Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 28 June 2011

Blog Dan Aku




Sambil-sambil tunggu magrib tergerak hati nak gi blog-blog yang wajib aku tengok hari-hari.
Walaupun kadang-kadang tak tinggalkan jejak blog-blog ni memang wajib aku ziarah.
Masa baca blog Bicara Mak dara rasa teruja pulak nak join segmen yang Mak Dara anjurkan ni.
Ini pertama kali aku join segmen mana-mana contest he..he..
Jom cuba nasib

1) Apa nama blog anda
~ Dari hati balQis  دري هاتي بلقيس

2) Kenapa nama anda memilih nama itu
~ Sebab segala entry yang ada dalam blog ni kebanyakan dari hati saya

2) Tema warna blog anda
~ Merah hati & pink

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry diblog
~ Ikut kesempatan, biasanya satu entry paling tidak

5) Isu atau topik yang selalu dimasukan dalam blog anda
~ Nama pun dari hati balQis.. so kebanyakannya memang berkaitan dengan diri, keluarga,   kawan-kawan & ada juga isu semasa

6) kenangan manis/pahit selama anda berblog
~ Manis - Dapat baca macam-macam gelagat & kehidupan orang lain. Walaupun tak kenal
   tapi rasa dekat sangat dengan blogger-blogger tu
~ Pahit - Erm..kadang-kadang bila kita tulis dari hati atau sekadar bermuhasabah diri ada yang kata kita nak menunjuk atau berlagak..sedehnya

7) Blog Idola (kalau ada)
~ Banyak.. pertama kali baca blog Red Mummy rasa nak berblog tu sangat meluap-luap
   Teruja sangat tengok blog Bicara Mak Dara yang tak pernah kering idea dengan entry yang 
   pelbagai tu..(selalu rasa tercabar tapi bila mula jer taip idea hilang ha..ha..

8) target follower untuk blog anda
~ Targer 100 jer, tapi belum lagi tercapai..lepas ni kena rajin blogwalking he..he.. 

9) Namakan satu benda yang anda paling suka terdapat dalam blog anda
 ~ feedjit nak tengok ada tak orang luar yang datang jengah he..he..

10) Kata-kata ucapan untuk blog anda
 ~ Sayang blog saya..segalanya dari hati balQis. 

* Ok siap nak hantar pada Mak Dara *
Post Options

Jiran

Tak tahulah korang pernah ada problem dengan jiran atau tak.
Walaupun cuma jiran tapi inilah saudara yang paling dekat dengan kita.
Memuliakan jiran pun satu ibadah juga.

Sejak hari pertama aku duduk kawasan ni aku agak kurang berkenan  dengan satu jiran ni.
Memang dia bukan satu level dengan aku, dan aku pun tak pasti dia ni duduk level berapa.
(tak minat nak tau)
Sikap pentingkan diri sendiri jiran ni buat jiran-jiran lain kurang selesa.
Haishh... menyampah tapi selalu buat ignore jelah.

Tau lah bila duduk Apartment/kondo masing-masing ada satu parking kereta. Kawasan aku ni pulak
parking sangat limited. Visitor park cuma ada 7, memang tak cukuplah secara logiknya.
So bila tak dapat parking kenalah parking kat luar lepas tu sila panjat tangga untuk naik kawasan ni ya.
(Kawasan aku atas bukit)
Parking untuk penghuni satu rumah satu park. Ada lebih kurang 20 parking untuk disewa RM 90/sebulan.
Itupun dibuat secara undian untuk lebih bersifat adil.
Kalau tak nak sewa parking boleh duduk kan kereta tu kat luar pagar ya.
Tapi sijiran aku yang ada 2 kereta ni dah buat semua orang bengang.
Ada 2 kereta, tapi tak nak sewa parking. Mesti nak taukan mana sijiran ni campak kereta 1 lagi tu.
Site tong sampah yang ada dia anjakan ke tepi, ada ruang sikit, situlah dia selit kereta dia.
Bila kereta sijiran ni tak ada, ramailah kereta yang nak selit sama..
Amboi...bila orang ambik parking dia bukan main dia hon tak hengat..
Eiii..!!! bayar tak nak tapi suka hati nak park kat mana-mana. Kalau tak ada yang turun dia jiran ni akan block kereta tu. Bengang kan...
Sekarang aku suka sangat sebab tempat tu dah diwartakan kawasan clamping.. yeayyy...!!! tak kiralah mana punya kereta kalau parking sana memang dapat warning letter.
Sekarang dia akan parkingkan kereta dia mana ada kosong..
Sangat suka hati mak bapak sedara dia hoccay..

