Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Dari hati...


Tiba...tiba...

Tergelak bila Si A msg si B, 
Bagitahu jangan terlalu percayakan si C, 
sebab si C ini bahaya orangnya.

Sedangkan dahulunya pada si C nilah si A share semua rahsia si B yang diamanahkan pada si A.
 Rahsia yang dah tak rahsia lagi.
Tiba-tiba si A kata si C ni bahaya pulak.. 
Dan akhirnya semua rahsia si C ni pulak dikongsikan dengan  yang lain.
Padahal dengan si C jugaklah dulu dia berkongsi rahsia 
D, E, F, G, H, I, J, K, L , M, N, O, P, Q,
Sekarang lain pulak ceritanya..
Sapalah sebenarnya yang suka sampai menyampai ni ek..
Dan
Siapalah yang bahaya sebenarnya ya... ha..ha..

Jangan tanya orang
Tapi..
Tanya diri diri sendiri banyak mana dosa pahala kita hari ini.
Rupa memang tak boleh diubah tapi perangai kita boleh diubah.
Insyallah...













Saturday, 13 July 2013

Dari hati....



Bila kita bercerita masalah atau rahsia kita pada seseorang 
itu tandanya kita percayakan dia untuk berkongsi rasa apa yang kita rasa..
Tapi.. 
Bukan bermakna pendengar tadi boleh berkongsi rahsia atau masalah kita dengan orang lain. 
Dan..
Boleh dijadikan bahan sindiran atau umpatan.

Jom sama-sama muhasabah diri kita.
Berapa banyak rahsia atau masalah orang yang kita dah jaja atau kongsi dengan orang lain.

Renung-renungkan dan selamat menjalani ibadah puasa



Wednesday, 10 July 2013

Dari hati..


Allhamdulillah..
Akhirnya Ramadan yang dinanti datang juga..

Ya Allah..
Permudahkanlah Ramadan kami.
Permudahkanlah Ibadah kami.
Permudahkan Iman kami.
Permudahkan amalan-amalan kami.
Permudahkan duniawi dan ukhrawi kami.
Amin...amin....





Saturday, 6 July 2013

Kata Ustaz Kazim


"Mudahnya mengata orang lain.
Mudahnya menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Mudahnya memandang rendah pada orang lain.
Semua yang dia tak suka semuanya buruk, lansung tak nampakkebaikan.
Kalaulah kita perhati dan muhasabah dirisendiri,
Alangkah banyaknya kekurangan diri.
Itulah manusia...
yang tertipu dengan diri sendiri.
Kagum dengan diri orang lain yang buruk.
Yang baik cuma dirinya sahaja.
kesian..."


Mudah-mudahan kita dapat kebaikkan dengan kata-kata Ustaz Kazim ni.

Pandang diri sendiri sebelum kita tuding kesalahan pada orang lain.
Tanya mulut kita..
 Kata-kata apa yang kita dah sebarkan pada orang lain yang entah betul atau tak.
Tanya jari-jari kita..
Yang galak menaip cerita keburukkan orang lain yang akhirnya menjadi fitnah.
Tanya diri kita 
Tak malukah kita yang gigih bercerita tentang indahhnya berbuat baik tapi hakikatnya kitalah juga yang mencipta dosa dengan cerita yang tak tahu kebenarannya.
Tanya akal kita.
Tak rasa bersalahkah... 
Bila kita dilihat insan yang sangat tawaduk tapi hakikatnya
cuma kita yaang tahu diri kita bagaimana.
Fikir-fikirkanlah.









Friday, 21 June 2013

Malas


Pernah jumpa orang malas..?
Saya pernah dan selalu jumpa.

