Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Wednesday 26 October 2011

Melaka & kak Cik

Balik dari JB haritu singgah Melaka lagi. Teringat kak Cik suka makan ketam.
Nak ajak dia cari kasut sekali. Kesian pulak tengok kasut kerja dia dah kopak.
tapi selalulah budak ni paw kakak dia kasut rasa ni dah ke 5 ke 6 pasang dia paw ha..ha..

Mahkota Parade, naseb baik Sembonia kalau Hush pupies pengsan kakakk dia ha..ha..

OTW nak ke Alai makan-makan

Terror si Yana ni makanketam satu tangan jer, feling ala-ala makan berdamai 

My sister Kak cik & Yana

Sedap, sampai kak cik order untuk bungkus bawa balik

Ini fevret saya, pepahat, MH kata seperti sesuatu erkk...????

So-so jer rasa dia

Apakah yang MH maksudkan...???

Budak mengidam ketam katanya
  
Opssss..!!! No Paparazi please ha..ha..
Me & Chenta

Kami di Alai





Tuesday 25 October 2011

Happy Birthday Munna

Hari ni "Birthday" seorang sahabat "Blogger" saya Munna
"Happy Birthday Munna" semoga diberikan kebahagiaan, kekayaan, kesenangan dunia akhirat,
kegembiraan dengan keluarga dan kehidupan, keberkatan dan segala-galanya.
Semoga hari-hari seterusnya juga di limpahkan dengan rezeki yang banyak amin..amin...

Munna antara sahabat yang selalu meninggalkan komen di entry saya

Happy Birthday Munna





Derma Darah

Jangan lupa temu janji kita pada 29/10/11 di Pusat Darah negara ya sahabat-sahabat.
Ramai-ramai dijemput hadir.
Pusat Darah Negara sangat-sangat memerlukan bantuan kita semua.
Ayuh sahabat-sahabat, kita bantu. Mana tahu satu hari nanti kita juga memerlukan darahkan..
Boleh panjang-panjang kempen "Derma darah" ni kepada sahabat-sahabat yang lain ya..
Sangat dialu-alukan.


Tuesday 18 October 2011

Kukup lagi

Ke Kukup lagi, Allhamdulillah kenyang. Thanks Chenta tolong saya tambah lemak-lemak ni he..he..
Memang mengidam (ayat tak boleh blah ha..ha..) sejak dari sebelum puasa tu lagi.
Bulan puasa kelmarin memang MH ada job kat Pontian tapi tak sempat nak pergi.
Semua rushing, MH pun busy sangat masa tu..taknaklah mengada-ngada ha..ha..

Crab sweet sour
(Gulp...telan air liur...)

Yang ini crab butter..
1st time makan menu ni kat Anjung ketam labuan
Makan dengan nasi panas-panas walllahhhh..!!!

Tak pernah jumpa  Cereal shrimp sesedap kat Kukup ni
masih terasa kat tekak sedapnya..he..he..




Bestlah Maybelline ni

Liquid eyeliner dari Maybelline studio ni memang gerek ar.
Sangat-sangat jatuh cinta selepas 1st time pakai.
Senang nak buang, tak yah nak menyental pakai eye makeup remover atau minyak johnson.
Bila kena air jer dia akan bergentel jadi macam rubber tanpa ada sisa-sia hitam kat keliling mata kita.
Tak comot lansung. Tak ada sisa hitam cam kungfu panda tu.
Kalau nak ambik air sembahyang time pakai Liquid eyeliner ni senang jer, tak payah buang masa nak gi cuci atau sental dulu.
Harga pun tak mahal..

Cubalah kalau tak percaya, nescaya anda jatuh cinta he..he...


Saman kali ke 2

Model kenderaan: Tidak diketahui..
Ha..ha.. kelasss kan.. sampai kereta saya pun tak tau model apa...


