Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 21 June 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah..selamat sampai JB, walaupun agak lewat.
Sebelum gerak tadi singgah klinik dulu. Badan rasa macam tak sihat.
Batuk & selesema
(kena berjaga-jaga bila batuk & selsema sangat mudah nak dapat athma)
Tak naklah tengah-tengah MH kerja aku sakit, nanti sangat menyusahkan dia.
Tu yang awal-awal jumpa DR.
Terus DR suruh buat nebuliser sebab paru-paru aku banyak lendir.
Rasanya 2 bulan lepas aku baru buat. Kali ni aku rasa aku banyak minum ais.
Kan sekejap tu panas cuaca panasa sangat ya ampun.
Biasa pagi-pagi air panas, bila cuaca panas tekak kering pagi-pagi dah hadap rebena sejuk.
Memanglah ais buat sendiri & masuk pun dalam 3 ketul jer.. tapi kalau dah sehari berapa gelas tak banyak ker..?? Kena pulak sesekali minum cendol atau abc, best sekejap jer.. pastu..??
Aku jarang minum ais sangat. Lagi-lagi kalau kat luar tu. sure punya ais tu tak masak.
Tapi kehendak tekak memang ada masa tak boleh tahan.

Lepas makan ubat, lepas nebuliser. Alhamdulillah. Rasa lapang jer bila bernafas.
Masa ni janji memang tak mau dah ais.
Tapi esok-esok bila kena panas terik yang dicari ais juga.
Kesian MH dia selalu susah hati kalau aku athma.
Depan dia memang tak minum ais..belakang selalu curi-curi minum.

Apapun dah selamat sampai JB. MH pun dah bubuk..
Aku layan mata jap (membacalah apalagi...)
kalau buku dah terhempap muka, tertidurlah tu he..he..







2 comments:

shila said...

kat Jb sampai bila.... ingat nak jumpa kawan ita tu lah... nak try wat facial resdung... kita pun dah lama tak jumpa kan... sejak ita pndah dulu...:-(

Balqis Nazid said...

Shila Insyallah ya ada masa kita jumpa. Kali ni datang JB x sihat lah..
Nanti kita buat resdung untuk shiela kay..