Saya tak kisah kalau mereka ni nak pemalas.
Tapi saya kisah kalau mereka ni pengotor dan pemalas kat tempat orang.
Tak kiralah rumah sapa..
Rumah mertua ker.. Rumah makcik ker.. Rumah Nenek ker..rumah kawan ker..
Janganlah tunjuk sangat perangai malas tu.
Cawan sebijik minum pun berat tulang nak basuh.
Apalagi kalau kat sinki berlonggok pinggan.
Buat-buat tak nampak jer..
Kalau basuh pun bukan mati pun kan..??
Tak kan nak rajin rumah orang pun malu..?
Tu bukan malu tu mengada-ngada namanya.
Seriaus  ( eja pun salah) Serius saya menyampah dengan orang pemalas ni.
Dahlah pemalas.. Pengotor pulak tu..
Eeeeeiii...!!! Geramnya...

Ada pulak yang habitnya bangun tidur aja biar tilam tak berkemas.
Toto tak berlipat. Selimut melonggok.
Bantal bersepah..
Eh..!! Tak sakit mata ker..?
Tak malu dengan orang malulah dengan diri sendiri

Kitakan perempuan.. 
Apalagi kalau kita ada title Isteri.
Malulah sikit jangan pemalas sangat.
Kalau sampai kena tegur diri sendiri yang malu kan.??
Takut-takut sentap pulak kena tegur.

Saya selalu bayangkan macamanalah
keadaan rumah orang pemalas & pengotor ni.
Dapurnya..?
Sinkinya..?
Biliknya..?
Apalagi bilik airnya...
Kalau dah kat rumah orang malas & pengotor apalagi kat rumah sendiri.
Apalagi rumah sendiri..
Sapa yang nak marah kalau sinki penuh sampah las basuh pinggan.
Sapa nak tegur kalau tak kemas tempat tidur.
(Senang agaknya malam nak tidur lagi)
Sapa nak kisah kalau bilik air berlemuih.
Sapa pedulikan kalau lepas masak dapur berminyak.
Sebab dah terbiasa malas jadi serba serbi pun malaslah.

Erm..sapa-sapa yang rasa dirinya malas tu sila rajin-rajinkan diri ya.
Takut nanti orang mengata dengan kemalasan kita tu.
Kalau kita rajin diri sendiri juga yang untung.
Orang pun suka dengan kita.
kan..??

*biar berat mulut dari berat tulang *












Friday, 17 May 2013

Muhasabah diri

Salam Jumaat
Peringatan untuk diri sendiri.


Kesal dengan segelintir manusia yang sangat hipokrit.
Katanya selalu melunakkan kita dengan kebaikkan.

Tapi...
Hakikatnya..
Rahsia kita dijaja satu teman ke satu teman yang lain.
Aib kita dipersembahkan satu persatu kepada umum.
Yang tiada diada-adakan.
Kalau sudah tahu hebatnya dosa memfitnah..
Kenapa mesti memfitnah..?
Apa perlunya hebahan pada teman-teman lain tentang sesuatu yang tak pasti..?
Seronok agaknya..

Seronokkah kita bila orang tak akan maafkan kita..?

Bila orang tak maafkan kita jangan salahkan orang.
Mereka ada hak untuk memaafkan atau tidak.

Selalunya.. tak perlu tunggu hingga hari pengadilan.
Sebab bila kita nak pergi beribadat di Tanah Suci 
 baru kita kesal apa yang pernah lakukan.
baru kita cari orang yang pernah kita umpat keji & fitnah.
Itulah resam dunia.

Bila kita minta ampun dengan Allah atas dosa-dosa kita
memadai kita berbisik-bisik waktu berdoa..
waktu mohon keampunan..
Antara kita dengan Allah sahaja yang tahu apa yang kita mohonkan...

Tetapi..
Dosa kita dengan saudara kita yang lain..
Fitnah kita pada saudara kita..
Umpat keji kita pada orang lain..
Kita perlu beritahu pada tuan punya badan.
Kalau dia tak maafkan sanggupkah kita pikul dosa kita hingga ke hari pengadilan nanti..

Subhanallah...

Biarlah orang tak tahu kebaikkan kita tapi Allah maha mengetahui.
dari..
Sibuk mencanang kebaikkan diri sendiri hakikatnya..
Allah maha mengetahui..










