Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 13 October 2011

Apam yogurt

Pertama kali buat terus jatuh cinta, sedap & moist sangat.
Simple pun ya juga tu yang pertama kali buat terus jadi he..he..
Saya google resepi dari SINI cuma saya buat dalam acuan yang besar
(kes malas ni ha..ha..)
Tak cepat muak sebab tak guna butter.

Saya masukan dalam piping beg macam ni, senang nak pam kan terus dalam paper cup tak comot

pam kan 3/4 dalam paper cup tu
Saya buat 3 warna macam diatas

Inilah hasilnya, memang sedap & lembut

Bahan-bahan : 

  •  cawan gula castor  (saya letak 150gm)
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum (250gm)
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko (saya tak letak, saya guna pink & biru)
  • 1 sdt pes coklat (saya tak letak)
Cara-cara :

  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati. (Saya guna pink & biru)
  • Paipkan semua warna 3/4 dari paper cup
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.



4 comments:

shida said...

gulp..
cantik kaler nyer..
mst sedap...ahaks..:)

rara pinkmafia said...

kaler dye menawan hatiiii.

Balqis Nazid said...

Shida: sesedap warnanya he..he..

Balqis Nazid said...

Rara pink
kalau warna suram kadang2 mood nak makana pun suram.. boleh gitu he..he..