Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 21 June 2011

Laksamana Sunan

Sangat jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan yang sentiasa basah lidahnya
dengan zikrullah. Kagum dengan ketaatan laksamana sunan pada Allah dan rasulnya.
Subhanallah...Indahnya watak laksamana Sunan ni. Sampai aku terbawa-bawa diluar pembacaan.
Digambarkan sebagai pemuda yang sederhana tetapi kaya dengan kecintaan pada Allah dan rasulnya.
Handal bersilat menentang musuh dan taghut durjana.
Sentiasa berpuasa, bukan saja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi berpuasa dari berkata yang tidak perlu,
berpuasa mata dan lidah.
Sangat setia dengan cintanya walaupun dikhabarkan isterinya Sang Ratu telah terkorban.
Digambarkan juga pahlawan kurun ke 15 ini berasal dari Punggur.
Punggur salah satu kawasan dibahagia Rengit Batu Pahat.

Bila baca buku ni aku dapat gambarkan tempat tu sebab inilah tempat aku bermain satu masa dulu.
Tempat ni dekat dengan kampung Nenek tempat aku membesar.
Ya allah kalau lah aku si Haryani yang hidup diabad 21 tetapi merasa kehidupan di kurun ke 15 sungguh bertuahnya diri. Dapat bersama panglima yang sangat dikagumi semua orang waima musuhnya sekalipun.
Kalaulah ini cerita benar..alangkah bagusnya.
Tetapi..jika ia cuma imaginasi penulis sekalipun Alhamdulillah.
penulis berjaya mencipta watak yang sangat berkesan di hati pembaca. Tahniah.
Terasa kepuasan membaca dengan ilmu dan pengajaran yang cukup sarat didalamnya.
Pada mereka yang tak minat cerita kepahlawanan agak susah nak menerima.
Tapi percayalah bila baca buku akan terus jatuh cinta.

"Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama.. Ibarat mutiara di lautan biru.. Saujana mata memandang.. Seluas langit terbentang.. Tatkla cinta berbisik.. Suaranya memuji tuhan.. Apabila rindu terusik.. Rasulnya menjadi pilihan.. Sampai masanya cinta jadi taruhan.. Sang Ratu menjadi impian...."

Mushaf panglima Sunan untuk isterinya Ratna Sang Ratu yang sangat dikasihi...

5 rangkaian buku yang mengisahkan Laksamana Sunan








3 comments:

shila said...

dah baca memang sentiasa teringat watak laksamana sunan tu.... best kalau dapat yg cam tu.... vveerangan jer bolehkan... eerrmmm... :-)
yg pasti bg shila buku2 RAM memaang d best...

Balqis Nazid said...

ha..ha.. shila panglima sunan kita tu lah Si nazid..
kalau dia tgh solat memang admire habis.. nak-nak dia mengaji lepas tu ahakss...

shida said...

salam...
beberapa hari lepas shida ada copy gambar anda..maaf sangat..mohon izin share ye...:P

shida pon meminati novel RAM nie...skrg tgh baca Cinta Sufi..lg skit nak habis..hehe...
jmput sggah..
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/laksamana-sunan-di-layar-perak.html