Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 5 July 2013

Central Market (CM)


Central Market atau pasar Seni.
Seingat saya kali terakhir saya kesini tahun 2002.
Hampir 11 tahun saya tak kesini.
Meskipun hampir 5 tahun saya menetap di KL, sekalipun saya tak pernah ke CM.

Ahad lepas, 
Selesai semua kerja-kerja kami saya ajak suami ke CM. 
Sebenarnya saya nak ke kedai tudung bawal Aidijuma tu.
Stok kat The Curve banyak yang dah habis.
Ahad lepas hari last sale 50% so nak juga cari bawal saya ajak suami ke CM cawangan Aidijuma yang terbesar di KL.
Bila suami setuju saya rasa teruja sangat.
Teruja sebab dapat juga ke CM  ha...ha...

Wowww..!! banyak dah berubah.
Tempat dah aircond..sejuk.
Tak berlengas lagi macam 11 tahun lepas saya datang.
Dah cantik.. dah kemas..dah best sangatlah..

Banyak kedai-kedai yang menarik perhatian saya.
Dengan harga yang sangat murah.
Lepas ni saya akan cadangkan sahabat-sahabat saya yang datang dari luar 
WAJIB kesini untuk beli cenderahati.

Dari parking

Central Market kami datang ecececeeehhhh...!!!

Boleh baca sejarah CM kat sini

Bahagian hadapan CM

Aktiviti di CM

Penat meronda saya ajak suami minum petang.
DI CM banyak kedai-kedai makan dan kafe pelbagai citarasa

Ni yang saya order petang kelmarin dengan teh tarik
Roti yang dibakar dan di letakkan aiskrim ditengah-tengahnya.
Sedap..teringat-ingat sampai sekarang sedapnya

Ni yang suami order.
Teh tu buat saya dan suami tak boleh tidur malam.
Ha..ha..pekat melekat tapi memang sedap

Dari cafe tempat kami lepak

Saya suka betul kafe ni. Santai dan pelbagai menu yang disediakan

Kasturi Walk



macam-macam ada dengan harga yang berpatutan




Nampak tak tu..?
Sapa-sapa yang pernah kesini tahun 80an dulu mesti ingat betapa meriahnya CM dengan anak-anak muda. Sekarang suasana tu dah tak ada. Memang tak ada anak-anak muda bersidai kat CM

Banyak lagi kedai-kedai yang best kat dalam CM tu.
Saya tak banyak ambil gambar sebab terlupa tambah teruja ha..ha..
Hujung-hujung aja baru teringat nak ambik..
Maksudnya... kena datang lagi kan..? ha..ha...
Cuma...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cuma parking agak mahal sikit.
RM 5 untuk 2 jam
Patutlah parking banyak ksong ha..ha..
Ramai yang datang naik transport awam rupanya.









2 comments:

suria lekatlekit said...

Baru buat ker? Mcm lama pulak x kesana

Balqis Nazid said...

Mummy lala... try lah bawak lala memang best he..he..