Tuesday, 24 July 2012

Nikmat bersedekah

Daripada Abu Hurairahra, berkata.

Aku dengar Rasulullah saw bersabda
"jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir"

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan tuhan dan sedekah sedekah terang-terangan itu penghadang neraka
(Al-hadith)

Bersedekahlah kamu keatas dirimu, dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada kemampuan, bacalah satu ayat kitab allah,
kalau tidak tahu membacanya,maka berdoalah kamu kepada mereka minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka.

Janganlah kamu menghinakan berbuat kebajikan walau sedikit sekalipun,
bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah akan sedekah. 
Apabila datang peminta sedekah kepada mu jangan ditolak dengan jahat, walaupun sedikit.
Berbahasalah dengan manis muka, jangan mencaci, jangan menengking kepada peminta sedekah,
kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar daripada pahala sedekahmu itu,
separuh daripada hartamu.

Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmat rezeki kepadamu.

Barang siapa menegking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat nanti (Al-hadith)

Kata Ulamak, Sedekah itu 10 kepujian,

5 didunia
  •  mencuci hartanya
  • mencucikan badannya
  • menolak baladan penyakit
  • mengembirakan orang miskin dan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • berkat hartanya dan Allah luaskan pintu rezekinya
5 diakhirat
  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian siratal-Mustaqim
  • Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan




Saturday, 21 July 2012

Dari hati...

Tak perlu kaya raya untuk kita bersedekah, tak perlu harta membukit baru kita nak membantu.
Tak perlu juga emas membukit baru kita nak berkongsi apa yang kita ada pada mereka yang kurang berkemampuan. 

Bersedekah juga tidak perlu sampai membebankan diri kita, 
seadanya dengan kemampuan kita.
Kalau tidak mampu dengan harta, 
bersedekah buku-buku yang boleh dimanfaatkan juga akan berkekalan
 amalan kita sehingga kita mati.
Apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan kebaikan dikira sedekah dan amalan itu 
akan membantu kita diakhirat kelak.

RM 10 mungkin nilainya sangat kecil, tapi jika 10 orang atau 20 orang yang 
memberi RM 10 nilai itu akan bertambah banyak dan jika 100 orang yang bersedakah 
RM 10 seorang, tentu berganda-ganda nilainya nak dibandingkan
 dengan RM 10 yang kita beri tadi kan.
Dengan adanya laman sosial seperti twitter dan facebook mudah untuk kita mengajak
sahabat-sahabat kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan bantuan.

Rangkaian laman sosial sangat membantu dalam keperluan seperti ini.
tetapi sesetengah mereka sangat mudah melabel orang berlagak bila mereka
 buat status yang mengajak 
sahabat-sahabat lain berbuat kebajikan. 
Kalau kita tidak hebahkan bagaimana orang lain tahu dan mahu membantu..?
kalau kita tidak letak status di facebook atau twetter
bagaimana kita nak kita nak sebarkan untuk orang lain tahu..?
Kalau yang RM 1 boleh menjadi RM 100 kenapa tidak kita mewar-warkan..?
Sombongkah orang-orang yang menulis status kerja-kerja kebajikan tu..?
Berlagakkah mereka-mereka yang mengajak sahabat-sahabat lain membantu mereka yang 
perlukan bantuan ini...?

Kenapa perlu ada kata-kata..
"baru buat amal sikit dah canang satu dunia..."
ataupun
"berlagak sangat baru tolong orang sikit"
tak pun
"sibuk nak tolong orang, padahal keluarga sendiri susah"

Kenapa ya senang-senang nak dapat dosa free, 
sedangkan dengan menyebarkan dan berkongsi status tadi juga 
kita dapat pahala.
Lebih suka dapat dosa agaknya dari pahala.




