Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 23 March 2012

Dari hati balQis

Buah hati Mama
Lama saya tak update blog ni.
Saya agak sibuk dengan beberapa perkara selaun urusan peribadi.
Selain kesihatan yang agak kurang memuaskan chenta hati saya juga kurang sihat.
Saya juga kehilangan pakcik beberapa hari lepas.
Alfatihah untuk arwah Jabar bin Saian.
Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Adib dengan saya.
Masa saya sangat berharga kalau dengan dia. Saya memang tak pandang lappy tu kalau Adib ada he..he..
tak berapa kisah FB ker TWITTER ker
Atau apajer. Sesekali adalah jengah tu pun just tengok-tengok manja kat BB ni.

Saya juga ada beberapa aktiviti yang nk dikongsikan dengn sahabat-sahabat.
Seronoknya saya di Janda Baik bersama anak-anak yatim disana.
Saya menghantar sumbangan yang disumbangkan oleh sahabat-sahabat saya.
Terima kasih semua yang membantu saya projek rumah anak yagim di Janda Baik ni.
Selain Janda Baik ada sebuah lagi rumah anak yatim di Puchong yang kami sumbangkan sedikit bantuan.
Nanti saya free saya ceritakan ya.

Kalau ada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang apa sahaja selain wang sangat dialu-alukan. Saya memang perlukan bantuan sahabat-sahabat untuk sama-sama membantu anak-anak yang kurang bernaseb baik ini.
Emailkan ke balqis6370@yahoo.com kalau sahabat-sahabat ingin menyumbang
Insyallah dengan mengembirakan anak-anak yatim allah akan bagi kita kegembiraan.. Wallahualam..


Tuesday 13 March 2012

Monday blues..?

Mood macam monday blues ar hari ni. Mood nak bermalas-malasan atas katil jer... Rasa hari ni isnin lagi.
Ha..ha.. Boleh..
Dalam malas-malas nak juga hapdate blog ni. Uwerkkk.. Sila jangan loya.

Dah sampai Rumah ku syurgaku
Lepas berkampung hampir seminggu kat JB. Rasa best jer dapat golek-golek atas katil sendiri.
Paling best hari ni nak masak...
Masaklah apa jer janji bersilat kat dapur tu..

Hari ni dobi sikit jer. Sebelum ke JB dah mendobi. Sebelum balik KL pun dah hanta dobi baju-baju tu. So hari ni operasi mop & vakum rumah selain masak.

Sapa kata tak kerja goyang kaki. Salah tu. Lagi-lagi yang merangkap PA macam saya ni ha..ha..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 12 March 2012

Al Fatihah

Salam takziah kepada keluarga allahyarhamah Nurul Nadirah atau Dirang.
Semoga mereka tabah dengan ujian ini.
Alfatihah buat allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan dikalangan oranh-orang beriman amin..amin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ayam penyet Ria

Semalam lalu dah nak tutup.. So hari ni pergilah Angsana nak try ayam penyet Ria kat sini.. Ha..ha.. Sorang pun jadi tau.

Saya order yang biasa saya order kat KL. Lele penyet & teh o ais.

Rasanya.... Erm..ni pendapat sayalah ek.. Kurang umphhh sikit... Maybe sambalnya tak sedasyat yang KL & Singapore punya.. Tapi mak aiiii....pedasnya tahap gaban. Masa saya buat entry ni bibir saya rasa tebal sebatu kepedasan ekekekekkeee..
Tapi lele dia sedap.. Rangup sangat..
Jap lagi saya nak order jus avocado dia.. Nak rasa sedap tak.. He..he..

Kalau nak rasa bolehlah singgah Ayam Penyet Ria kat Plaza Angsana ni.. Tingkat 3 tepi lift..

