Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 26 February 2010

Salam Mauludirasul 12 Rabiulawal 1431

"Tercipta satu lembaran sejarah
ditanah Suci Kota Mekah
hari yang mulia penuh syahadah
bermulah lah sebuah kisah...

Malam isnin subuh yang cerah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah lahirnya Zuriat yang syahadah...

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya...
Riang gembira menyambutnya
Terima Putera yang utama....

Muhammad Nama diberi
gelaran yang terpuji
nikmat ilahi sama disyukuri
terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak muda
Lahirnya bawa cahaya
alam gelita jadi gembira
terima junjungan mulia"


Salam Mauludirasul...
Rasanya ramai yang masih ingat nasyid ni. Setiap kali ada majlis Mulud pasti nasyid ni yang jadi pilihan.
Ya lah dulu2 kan tak banyak pilihan macam sekarang..kira nasyid ni glamer sangat...
aku pun masih ingat bait2 lagu ni walaupun dah berpuluh tahun..

Hari ni 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Febuari 2010, merupakan hari keputeraan Nabi kita
iaitu Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid..

Masa aku sekolah rendah dulu setiap kali Mauludirasul akan diadakan sambutan secara islamik di sekolah..
masa ni ada nasyid, ada syarahan agama, ada bercerita kisah2 nabi..Masa ni semua berbaju kurung dan bertudung...yang lelaki berbaju melayu siap dengan sampin sekali

Sebelum aku bersekolah dan cikgu menerangkan apa itu Mauludirasul, aku dah pun diterangkan dengan mak dan ayah..lagipun masa aku kecik2 ayah suka sangat bercerita tentang kisah nabi. Bila ayah bercerita aku akan ceritakan pula pada kawan2 apa yang aku dengar dari ayah...

Kata ayah....

Nabi junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 21hb April, 2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.
Sungguh pun begitu bulan Rabiulawal juga seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata:
 "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga"

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan

Dan ini sebahagian petikan yang aku baca tentang Mauludirasul:

Sambutan ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan ahklak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia

sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia" (al-Qalam: 4).

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

Dan...
Kelebihan lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang di adakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat setiap orang bergotong royong melakukan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan samaada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama islam yang lain. Apabila kita berkumpul di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita juga dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga, membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain. Ini juga dapat mengeratkan Ukhwah sesama Islam.

Sebenarnya banyak lagi sifat terpuji Baginda..islam dituntut untuk berbuat segala kebaikan dan meninggalkan segala larangan..apa yang pernah diceritakan ayah dan melalui pembacaan sesungguhnya aku sangat kagum dengan sifat baginda. 4 sifat yang sangat dituntut adalah..sidiq, amanah, tabligh, fatonah..

Mudah-mudahan dengan sambutan Maulud yang akan diadakan, menyedarkan kita sesungguhnya
"Nabi Muhammad itu semulia2 Idola" sifat mahmudah baginda yang wajib di contohi bahkan dituntut dalam kehidupan kita...

Amin...amin...amin....

Thursday 25 February 2010

Terkenang-kenang

Dah beberapa hari asyik tgk page "Malaysian Backpackers Club". Seronok tengok Pic & baca komen kawan2 tentang "MBC" yang buat projek homestay kat "Papitusulem" & "Sg Nibung" yang lepas..
ada masa ketawa sorang2 he..he.. syiookkklah..

Mula2 Mr Hubby ajak aku ikut projek ni, tapi aku yang tak nak..rasa macam pelik pulak..ikut projek kat kg sendiri, rasa nak jadi tuan rumah jer lah. Biarlah Mr Hubby jadi org kampung jap...  Eh boleh ker aku declare kampung aku juga ni, walaupun sebenarnya cuma kampung "MIL" jer..kira boleh lah ek..