Mudahnya lidah kita menjatuhkan hukum kepada mereka yang ingin berbuat kebaikan.
Kalau kita tidak mahu membantu jangan senang-senang jatuhkan hukum
hingga boleh menyebabkan fitnah,
kalau kita tidak mahu saham akhirat jangan memperlecehkan mereka yang mahu membantu.
Kalau hati kita tidak ingin membantu mereka dengan kewangan tolong doakan misi mereka berjaya.

Berapa pun yang kita bantu, itulah kemampuan kita.
Tak semestinya kita susah, keluarga kita susah kita tidak boleh berbuat kebaikan
dan membantu orang lain.
Kenapa mesti kita tunggu duit bertimbun baru nak membantu.
Kalau kita cuma punya sebatang mancis, tetapi dengan sebatang mancis itulah yang 
menghidupkan sepuluh batang lilin
tidakkah kita sedar yang itu juga dikira sedekah.
Apatah lagi lilin tadi digunakan semasa surau atau masjid yang terputus bekalan elekktrik
Besar sangat konsep bersedekah ni kalau kita nak bincangkan.
Sampaikan senyum juga dikira sedekah.

Jangan terlalu mudah mengata takut-takut insan-insan inilah yang akan membantu kita satu hari nanti
Kita tak tahu esok lusa nasib kita macamana.
Kalau bukan kita mungkin anak kita..mungkin cucu kita..
siapa tahukan..
Kalau bukan wang yang kita perlukan, mungkin kita perlukan orang yang akan mengangkat jenazah kita untuk keliang lahat.
Sebab jenazah kita tak akan bergolek sendiri masuk liang lahat.

Fikir-fikirkan...








Tuesday, 18 October 2011

Aagym Nastiar

Saya sangat minat dengan Aagym atau lebih selesa dipanggil A'a ni.
Cara dia menyampaikan dakwah dan mengajak orang sekelilingnya berdakwah sangat sempoi. Menggunakan bahasa yang santai dan sangat mudah difahami.
Tidak ada kesombongan kala dia berbicara tentang agama, walaupun dia punya kepandaian dalam hal-hal agamanya...
Dilahirkan di Bandung, jawa Barat pada 1962, dan berumur 49 tahun seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku, penerbit, pengusaha dan pendiri Pondok Pesantren Darut Tauhod di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung.
A'a digelar Britney spears dalam Islam.
Mempunyai minat dalam motor besar dan mempunyai Kawasaki Eliminator hitam.
Selain hobi menyelam, menembak, payung terjun, menyanyi lagu country dan berkuda.
He..he.. siapa kata pendakwah tak boleh menunggang motor besar kan...??
Masa saya ke Bnadung tahun lepas, seorang rakan ada menunjukan pesantren yang dimiliki A'a ni.
Teruja sangat rasa nak jer singgah, lagi-lagi masa tu semua penuntut-penuntut baru habis kuliah.
Insyallah ada rezeki datang Bandung lagi nak sangat singgah  solat kat pesantren ni..Amin..

Kalau sesiapa ada Twitter boleh follow A'a kat Twitter.
Saya sangat suka baca kata-kata di Twitter, bila pelbagai rasa datang dalam jiwa ni, rasa tenang jer dapat baca kata-kata A'a di Twitter.

















Friday, 5 August 2011

Dari hati seorang Isteri

Bulan ni genap 3 tahun aku jadi suri rumah sepenuh masa.
Allhamdulillah..
Walaupun awalnya sukar nak terima kenyataan, tapi lama kelamaan ia jadi keseronokan
walaupun ada masanya perasaan nak bekerja tu sangat kuat.
3 tahun ni jugalah jemari ni agak jarang melakar wajah-wajah yang minta di rias.
Oohhh...rindunya, rindu sangat nak buat muka orang jadi semakin indah.
Bukan tak ada permintaan, agak sukar kadang-kadang nak penuhkan permintaan bila aku duduk KL.
Kebanyakannya mereka yang mahukan aku di JB. Tak berani nak janji takut-takut aku tak dapat tunaikan.
(kebanyakan hari-hari aku ikut MH outstation)
Ada yang sanggup nak bayar double, tapi memang aku tak berani.
Kesian 3 beradik yang tiap-tiap tahun make up dengan aku untuk dinner tu.
Tak apalah rezeki kawan-kawan aku juga bila aku rekmenkan diaorang.

