Allhamdulillah..Alhamdulillah ya allah syukur padamu
kau permudahkan usaha kami malam semalam.
Pertamanya bersyukur kerana cuaca sangat baik.
Keduanya kehadiran sukarelawan diluar jangkaan kami.
Sekali lagi kami sangat bersyukur, walaupun bungkusan kami tak mencapai target
tapi apa yang kami ada cukup untuk permulaan kami.
Pukul 9 malam kami semua berkumpul di Masjid Negara.
Sedikit taklimat diberikan kepada sukarelawan dari
Puan Kusyi Hirdan.
Kami memilih waktu 9 malam untuk memulakan misi kami kerana
kami difahamkan pukul 11 akan ada satu badan NGO lain yang akan memberi makanan
kepada "homeless" ini.
Dan pukul 1 juga ada satu lagi NGO lain yang akan mengedarkan makanan kepada mereka.
kami juga memilih menu yang berbeza dari NGO-NGO lain.
Harapan kami agar apa yang mereka dapat tidak basi dan boleh dimakan dilain waktu.
Jalan Raja Laut menjadi destinasi pertama kami.
Kehadiran kami memang mereka "homeless" nantikan.
Tersentuh hati bila mereka sangat berterima kasih dengan sumbangan kecil kami.
Dari Jalan Raja laut kami ke Masjid India
Tapi disebabkan pasar malam "homeless" belum kelihatan.
Misi kami teruskan ke sekitar Bangkok Bank.
Disini "homeless" lebih kepada orang luar.
Tapi kami tiada diskriminasi tentang itu.
Kami agihkan juga kepada mereka.
Saya tertarik dengan seorang yang saya nampak disini.
Anak muda dalam lingkungan 20-an.
Handsome, smart, bersih dan agak janggal menerima bantuan yang kami beri.
Andaian saya. Mungkin dia baru sampai di KL,
Mahu mencuba nasib dikota metropolitan ini barangkali.
Dan apa yang diimpikan belum menjadi kenyataan.
Doakan anak muda ini tidak lagi saya jumpa di misi kami yang akan datang.
Dari sini kami kembali ke Masjid India
Sebelum sampai Masjid India saya terlihat seorang pakcik tua
sedang membaca al-Quran dibawah sinaran lampu dengan tenang.
Perasaan saya...?
Saya tak ada jawapan. Saya rasa sahabat-sahabat juga akan kelu jika lihat
apa yang saya lihat.
Memang sebak & kelu.
Macam tak percaya dengan apa yang saya nampak.
Mungkin sebab ini kali pertama jadi saya sedikit emosional dengan apa yang saya lalui.
Masjid India
Masa ni suasana tidak seperti mula-mula kami sampai tadi.
Sekeliling kawasan Masjid India sudah penuh dengan 'homeless"
Mereka sudah pun membentang kotak untuk mereka melelapkan mata.
Saya difahamkan mereka memilih kawasan ini
kerana mudah bagi mereka mandi dan membersihkan diri
di masjid berhampiran.
Ini antara masjid yang membuka pintu bagi "homeless" di sekitarnya.
Dan mereka juga kebanyakannya bekerja.
Cuma mereka tidak cukup duit untuk deposit menyewa
rumah / bilik
Untuk menyewa rumah / bilik mereka memerlukan 3 bulan deposit
dan deposit api air RM 200 hingga RM 500
Mereka mungkin tiada masalah dengan sewa bulanan
tapi sedikit beban untuk permulaan.
Jadi mahu atau tidak mereka terpaksa menjadi "homeless"
"Bang boleh minta satu lagi tak.. ? saya nak bagi isteri saya"
Lelaki ini dengan uniform kerja
(maaf saya terpaksa rahsiakan uniform apa)
memohon untuk isterinya yang berdiri tidak jauh dari tempat kami
mengagihkan makanan juga masih dengan uniform kerja.
Memang sebak. Tapi itulah realiti yang kami lalui.
Sebenarnya banyak lagi moment-moment yang saya lalui dalam tempoh beberapa jam itu.
Cuma apa yang saya dapat simpulkan.
tak semua "homeless" ini penagih dadah atau mereka yang kurang siuman.
Ada yang datang dari kampung halaman dengan
harapan Ibu kota menjanjikan angan-angan mereka
menjadi kenyataan.
Masing-masing punya cerita mereka sendiri.
Saya tak ambil satu gambar pun semasa misi ni.
Tak sampai hati.
kalau kita di tempat mereka pun tentu kita tak suka kan orang ambil gambar kita.
Memang mereka 'homeless" tapi tak bermakna mereka tak punya perasaan malu atau segan kan..?
Sila baca
dan
Bersyukur kita dengan apa yang kita ada.
Bersyukur kita denga rezeki yang allah kurniakan kepada kita.
Kadangkala kita sangat mudah mengeluh kesah.
Kurang bersyukur dengan apa yang allah berikan kepada kita.
Merungut dengan rezeki yang kita dapat.
Maka yang mana satu diantara nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan
(wahai umat manusia dan jin...?)
Surah- Arahman
Sahabat-sahabat saya
Misi kami tidak berakhir disini.
Kami akan meneruskan misi kami dilain waktu.
Cuma kami memerlukan dana dari sahabat-sahabat
yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka.
Air kotak, roti, biskut, buah, mineral apa juga makanan yang
tidak mudah basi sangat kami alu-alukan
jika ada sesiapa yang sudi membantu
emailkan kepada saya
balqis6370@yahoo.com
Mudah-mudahan allah memberi rezeki kita dengan lebih dari apa yang kita beri pada mereka ini
Amin...
1 comment:
cikwan yang membaca ni pun tersentuh hati kak... ;( sedihnya mengenangkan nasib mereka..tak sangka, ada manusia yang susah sampai tahap tu... cikwan bersyukur sangat sebab walaupun tak kaya,..tapi masih boleh berlindung di rumah sendiri. alhamdulillah.
Post a Comment