Masih terasa seronoknya tengok "MBC" seronok kat kat "Papitusulem" & "Sg Nibung" tu
Tenguk "MBC" sangat2 teruja tenguk sawah teringat pertama kali aku jumpa sawah buat pertama kalinya hampir 10 tahun lepas (masa ni belum khawin lagi & 1st time datang kampung Mr Hubby aku) Padahal masa aku jumpa sawah ni pertama kali bukanlah sawah yang hijau terbentang tu..sawah yang dah di tuai dan jeraminya pula sedang dalam proses pembakaran so bendang tu nampak hitam jer...ada pun tinggal beberapa pokok padi yang tinggal kat tepi palong yang tak dapat dituai dengan "bajak" tu.. Itu dah cukup buat aku terjerit2 riang...jakun pun ya juga..
Bayangkan umur 23 tahun baru nampak sawah bendang & pokok padi teruja lah sangat2. tersenyum2 Mr Hubby tenguk aku masa tu..dia pun tak sangka yang aku ni tak pernah nampak sawah bendang..

Perkara pertama yang aku buat bila kaki ni jejak jer Bendang tu...aku berjalan kat tepi2 parit dari pangkal ke hujung sampai kat palong tu...masa tu aku tersenyum sepanjang jalan..dalam hati.."isk ya ker sawah ni"
macam tak percaya sangat..yang akhirnya hajat aku nak tgk sawah bendang tercapai..

Walaupun  Mr hubby kata waktu tu bendang nampak buruk coz tgh proses pembakaran tapi aku tetap kata cantik..untuk pengetahuan semua bila jerami dibakar bendang yang luas tu akan jadi hitam..tanah2 pun hitam..tapi aku tak pduli..pada aku dah cukup cantiklah tu..

Masa aku menyusur tepi parit untuk sampai palong tu..aku nampak banyak anak2 ikan.
anak katak pun ada..geli sangat sebab katak tu katak kembung bulat jerk perut dia..
Geramnya tenguk anak2 ikan tu..rasa nak tangkap bawak balik jer...

Lepas tu aku ambik padi yang berbaki kat tepi2 parit tu..Mr hubby suruh aku try makan..
so aku yang sangat2 teruja ni pun cubalah..rasa macam kopek kuaci pulak..
apa ek rasanya ...???? rasanya manis...maklumlah padi baru..sedaplah pulak...
so aku ambik lah banyak..nak bawak balik Johor, nak tunjuk kat mak & adik2 yang memang nak sangat tenguk padi tu..memasing pun nak rasa padi yang fresh lagi... he..he..
So tak peliklah kalau geng2 "MBC" tenguk sawah bendang yang baru di tuai dah teruja... coz aku sendiripun bukan setakat teruja..rasa jakun sangat...

Inilah pic pertama masa aku datang sawah hampir 10 tahun lepas
Teruja punya pasal...kat tepi2 parit pun kutip gak padi2 tu...

Rupanya bila bendang menghijau lagi cantik pemandangannya...saujana mata memandang.
Serius...cantik sangat..aku cakap macam karpet bendang tu.. masa ni lagilah aku teruja...cantiknya semua hijau jer.. lagi2 kalau datang waktu pagi...masa matahari nak naik...lagi cantik..
lepas tu makan nasi lemak bungkus daun pisang kat tepi2 tu...urgh....bestnya..sampai sekarang kalau balik kampung mesti nak tenguk sawah..hampir 10 tahun aku masih tak pernah jemu..malah setiap kali datang aku akan teruja..dan terus teruja..macam dah kewajipan pulak..
cuma aku tak berkesempatan lagi nak masuk bendang sesama bapak mertua aku buang padi2 angin...
(eh dia kasi ker...??? rasanya tak kot takut lagi rosak padi2 dia ahhaaaaa....) cari ikan di bendang bila airnya hampir surut pun aku tak pernah buat..Mr hubby pun aku tak pernah nampak masuk bendang "gogoh" ikan
kalau dapat peluang lagi seronok kan...