Ini kali kedua disaman oleh Majlis Daerah Pontian.
Tak tau pulak hampir semua kawasan parking kat Pontian ni dah diwartakan parking berbayar.
Pagi tadi masa saya dan MH breakfast di cafe hotel ni saya dah nampak orang-orang Majlis ni dah merayap kat kawasan parking hotel tu.
Memandangkan saya duduk tepi dinding kaca (terus nampak kereta saya di parking) saya nampaklah
orang-orang majlis tengah dok cari-cari kupon dikereta kami. Saya yang kat dalam ni pun terlambai-lambai bagi depa perasan. Tak sia-sia saya melambai-lambai tu, orang-orang Majlis nampak & tunjuk isyarat "tak apa"
Ya lah may be dia tau we all stay kat hotel ni kot.
Tapi MH tak sedap hati letak juga kupon tu walaupun lepas breakfast terus nak ke site.

Tengahari masa saya siap makan di satu area Pontian ni, saya nampak 2 gadis sebelah kereta saya gigih
menggores kupon parking.
Hati terus jadi cuak.. "alamak.....yang kena saman...!!!" separuh menjerit ler saya.
Sempat saya tunjukkan saman saya dari dalam kereta saya pada dua gadis tadi..
Ha..ha.. ketawa besar mereka..

Terus ler  cari Pejabat Majlis Daerah Pontian nak bayar saman ni.
He..he.. tak sangka pulak sapat pengurangan denda. (tak merayu pun)
Aduii..tak sangka pulak tempat yang we all selalu makan kalau ke Pontian ni dah wartakan
kawasan berbayar.
Makan tak sampai 40 minit, lepas tu kena saman.. ha..ha.. agak-agak berbaloi tak...???

Jumlah saman selepas dikurangkan, 
Ini kalau bayar terus, kalau bayar esok lain harga, lusa lain haraga tulat pun lain harga




Aagym Nastiar

Saya sangat minat dengan Aagym atau lebih selesa dipanggil A'a ni.
Cara dia menyampaikan dakwah dan mengajak orang sekelilingnya berdakwah sangat sempoi. Menggunakan bahasa yang santai dan sangat mudah difahami.
Tidak ada kesombongan kala dia berbicara tentang agama, walaupun dia punya kepandaian dalam hal-hal agamanya...
Dilahirkan di Bandung, jawa Barat pada 1962, dan berumur 49 tahun seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku, penerbit, pengusaha dan pendiri Pondok Pesantren Darut Tauhod di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung.
A'a digelar Britney spears dalam Islam.
Mempunyai minat dalam motor besar dan mempunyai Kawasaki Eliminator hitam.
Selain hobi menyelam, menembak, payung terjun, menyanyi lagu country dan berkuda.
He..he.. siapa kata pendakwah tak boleh menunggang motor besar kan...??
Masa saya ke Bnadung tahun lepas, seorang rakan ada menunjukan pesantren yang dimiliki A'a ni.
Teruja sangat rasa nak jer singgah, lagi-lagi masa tu semua penuntut-penuntut baru habis kuliah.
Insyallah ada rezeki datang Bandung lagi nak sangat singgah  solat kat pesantren ni..Amin..

Kalau sesiapa ada Twitter boleh follow A'a kat Twitter.
Saya sangat suka baca kata-kata di Twitter, bila pelbagai rasa datang dalam jiwa ni, rasa tenang jer dapat baca kata-kata A'a di Twitter.

















Monday 17 October 2011

Buruk sangka


Selepas berminggu-minggu di offshore MH kena siapkan report
untuk kerjanya. So semalam MH ke office untuk siapkan semua report tu.
Jujurnya saya agak stress, mujurlah last week we all dah bercuti (walaupun sekejap sangat)
Sabtu, MH ada team building (dah curi masa dating kami), Ahad dia kena ke office sehari suntuk.
Sedeh + merajuk + sunyi semua ada.
Kalau saya rasa semua ni mestilah MH pun rasa bersalah kan...???
Janjinya tengahari...tak siap.. lepas tu petang... tak siap juga..
Masuk jer magrib saya stress yang teramat..
Macam-macam yang saya fikirkan, normal rasanya seorang isteri kadang-kadang bersangka dengan suaminya kan..?