Ayam Penyet Ria

Masa saya lalu kedai ni dah nak tutup, kalau tak mesti cuba dah..
Sebelah dengan Imanos kedai dia
(abaikan gambar saya tak edit sebab berblog dari BB)

Semalam masa ke Angsana tetiba nampak Ayam Penyet Ria. 
Woooohhhoooo..!!!! Ayam penyet Ria favorite saya dah ada kat JB.
Kalau nak tau ni lah ayam penyet kegemaran sata kalau kat KL.
 Memang sedap & terbaik. Paling best part sambal dia tu aduh sedapnya.
 Lagi kerak yang atas ayam tu pun mabeles sangat tau...

1st time makan Ayam Penyet Ria kat Lucky Plaza Singapore. 
Masa tu MH ada trauning kat area Orchad, ayam penyet Ria ni antara kedai yang dekat dengan hotel kami di orchad tu. Sekali makan nak hari-hari he..he..
Hari ni ingat nak pergi try makan yang kat Angsana tu... 
Nak rasa sama tak dengan Singapore & KL punya...

* Sekinchan ikan bakar pun dah ada branchlah kat JB ni. 
Dekat-dekat dengan hotel Tune kat Danga Bay tu... 
Tapi saya tak minat lah nak datang lagi...mana-mana branch sekalipun....
 Esok-esok dah ada mood saya cerita kenapa.....*

Entry tahun 11/11/2009 

Flaming Danau Kota

Anak sedara MH msg bagitau dia adakat KL, balik bercuti.
Lama tak ajak dia dating, dia busy study.
Yang ni bakal DR. Comel sangat hi..hi..
Message dia malam tu pun cute jer. Sebab pergi JB pagi ahad.
So sabtu tu ajaklah dia makan-makan.

Flaming jer kali ni, tapi kat Danau kota.
Betterlah tempat ni, tak lah serabut sangat & food dia pun tersusun kemas jer.
Tak buat reservation pun main terjah jer. Mujur ler ada table.

2 beradik yang temankan saya dating dengan MH
Ain & Azah

Ini pinggan tuan tanah
Jagung tu feveret dia

Tomyam dengan sup kosong

pinggan tuan tanah lagi, yang ada shell tu tak tau apa nama dia tapi nyum..nyum...

Makan..makan...& makan jer...

Bijak cantik...erm.. apa lagi ya... kadang-kadang clumsy dia tu cute sangat ha..ha..

eeeii..napa tinted sangat ni MH kite..

bibik sesat baru sampai wakakkakaaa....

Lepas makan plan nak membowling.. Sekali MH kata dia nak buat kerja sebelum ke JB esok..
Huargghhhhh...!!!! baru nak asah tangan.
Tak apa nanti free kita dating-dating lagi ek...




Sunday 11 March 2012

Masjid Besi Putrajaya

Suka sangat kalau dapat solat kat Masjid Besi ni, dah berkali-kali pun tak terasa jemu.
Masih rasa teruja tiap kali dapat solat kat sini.
Selain cantik, saya rasa kagum sangat dengan seni binanya.

Jom tengok dari beberapa sudut yang MH ambik gambar masjid ni

Ni dari satu sudut dalam masjid Besi ni.

Tenang jer rasa dalam rumah allah ni
Subhanallah








Nina dah pakai spec

Semalam jumpa Nina...
Tau-tau dia dah pakai spec. Alahai rasa kecik lagi dia nak rabun.. Tapi tulah realitinya. Kata maknya hari-hari mengadu matanya sakit & tak berapa nampak. Sampai meleleh air mata Nina bila tengok blackboard tu..
Bila hanta pergi cek sah memang dah rabun. Ikut family saya adik-adik perempuan memang semua rabun.

Yang tahan bila dia kata dia comel pakai spec ha..ha..

Nina..nina...




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Lontong kering


Saya tak taulah luar dari JB ada tak.
Tapi yang saya tahu bila nak makan lontong kering ni saya akan ke JB .
Senang cari kalau kat JB, mana-mana kedai ada.
Rasanya semua orang JB tau lontong kering ni.

