Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label Mr hubby. Show all posts
Showing posts with label Mr hubby. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Happy Anniversary


Hari ini bertambah setahun lagi kami bersama atas ikatan suami isteri.
Allhamdulillah kami bersyukur kepada mu Ya Allah
Kau berikan kebahgiaan dan kegembiraan kepada kami.

Semoga Allah terus memelihara keberkatandan kebahagiaan kepada kami berdua.
Amin...amin...

In this life we cannot always do great things.
But we can do small things with great love
- Mother Teresa -

Terima kasih "Suami" kerana meletakkan harga seorang "Isteri" di darjat yang tertinggi.
Without His love  I can do nothing,
With His love there is nothing I cannot do

Cinta darinya Anugerah yang tak ternilai terima kasih "kekasih selamanya..."
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye


Happy Anniversary "Kekasih"


Fall in love sangat dengan lagu ni. 
Dari pertama kali dengar lagu ni 7 tahun lepas sampai sekarang masih meresap dan masih berdebar dengan lirik dan bait-bait lagu ni.









Monday, 10 June 2013

Dalam buku rujukan


Mereka semua dalam buku rujukan seni Tingkatan 4 & 5

Encik suami dengan baju teluk belanganya.
Sepanjang 10x raya bersama.
 2x aja dia pilih baju teluk belanga tu pun sebab dah tak ada pilihan.
Dia Orang Selangor bukan Johor katanya.
Tapi Khawin dengan orang Johor apa..he..he..!!
Kenalah jadi Johor sesekali kan..?
Baju ni kami ada sedondon raya tahun 2011 tak silap

Yang ni anak sedara suami

Yang comel ni pun anak sedara suami.
My BFF forever he..he..

Buku rujukan Seni Visual tingkatan 4 & 5

Friday, 15 June 2012

Another 365 day's

30hb Mei 2012

Allhamdulillah syukur pada mu ya allah..
kau panjangkan usia ikatan ini.
Berikanlah kebahagiaan ini hingga akhir hayat kami
&
 Temukanlah ikatan cinta kami di jannah nanti ya rabbi..
Aku ingin bersama Dia selama-lamanya..
Amin..amin..amin...



Diam-diam bertambah lagi hari berkasih sayang dengan 
Chenta hati.
365 hari lagi menjadikan kami hampir ke satu dekad 
bersama sebagai suami isteri.
Allhamdulillah 

Terima kasih Chenta..
Terima kasih kerna selalu ada disisi saya saat saya suka dan duka.
Jatuh dan bangun dan kita sama-sama berlari
mengejar impian kita.

Biarlah hina dan busuk dimata orang 
Tapi tidak diantara kita.
Antara kita cuma ada kita dan kita yang lebih tahu siapa kita.

Another 365 day's with u
Happy Anniversary to us
Wish a better year ahead
Amin..amin....








Saturday, 5 May 2012

Mama sakit mana


Mama sakit mana...?
Alahai..anak..anak..
Saya cuma cakap saya sakit perut, Adib datang ambil Vicks
nak sapu perut saya yang sakit.
Sebak sangat..
Walaupun dia bukan darah daging saya
kasih sayang tu tetap mengalir dalam diri kami..
Semoga anak mama jadi anak yang soleh.
Tak lupa mama & papa sampai bila-bila ya sayang...
 
Saya akan sapukan vick tiap kali dia kata perut dia sakit.
Sebab tu dia tahu sakit perut sapu vicks

Ok ready nak sapu...
maaf ler gambar terpaksa crops..
nanti ada yang fengsan tengok peyut mama he..he..

Lagi mama...?
Dah..cukup sayang.. banyak dah ni..

2 hero buah hati "mama"



Saturday, 10 March 2012

Buah hati


Inilah buah hati jantung pisang saya la..la..la..!!! 
he..he..

Cute kan..

Yang belah kanan tu.
Kecik-kecik dah ada tokoh pegang scroll he..he..

Dengan satu-satunya saudara lelaki
Belah kiri
Hii..hi..pakai songkok comel jer

Darjah 6 katanya
Atas basikal (depan)

meh cari mana buah hati saya

Akhirnya budak comel tu jadi Suami saya 

Dialah Chenta hati pengarang jantung saya.
Teman saya dalam apa pun situasi.
My soul, my bed mate, my honey..
My bintang, my bulan, my world ha..ha...



Saturday, 3 March 2012

Roti orang sakit

Chenta hati saya balik dari Pulau Mabul Tawau diserang chery bery.
Patutlah malam last saya kat Vietnam tu saya mimpi dia. Rupanya dia tengah berperang dengan perut yang memulas-mulas tu. Sedehnya...
Masa ni cari teh gula semua tak jumpa. Ya lah selalu makwe dia buatkan.
Saya call pagi tu tak pulak dia bagi tau dia tak sihat, masa ambik saya kat airport agak pelik
sebab dia tak jemput saya depan pintu. Ghopanya dia tidur dalam kereta sementara saya sampai.