Untuk pengetahuan semua juga..beras yang baru dituai..rasanya manis..sedap..lagi2 kalau di buat
"Nasi Lemak" buat bubur pun tak kurang sedapnya..aku banyak kali jugalah berpeluang makan beras baru yang dituai. kadang2 "MIL" memang akan simpankan untuk2 anak2 dia. termasuklah menantu dia yang suka sangat beras baru ni..

Padi yang masih hijau

Semakin menguning

Semakin berisi semakin tunduk
Sayang lah masa geng "MBC" datang kampung hari tu tak jumpa sawah yang luas terbentang menghijau tu kalaulah geng2 "MBC" dapat tenguk betapa indahnya sawah padi yang terbentang hijau tu, aku yakin kenangan tu tak akan padam sampai bebila kan...sure ada yang akan datang balik..

Masa majlis sambut menantu sebelah suami, ayah aku sewa  bas.. orang2 kampung nak hantar aku
& nak tenguk macamanalah rupa sawah bendang tu..masa ni sawah tengah hijau memang cantik. So orang2 kampung dan saudara mara yang datang hantar pengantin (akulah tu) sangat2 teruja. Sayangnya mereka tak dapat rasa beras baru.Mak mertua aku dah habis stok masa ni. Seronoknya  berkongsi apa yang aku rasa dulu dengan keluarga, saudara mara & orang2 kampung yang menghantar aku masa tu..

Kalau aku yang dah bertahun2 masih belum jemu dengan pemandangan sawah padi..apalagi geng "MBC" yang baru sekali menjengah sawah padi.. pasti akan "Terkenang-kenang" sampai bila2 kan...

Aku harap anak -anak aku dan kalau ada rezeki cucu aku akan berpeluang sebagaimana aku mendapat peluang yang sangat indah ni..aku nak anak2 aku tahu dan rasa macamana susah payahnya petani membanting tulang untuk sebutir beras.. semenjak hari pertama aku menjejakan kaki ke bendang aku lebih menghargai nilai "beras & nasi" kalau dulu makan tak habis pun tak rasa bersalah..
sekarang... sebutir beras yang jatuh pun aku kutip..kerana aku  semakin mengerti nilai sebutir beras,
ya.. itulah nilai peluh petani yang memberi manfaat kepada kita semua..

he..he...sebutir padi yang belum dituai

Wednesday 24 February 2010

Mood Holiday lagi part II

Wekend ni ada cuti lagi ek ghupanya...???
Cuti sempena "Mauludirasul" Jumaat ni.
Mulalah mood nak bercuti "mendatang" ahahhaaaa...
gitu jelah aku ni..tak aku Mr Hubby pun sama gak..
selalunya kalau nak g holiday memana last minit plan je..
tak ambik masa lelama sangat  nak plan..
Lagipun jarang plan sakan,
Tapi ada juga lah yang di plankan..
takut2 tak dapat hotel@chalet pulak nanti..
satu masalah juga ..

We all tak adalah nak bawak satu taman bila holiday ni,
ada pun adik beradik & family jerk..
So far tak pernah lagi holiday ngan kawan2
so tak adalah experiance tentang tu..
lagipun takut pulak derang tak boleh ikut
jadual aku yang amat pack kalau g "holiday" ni
seawal pagi & semalam yang mungkin..
akan di peuhkan dgn aktiviti..
& tak akan dok lelama dalam bilik hotel@chalet
lelama rasa sayang pulak masa..
lagi satu takut aku nak g sana derang plak nak g sini
aku tak nak kesana derang plak nak kesana...
adussss..!!! pening2 better memasing plan kan...
tak pening2 kepala..
tapi kalau setakat small family tak banyak karenah kot...
kalau sampai setaman sapa nak jawap "jah" oiiii...!!!

