

Anak-anak yang menyambut ulangtahun pada bulan April lalu


Gambar atas: Qays Samir kanser darah, 21 April yang lepas ulang tahun anak ini

Red Bubbles bersama anak-anak di wad KK3 HKL


Ini Farah 7 tahun, pemalu tapi sentiasa tersenyum

Comel kan




kek untuk semua anak-anak di KK3 HKL

Mama, papa & Adib juga pakai red nose

Sahabat-sahabat, ini bukanlah pertama kali Red Bubbles bersama anak-anak ini.
Banyak lagi usaha Red Bubbles yang sangat-sangat saya kagumi,
Pada sahabat-sahabat yang ingin membantu usaha Red Bubble boleh 
LIKE Facebook milik beliau Red Bubbles 
Semua maklumat dan informasi ada di sana.

Terima kasih juga pada sahabat-sahabat saya yang tak pernah 
jemu menyokong usaha kami.
Kepada yang menyumbang seorang satu barrel KFC saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.
Terharu, ramai yang menyumbang bila saya tweet da, broadcasting di BBM.
Semoga sahabat-sahabat saya dilimpahkan rezeki yang tak terhingga amin..amin...

Keratan Harian Metro tentang kunjungan kami di KK3 HKL

Saya mahu pinjam semangat anak-anak disini yang sentiasa tersenyum dan cekal.
Walaupun kedatangan kami cuma sebentar tapi sinar mata mereka seolah-olah bercerita yang mereka gembira.
Kami akan datang lagi Insyallah







Thursday, 12 April 2012

Badan Amal Nur-Zaharah - janda baik

"Entry kali ni, saya agak terkira-kira untuk publishkan. Walaupun dah lama saya draf.
Berat hati saya bila ada yang tuduh saya buat kerja amal ni nak menunjuk-nunjuk.
Kata-kata "baru buat amal sikit dah nak tunjuk satu dunia" sangat kejam buat saya.
Menunjukkah saya dengan kerja-kerja amal saya yang tak seberapa ni..?
Kalau saya ada sifat menunjuk, maafkan saya..
Tapi setiap entry kerja amal yang saya buat tak lebih dari mengajak sahabat-sahabat saya bersama-sama membantu kerja-kerja amal yang saya dan sahabat-sahabat saya buat.
Kalau saya riak dan takbur dah lama saya tulis entry yang saya pergi ke rumah-rumah anak yatim atau badan Amal ni (yang menggunakan duit saya sendiri).
Tapi biarlah allah yang tahu ikhlasnya saya dan sahabat-sahabat saya membantu.
Pada yang mengata, mengeji..Allhamdulillah dan terima kasih yang boleh saya ucapkan.
Anda tidak membantu tapi mengeji usaha saya dan sahabat saya, jika Allah berkehendakan
siapa tahu anda sendiri akan meminta bantuan dari saya dan sahabat-sahabat saya sebab kita tak tahu nasib kita esok lusa macamana  Wallahualam..."


Terima kasih sahabat-sahabat yang sudi membantu memberi sumbangan barang dan juga wang kepada
projek Group Ukhwah kali ni.
Ada yang tidak pernah bersua, tapi dengan ikhlas hati menghulur bantuan.
Rasa sangat-sangat terharu dan sangat-sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya.

Hujan rahmat menyambut kedatangan kami
Syukur Allhamdulillah

Badan Amal Nur-Zaharah Janda baik

Asrama yang menempatkan anak-anak perempuan

Tempat ni cantik, tersusun, kemas & tenang sangat

Sebahagian anak-anak membantu kami menurunkan bantuan makanan

Sebahagian sumbangan yang diterima dari sahabat-sahabat 

Ini untuk asrama anak lelaki

Jalan ke asrama perempuan dalam proses baik pulih, so kereta kami parking diatas dan barang-barang 
dibawa secara bergotong royong

Pengasas badan ini membina cafe yang mana semua hasil pendapatan terus disalurkan ke Badan Amal

Baju pink, Puan Asmah. Beliau yang menjaga anak-anak ini sepenuhnya.
Mendengar cerita dari beliau saya sangat kagum.
Mengahabiskan masa bersama anak-anak disini sejak bujang sehingga 
punya anak 2. Baju hijau menantu kepada pengasas Badan Amal Nur Zaharah

Ini asrama lelaki, 
Agak jauh dari asrama perempuan

Asrama Lelaki

Mereka menanam sayur sendiri, hasilnya ada yang dijual dan sebahagiannya menjadi hidangan anak-anak disini

kandang kambing disewakan kepada orang lain kerana mereka belum ada kepakaran dalam memelihara
kambing.