Perut meragam, jadi fobia nak makan semua benda, padahal perut lapar katanya..

Roti bakar dengan telur kosong buat Chenta hati saya
Sedap katanya
:))

**
**
saya selalu doa biarlah saya yang sakit tapi bukan MH yang sakit.
Saya kesian kalau MH yang sakit.
Saya rasa daya tahan sakit saya tinggi.
lagipun saya suri rumah, kalau sakit tak perlu nak MC bagai.
Kalau MH sakit mempengaruhi jadual dia.


Istana bambu

 Klik sini untuk mengetahui selanjutnya Istana Bambu  


Lot 841-842, Jalan Hulu Klang 
68000 Ampang Selangor
(tepi MRR2 sebelum sampai Intai-Intai)

cantik dekorasi dia


  

Telur dadar favorite MH

Kailan garlic Favorite saya

Tomyam seafood

Ikan 3 rasa dia memang umphhhh...!!

Inilah teman saya kalau MH tak ada

Kalau nak tempat yang bersila kena booking awal-awal

Tempat ni mengingatkan saya Kg Daun di Bandung

Sorang ke Vietnam sorang menyelam di Mabul, Sabah
Lepas beberapa hari jumpa MH tak sihat, lepas tu terus ke Labuan.
Ni 1st date lepas beberapa hari tak jumpa yeawww...!!! sila jangan menanah telinga


Saturday, 21 January 2012

Harvey Malaiholo

Jerat..
Suka sangat lagu ni...terbuai-buai rasa..
lagu lama juga yang melekat dalam jiwa saya
Ohh..klasiknya jiwa saya..
Saya rindu chenta hati saya.. :(


Wednesday, 5 January 2011

Maroon & Vaio

He..he..sampai telinga ek senyum..eh..mestilah senyum sebab suka sangat-sangat.
Ni Hadiah dari Mr Hubby for my birthday on 28th Dec yang lepas.
Dah semakin tua rupanya, dah 3 series ++ tapi cam nak mudo selalu buleyyyy..????
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sweet sangat, dark pink more to maroon

Thanks sayang...

Tapi yang ini tetap dihati
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tetap menjadi pojaan hati.

Mr hubby kata aku sekarang dah suka sangat ngan Pink, ishh..bukan pink lah. Saya suka maroon.
"Sebab Vaio ni more to maroon lah saya suka sangat-sangat tau..."
Sebab yang ini  pun marron

MP3 yang dah bertahun-tahun digunakan maroon juga

Oh ini pen drive yang umurnya lagi tua dari MP3 tu.

I love maroon so much ngeehhhh...~~~~







Wednesday, 22 December 2010

Wife merangkap PA

Semalam di KL, malam & siang di JB.
Malam ni pulak kat Segamat, esok pagi-pagi kat Bahau malam kat KL balik.
Penat...??? seb baik dekat-dekat jer locationnya.
Kalau tak hari ni Kedah, balik KL sok petangnya Penang, after 2 days ke JB balik
lepas tu Kemaman lagi...hu...hu...
As a PA memang kena ikut mana Boss pegi.
Kadang-kadang  memang penat nak ikut & bukannya aku yang paksa Mr Hubby ajak aku
tapi memang Mr Hubby selesa kalau aku ikut. Sebab semua akan siap sedia dan tersedia.
Lagipun bukan aku menganggu dan menyusahkan dia pun ha..ha..
Kalau tempat tu best merayaplah, kalau so-so jer diam-diam dalam bilik hotel.
Kalau balik JB paling best sebab balik rumah sendiri.
Boleh buat macam-macam. best..best..best...
Saya suka rumah saya....
Nak jadi PA macam aku..erm..kalau yang tak tahan travel better tak yah.
Lagipun hand beg aku lom ada nak kemana-mana masih simple. he..he..
Sapa nak join club Wife merangkap PA boleh apply kat laman sesawang sendiri ya..ahaksss...

Monday, 29 November 2010

Bau kasih sayang

Tak ingat minggu bila, lokasi dalam kereta nak ke satu tempat lepas makan tengahari.
Habit Mr Hubby ni suka cium tangan aku dalam keta. Then dia suruh kita cium tangan dia balik.
Kebetulan masa ni lepas makan tengahari. Bau sambal belacan tu memang lekat kat tangan aku nih.  Sebab aku makan dgn tangan he..he.. Dah basuh sental pun tak hilang gak. Dah sapu losyen pun sama..
Belacan cap apalah dia pakai ek...
Masa aku cium tangan Mr Hubby aku kata tangan dia bau belacan.
(padahal tak pun dia tak ambik sambal pun ha..ha.saja gurau-gurau)
lepas tu dia cium tangan aku balik..aku tanyalah..bau belacan tak... 
Mr Hubby jawap tangan aku bau "KASIH SAYANG" 
terdiam jap...sebab aku memang sayang sangat-sangat ngan Mr Hubby so bila dia rasa Sayang aku ada kat mana sangat terharu sangat...he..he...                                     

