Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 18 October 2011

Saman kali ke 2

Model kenderaan: Tidak diketahui..
Ha..ha.. kelasss kan.. sampai kereta saya pun tak tau model apa...


Ini kali kedua disaman oleh Majlis Daerah Pontian.
Tak tau pulak hampir semua kawasan parking kat Pontian ni dah diwartakan parking berbayar.
Pagi tadi masa saya dan MH breakfast di cafe hotel ni saya dah nampak orang-orang Majlis ni dah merayap kat kawasan parking hotel tu.
Memandangkan saya duduk tepi dinding kaca (terus nampak kereta saya di parking) saya nampaklah
orang-orang majlis tengah dok cari-cari kupon dikereta kami. Saya yang kat dalam ni pun terlambai-lambai bagi depa perasan. Tak sia-sia saya melambai-lambai tu, orang-orang Majlis nampak & tunjuk isyarat "tak apa"
Ya lah may be dia tau we all stay kat hotel ni kot.
Tapi MH tak sedap hati letak juga kupon tu walaupun lepas breakfast terus nak ke site.

Tengahari masa saya siap makan di satu area Pontian ni, saya nampak 2 gadis sebelah kereta saya gigih
menggores kupon parking.
Hati terus jadi cuak.. "alamak.....yang kena saman...!!!" separuh menjerit ler saya.
Sempat saya tunjukkan saman saya dari dalam kereta saya pada dua gadis tadi..
Ha..ha.. ketawa besar mereka..

Terus ler  cari Pejabat Majlis Daerah Pontian nak bayar saman ni.
He..he.. tak sangka pulak sapat pengurangan denda. (tak merayu pun)
Aduii..tak sangka pulak tempat yang we all selalu makan kalau ke Pontian ni dah wartakan
kawasan berbayar.
Makan tak sampai 40 minit, lepas tu kena saman.. ha..ha.. agak-agak berbaloi tak...???

Jumlah saman selepas dikurangkan, 
Ini kalau bayar terus, kalau bayar esok lain harga, lusa lain haraga tulat pun lain harga




4 comments:

GREENJADE said...

loL gitu plak bley lain2 rega aih...yg ponting sama udah dilunas buk hehehe

munna said...

murah lagi saman tu ....kat sini saman parking perbandaran rm 10

Balqis Nazid said...

Munna: ni dah diskaun, last year kena RM 30. tension lah parking kat area hotel pun kena saman...

Balqis Nazid said...

kak jed sangat tension....
semua kawasan berbayar makan pun kena bayar lol