Yang ni masih jiran yang sama. Ini sangat buat aku hangin satu badan tak ingat punya.
Law apartment/kondo memang tak boleh bela haiwan. Kalau nak berladang ke nak menternak ke sila cari kawasan yang sesuai ok.. bukan kawasan yang tak sesuai macam ni.
Tapi jiran ni dah ternak kucing  kat sini daa.... bukan sekor, bukan dua ekor, bukan 3 ekor tapi berekor-ekor. kalau duduk dalam rumah diam-diam oklah, tak susahkan orang lain ni berkeliaran sana sini.
Yang sakit hati dia akan masuk dalam balcony depan rumah. terpaksalah aku dan jiran-jiran pasang jeriji yang lebih halus untuk elakan mahluk ni masuk. kalau dia masuk..lepas tu melingkar kat tempat kasut aku tinggalkan bulu, tinggalkan bau. tak suka...tak suka..
Itu oklah lagi. Yang paling marah bila kucing-kucing tu bersepah-sepah tinggalkan najis.
kadang-kadang tepi rumah aku, kadang-kadang kawasan tangga. Kadang-kadang depan rumah jiran aku.
Ya allah, masa  ni rasa darah naik kepala. Yang bestnya tuan kucing tu buat dek.. jer kalau lalu tempat kucing-kucing tu melepaskan najis.
Tak ada pun kata maaf, jauh sekali nak bersihkan. kalau korang...korang marah tak...???
Aku memanglah hangin.. tapi aku tak hangin kat jiran tu..aku meroyan kat Office JMB.
Minta kerjasama JMb uruskan. Tak kan korang tak bela kucing tapi korang kena buang najis-najis tu semua kan..bukan sekali tapi berkali-kali. Yang bela pun ada juga geli dengan najisnya lagi aku yang memang geli dengan kucing ni. haissshhh....

Kenapa aku tak nak bincang dengan jiran..?? mesti korang tertanya-tanya kan..
Sebabnya aku pernah nampak jiran ni mengaruk dengan jiran aku yang lain, puncanya aku tak tau.
Masa tu aku tengah nak magrib, bayangkan magrib-magrib jiran tu pergi meroyan.
Yang aku dengar bila anak dia suruh dia cool & dengar apa yang nak jiran sorang lagi tu bagi tau.
Memang satu tamanlah dengar suara dia mengamuk-ngamuk. Yang malunya jiran-jiran bangsa C**a
tengok geleng kepala, ntah apa dia meroyan magrib-magrib tu aku pun tak tau.
Tu lah sebab napa aku tak bincang. Orang macam tu memang tak nak mengalah dan tak nak dengar pendapat orang lain.

Yang alhamdulillahnya jiran-jiran aku yang lain bangsa C**a lebih cool. Lebih menghargai semangat kejiranan. Hidup berjiran memang kena jaga adab berjiran.
Lagi-lagi kalau duduk kawasan macam aku ni (apartment/kondo)
Jangan pentingkan diri sendiri. Esok-esok kalau suah ntah-ntah jiran ni lah yang akan tolong.

Minta-mintalah Allah berikan aku kesabaran lagi sebelum aku pindah.
Mudah-mudahan juga jiran aku ni di berikan hidayah Amin..amin...






Sunday 26 June 2011

Pesta Buku Selangor

Kali ni bertempat di SACC Convection Centre Shah Alam, Selangor berlansung pesta buku Negeri Selangor.
Bermula dari 24 Jun yang lalu hingga 3 Julai nanti. So sapa-sapa yang belum sempat pergi ada masa lagi seminggu lagi. cepat-cepat dapatkan buku-buku dengan harga yang menarik.