Erm..mana nak g wekend ni ek..
he..he..  tapi adalah sembang2 kosong ngan Mr hubby
mana nak G wekend ni..
ada beberapa rancangan.
.(selalunya gitulah, plannya banyak..tak tau mana satu)
yang di sembangkan mana nak g "berpoya-poya" kali ni
sok baru Rabu..ada masa lagi..khamis baru decide..
tak jauh2 dekat2 pun jadilah..
Nak balik "kampung"
minggu lepas baru balik umah "Mertua" kat Sekinchan
lama juga..dari malam Jumaat ~ ahad malam baru balik..
Nak balik Segamat..
Bulan March nak balik, lagipun Jan 2x aku dah balik
kang mak Terbuek plak tgk aku asyik balik jer
ahahaaa....balik kg ni selalu perancangan yang  tetiba namanya
contohnya macam ptg jumaat rasa nak balik segamat
terus pack2 baju terus jalan..
so tak bley nak kata balik kampung tu perancangan rapi he..he..

Erm..mana nak g ek..
CNY baru sakan ngan Holiday kat Terengganu tu
masih berbekas lagi kat hati ni...sunburn pun tak hilang lagi nih...
And ada  projek besar bulan May & July nanti..
so tak bley nak sakan sangat...
kena menabung wakkakaaaa......
ya ker menabung...hi..hi..
menabunglah juga kat "midvalley ker ! utama ker tak pun kat Pavillion"
ahahhaaa....

Apa pun tunggu je lah nak G mana nanti..
he..he... tak sabar seh...

Monday 22 February 2010

Mood "Holiday" lagi....

Dah berapa hari balik dari "Holiday"
tapi mood tak hilang lagi...
Nak update pasal "holiday" hari tu pun malas jerk...
he..he.. still terasa di bumi "Terengganu" lagi
rasa dah macam kampung halaman lah pulak.
Tak tau kenapa jatuh cinta sangat ngan "Negeri" ni
padahal selalu pergi..

Cuti Chinese New Year yang lepas ke "Terengganu" lagi
(Dec 09' aku baru kesana, ada kat entry sebelum ni)
Plan untuk CNY ada beberapa plan...
akhirnya yang ni kita orang pilih.
"Terengganu + pulau Kapas"
13hb Feb 2010  -  16hb Feb 2010

yeayyy...!!!! ni 2nd time aku ke Pulau Kapas
1st masa tahun 2005 dulu.
sayangnya pic dalam "HP" hilang sebelum di upload ker PC
then masa tu banyak aku rekord guna camcorder so
tak banyak pic yang ada..
memang happening..
lepas hampir 5 tahun tak banyak yang berubah..
yang berubah bila chalet makin banyak & kedai makan dah bertambah.
yang lain2 Pulau tu masih cantik & bertambah cantik..
karangan lautnya buatkan aku terjerit2 riang
seronoknya...
berwarna warni ikan & karangan laut tu..
sungguh aku teruja sangat...
sayangnya aku terlupa sangat2 nak beli camera dalam air (pakai Buang)
kalau tak boleh upload pic banyak2
terasa rugi sangat...he..he..

1st day 13th Feb 2009, stay at Marang Guest House

2nd day meredah ombak ke Pulau Kapas.. seronok naik bot ni...
terlambung2 rasa naik bot pancung plak. Bila ombak besar tempiasnya
kena kat kita orang dalam bot tu..dalam 15 minit dari jeti sampailah ke Pulau Kapas tu...

stay at Makcik gemuk beach resort.. We all dok kat Chalet MGBR ni..
Not bad, coll jer malam2..

Pulau Kapas Beach

Snorkling, memang superb..tapi kulit aku allergic plak..
sampai la ni bintat2 tangan aku tak baik lagi..
macam comot jer tangan masa ni bintat + hitam ahahaaa.....!!!!

Senja at kapas, sampai sekarang masih terasa indahnya
menanti matahari terbenam dengan laut yang membiru memang mengasyikan,
lebih2 lagi dengan orang yang kita sayang..

Masa ni nak balik ke Darat...panas gilerrr..
sampai jadi hitam legam
kulit aku...

Kali ni tak pergi Kg losong untuk borong segala jenis keropok..
singgah kat kedai tepi jalan area marang jer...