Dewan makan anak-anak lelaki
walaupun kurang sempurna tetapi kemas dan tersusun

Dapur asrama anak-anak lelaki
Seorang tukang masak diupah dari kalangan penduduk kampung
untuk memasak di asrama anak-anak lelaki

Saya tak sempat nak ambik gambar dengana nak-anak disini.
Selain cuaca kurang baik (hujan), hari juga sudah petang.
Dalam beberapa minggu lagi saya akan kesini lagi

Sesiapa yang berhajat untuk menderma beras, meehoon, tepung, sabun basuh, sabun mandi,
minyak dan keperluan wanita (pad) boleh hubungi saya di balqis6370@yahoo.com

Mudah-mudahan Allah menilai keihklasan kita.
dari memikirkan apa yang orang nilaikan tentang kita






Wednesday, 11 January 2012

Terima kasih

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyumbang pada anak-anak Teratak Rahmat. Sumbangan anda telah pun kami sampaikan.
Mudah-mudahan allah memberikan kekayaan dan kesenangan sahabat-sahabat saya ini dunia akhirat amin..amin..

Pada 30hb Dec 2011 sahabat-sahabat saya sekali lagi ke Teratak Rahmat. Sedikit terkilan kerana tidak dapat menyertai mereka ke Teratak Rahmat ini, kerana ada beberapa urusan. Insyallah jika ada kelapangan saya ingin kesana semula.

Allhamdulillah, wlaupun sasaran kami lebih tapi tetap bersyukur sebab ada yang sudi berkongsi kesenangan dengan anak-anak disini.

Dibawah saya copy dari Blog kak Blog Norhayati Berahim

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, kami sampai semula ke Teratak Rahmat untuk menyampaikan sedikit sumbangan untuk anak-anak bersekolah. Selama sebulan kami berjaya mengumpul lebih kurang RM8820 untuk anak-anak. Walau target kami mahu mengumpul sebanyak RM24,000. Tetapi tidak mengapa, kami akan usahakan lagi tidak lama lagi.

Kumpulan kami sangat kecil tapi Alhamdulilah dengan niat  yang baik, perjalanan kami dipermudahkan.

Kedatangan kami di sambut oleh anak-anak teratak Rahmat.

Sedikit penganan juadah untuk anak-anak ini.

Nurul warden asrama dan juga ibu kepada anak-anak di Teratak ini.

Pak Seyit juga turut memberikan sokongan dan sangat seronok berada di Perlis.

Ini anak-anak perempuan yang berlindung di sini.

Setiausaha kami Kusyi Hirdan memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak Teratak.


Derma ikhlas yang diberikan teman-teman dan sudah selamat sampai ke tangan si penerima. Terima kasih banyak-banyak sahabat yang menderma. Didoakan kalian semua dipermudahkan segala urusan dan sayang semua...

Kami kemudian melawat perpustakaan yang projeknya diusahakan oleh drbubbles atau Iskandar Syah Ismail. Kami mengambil peluang merasmikan sekali lagi. (ha ha ha perasan)


Sedang mendengar cerita Mak Wan (ibu kepada pelakon Intan Ladyana). Di belakangnya Dr Hazman, lelaki bujang yang banyak menghabiskan wang ringgit dan tenaga di Teratak tersebut. Saya sangat kagum!

Khusyuk mendengar mengenai perjalanan perpustakaan yang sangat cantik dan kemas ini.

Selepas melawat perpustakaan, anak-anak teratak ini mengadakan sedikit persembahan. Kisah seorang lelaki yang menyerahkan segala hartanya untuk ke jalan kebajikan. Alangkah bagusnya kalau saya mampu melakukan begitu.

Sempat kami bergambar beramai-ramai.


Selepas melihat persembahan, sedikit makanan untuk menjamu selera..


Sedih melihat anak-anak yang menikmati KFC dengan sangat berselera. KFC ini sumbangan salah seorang penderma yang berhajat sangat untuk melihat anak-anak ini makan KFC.


Anak-anak ini menunjukkan jam kiriman seorang pelakon tanah air iaitu Irma Hasmie.

Kedatangan kami kali ini tampak lebih dekat di hati. Sempat berbual dengan Mak Wan dan Dr Hazman mengenai anak-anak di sini. Di hati sangat sedih mengenangkan anak-anak yang kebanyakkannya hilang ibu atau bapa. Kerap kali saya berangan untuk membuka pusat seperti ini tetapi saya tahu, saya masih belum mempunyai kekuataan yang antap untuk melakukkan. Apa yang saya dapat lakukan hanya membantu apa yang terdaya.

Berharap kami akan datang lagi....