Kalau kat JB ada satu kedai lontong kering paling sedap.
Medan Selera Taman Cempaka, memang sedap Lontong dia.
Susah nak cakap sedapnya macamana ha..ha..

Jomlah cuci mata sambil telan air liur ek..

Ada sambal kacang, sambal tumis, serunding, sambal goreng jawa, ayam goreng (pilihan dengan rendang)
&nasi impitlah, cuma taka ada lodeh jer..
Tu yang nama dia Lontong kering.

Isk...sedapnya..meleleh dah air liur kalau ingat 
esok kena pi carilah.
(TT berkampung kat JB dah masuk 5 hari)


Saturday 10 March 2012

Papitusulem Homestay


Kalau ingin bercuti dalam suasana kampung dan ingin merasai
sendiri kehidupan tenang di Kampung, bolehlah memilih untuk bercuti di Homestay.

Rasa sendiri bagaimana cantiknya sawah padi dipagi hari.
Tenangnya laut waktu matahari pulang.
Indahnya langit kala panas membahang.
Dan
Manisnya suasana bila malam menjelang.

Berminat untuk bercuti di Homestay..?
Click dibawah


Disini ada segala yang anda inginkan







Buah hati


Inilah buah hati jantung pisang saya la..la..la..!!! 
he..he..

Cute kan..

Yang belah kanan tu.
Kecik-kecik dah ada tokoh pegang scroll he..he..

Dengan satu-satunya saudara lelaki
Belah kiri
Hii..hi..pakai songkok comel jer

Darjah 6 katanya
Atas basikal (depan)

meh cari mana buah hati saya

Akhirnya budak comel tu jadi Suami saya 

Dialah Chenta hati pengarang jantung saya.
Teman saya dalam apa pun situasi.
My soul, my bed mate, my honey..
My bintang, my bulan, my world ha..ha...



Happy Birthday


happy Birthday buat kakak ipar saya Norsiah HJ Juahir.
Semoga diberikan kekayaan, kesenangan,
kebahagiaan dunia dan akhirat.
Diperbanyakan rezeki dan diberikan kegembiraan.
Amin...amin...amin....

Copy paste dari FB kakak Ipar, 
Ucapan yang ditujukan untuk Umi dari Anakanda Safina

Dari sahabat


Lukisan ni dah 16 tahun, nampak simple tapi berharga sangat. 
Dari seorang yang saya anggap sahabat, kakak, saudara dan segala-galanya.
Kami pernah melalui susah senang bersama satu masa dulu.
Dengan dia banyak yang saya belajar tentang hidup.


Ketawa, bergurau, sedeh dan tangis itu perkongsian kami satu masa dulu.
Bannyak persamaan antara kami.
Walaupun beza umur antara kami jauh sangat.
Dan kami boleh bercerita berjam-jam di talifon walaupun hari-hari jumpa
he..he..
Sampai ada yang tegur apalah yang kami bertonyehkan tu.
Apa ya..? ha..ha.. adalah benda-benda yang kami share sesama.
Tapi tak semualah benda kami sependapat, 
Ada juga benda saya suka akak tak suka, akak suka saya tak suka.
paling best bila jadi escort dia dating ha...ha...
Tak pun saya pas kat dia orang yang suka saya..
Ingat tak kak Pegawai Bomba yang dah veteren tu uwerkkk.....!!!
ha...ha...

Rindunya kenangan tu...rindunya suasana tu..
walaupun status kami dah lain sekarang tapi rasanya perangai masih sama suka bertonyeh ha..ha..
Akak rindunya....



Friday 9 March 2012

Sawah padi


Saya orang Johor, sejak kecik memang tak pernah tengok sawah padi.
Saya jumpa sawah padi masa umur 17 tahu, tu pun dapat tgk dari dalam bas jer. Masa tu dalam 
perjalanan ke Kedah rombongan.
lepas tu teruslah berangan nak tengok sawah, nak masuk sawah. Lagi-lagi kalau tengok sawah padi dalam TV
memang teruja tahap gaban.