Kalau nak cerita pasal Terengganu ni memang sampai esok pun tak habis. Memang syyyiiiooookkkk...!!! habisss...rasa tak puas jer tiap kali kesana..Aku harap beberapa bulan lagi aku akan datang lagi.
Walaupun tak ke Pulau Kapas or memana Pulau aku harap ler aku datang lagi...
Sampai kawan aku suruh aku tukar status Negeri dengan dia. Coz aku yang bukan Terengganu lagi kerap ke sana dari dia yang memang org sana (kawan aku ni org Terengganu Khawin ngan org Johor dan menetap di Johor) ahahaaa....kalau boleh nak sesangat ler g tukar hok status tu  *wink..wink...*

*next time hope dapat ke Pulau Redang lagi...*

Friday 12 February 2010

Tiba-tiba....

Tiba-tiba ayah call...
berderau darah ni..ya lah ayah kan jarang call
biasa mak jer yang call, tak pun aku yang call,
bergayut ngan mak ni acara wajib...he..he..
(walaupun lain2 company redah jerk... Maxis vs Celcom)
Tapi kali ni ayah pulak call..
Lepas bagi salam

Ayah: Long ni Wawa nak cakap...

Lerrr...!!! tak dan aku nak tanya kabo...
(H/P bertukar tangan) dengan suara tergedik2

Wawa: Long RM 5 tau....
Aku   : (dengan rasa terkejut yang amat sangat..
                   bila pulak aku hutang dia ni ek...????)
          RM 5.. ??? apasal pulak...
Wawa: Ya lah kan semalam Long janji kalau menang RM 5
           (oh...janji semalam lah ni, tapi rasanya kalau emas kan aku kata)
Aku   : Wawa dapat emas ker...??
Wawa: tak....
Aku   : Dah tu apasal nak "claime" RM 5
Wawa: alah...!! wawa dapat gangsa jer..lompat tinggi..
           lari semua kalah..Budak India kuat2
Aku   : pandai jer wawa ek "pow" along..
Wawa: alah along janji tau...tweeetttttt...!!!!!

Ahahahaa.. dah tweeet tu yang tak boleh blah....
maknanya...kena bagi juga...
alahai..nak tergelak pun ada...memanglah aku janji
nak bagi RM 10 kalau dapat satu emas,
tapi ni dapat gangsa jer ..
bila lah aku janji nak bagi RM 5 kalau dapat "gangsa" ek..
rasanya aku tak ada janji..saja jer si Wawa ni tau...

Semalam masa aku Call mak,
Wawa suruh aku ngan Mr Hubby balik
(wah..wah..wah..cam KL ker Puchung plak ek...)
support dia wakil sekolah ke MSSD,
sekolah dia tuan rumah
ada beberapa acara  yang Wawa masuk
yang aku ingat 100m  perempuan bawah 12
dengan lompat tinggi..
Wawa  ni memang kuat lari...cuma haritu kata nak pencen
sebab Wawa kata dia malu kalau lari org sorak2
ya lah kan..dah makin anak dara..
segan lah bila kawan2 sorak..
tup..tup..masa masuk sukan antara rumah
dapat 3 emas & perak
Kalau Mr Hubby ada sure aku balik..
Dok tepi padang & jerit kat Wawa...

"go Wawa...Wawa..!!!!  wawa.. laju lagi Wawa..."

He..he..sure dia ingat aku balik cuti ni...
nak bagi RM 5 kat dia
Along tak balik lah Wawa,
Along nak ker.......  he..he.. adalah...:))
Along balik masa rumah kak "Apah" khawin jer nanti
lagipun...
Angah pun tak balik..coz Nina cuti isnin jer..
Angah pun kata tunggu umah kak "Apah" jer..
Bulan 3 pulak Mak nak ajak G spore umah Angah...
Kata mak nak g sendiri tak syiiiooookkk...
(padahal biasa selamba jer g sendiri..)
Kakak, & kak Cik pun sama tak balik
coz mak baru jer G Kedah 29/1/10
haritu jumpa kakak Ngan Kak Cik
Kak Cik...???? ahahhaaaaa..rasalah dok jauh2 ek..
kalau tak sikit2 Ibu..sikit Ibu... :p

So Wawa tunggu ek bulan 3 Along balik..
RM 5 jer kan...
jangan lebih..lebih...

