Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Friday, 5 July 2013

Central Market (CM)


Central Market atau pasar Seni.
Seingat saya kali terakhir saya kesini tahun 2002.
Hampir 11 tahun saya tak kesini.
Meskipun hampir 5 tahun saya menetap di KL, sekalipun saya tak pernah ke CM.

Ahad lepas, 
Selesai semua kerja-kerja kami saya ajak suami ke CM. 
Sebenarnya saya nak ke kedai tudung bawal Aidijuma tu.
Stok kat The Curve banyak yang dah habis.
Ahad lepas hari last sale 50% so nak juga cari bawal saya ajak suami ke CM cawangan Aidijuma yang terbesar di KL.
Bila suami setuju saya rasa teruja sangat.
Teruja sebab dapat juga ke CM  ha...ha...

Wowww..!! banyak dah berubah.
Tempat dah aircond..sejuk.
Tak berlengas lagi macam 11 tahun lepas saya datang.
Dah cantik.. dah kemas..dah best sangatlah..

Banyak kedai-kedai yang menarik perhatian saya.
Dengan harga yang sangat murah.
Lepas ni saya akan cadangkan sahabat-sahabat saya yang datang dari luar 
WAJIB kesini untuk beli cenderahati.

Dari parking

Central Market kami datang ecececeeehhhh...!!!

Boleh baca sejarah CM kat sini

Bahagian hadapan CM

Aktiviti di CM

Penat meronda saya ajak suami minum petang.
DI CM banyak kedai-kedai makan dan kafe pelbagai citarasa

Ni yang saya order petang kelmarin dengan teh tarik
Roti yang dibakar dan di letakkan aiskrim ditengah-tengahnya.
Sedap..teringat-ingat sampai sekarang sedapnya

Ni yang suami order.
Teh tu buat saya dan suami tak boleh tidur malam.
Ha..ha..pekat melekat tapi memang sedap

Dari cafe tempat kami lepak

Saya suka betul kafe ni. Santai dan pelbagai menu yang disediakan

Kasturi Walk



macam-macam ada dengan harga yang berpatutan




Nampak tak tu..?
Sapa-sapa yang pernah kesini tahun 80an dulu mesti ingat betapa meriahnya CM dengan anak-anak muda. Sekarang suasana tu dah tak ada. Memang tak ada anak-anak muda bersidai kat CM

Banyak lagi kedai-kedai yang best kat dalam CM tu.
Saya tak banyak ambil gambar sebab terlupa tambah teruja ha..ha..
Hujung-hujung aja baru teringat nak ambik..
Maksudnya... kena datang lagi kan..? ha..ha...
Cuma...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cuma parking agak mahal sikit.
RM 5 untuk 2 jam
Patutlah parking banyak ksong ha..ha..
Ramai yang datang naik transport awam rupanya.









Thursday, 27 June 2013

Short trip


Dah lama plan nak ke Cameron Highland (CH)
Kebetulan Mak datang KL so ajak Mak & Nina sekali.

Awalnya nak stay kat CH.
Tapi sabtu tu banyak sangat urusannya.
Dari pagi ke petang ke malam ke tengah malam baru siap.
So decide pergi pagi-pagi balik petang.

Pukul 7 gerak dari rumah.
Pukul 9.45 sampai CH.
Allhamdulillah, cuaca pun elok jer
(masa ni jerebu tak sampai KL lagi)

Bharat tea 

Breakfarst dulu sebelum naik, 
Mak & Nina makan nasi lemak,
Suami makan pie blueberry,
Saya tak lalu nak makan sebab kepala masih pusing-pusing sebab terlelap.

Fridge magnet cantik-cantik

Baju cap Cameron Highland

Biasa kalau strawberi  cucuk macam ni dia akan celup dengan cokelat
Tapi Nina tak nak cokelat, takut terbeluwek katanya he..he..

Kebun kobis
Oh..! macam ni rupanya pokok kobis he..he..