Rezeki jodoh dengan orang selangor.
he..he.. mak mertu ada sawah padi. Teruja sangat-sangat pertama kali dapat tgk sawah.
Sampai sekarang tahap teruja dengan padi tu tak pernah berhenti.
Lagi-lagi kalau tengah menghijau tu, memang teruja sebab cantik sangat.

10 tahun lepas, pertama kali masuk sawah.
(abaikan gambar TT tu ha..ha..)
Ni lepas musim menuai, pokok-pokok padi akan di ptong dan dibakar semua jerami-jerami tu
dan untuk matikan sekali benih-benih yang tinggal

Kemudian tanah akan digemburkan semula

Proses seterusnya, sawah akan dimasukan air untuk melembutkan tanah dan menanam padi
Kalau benih tabur air selalunya lebih banyak dari biasa.

Inilah anak padi yang akan ditanam


Sekarang dah guna mesen tanam padi, kalau dulu kuku kambing digunakan untuk 
menanam anak padi.
Selain anak padi, benih juga boleh ditabur.


Inilah anak padi yang siap ditanam, sebaris jer kan semua.
Rasa comel sangat ha..ha..


Masa sawah tengah hijau macam nilah rasa teruja tu datang.
Masa ni kalau balik kampung petang-petang mmesti nak tengok sawah.

Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi

Masa ni saya datang waktu pagi, embun pun tak kering lagi 

padi yang dah mula kekuning-kuningan

kalau dah kuning betul bila gigit rasa manis jer beras tu, 
macam makan kuaci 

Ha..ha..tangan sapa ar tu...
padi yang belum jadi beras

10 tahun lepas, masa ni saya datang semua dah jadi jerami, dah proses bakar jerami.
Adalah kat tepi-tepi tiang tu yang tak terpotong..
Tulah saya kutip sebab nak sangat tengok pokok padi ha..ha..


Kalau nak merasa musim hijau sawah oadi macam ala-ala cerita Nur kasih tu
bolehlah menginap di Homestay yang ada disini
klik

Semua elemen ada kat home stay ni. Dengan lautnya, dengan sawah padinya..
Tetiba rindu kampung mertua saya he..he..















Serabutnya

Serabutnya saya tengok segala tiang yang ada kat Vietnam ni.
 Dalam serabut-serabut ni kagum juga he..he..
Bayangkan kalau ini tiang telephone rumah kita lepas tu rosak....
Fengsan ahkak sekejap ha..ha...




Ha...pening tak tengok, TNB, Telekom mesti peningkan kalau macam ni
ha..ha...



Sebab kurus

Ooooo..!! patutlah Orang Vietnam kurus-kurus, ini rupanya rahsia depa..

Kebanyakan gerai-gerai makan derang macam nilah kerusi mejanya.
Kerusi meja rendah, cepat kenyang cepat bangun katanya he..he..

Boleh tak kalau Malaysia buat macam ni
Tapi selalunya mesti nak cari port selesa & best kan..
ha..ha..

Thursday 8 March 2012

Hari Wanita & hari Ginjal sedunia

8hb March 2012 Hari Wanita sedunia, selamat menyambut Hari Wanita pada semua wanita-wanita cantik seluruh Malaysia. 

Kata Umar Al-Khatab bahawa " lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara.
Pertama, siapa ibunya dan kedua siapa Isterinya.

Rasullullah saw telah bersabda yang bermaksud
Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan  yang paling indah ialah
Wanita Solehah (hadis riwayat muslim)

Hari ni juga hari Ginjal sedunia, sayangi Ginjal kita.
Sayangi apa yang kita ada..

Selamat hari wanita dan Selamat hari Ginjal sedunia


Takziah

Takziah kepada semua mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Bersabar dan reda dengan segala ujian tuhan.

Jalan Tun Razak

Dari Pavilion

Masjid Jamek

Lembah Ampang

Semua picture dari ihsan Google