Wawa..Wawa..kalau nak ceta pasal dia
boleh sakit perut ketawa tergolek2
apa2 pun dah anak dara adik aku sorang ni....

Thursday 11 February 2010

Capek dong..

Phewww..!!! penatnya hari ni, rasa dari pagi tadi
non stop, macam2 yang aku buat walaupun aktiviti ni
cuma dalam rumah.

Seawal 6.30 dah bangun...
(awal ker...?? awal lah tuk suri rumah macam aku ni..)
lepas subuh, breakfast dengan roti & secawan mug
(besar punya...)
teh strawberi panas.
Berpeluh2 badan...hi..hi..

Mula2 aku menjahit...apa yang aku jahit...???
Aku repair telekung baru yang aku beli minggu lepas,
turunkan tali yang ikat kat kepala tu kebawah sikit
dari yang tempat asal dia..
kalau pakai nampak kemas...
ya lah nak mengadap tuhan ni kalau boleh nak cantik, wangi, bersih & kemas..
bukan masa jalan jerk... :))
Lepas tu aku jahit mana seluar2 yang koyak.
Repair2 mana yang patut
Erm..tangan ni gatal jer nak menjahit,
menjahitlah apa2 jer
langsir ker..sarung bantal ker..tapi hari tu tak sempat
nak cari bahan mentah untuk menjahit,
plan nak buat sarung bantal baru & nak buat sarung
tilam katil bujang sekali biar sekayu..
 (padahal baru jer buat haritu) 
erm..tak ada bahan nak jahitlah
so hari ni jahitlah apa2 jer janji menjahit...he..he..

Siap menjahit, tukar air ikan. Almaklumlah dengan keluasan rumah yang terhad
lom boleh beli akuarium besar2 lagi..so anak2 ikan yang aku bela sejak dari sekecil duit
lima puluh sen sampai besar separuh tapak tangan ni dok dalam balang yang kawan aku hadiahkan... anak2 nak kena tinggal kena dok umah bersih2 hi..hi..
lepas tu baru bersihkan kipas yang dah banyak habuknya tu..
then baru mulakan kemas yang kat bawah2..

Erm..kali ni kira "overhoul" satu rumahlah..dari sebesar tempat sampai sekecil2
penjuru habis aku kerjakan...(kalau ngan Mr Hubby dia tak bagi ni)
so ambil kesempatan masa dia tak ada..kalau dia ada..
dia tak bagi angkat2 (aku ada sejarah sakit tulang belakang, siap buat therapy kat hospital lagi)
thats whylah dia x suka sangat aku lasak2 ni
he..he..tukar kerusi kat sana..tukar fountain kat sini...
letak bunga kat sana, tambah pulak yang kat sini
wargh..banyak lah yang aku buat...sampai terasa penat sangat...
vakum satu rumah pas tu mop..lepas tu vakum lagi...
erm..wangilah rumah...suka suka... :))

Last sekali sental bilik air..
penatnya cuci bilik air..rasa macam  nak skip jer...
tapi tak syioookkk...yang lain2 bersih bilik air tak bersihkan pulak..
erm..sedar2 dah azan magrib..
cepat2 siapkan & mandi..
kalau azan janganlah dok bilik air lama2 kat situlah semua syaitan2
berkumpul coz lari dengar azan...

erm..wanginya rumah..
(Tuan rumah dia lagi wangi ngan DKNY Be Delicious ahhaaaa.... :p)
Pasang aromatherapy lemon tambah segar & wangi....
dengar irama dari fountain tu rasa tenang jer jiwa ni..
tgk ikan2 berenang2 rasa cool sangat...

Ok..semua dah beres...
Chalet kat darat & Chalet kat Pulau pun dah booking
Beg esok baru packing, tunggu Mr Hubby balik dulu..
yang lain2 pun beressss....