Ladang teh Bharat

Mak & Nina

Semua merah.
Heee..!!! geram-geramnya

Apa nama rumah lebah tu..?
Liat-liat macam gula getah.
Manis-manis sedap sangat.. sepotong tu RM 3
Saya beli sebotol madu ni RM 40

Keledek manis.
Saya suka sangat keledek ni kalau dikukus
Memang rugi kalau tak beli

Ais krim Strawberi Sebatang RM 1 
Saya beli 10 batang.
Buat stok kat rumah.
Erm..!! ni memang lazat

Saya beli 2 kotak aja strawberi kali ni tu pun lepas suami suruh beli.
Ikutkan saya tak nak beli,
sebab akhirnya saya yang kena habiskan sorang ha..ha..

Ini kali ke 3 Nina ke Cameron Highland

Pergi berapa kali pun tak jemu

Ni view dari Bharat Tea masa breakfast

Kami pergi berempat.
Cameraman ni orang ke 4 selain yang ada di gambar he..he..

Nina anak adik saya yang duduk di Singapore.
Nina tengah cuti sekolah sebulan tu yang merayap ikut Nenek dia sampai KL


Ingatkan lepas cuti sekolah tak ramai orang, 
Tapi....
Jammed juga jalan walaupun manja-manja.
Masa nak naik Ladang teh boh, jalan jammed sangat.
So kami decide tak naik ladang teh ala-ala ombak rindu tu.

Pukul 5 bertolak balik.
Baliknya kami ikut simpang pulai.
Berhenti solat Asar & magrib dalam pukul 8 kami sampai rumah.














Friday, 24 May 2013

Seoul Garden


Makan dengan kak Suzie masa suami kerja kat JB baru-baru ni.
JB ada dua tempat KSL & City Square.
Saya pilih City Square dekat dengan hotel tempat saya menginap he..he..
Kak Suzi bawak anak-anak dia so meriah sikit waktu makan.

Kami pergi weekday 

Ini harga untuk Lunch:

Dewasa RM 27.99 ++
Kanak-kanak RM 13.99 ++ 
(Masa ni anak No 2 Kak  Suzi tak kena charge, umur 4 tahun)
Pelajar ada 20% diskaun (bawak kad pelajar kalau sekolah lagi bawah I/C atau Mykids)
Warga emas RM 21.99 ++

Peace..!!
Budak kecik ni masuk free

Gigih kak Suzie nak upload dalam pesbuk ekekekeee.....

Nyum...nyum... ni lepas tukar tunku.
Gasak makan sampai fengsan 

segan-segan dengan scandal baru ahahhaa...!!
Ni anak kak Suzie yang sulung baru 12 tahun hi..hi..

Kambing yang dimarinated dengan coffee pilihan saya.
Memang sedap.
Tak ambil gambar food sangat, segan pulak nak ambik gambar kali ni 

Kak Suzie dengan anak bujangnya

Lepas makan pusing-pusing City Square sekejap.
Seterusnya ke Stulang Laut lamanya saya tak datang sini..

Seoul garden (klik sini) untuk selanjutnya






Grand Lexis



Short vacation last week, Singkat tapi menarik.
Saya tak malu mengaku,
 kali ni saya memang excited sangat-sangat  he..he..


Ini yang buatkan saya excited. private pool dalam bilik.
Suka hati nak terjun bila & nak pakai apa.
Memang best & sangat-sangat teruja.
Maklumlah saya segan nak mandi kat public
Segan nak berbasah-basah depan orang he..he..

Balik dinner saya terjun pool lagi.
Bila hujan saya mengalah.
Dalam excited saya takut-takut juga.
Takut athma saya datang. (saya tak bawak satu pun ubat athma )

Penginapan kami Water Chalet
kalau laut tu biru...mesti lagi cantik sangat kan.


Bilik air dia besar. tapi bilik mandi dia kecik aja.
Ada conecting terus ke pool
(abaikan towel tu sebab dah check out masa ni)

Dari bilik boleh nampak air bawah Chalet.
Tapi saya rasa seriau.. saya tutup dengan sejadah yang kami bawa.
he..he..

(pinjam pic pakcik google)
Ini bilik kami kelmarin. Antara bilik yang saya suka sangat.
Teringat bilik kat Majestic hotel Bandung masa datang pertama kali dulu..
tapi kat Bandung tu tak ada pool lah.

Ni chalet atas darat tapi still ada private pool

Public pool pun ada

Tuan tanah tayang muka ekkeeee...

Grand Lexis Port Dickson (klik sini) untuk info selanjutnya