Cerita aktiviti bulan puasa saya terhenti lama.
Hujung-hujung Ramadan saya demam.
Seingat saya kali terakhir saya demam teruk tahun 2009, masa kena cery bery.
lepas tu kalau demam pun manaj-manja aja masih gagah masak & keluar.
tapi demam kali ni saya betul-betul tumbang.
Demam panas, terbaring aja.
Ni program terakhir saya dengan SBBMSAM.
Masa ni dah demam.
Tapi gagahkan juga kesana untuk bagi anak-anak baju & duit sumbangan yang sahabat-sahabat sumbangkan.
Terima kasih kepad semua sahabat-sahabat yang menyumbangkan duit raya dan menyumbangkan baju raya kepada anak-anak disini.
Semoga Allah memberikan rezeki yang lebih banyak buat semua sahabat.
Rumah Penyayang Hembusan kasturi
sesiapa yang berhajat untuk membantu boleh hubungi
012-3886304
atau
013- 2749573
Puan hajah Mariam
tau terus ke alamat diatas
Sebelum rumah dibina, anak-anak ditempatkan di kabin yang dijadikan asrama.
sekarang kabin ini dijadikan pejabat dan kelas tambahan untuk anak-anak
Jika tiada jemputan dari mana-mana pihak. Disinilah anak-anak akan berbuka
Saya, Puan Shida bersama penjaga Rumah Penyayang Hembusan Kasturi Puan Mariam (jubah hitam)
Allhamdulillah amanah sahabat-sahabat saya dah sampaikan
5 hari sebelum raya saya bersama suami, Puan Shida dan Dr Azma kembali lagi ke sini.
Kali ini kami menyampaikan sumbangan beras yang disampaikan oleh sahabat kami.
Allahmdulillah rezeki anak-anak disini sentiasa dipermudahkan amin...amin...
Suami dan Puan Shidah bersama beras yang disumbangkan.
Masa ni saya baru baik demam sikit.
Esoknya isnin saya ada appoiment dengan Dr di Damansara Specialist.
Yang atas pangkuan saya tu kembar Norazura dan Noraliya 6 tahun.
Akibat kemiskinan tegar keluarganya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat sejak lahir.
Malangnya ibu bapa angkat mereka pula berkrisis, dan mereka dihantar ke
Rumah Penyayang Hembusan Kasturi.
Hiba saya mendengar cerita mereka, perkembangan mereka sangat perlahan.
Mereka seperti kanak-kanak 3tahun
Mereka belum kenal huruf dan warna dengan betul. Pertuturan mereka juga masih pelat.
Tapi mereka sangat ramah mahu bercerita dengan saya.
Yang baju merah sebelah kanan saya tu saya lupa namanya umurnya 9 tahun.
Ibunya bisu, manakala bapanya sakit. Dia sering bersama-sama ibunya mengemis sebelum dihantar ke sini.
Sebaknya saya bila ingat cerita-cerita mereka.
Dia juga tidak boleh bertutur dengan betul. Masih pelat. dan saya masih kurang faham apa yang dikatakan.
Tapi mereka berlumba-lumba bercerita dengan saya.
Apalah yang diceritakan anak ni sampai saya ternganga ya.. he..he...
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat yang menyumbang.
6 comments:
salam qis,
sedih bila mendengarkan kisah latarbelakang mrk nie kan..pun begitu alhamdulillah dengan adanya mrk2 yg prihatin..
seronok dan ceria wajah anak2 tu.... suka bila tgk ada org yg prihatin dtg membantu
salam UA.. memang sedeh kalau kita dengan mereka. terusik sangat hati ni bila mereka berebut2 nak cerita dan duduk atas riba saya...
Munna... tengok muka mereka memang hilang stress
sedih tengok adik adik ni.. Semoga mereka di limpahi kasih sayang & rezeki. Amin...
Ya Allah.sebaknya rasa.. susah2 kita, ada lagi latarbelakang yg lbih kasihan..semoga dilimpahi rahmat..
Post a Comment