Ini penulis fevret. 
Buku-buku yang ditulis semua terkesan dalam hati

kak yati kalau ambil gambar mesti ada yang keja.. ha..ha..

3 Buku dari penulis Norhayati Ibrahim

Aduh.. !!! rasa remajanya bila baca novel he..he..

Yang lama tak tahu sapa pinjam tak pulang... Frusstttt...!!!
Ok, dah beli baru ganti yang lama

Akhirnya dapat juga buku ni walaupun dah lebih 10x baca ha..ha..
Selama ni pinjam adik punya.. pinjam..pulang..pinjam lagi.. pulang balik..
Kali ni beli sendiri he..he..



Saturday 25 June 2011

Tahniah Sepah


Maharaja Lawak dah pun tutup tirai..Lepas ni Jumaat malam Sabtu nak tengok apa ye.??
Rancangan apa yang gantikan Maharaja Lawak nanti ya.
Harap-harap biarlah rancangan tu boleh release tension macam rancangan Maharaja Lawak tu ek.
Korang puas hati tak Maharaja Lawak  akhir ni? 
Jujurnya, aku sangat puas hati baik dari persembahan atau keputusan
Lebih-lebih lagi persembahan Sepah sangat konsisten sejak awal lagi.
Apapun semua dah berakhir.
Semua boleh dianggap pemenang sebab berjaya sampai ke final

Tahniah Sepah.
Bangganya jadi orang JB, lagi-lagi Kulai kan.
Pheewiitt...!!! memang terbaiklah Sepah.
Sepah nampak cool bila buat persembahan, keserasian tu memang nampak ngam.
Tapi Sepah memang best.... 
Manisnya Kurma itu haaaa...!!!!! semput...

Mula-mula memang ingat Jozan yang Juara. Tapi malam ni agak kurenglah Jozan.
Tapi dia popular, pengundi ramai  tu yang yakin Jozan boleh menang.
Paling best masa Mael lambung dengan Muzikal tu phewww... terbaiklah..

Mula-mula Nabil memang best. Tapi lama-lama sangat bosan
Tapi yang last week dia buat pasal cd cetak rompak tu memang best
Ha..ha...

Apapun tak boleh..
ha..ha..
Part 2 yang dengan Zila Bakarin tu memang terangakat.
lawak gilosss..
Yang 1st tu pada akulah tak best sangatlah...

Ini cuma pendapat aku lah ya. tapi keputusan malam ni memang memuaskanlah. 
Nabil paling kaya ha..ha.. sebab tak payah share kemenangan dia tu kan..????





Thursday 23 June 2011

Air oh air


Pagi semalam masa tengok Malaysia Hari  Ini  ada hebahan pasal seluruh Damansara tak ada air.
Tapi tak bagi tau pulak kawasan mana yang terlibat.
Bila tengok kat twitter semua orang dok tweet pasal tak ada air ni. Kedai  Kota Damansara semua kehabisan baldi-baldi besar katanya. Ni mesti beli baldi besau nak tadah air.
Aku pulak masa ni masih kat JB. Haisshh... tuhan jer yang tau hati aku masa ni..suspen gilerr..
Ya lah katanya dari pagi 22/6 - 24/6. Lama tu.
Kalau tangki tu jimat-jimat pun boleh tahan 2 hari jer rasanya.
Aku terus lah call pengurusan apartment tanya berita ni sahih ker tak.
Sahih katanya..derang suruh aku simpan stokair..walaupun kawasan ni tak tau terlibat ke tak..
Dah lah we all mandi pakai shower, mana ada simpan stok air.
Huk..huk..sepanjang jalan sebelum sampai rumah macam-macam yang we all plan kan.
MH senang jer ajak dok Hotel & baju-baju hantar dobi.
Waaa....!!!! dah 3 hari kat hotel mau hotel lagi ker.. nak terbeluwerk dah ni..