Erm..time tuk beradu...
Tak sabar nak tunggu Mr Hubby depan pintu...
& tak sabar nak g Holidayyyy....yahuuuuuuu......

Monday 8 February 2010

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sungguh rasa sunyi bila jauh2 ni..rasa sangat..
tak ada org nak usik2,  
tak ada org nak ajak cakap2...
Erm..kalau tak balik jer kerja,
memasing berebut nak bercakap yang memasing
rindu... he..he...


lepas tu aku mulalah...bercakap, bercakap, & bercakap...
he..he..kalau diam nanti penat nak menjawap....
coz Mr Hubby asyik lerrrr..tanya napa aku diam jer...
kadang mood nak cakap tak mendatang...he..he...
Memandangkan nak "Chinese new Year"  &
harga tiket yang berkali2 ganda dari biasa maka
terpaksalah batalkan hasrat nak ikut sama Mr Hubby...

~~Tapi tak apa Sabtu nanti ada yang lebih menarik kan dear... So..wait..& Cool....~~




   
   

Saturday 6 February 2010

Masa terus berlalu

Cepatnya masa berlalu..
serasa baru semalam acara yang sanban tahun
disambut besar-besaran dengan dentuman
dan percikan bunga api..
dimerata tempat..
Sedar tak sedar...Febuary dah semakin jauh...
Terus jauh meninggalkan kita,
meninggalkan semua kenangan2 semalam..
yang ada realiti yang perlu diteruskan..

Mungkin dunia semakin tua..
atau kita yang tua dimamah usia & waktu
hingga tak tersedar 
ruang2 bisu itu terus berlalu meninggalkan
kita dengan pantas..
& masa juga
berlalu dan terus berlalu..
tanpa menanti walau sesaat pun

Kalut memikirkan apakah azam akan terlaksana..?
sedangkan masa terus berlalu
Tercari2 apakah Azam yuang terbaik untuk diri sendiri..?
erm...soalan ni aku sendiri tak punya jawapan..
cuma yang pasti semua inginkan yang terbaik & terbagus

Sebagai seorang isteri  yang pasti
aku inginkan yang terbaik untuk
seorang suami yang hebat
sebagai seorang anak,
aku ingin memberi impian yang diimpikan
Dan dari seorang hamba kepada penciptanya..
aku ingin memanjatkan sejuta doa
dan keampunan..

Dan diri berkata sendiri...
Hingga tertanya2 dihati kecil..
sejauh manakah aku menurut perintahnya..
meninggalkan segala larangannya
meningkatkan segala amalan2 yang diwajibkan..
menambah segala amalan2 yang bocor dan ketinggalan...
Cukupkah amalan ku jika aku dijemput esok
untuk menemui penciptanya..??
kiranya ajal ku dijemput esok hari...??
apakah aku bersedia dengan
soalan2 yang bakal dihidangkan oleh munkar & nakir nanti..

ALLAH HURABBI..

Aku sujud padamu Ya Allah
kekhilafan yang alpa..
dek keindahan duniawi..
sedangkan itu semua pinjaman...

Dan..kehangatan dunia
melalaikan ukhrawiku..
kenikmatan dunia, mengalpakan akhiratku..
jika dihitung amalan ku..
bolehkah aku tenang kala meniti titian
'Siraat Al-Mustaqim'  nanti..??

Ya Allah Ya Tuhan ku...
aku masih lalai..
kadang alpa...
kadang khilaf..
dengan duniawi
yang begitu asyikkk...

hingga tak  tersedar..
yang dunia semakin hujung dan tua..
yang setiap langkah menuntut kita
sentiasa berwaspada agar kita tak tersesat..
tersesat dengan dosa2 yang kita ciptakan sendiri..
Dosa2 yang bakal dihitung diakhirat..

Pohon ku pada mu Ya Allah
tetapkan hatiku pada agamamu..
tetapkan hatiku agar aku melalui jalan lurusmu..
tetapkan hatiku dari godaan syaitan yang
sentiasa menggoda anak adam
tetapkanlah jua hatiku agar
aku sentiasa membezakan dosa dan pahala..
selamatkan dunia dan akhiratku..
amin..amin..amin...