Wednesday, 27 October 2010

My new TISSOT ehem...ehem..

Dapat masa sebelum raya haritu.
Thanks to my Dear Nazid.
Hadiah raya katanya...
Maknanya hadiah besday lain lah ek....
Tweeet....ahahhaaa....

Thanks Dear...

I love it so much...





Wednesday, 6 October 2010

Bukan salah aku...!!!!!

Tak sampai 24 jam entry pasal aku berjanji tak nak beli kasut sampai May 2011 tu dah terbatal dah...
Ahhahaaa..dah habaq dah..yang tekanan nak beli kasut lepas berjanji tu lagi kuat...
Eh..jap..jap..bukan salah aku hoccay..aku masih setia dengan janji tuh...
Actually cetanya gini.. ( macam tegakan benang yang dah basah & nak putus plak ek...huk..huk..)
Semalam petang we all ke 1 utama, memang kesana nak cari somting.
tetiba kasut merah yang aku nampak 2 minggu lepas betul depan mata ni..alahai...tergodanya..
kasut tu cantik sesangat, lagi-lagi kalau masuk kat kaki aku ni huk..huk..
memang cantik..2 minggu lepas sebab dah ikrar janji tak nak beli kasut aku pun kental kan ler semangat ni..
Tapi petang semalam since dari rumah memang sesangat teruja nak dapatkan kasut tu..tapi camna ek nak cakap...
Sampai-sampai 1utama, aku pun ajak ler Mr hubby yang chomel iteww..masuk kedai yang aku budget nak kasut Merah ni, he..he..tak da teori-teori terus praktikal...tau tak apa jadi....
hu..hu...kasut tu dah tak ada...wargh...!!!!!!sedehnya..yang ada merah yang lain. Mr Hubby kata dia suka yang cam marron2 sket..aku tak suka...coz nanti nak matchkan ngan handbeg susah..
rasa nak menangisss...sangat. sebab aku dah bayangkan kalau pakai kasut merah tu menyerlah kaki ni...
Sedehnya..longlai jer kuar ko.. Selalu cenggini tau, kalau MR Hubby cam tak berkenan dari awal mesti, dah abis stoklah, takda saizlah,tak pun tinggal display lah...(kalau display jangan harap Mr Hubby nak bagi)
tak teruslah misi nak cari barang tu..muka..??? monyok sikitlah tapi taklah sampai bad mood...
lepas kuar dari Jusco, Mr Hubby tanya.."ayang dah tak ada sandal ek..?" laju seh aku geleng...
kan sandal camel aku yang bila pakai sedap gilerrr tu tertinggal kat kg aku since raya lagi..
So aku taramlah kasut sandal hush puppies biru tu...ghupanya Mr Hubby tak suka..coz kalernya biru ha..ha..
katanya tak match lansung...he..he..tetiba dia kata nak belikan kasut cuma syaratnya bukan merah...
he..he..yeayyya..yeayya..kasut baru..
terus ke butik camel tu Jusco tu..Walaupun kasut dia pattern tak berapa cantek..tapi sangat comfort bila dipakai..nilah yang aku lenjan kalau malas nak berwedges-wedges ni..
Ni pilihan Mr Hubby aku..dia yang beria nak belikan..Walaupun yang merah itewww...sangat cantik (Camel gak ) MR hubby tetap tak bagi, katanya kalau kasut yang tak ada match ngan h/beg dia aku akan pakai kejap jer...ha...ha....yo lah tu..
So kesimpulannya aku masih berpegang pada janji ek...yang ni Mr Hubby yang belikan..
he..he...

Suka brand ni walaupun tak cun tapi sangat-sangat sedap bila dipakai

kali ni ambik brown more to red
yang hari tu dark brown
kasut cap unta

Kasut ni yang Mr Hubby tak suka sangat bila aku pakai..
ha..ha..biru katanya...