Susahkan tak ada air.. dari tak ada air better tak ada elektrik.
Nak-nak macam aku ni. Sekejap-sekejap nak basuh tangan, sekejap-sekejap nak basuh muka.
Kalau panas mau berkali-kali mandi. Sampai rumah pukul 2, 3 pagi pun aku mesti nak mandi.
Kalau tak mandi tak boleh tido. Pas tu badan melekit kena aircon.. yerk..!!!
DR dah suruh aku kurangkan mandi malam tapi tak bolehlah..
Kalau aku kuar pukul 8 malam..pastu balik dalam pukul 10 sekalipun aku mesti nak mandi.
Apa lagi kalau sehari suntuk berjalan nak terus tido... memang buntanglah mata ni tak boleh tido selagi tak mandi.. MH kata pengotor tak mandi lepas sehari suntuk berjalan ha..ha..

Sebab tu aku susah hati kalau tak ada air.
Nak cuci muka..nak istinjak..nak wudu'..haisshh...sulit..sulit..
Kalau yang berdua pun rasa sulit apa lagi yang ada anak kecik kan..
Yang tengah period lagi kesian kan..
Setakat ni aku memang berjimat, Tanki masih ada stok..
Harap-harap esok semuanya selesai.
Aku belum mop rumah lagi sejak balik malam tadi. Belum basuh baju kecik-kecik hi..hi..
Belum sental bilik air (seminggu sekali memang aku buat)
Belum basuh tudung..belum bla..bla..bla.. lagi lah semuanya berkaitan air..

Air oh air...
Syabas diharap noticed tu tepatlah lain kali ya..

Teringat masa kecik-kecik dulu tahun 80-an.
Musim kemarau. Tunggu lori air sampai dengan baldi-baldi.
Sengsaranya masa tu tak terasa sangat sebab masih budak..sekarang...?????










Wednesday 22 June 2011

Rezeki


Sarapan pagi, 
Masa ni memang dah tak larat nak turun kat cafe, MH kata nanti dia tapaukan.
So aku ingat dia belilah kat depan hotel ni.
Rupanya dia order dari cafe. Kena paksa makan sebab nak makan ubat. Ikut tekak memang tak selera sangat. Tak habis.. tapi sambal dia yummy.
MH kata kat cafe ada lontong..wahh...sedapnya.
Terliur sangat dengar lontong tu..

Lepas makan ubat pagi, sambung tido balik. Biasanya lepas nebuliser lega, kali ni sambung makan ubat pulak.
Ubat tu buat badan menggigil. Batuk buat dada rasa sakit.
Bangun-bangun perut rasa lapar, lepas solat tekak teringin mee mamak.
Malas nak keluar, kepala masih cinoneng makan ubat.
So order jer kat cafe lagi.
Sedap.. rasa mamak sangat.  Kalau ada telor mata lagi yummy

MH balik lambat dari site. Plan tak nak makan nak tunggu MH balik.
Tapi kesan ubat agaknya kot perut lapar yang teramat, walaupun tekak tak berapa selera nak makan.
Order Fish n Chip jer.. simple.
Semua habis kecuali kentang goreng tak habis, berminyak kot tu yang tekak mual jer.
Alhamdulillah rezeki, walaupun tak sihat tapi ada rezeki untuk makan.
Kalau kat rumah makan nasi lauk kicaplah paling best kalau tak sihat ni.
Badan pun dah tak menggigil lagi. batuk dah kurang.
Mudah-mudahan esok sihat sepenuhnya. Kesian MH kalau aku demam.
Dia akan msg/call sekerap yang boleh.
Macam buat dia susah hati jer...takut nanti tak focus kerja.
Aku tak keluar lansung dari bilik ni, cuma sesekali aku dok tepi tingkap. Tengok JB dari tingkat 17.
Rindu sangat ngan MH & mak waktu ni.


Tuesday 21 June 2011

Lambakan lelaki di Pahang

Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena "Marriage squeeze" iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam usia perkhawinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.


Berasaskan Kajian Pendududk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci penduduk dan Perumahan 2010 oleh Lembaga Penduduk dan pembangunan keluarga Negara (LPPKN), menunjukan bilangan lelaki terbabit lebih ramai berbanding wanita.


Laporan itu juga, menunjukan bilangan lelaki dalam usia perkhawinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita. Manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang melebihi paras nasional 100 wanita.


Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasidari segi persaingan lelaki untuk mendapat pasangan hidup.
"keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan
pada masa akan datang" katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) di Wisma Negeri disini.


Beliau juga berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkhawinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan pasangan, sekaligus, menyumbang kepada isu kahwin lewat dikalangan lelaki.


Selain itu kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada tahun 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan nisbah satu warga asing bagi setiap rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.


SUMBER BERITA HARIAN 21 Jun 2011

" Lambakan lelaki di Pahang, lepas ni mana-mana yang nak cari atau susah nak jumpa calon lelaki yang baik boleh cuba di Pahang. mana taukan jumpa calon yang baik, calon yang diimpikan.. sapa tahu kan..
Usaha tangga kejayaan he..he.. Kebarangkalian penghijrahan wanita ke luar pahang mungkin menyebabkan kurangnya wanita di Pahang. Erm..selama ni kita dengar nisbah perempuan lebih tinggi dari lelaki kan..
kali ni lelaki melebihi perempuan pulak..."

Ada yang berminat mencari jodoh lelaki Pahang..???

Maharaja Lawak

Aku suka giler dengan Maharaja Lawak ni walaupun tak mengikuti Raja Lawak.
Ada tak ada yang aku kenal Jozan, Sepah (sebab dia org Johor ya)
dan Nabil (sebab dia couple ngan Irma dulu) yang lain tak kenal lansung.
Walaupun Jambu tu aku minat tapi cuma tau bila dia masuk Maharaja Lawak ni jer.
(Aku jarang tengok TV sebenarnya ha..ha..)

Minggu ni Final. Tak sabar nak tengok. Pada pendapat aku semua yang masuk Final ni memang lawak dan berbakatlah. Cuma ralatnya bila R2  tersingkir minggu lepas. Padahal R2 pun bagus dan bersahaja lawaknya.
Walaupun ada masa lawaknya tak sampai, tapi aku rasa ramai yang frust bila R2 tak dapat masuk final kan.
Kalau R2 masuk lagi meriah kan..???

Pilihan peribadi aku..???
He..he.. Jozan, Sepah dan Jambu. Ni tak ikut urutan ya.Cuma senarai top 3 ni lah pilihan aku.
Apapun kita tunggu malam Final nanti.
Harap-harap lagi pecah urat perut malam finale nanti ya..

Peace yaww....!!!!!

Dari minggu pertama sampai minggu sebelum finale baju-baju Jambu semua warna dark pink 
@ merah jambu. sangat shomell hoccay..

Mail lambung & Abang Rozi tiger...
adehh..!!! tak boleh blah lawaknya

Masa malam muzikal. Shuib pakai gaun labuh wallahh...!!!
tergolek-golek ketawa..
"kau diam peah..kau diam peah..." ha..ha..
Kelas kau maria...

I'm Sorry
Sorry banyak-banyak ya tak minat bukan sebab dia tak lawak tapi
atitude dia agak kureng dengan judge tu buat lagi dot...dot..dot..
I'm Sorry banyak-banyak yerk....





Laksamana Sunan

Sangat jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan yang sentiasa basah lidahnya
dengan zikrullah. Kagum dengan ketaatan laksamana sunan pada Allah dan rasulnya.
Subhanallah...Indahnya watak laksamana Sunan ni. Sampai aku terbawa-bawa diluar pembacaan.
Digambarkan sebagai pemuda yang sederhana tetapi kaya dengan kecintaan pada Allah dan rasulnya.
Handal bersilat menentang musuh dan taghut durjana.
Sentiasa berpuasa, bukan saja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi berpuasa dari berkata yang tidak perlu,
berpuasa mata dan lidah.
Sangat setia dengan cintanya walaupun dikhabarkan isterinya Sang Ratu telah terkorban.
Digambarkan juga pahlawan kurun ke 15 ini berasal dari Punggur.
Punggur salah satu kawasan dibahagia Rengit Batu Pahat.