Restoran Warisan

2hb yang lepas Mr Hubby ada job kat Bahau
Negeri Sembilan.
1st time hari tu aku tak ikut,
coz Mr Hubby balik hari..
pergi pagi balik petang..
2nd time ni Mr Hubby ajak aku sekali
so kali ni 2 malam we all stay kat Hotel Era
yang cantik tu...

Bahau...
Bandar dah banyak membangun
coz masa aku pergi 6 tahun lepas
aku rasa "Bahau" tak ada apa2
Now dah banyak yang berubah..
Sepanjang perjalan dari senawang ke Bahau
banyak betul kedai makan
dan kedai2 yang menjual daging salai
(tak snap pun coz malam & gelap)
daging salai ni kalau masak lemak cili api
pedas2 campur pulak daun turi
pergh...nak2 kalau ada tempoyak..
walauwehhhhh...sodap tak terkatolah...
pendek kato kalau mak merto lalu
pun den tak sodar ni...
Kita orang sempat singgah ke
 "Restoran Warisan 
     pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi)
     Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan"

Kalau dari Kl masuk tol Senawang,
ambik jalan Kuala Pilah.
jalan pun dah senang tak perlu lalu
Bukit Putus yang macam ular kena palu tu..
then sebelum sampai Seri Menanti akan nampak
restoran ni sebelah kiri,
kalau dari Kuala Pilah sebelah kanan...


Dari jauh dah nampak signboard restoren ni..
kalau dari plaza tol senawang pun banyak signboard
 yang menunjukan arah restoran ni

Jatuh cinta pandang pertama...
dengan irama cak lempung yang sayup2
mendamaikan halwa telinga,
mengamit perasaan untuk bertandang kali kedua
persekitaran yang tenang,
betul2 buat diri semakin jatuh cinta..


pintu utama


Menu yang kami pilih
amat tidak mengecewakan..
walaupun "Udang butter" tu agak kering
dan kecil2 tapi rasanya memang sedap.

Ini kali pertama makan malam
yang disertai sedikit nasi
setelah hampir 2 bulan kami diet nasi...he..he..
Mr hubby lansung tak sentuh nasi
aku pulak makan suku dari separuh nasi tu

Tomyam campur, siakap 3 rasa,
udang butter & kailan ikan masin
erm...sodap..

Separuh dari ikan ni Mr Hubby yang makan..
pedasss..

Tomyam yang sangat sedap..

Kailan ikan masin

Inilah rupa udang yang terlebih masak tu..

Jangan "negatif thinking" hoccayyy...
actually ni "minuman selamat datang"
nama air ni aku terlupalah pulak... :p
  rasa macam air kelapa kelat2 sikit

Dari segi harga, taklah mahal sangat, tapi sangat berbaloi kalau pergi ramai2.
So kalau ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah ker "Restoran Warisan....."


sakan.....

Haritu ada baca satu blog kawan aku
pasal dia nak shopping tudung.
Adussss...!!! apasal aku plak yang sentap ek....???
he..he..terus perasaan nak shopping "mendatang"
dengan tiba-tibanya...

Padahal baru minggu lepas baru beli tudung dari
"Mama Homebiz"
alah..tak seronoklah...tak shopping yang betul2
pegang2, belek2, cuba2 pakai...
cuba warna tu, cuba warna ni..
pilih sana pilih sini..
tgk harga sana tgk harga sini....
Kalau kat "Mama Homebiz"
upload jer tudung baru kena cepat2 pilih
kalau tak tertinggal "monorel" ler jawapnya
lepas tu click-click-click
tunggu 2 hari sampailah..

Kali ni pilih tudung plain jer..
memandangkan sebelum ni
semua bercorak..

Pilih punya pilih
ini yang aku pilih....
Kalau buka kedai dengan "collection" yang ada boleh buka kedai ni...he..he...