Lepas solat magrib saya berdoa..berdoa mohon dijauhkan bersangka buruk pada suami saya.
Saya mohon allah jauhkan saya berfikir yang bukan-bukan.
Saya mohon juga allah tunjukan dengan saya sejauh mana apa yang saya fikirkan ini betul atau tidak.
Ya saya tahu, sikap buruk sangka ni bukan sikap yang baik...
Dalam pukul 7-30 MH call, saya sebak.. dia minta saya temankan dia, dia rasa jauh sangat dari saya.
Saya sangat emosi masa ni.
Akhirnya kami berwebcam.. Seolah-olah MH tahu apa yang saya fikirkan
Saya nampak wajahnya serabut, letih, lesu dan stress.
Saya...??? selain sedeh yang teramat saya malu dengan diri sendiri, sebab berburuk sangka sebelum ini.
Hilang separuh rindu saya dengan MH.

Saya rasa bersalah berfikir yang bukan-bukan. Cuma apa yang saya fikirkan tak terluah dengan kata-kata. Saya cuba kawal dari meluahkan apa yang saya fikirkan, saya tak nak MH sedeh dengan apa yang saya rasa.
Rasa itu cuma bermain dalam fikiran saya sahaja..
Saya teringat kata-kata ustaz saya dulu masa saya belajar munakahat di sekolah agama.
Disetiap rumah ada syaitan seekor syaitan yang akan duduk diatas pintu rumah.
Kerja syaitan ni mengahsut suami dan isteri.
Kalau si suami kerja dia akan hasut isteri.. "betul ker laki kau tu kerja...ntah-ntah dia pegi dating..."
Dengan suami dia akan hasut supaya suami curiga dengan isteri...
Sebab tu kita kena banyak berdooa minta allah jauhkan kita dari godaan syaitan ni.
Banyakan mengaji biar syaitan jauh dari kita.
Ya allah... jauhkan lah saya dari bersifat begini lagi...

Suami balik pukul 2 pagi. Saya minta dia maafkan apa pun yang saya fikirkan sepanjang hari.
Saya cuma manusia biasa yang tak lepas ujian allah dan godaan syaitan..
Subhanallah....

Syaitan tak pernah jemu mengoda anak Adam, itu janjinya pada Allah


Grup Ukhwah

Rasanya hampir semua dikalangan kita yang mempunyai Facebook kan.
Jom sahabat-sahabat kita bergabung dengan nama Grup Ukhwah untuk membantu saudara-saudara kita yang
memerlukan bantuan kita.
Untuk mengetahui aktiviti dan mungkin anda ingin menyertai kami disetiap aktiviti kami
anda boleh LIKE di GRUP UKHWAH (klik sini)

Grup Ukhwah masih berkempen amal RM 10 setiap orang untuk membantu saudara kita Puan Ramlah dan Suaminya Amir.

Terkini, pada 29/10 ini kami mengalu-alukan kedatangan anda semua di Pusat Darah Negara
untuk menderma darah.

Ayuh sahabat-sahabat kita bina saham akhirat








Tolong saya bantu Aisyah

Sahabt-sahabat saya merayu kita semua batu saudara kita yang sedang dalam kesusahan.
Kami di Gup Ukhwah sentiasa mengalu-alukan bantuan dari anda semua.
Ayuh sahabat-sahabat kita kumpul saham akhirat.

Pada hari abtu yang lepas Grup Ukhwah telah melawat saudara kita Aisyah.
Kisah Aisyah sangat meruntun jiwa perempuan saya, ditinggalkan suami sejak 10 tahun lalu,
dan mempunyai 6 anak. Aisya penhidap barah darah. Sedeh bukan...?
Aiyah menyewa rumah dengan sewa RM 500 sebulan, bantuan dari Pusat Zakat dan JKM tidak mampu menampung hidup Aisyah dan anak-anaknya yang senuanya masih bersekolah.
Tidak mampu bekerja dengan penyakit yang dideritainya, Aisyah hanya boleh menelan roti yang dicicah susu sahaja.

Sahabat-sahabat, tak banyak yang kami minta dari anda, tetapi jika semua membantu pasti hasilnya banyak bukan. Seorang anak Aisyah juga mengidap penyakit jantung.
Sahabat-sahabat bantu saya untuk membantu Aisya.