Bila baca buku ni aku dapat gambarkan tempat tu sebab inilah tempat aku bermain satu masa dulu.
Tempat ni dekat dengan kampung Nenek tempat aku membesar.
Ya allah kalau lah aku si Haryani yang hidup diabad 21 tetapi merasa kehidupan di kurun ke 15 sungguh bertuahnya diri. Dapat bersama panglima yang sangat dikagumi semua orang waima musuhnya sekalipun.
Kalaulah ini cerita benar..alangkah bagusnya.
Tetapi..jika ia cuma imaginasi penulis sekalipun Alhamdulillah.
penulis berjaya mencipta watak yang sangat berkesan di hati pembaca. Tahniah.
Terasa kepuasan membaca dengan ilmu dan pengajaran yang cukup sarat didalamnya.
Pada mereka yang tak minat cerita kepahlawanan agak susah nak menerima.
Tapi percayalah bila baca buku akan terus jatuh cinta.

"Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama.. Ibarat mutiara di lautan biru.. Saujana mata memandang.. Seluas langit terbentang.. Tatkla cinta berbisik.. Suaranya memuji tuhan.. Apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan.. Sampai masanya cinta jadi taruhan.. Sang Ratu menjadi impian...."

Mushaf panglima Sunan untuk isterinya Ratna Sang Ratu yang sangat dikasihi...

5 rangkaian buku yang mengisahkan Laksamana Sunan








Alhamdulillah

Alhamdulillah..selamat sampai JB, walaupun agak lewat.
Sebelum gerak tadi singgah klinik dulu. Badan rasa macam tak sihat.
Batuk & selesema
(kena berjaga-jaga bila batuk & selsema sangat mudah nak dapat athma)
Tak naklah tengah-tengah MH kerja aku sakit, nanti sangat menyusahkan dia.
Tu yang awal-awal jumpa DR.
Terus DR suruh buat nebuliser sebab paru-paru aku banyak lendir.
Rasanya 2 bulan lepas aku baru buat. Kali ni aku rasa aku banyak minum ais.
Kan sekejap tu panas cuaca panasa sangat ya ampun.
Biasa pagi-pagi air panas, bila cuaca panas tekak kering pagi-pagi dah hadap rebena sejuk.
Memanglah ais buat sendiri & masuk pun dalam 3 ketul jer.. tapi kalau dah sehari berapa gelas tak banyak ker..?? Kena pulak sesekali minum cendol atau abc, best sekejap jer.. pastu..??
Aku jarang minum ais sangat. Lagi-lagi kalau kat luar tu. sure punya ais tu tak masak.
Tapi kehendak tekak memang ada masa tak boleh tahan.

Lepas makan ubat, lepas nebuliser. Alhamdulillah. Rasa lapang jer bila bernafas.
Masa ni janji memang tak mau dah ais.
Tapi esok-esok bila kena panas terik yang dicari ais juga.
Kesian MH dia selalu susah hati kalau aku athma.
Depan dia memang tak minum ais..belakang selalu curi-curi minum.

Apapun dah selamat sampai JB. MH pun dah bubuk..
Aku layan mata jap (membacalah apalagi...)
kalau buku dah terhempap muka, tertidurlah tu he..he..







Monday 20 June 2011

Dah habis...

Last week khamis last episod untuk Nora Elena. Hari ni episod pertama untuk Dewa Cinta.
Jujurnya aku tak ikut pun drama Nora Elena yang jadi fenomena hangat tu.
Walaupun sana sini orang galak bercerita tentang si SETH tu, aku memang tak tergoda.
Macam-macam komen yang aku baca tentang drama ni. Ada yang negatif ada yang positif.
Apapun drama tu dah habis pun..

So petang ni sapa yang free boleh lah layan Dewa Cinta ni.
Ada fasha Sanda, ada iqram Dinzly ad sapa lagi ek..ha nak tau silalah tengok yer..

(Kan bagus kalau drama ni ikut waktu lama 6.30 - 7.30 macam dulu. Nak tengok pun senang hati.
lepas solat ada waktu nak mengaji.. Erm.. TV 3 sila ambik perhatian yer...  he..he..)