KL...
Awalnya memang ada perancangan. Tapi belum lagi terlaksana lagi impian ni.
Mungkin tahun depan mana tahu kan..

Rindu..rindu zaman kesibukkan aku dulu, rindu zaman kepenatan mengejar masa.
Rindunya nak bermain dengan warna.
Bila puasa, sibuk dengan mereka yang nak beraya dengan rambut baru.
Teringat bulan puasa tahun 2007, hampir tiap-tiap hari aku tidur lepas subuh.
Ramai yang nak rebonding & colour rambut masa ni, letih sangat-sangat tapi aku suka bila mereka puas hati.
Rasa masa ni muka aku tak terurus sangat. Muka sangat-sangat kepenatan.

3 bulan sebelum aku pindah KL, aku masuk bidang baru.
Seronok juga, tapi kerjaya lama masih aku tak tinggalkan.
penat itu lumrah, tapi kepuasan dan pengalaman tu yang mahal harganya.
Kerja dalam bidang baru, pengalaman baru.
Cuma aku agak sedikit rimas dengan suasana sekililing aku masa tu.
Jadi perhatian macam orang buat kesalahan jenayah.. haisshhh..!!!
Hari ni ada yang tanya " eh jam baru ek..." (bila aku asyik tukar-tukar jam)
Esok "eeiii..cantiknya lipstik..." (bila aku pakai gloss warna garang)
Lusa " dah sebulan lebih kerja, baju tak rolling lagi ek, banyaknya baju"
(yeeee...baju saya memang banyak 3 bulan belum tentu habis rolling...kenapa...???? )
Tulat "You ni macam 2nd wife lah...nampak mewah jer..ada orang bela ek...??"
(yang ini sangat menyakitkan hati Hoccay, kesian Chenta hati tau...)
Macam-macamlah derang ni..awal-awal rasa tertekan..
Lama-lama aku biarkan jer.. ngumpatlah aku gundik ker...orang bela ker..
ada skandal ker..tak luak pun ha..ha..

Bila duduk rumah teringat pengalaman-pengalaman tu semua rasa nak bekerjaya semula.
Rasa nak sangat bangun pagi buru-buru kejar masa nak ke tempat kerja,
Cukup waktu sibuk nak lunch kat mana..
Tersengguk-sengguk kat office mengantuk,
Tertengok-tengok jam nak punch out..
Manisnya masa tu kan...

Tapi Suri rumah pun kerjaya juga, Kalau ikhlas Insyallah rewardnya pun bagus walaupun lambat.
Suri rumah bukan kerjaya kelas bahawan ya..
Tolong betulkan pandangan sinis anda semua ya. paling menyampah bila suri rumah selalu dikaitakan dengan tidur siang. Ishhh...!!! asal dok rumah tak kerja jer membuta..asal suri rumah jer tido sepanjang hari.
Aku masih bangun waktu yang sma masa kerja dulu & sangat jarang tidur siang kecuali sakit.
Tak semua tak kerja tu membuta jer ya..menyampah ayat ni tau.
Ada yang duduk rumah lagi mewah rasanya, cukup bulan masih boleh shopping,
boleh holiday, dapat elaun lagi.
Tak perlu kejar-kejar masa, tak perlu mengeluh kesah kepenatan..
Tak nak stress, yang pasti aku enjoy sesangat.
So far belum lagi rasa kebosanan tahap gaban.
Banyak aktiviti yang boleh buat, macam bayar baliklah apa yang tak dapat buat dulu.
Kalau dulu lepas jer buka terus magrib & mengaji, belum siap dah ada orang tunggu nak buat rambut.
Sekarang, lepas mengaji boleh terawih dengan tenang. Boleh mengaji dengan lapang tak ada apa nak kejar lagi masa ni. Dalam masa 20 hari puasa dah khatam & ulang balik..
Allhamdulillah..Ini juga rezeki yang Allah beri Amin..amin..

