dari hati balQis...

iklan

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

.......

just....


Saturday, 5 May, 2012

Mama sakit mana


Mama sakit mana...?
Alahai..anak..anak..
Saya cuma cakap saya sakit perut, Adib datang ambil Vicks
nak sapu perut saya yang sakit.
Sebak sangat..
Walaupun dia bukan darah daging saya
kasih sayang tu tetap mengalir dalam diri kami..
Semoga anak mama jadi anak yang soleh.
Tak lupa mama & papa sampai bila-bila ya sayang...
 
Saya akan sapukan vick tiap kali dia kata perut dia sakit.
Sebab tu dia tahu sakit perut sapu vicks

Ok ready nak sapu...
maaf ler gambar terpaksa crops..
nanti ada yang fengsan tengok peyut mama he..he..

Lagi mama...?
Dah..cukup sayang.. banyak dah ni..

2 hero buah hati "mama"



Bersama Dr Red Buble di HKL

Cerita yang dah terperam hampir 2 minggu,
tapi masih basah dalam ingatan, sampai bila-bila pun saya tak akan lupakan
kenangan ni.
Saya dan beberapa teman Group Ukhwah dijemput oleh Red Bubbles untuk bersama-sama
dengan anak-anak di Wad KK3 HKL.

Luluh hati, kering tekak bila teringatkan 
anak-anak yang masih mentah menderita dengan penyakit kanser dan lukemia.
Tak terkata saya pertama kali berhadapan dengan mereka semua.

Antara pesakit wad KK3 HKL

Anak-anak yang menyambut ulangtahun pada bulan April lalu


Gambar atas: Qays Samir kanser darah, 21 April yang lepas ulang tahun anak ini

Red Bubbles bersama anak-anak di wad KK3 HKL


Ini Farah 7 tahun, pemalu tapi sentiasa tersenyum

Comel kan




kek untuk semua anak-anak di KK3 HKL

Mama, papa & Adib juga pakai red nose

Sahabat-sahabat, ini bukanlah pertama kali Red Bubbles bersama anak-anak ini.
Banyak lagi usaha Red Bubbles yang sangat-sangat saya kagumi,
Pada sahabat-sahabat yang ingin membantu usaha Red Bubble boleh 
LIKE Facebook milik beliau Red Bubbles 
Semua maklumat dan informasi ada di sana.

Terima kasih juga pada sahabat-sahabat saya yang tak pernah 
jemu menyokong usaha kami.
Kepada yang menyumbang seorang satu barrel KFC saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.
Terharu, ramai yang menyumbang bila saya tweet da, broadcasting di BBM.
Semoga sahabat-sahabat saya dilimpahkan rezeki yang tak terhingga amin..amin...

Keratan Harian Metro tentang kunjungan kami di KK3 HKL

Saya mahu pinjam semangat anak-anak disini yang sentiasa tersenyum dan cekal.
Walaupun kedatangan kami cuma sebentar tapi sinar mata mereka seolah-olah bercerita yang mereka gembira.
Kami akan datang lagi Insyallah







Friday, 4 May, 2012

Resepi 6 sahabat

Buku resepi 6 sahabat dah pun dijual di booth NB Kara 
sempena Pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur (PBAKL) yang sedang berlansung.

Selepas PBAKL buku Resepi 6 sahabat boleh didapati di semua kedai-kedai buku.
Kalau sahabat-sahabat nak mencuba resepi saya dan sahabat-sahabat saya yang lain
jangan lupa dapatkan buku Resepi 6 Sahabat ya.
Ada resepi dari turki yang sangat sedap.
Ada sambal tahun kerang yang mantap.
Ada resepi aiskrim yang lazat.
He..he..saja buat sahabat-sahabat terliur ..

Resepi 6 sahabat dari kami
Tini Anuar, Kusyi Hirdan, Mak Andak Eda, Khamisah Nazri,
Salina Ibrahim, Norhayati Berahim 

Gerenti jadi
RM 15.90


Thursday, 19 April, 2012

Dari hati....

Beberapa hari tak singgah blog.. Tak jengah blog kawan-kawan.. Kurang sihat pun ya.. Kang singgah blog kawan-kawan telan air liur jer ha..ha.. Hari ni semangat awal pagi nak update & singgah blog kawan- kawan.. Sekali electric tak ada huaaaaa... Dahlah tgh masak nasi.. Kain baju masih dalam washing machine.. Nak iron baju lagi.. Nak pack barang (ikut incik husband outststion..) Semua jadi lemau.. Nanti ada electric saya singgah semua blog ya.. He..he.. Take care sayang- sayang saya semua...

Tuesday, 17 April, 2012

Bawal goreng Cili

Tahun lepas dalam perjalanan ke Kelantan saya singgah makan di Gua Musang.
Makan ayam dara dengan sambal yang sangat sedap.
Ingat balik dari Kelantan nak singgah lagi, tapi kami balik KL lalu Jeli-Grik.
Tak sampai hajat nak makan ayam dara dengan sambal yang sedap tu
Balik KL terasa-rasa sedapnya.