Tuesday, 5 October 2010

terJANJI pulak

Aisey...dah terjanji plak...
camnalah mulut ni boleh terjanji ek..??? senang jer janji, ntah boleh buat ntah tak..
Warghh..!!!! cam ni ni dah terJANJI, tak boleh tarik balik
Mr Hubby suka sangat ler bila miniknya tetiba terJANJI.
huk..huk...boleh ker..8 bulan tuh...
lamanya...eeeii..!!! kena tarik baliklah Janji ni..
Aku terJANJI yang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku tak nak beli kasut sampai May 2011 nanti...
Gara-gara nak raya aku beli kasut 3 pasang tapi pakai 2 pasang jer..
lepas tu ada 4 pasang lagi yang tak terpakai...
boleh ker..????
m
e
n
y
e
s
a
l
p
u
l
a
k
t
e
r
j
a
n
j
i
........











Sunday, 22 August 2010

Saya nak daun kunyit bukan sireh...

Plan masak tuk esok nak buat terubuk bakar bungkus daun kunyit. Bagi bau dia harum..
biarsatu taman bau terubuk bakar tu he..he..
kebetulan Mr Hubby nak gi beli kuih sagu fevret dia, so aku kem sekali ar nak beli daun kunyit tuk bakar ikan esok. Aku malas nak ikut, cam biasalah kan aku puasakan diri ke Bazaar ramadan ni.
Aku bagi tau sekali lalu.."kang belikan kita daun kunyit ek yang.."
Mr Hubby kata "ok" memang yakin sangatlah dia dengar aku nak kem daun kunyit tu.

Masa Mr Hubby balik aku terlelap atas sofa, rasa lesu sangat hari ni.
Tak makan nasi kot semalam tu yang lesu tahap gaban.
Masa nak letak kuih tu dalam pinggan baru aku kuarkan barang2 yang dibeli tadi. Tetiba aku buka plastic
tu aku nampak daun sireh. Ada dalam 4, 5 helai cam tu. Terus aku cakap..
"eh daun sireh.....????" cam hairanlah gitu..
"ha ah ane tu bagi jer...dia tak jual..." huk..huk...
"abis mana daun kunyit kita..????" adeiiiii..!!!! tadi kan aku kem daun kunyit aku rasa cam dia dengar apa aku cakap..tak kan lah jauh no larinya...kunyit ngan sireh..kan beza bunyinya..
"eh..bukan yang nak daun sireh ker...." cam biasa dia memang sangat cool tapi ngan tersengih2 lah
"yo lerr..kita memang nak daun sireh semalam tapi tadi kita kem daun kunyit nak bakar terubuk esok"

Ayoooo....sudah silap lah...semalam memang aku ada bagitau nak cari daun sireh nak buat something,
Daun sireh ni biasanya ada kat kedai runcit mamak or India jerk.
Tapi hari  ni kisah daun sireh tu dah langsai, sebab dok pk esok nak bakar Terubuk, tu yang teringat daun  daun kunyit jer...coz dah ternampak2 terubuk bakar bungkus daun kunyit tu...

He..he..aku memang gelak sakanlah...Mr Hubby cuma cakap..
"alah yang... kan nak juga kan...daun sireh tu..."
ha...ha...funnylah..tapi tak apalah daun sireh tu aku boleh guna gak. Tapi daun sireh ni ane kedai tu bagi free dia petik sendiri kat pokok depan kedai dia. Coz kedai dia daun sirih dah abisss..
mesti dia ingat daund sireh tu nak buat menyongel kan..

Adeiiii...lucussss...plak Mr Huby aku ni..saborrr jer lah ek..
Pose ni tak boleh gelak over2 kang....kurus pose..
Ni link yang hari tu ajax masuk dalam mesin basuh...Downylah bukan ajax

Ha..ha...apapun love sangat kat U yang...muahhah

Yang atas tu daun kunyit, yang bawah ni daun sirehu

Thursday, 19 August 2010

sedapnyerrrr....

Ni kuih yang aku boleh makan walaupun hari-hari. Pada aku sedap gilerrr..kuih ni. Kalau rajin buatlah. Kalau tak beli jerk RM 1 dapat 5 bijik cecomel jer. Kalau nak buat pun tak berbaloi...kang buat seploh biji tak termakan plak...nak buat 5 biji cam membazir masa jerk..ahahhaaaa...

Ni sangat-sangat fevret bila Ramadan.
Tapi yang SD punya jer lah..
comel-comel, kecik-kecik, gula pun terasa sangat

Yang ni fevret Chenta hatiku he..he..
kuih apa ek nama dia..
tak ingat..tapi memang dia suka sesangat...
hari-hari pun tak apa..

Selain ni yang wajib ada hari-hari kurma. Aku suka kurma yang kering ada tangkai tu, kalau yang lain-lain kurang suka sebab manis sangat. Dulu bukan main susah aku nak makan kurma ni. Lepas kawin je tiap kali buka Mr Hubby wajibkan makan kurma dulu selum minum air...
He..he..sekarang sahur ngan kurma pun Alhamdulillah..