Cantik pelakun yang jadi Nora Elena ni


Rumah baru

Tajuk macam poyos jer kan ha..ha..
Ni bukan rumah yang duduk tu ya..
Ni just rumah baru berry jer..
Kesian berry aku ni dah 6 bulan duduk kat rumah lama jer..
Rumah simple yang aku tak berapa nak suka sangatlah.
Tadi masa kat Sunway Pyramid jumpa Bery punya rumah yang aku suka sangat.
Cantik..walaupun colour  tak sama sangat ngan berry tu tapi santeeekkkk... sangat.. he..he..
 
Pheeewitt...!!!

Suka sangat 

Ini rumah lama.. bye..bye darling sampai sini jer ya jodoh kita

Gift Fathers Day

Memandangkan we all belum ada anak lagi, maka tiada acara sambutan Hari Bapa.
MH pun tak nak, katanya tunggu kalau ada rezeki dia jadi Daddy nanti.
Tapi adalah wish manja-manja sempena Fathers Day ni. Cuma tak ada present untuk MH.

Masa tengah jalan-jalan kat Sunway tiba-tiba ada orang wish MH 
"Happy Father Day Encik.." terus dia hulur Auntie Anne 2 bungkus.
He..he.. itu fevret saya dear.. 
Thanks Auntie Anne..




Sunday 19 June 2011

Jumpa kawan lama

Petang tadi (sabtu) majlis cukur jambul anak kawan aku Aisyah.
Dah janji dengan kawan-kawan satu sekolah rendah dulu ajak datang.
Ala-ala reunion jugalah.. walaupun ada yang tak dapat datang.
Actually majlis marhaban tu pagi, tapi we all decide datang petang dalam pukul 3.
Masa ni tuan rumah dah tak busy sangat, so bolehlah sembang lama sikit he..he..
Seronoknya sembang bila lama tak jumpa. masing-masing bawak 3 handbeg.
Aku jer yang masih bercinta ha..ha..
Padahal bukanlah jauh sangat pun rumah kami ni, cuma masing-masing ada komitment tu yang susah nak jumpa.
Ada rezeki memang nak ajak kawan-kawan lain semua jumpa.
Nak gelak puas-puas ingat cerita lama-lama dulu ha..ha..
Memorikan ...


With Fara & Arfifah

Masing-masing dah ada handbeg, meriah...

Dengan Fara dah jumpa masa raya kelmarin

Met after a long 22 years
Tak berubah lansung si Arfifah

Dengan Tuan Rumah Aisyah & baby 

kami sekelas masa sekolah rendah he..he..

Semua gambar macam tak bergerak..
almaklumlah semua dah berat jadi setempat jer lah ha..ha..


Selamat Hari Ayah

Selamat Hari Ayah buat Ayah Mohd Sharkawi Hj abdul Hamid. Juga buat bapa mertua
Hj Juahir Sharif.
Semoga dirahmati dan berikan kesihatan yang baik.
Amin..amin..

Mohd Sharkawi Hj Abdul Hamid

Hj Juahir Sharif


Saturday 18 June 2011

My Nina

At Satay Station Ampang

Kepanasan minum hot milo

Jusco AU Keramat

Stacy


peace







Nina yang friendly..tak takut atau malu walaupun pertama kali jumpa




Dia punya cerewet pakai key ni kalah bila dia nak settle kan rambut dia

Wayang

Nina & ayah Nina

Bowling

Sejak umur 5 tahun dia dah pandai operate komputer. 

Jatuh katil masa tido..kesian..

Scarf baru, mak long belikan he..he..


muka merajuk sebab kasut baru dia melecet

Uptown Danau Kota

Ibu Nina

Baru nak senyum

Gedik

Nina & Ibunya

Nina teringin naik keretapi...tak dapat keretapi Komuter pun jadilah he..he..

Tunggu train nak ke KL Central
Ayah Nina excited naik komuter.. dia kata menyeramkan ha..ha..


KLCC

KLCC 
Nina & Ayah

Terminal bas susah ha..ha..

Masa ni Nina nyanyi lagu Singapore ha..ha..semua orang tengok

 Nina kata dia comel 



Nina with mak Long
Love Nina....