Buka-buka esbok tak ada apa sangat, maklumlah tuan tanah selalu gantung peyok.
Ikan ni pun nasib-nasib jer.
So gunakan jerlah apa yang ada dalam esbok tu.
Kira bolehlah ek..
Sebenarnya resepi tu saya main agak-agak jer apa yang dia bubuh dalam tu.
Hentam keromo jer...
Ha..ha.. kan Tuan Tanah selalu buat resepi suka hati.


Bahan-bahan:
  • Ikan - Dibersihkan gaul sedikit garam dan kunyit
  • Cili api - ikutlah nak pedas mana *
  • 1 inci halia *
  • Bawang putih 6 ulas *
  • asam keping 
  • Garam secukup rasa 
  • Sesedap rasa secukup rasa (saya tak pakai ajinomoto)
  • sedikit gula (saya guna gula kabung)
  • Sedikit kismis
  • Daun sup 
  • Sebatang serai (diketuk)

Cara-caranya:
  • Ikan yang sudah dilumur garam dan kunyit digoreng garing.
  • (angkat dan tepikan)
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * (saya suka kisar sedikit kasar) dan tumis dengan sedikit minyak. 
  • Tumis sehingga naik bau, (saya masukan sedikit air) sesudah bahan tumisan mesra masukan garam, sesedap rasa dan gula
  • Masukan serai serta asam keping.
  • Kemudian masukan kismis, bila kismis kembang dan rasa sudah cukup angkat dan tuangkan atas ikan tadi.
  • Potongkan daun sup dan tabur diatasnya.

       Makan dengan nasi panas memang terangkat he..he..

Kali kedua buat baru dapat rasa yang lebih kurang sama macam
yang saya makan kat Gua Musang tu
Makan dengan nasi panas-panas, ulam daun janggus.
Er..darling panggil pun tak dengar ha..ha..


       



Monday, 16 April, 2012

Bergedel Cheese

Haritu jalan-jalan kat FB Bicara Kak Noor nampak Kak Noor buat bergedel salut breads crumbs.
Nampak sedap & crunchies jer.
Teringin pulak nak menerai bergedel breads crumbs ni.
Cuba letak cheese sekali.
Hasilnya...
Sedap & rangup sangat kalau makan masa panas.
makan gitu jer pun sedap tau, tak payah tunggu soto atau yang sewaktu dengannya
he..he...Tapi ni bukanlah menu hari ni, sebab harini Tuan Tanah gantung periuk lagi.

(waktu entry ni publish Tuan Tanah dah pun keluar tu yang gantung periuk)







Bahan-bahan (untuk 2 orang):

- Kentang 3 biji (saya rebus sebab tak nak berminyak sangat) * 
   ( rebus & lenyek sampai halus)
- Garam secukup rasa *
- Ketumbar 3 sudu kecil ( di blender - tak nak pun tak apa tapi saya suka) *
- Bawang goreng ikut suka nak letak banyak mana *
- Sedikit lada sulah *
- Daun sup (letak daun parsley yang kering tu pun boleh) *
- Breads crumbs secukupnya
- Cheese
- Telur 

Cara-caranya:

- Gaul semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk.
   (gaul sampai mesra)
- Ambil sedikit (ikut nak besar mana) kentang yang sudah di gaul mesra dan bentukan bulat,
  letak sedikit cheese dan bentukan menjadi sedikit leper.
- Kemudian masukan dalam telur dan gaulkan dengan bread crumbs tadi.
- Goreng dengan api perlahan sehingga kekuning-kuningan.
- Buat sehingga habis dan hidangkan...

Senangkan...
Selamat mencuba kawan-kawan





Sunday, 15 April, 2012

Spagethi suka hati

Saya tak tahu nak namakan resepi ni resepi apa.
Sebab saya buat ikut hati, ikut apa ada kat dapur jer ha..ha..
Rasanya..
Yang dah makan semua kata sedap...
Alolololo....sila pekak kan telinga kalau loya
sebab bukan saya yang kata orang yang kata ha..ha..
(mood suka hati pagi-pagi ni la..la...la...)







Saturday, 14 April, 2012

Apam polkadot

Pertama kali buat, sedap & simple.
Tapi macam comot sikit.
Esok-esok nak cuba lagi, kemaskan mana yang comot.

Pinggan ni dari mak saya.
Dah berpuluh tahun pinggan ni 35 tahun rasanya

Bekas kuih tu mak mertua saya yang bagi, lagi lama dari umur pinggan yang mak saya bagi







Bahan-bahan ( Resepi dari Blog Jintan Manis)
(dalam 50 biji, papercup medium)

- 3 biji telur gred A (dari peti ais)
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 3 sudu baking powder
- 1 sudu kecil ovelette
- pewarna (ikut suka)

* filling ikut suka hati saya letak blueberry

Cara-cara:
- Masukan semua bahan kedalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang
- Bahagi adunan beberapa bahagian, dan letak pewarna yang kita inginkan
- Masukan dalam piping bag
- Picitkan adunan kedalam papercup setengah sahaja
- letakan filling dan picit adunan lagi
- dot-dotkan dengan warna pilihan dan kukus selama 10- 15 minit

Senang kan...
Jom kita cuba buat