Nur Aisyah Abdullah Arumugam
BSN 14100 29000 165653

Sedikit sumbangan dari kami Grup Ukhwah

Makanan yang kami bawa pada hari itu, sayangnya Aisyah cuma boleh menikmati roti yang dicicah susu sahaja

Seorang anak Aisyah yang mempunyai masalah jantung










Sunday 16 October 2011

Cheese cake

Buat petang tadi, Ingat nak minum petang dengan MH. Tapi MH masih sibuk dengan
report yang tak siap-siap tu. malas anak kacau. So layan perasaan sorang-sorang ahaks...
Mood tengah rajin & mood tengah nak makan. Tapi cheese cake saya memang kurang manis.
Kalau yang pemanis tu sure tak suka sangat kan...
Saya memang kurangkan gula dalam resepi ni...
resepi ni pun saya google kat tenet :p




Bahan-bahan A:

  • 250 gm biskut digestive
  • 125 gm mentega tanpa garam
Bahan-bahan B:
  • 200 ml krim putar (whiping cream)
  • 250 gm krim keju  ( phildelphia)
  • 165 gm gula kastor (saya letak 130 gm jer)
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C:
  • 15 gm gelatin halal 
  •  100 ml air - campurkan dengan gelatin dan buat double boiler (Saya campurkan dengan air panas dan sejukan)
Topping: 
  • Saya gunakan jem strawberi yang saya buat sendiri 

Cara-cara:
  • Biskut dihancurkan hingga menjadi serbuk (gunakan loyang 8 inci)
  • Cairkan mentega & tuangkan mentega kedalam bekas berisi biskut tadi. kacau rata & tekan biskut dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.
  • Sejukan kedalam peti sejuk lebih kurang 30 minit
  • kemudian pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan
  • Dalam bekas lain pukul krim keju bersama-sama gula akstor dan jus lemon tadi.
  • kemudian masukan gelatin dan gaul hingga rata
  • Campurkan krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk
  • Keluarkan adunan biskut tadi dan tuangkan adunan kedalamnya
  • Sejukan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam
  • Tuangkan topping (ikut suka, saya buat strawberi) diatas cheese kek tadi
  • Atur buah strawberi diatasnya 
  • iap untuk dihidangkan

Jemput semua...




Sup tulang suka hati

Sup tulang saya ni resepi suka hati. semua main campak-campak jer.
Saya masak 2 ketul jer. Masa MH off shore hari tu.
Macam tak sepower ayah punya jer...
kena menuntut lagi ni...

Saya masak dalam periuk tanah untuk rasa yang lebih Umphhhh..!!

Muffin pisang

Seriusnya saya tak berapa suka sangat kuih-kuih yang berasakan pisang ni kecuali pisang goreng.
Minggu lepas mak mertua bagi pisang nipah yang orang selalu buat goreng pisng tu.
Tetiba rasa nak buat muffin. Macam sedap jer ha..ha..(tekak ngengada ni..)
Google punya google jumpa resepi ni. Sedap juga ek muffin pisang ni...

Bahan-bahan A:
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda ( saya tak letak, tak ada dalam stok)

Bahan-bahan B:
  • 50 gm gula castor (nak manis boleh tambah lagi)
  • 4 biji pisang (saya guna pisang nipah)

Bahan-bahan C:
  • 1 biji telur
  • 250ml susu UHT (boleh ganti dengan susu cair)
  • 80gm minyak daisy soft blend Saya guna minya masak bisa jer)
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sudu esen pisang
  • secubit garam

Cara-caranya:
  • Panasakan oven 180'c
  • Campurkan semua bahan A dalam mangkuk, ayak dan ketepikan
  • Didalam bekas lain lenyekan pisang dan gaulkan dengan gula castor
  • Dalam bekas lain juga, pukul telur hingga sebati dan masukan semua bahan C
  • Curahkan bahan C kedalam bahan A, gaul sebati menggunakan whisk
  • Setelah sebati, masukan bahan B tadi dan gaul rata.
  • Masukan adunan 1/2 kedalam cup muffin
  • Akhir sekali taburkan cokelat cip ( saya tabur badam )
  • Bakar lebih kurang 20-25 minit

Ini pisang yang saya gunakan
Betul ke anmanya pisang Nipah ek...
He..he.. ya jer saya ni..

1/2 cup dalam muffin cup yang ditabur badam

Naik gebusss jer...

Sedap makan panas-panas.
Nyum..nyum...














Asparagus belacan

Selalu buat asparagus black paper, kali ni try goreng belacan.
Sedap rupanya.. walllah...


Bahan-bahan:
  • Asparagus 
  • Tomato chery
  • Belacan
  • Cili (ikut nak pedas mana)
  • Bawang putih
  • bawang merah
  • Serbuk sesedap rasa dan garam secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:
  • Bawang merah, bawang putih, cili dan belacan dikisar (saya suka tumbuk )
  • Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukan garam serta sesedap rasa tadi (agak-agaklah)
  • Bila dah naik bau masukan asparagus dan tomato chery .
  • Bila masak angkat dan hidangkan.






Saturday 15 October 2011

Cameron Highland lagi

Entah kali keberapa pergi, tapi tetap tak pernah jemu. Macam pergi Trengganu macam tulah perasaan saya tiap kali ke Cameron Highland ni..
Selepas hampir sebulan MH di Offshore dia rasa nak sangat tengok kehijauan kat Cameron tu.
Perjalanan dari KL ke Cameron lebih kurang 3 jam melalui Tapah.
Saya suka pemandangan sepanjang jalan ni, hijau jer sepanjang jalan.
Selain pemandangan rumah-rumah orang asli disini.
Kami duduk di Sri Juliana Chalet. Ini kali ke dua saya duduk di Chalet ni.
Saya suka disini. Pertama kali datang terus jatuh cinta.
Facebook Sri Juliana (Klik sini) & kalau datang ramai-ramai boleh pilih Villa di Sri Juliana ni
Villa Sri Juliana (klik sini)  &  Laman web Sri Juliana Chalet (klik sini)
Sayangnya waktu kami sampai hujan, terbatas sikit nak kemana-mana.
Hari ke 2 baru matahari tunjukan dirinya.. Allhamadulillah.. Cuci mata jom tengok kehijauan

Di Bharat tea, gerimis masa ni

Sejuk gilossss... masa ni.

Dah dekat setahun rupanya tak pergi malam kat KL. 
Pasar Malam Brinchang

Keledek madu sedap, lembut.
Teringat dulu-dulu nenek selalu rebus keledek untuk serapan

Hari ke 2, yeayyy..!!!!!!!.. matahari dah tak main sorok-sorok lagi..

Orang laut yang nak sangat tengok kehijauan katanya...

Mrs Chenta 

Mood: nak sangat beli rumah kat sini ahaksss....

Mr & Mrs Chenta 

Breakfast di Strawberi Moment Brinchang

Menu di Straberi Moment

Of coz Chenta yang order

Ini wife Chenta yang order

Brinchang Branch, kalau nak yang besar & santai boleh ke branch kagi satu,
tak ingat nama tempat tu tapi kalau nak balik ikut Simpang Pulai nampak kat tepi jalan sebelah kanan, besar tempat dia

Biasa kami ke puncah Boh awal pagi, tapi sebab jenjalan tempat lain dulu 
sampai sini dah pukul 10.30

Keletihan ha..ha.. nak naik puncak ni kena daki dalam 200 m
nampak sangat yang saya dah tak fit ayoooo..!!!

Erk..makan lagi..he..he.. ni Chenta yang order

Ni pun Chenta yang order
kami makan suka hati jer..2-2 kami punya

Selalu berangan ada rumah kat puncak ni He..he..

Masa pergi dengan adik-adik dia kata pokok teh ni dah macam karpet jer

Sebelah ni lah Straberi Moment yang besar & santai

Sebelum balik
laluan sepanjang Simpang Pulai

Ha..ha.. petai..
Wajib beli kalau ke cameron, murah sangat.
Selain petai macam biasa saya akan borong sayur yang segar-segar dan fresh tu.
Geram sangat tengok sayur-sayur kat sini, murah-murah pulak tu.
Agak-agak Chenta layan tak permintaan bini dia nak rumah kat sana ni ha..ha..
Larriiiikkkkkkkkkkkkk...!!!!!!!!!!!!!!