Hari-hari biasa pun masa cepat jer, walaupun tak bekerja.
Lepas Zuhur sambung mengaji tak sedar dah asar,
petang masak (kalau mood rajinlah he..he..)
dinner solat jemaah dengan MH, sambung mengaji sementara tunggu isya'
tengok TV sesama, ada masa keluar dating..
Seronokan...??
Sebab tu bila orang tanya tak bosan ker duduk rumah tak kerja tak ada anak pulak tu..
Aku tak pernah jawap "bosan.."
Untuk setakat ni Allhamdulillah belum bosan.. esok-esok kalau Allah nak ubah hati aku jadi bosan sapa tahu kan...

MH nak bagi yang terbaik.. walaupun aku penat merengek nak kerja dia tetap kata
"duduk rumah jaga saya, ikut mana saya pergi.. "
Aku selalu anggap itu hadiah terbaik dari MH.
Thanks Chenta...

Allhamdulillah, rupanya menjadi Suri rumah juga kenikmatan yang tak ternilai rupanya..
3 tahun jadi suri rumah banyak benda yang aku belajar dan pelajari.
Mesti mahukan yang terbaik dalam hidup walau siapa pun kita, dunia mahupun akhirat.

Dan..
terpulanglah penilaian diri masing-masing tentang siapa pun kita....

Tuesday, 2 August 2011

Padah curang dengan suami


Cerita ni tak ada kena mengena dengan aku, cuma bila terbaca kat akhbar baru-baru ni rasa lucu pun ada.
Beria-ia si isteri menyalahkan suami kononnya penyakit HIV yang dia bawa jangkitan dari suaminya. 
Rupanya hasil hubungan haram dengan kekasih lamanya. Padahal perkhawinan ni tak sampai setahun pun.
Pertemuan dalam laman sesawang buat cinta mereka bertaut kembali dan terjadilah perkara yang sangat allah laknat. Akibatnya si  isteri curang mendapat HIV melalui kekasihnya.
Ya allah apalah nasib isteri curang ni ya..

Aduhai..manalah letak akal dan iman seorang isteri ya, sanggup serahkan maruah untuk orang yang belum tentu nak kutip kita buat isteri.
Inilah yang dinamakan balasan dunia, didunia lagi allah dah beri balasan apatah lagi akhirat kelak.
Sebenarnya banyak lagi penyakit yang kebarangkalian boleh berjangkit dari hubungan haram ni. 
Penyakit-penyakit ni pulak bukan terus dapat, ambik masa.
Macam HIV bukan kita dapat kesan awal, makan masa lama nak nampak tanda-tanda penyakit ni.
Penyakit kelamin, hipatitis B juga boleh manjangkit melalui hubungan kelamin.
So..untuk isteri-isteri yang curang ni selain kembali ke pangkal jalan bawak-bawaklah buat pemeriksaan, jangan disebabkan kebodohan anda orang lain pulak dapat tempiasnya.

Tapi inilah balasan..balasan menduakan suami..
Terfikir tak isteri curang ni bila dia menduakan & menggadaikan maruah yang hanya untuk suami dia sebenarnya menghancurkan masa depannya sendiri. Belum tentu lelaki tu nak ambik isteri curang ni buat isteri.
Kalau lelaki tu berfikiran begini macamana 
"Sekarang pun dah curang esok-esok khawin dengan aku pun curang " 
Entah-entah cuma buat stok geli-geli jer kan... lelaki ni bijak bila nak khawin nak cari yang baik-baik,
nak cari yang beriman, nak cari yang suci murni...
Perempuan juga yang bodoh, lagi-lagi kalau dengan status isteri curang dengan suami yang baik.
Apalah ada dalam kepala otak isteri macam ni ya..
Astagfirullah...
Adakah ini petanda akhir zaman...? Wallahualam...





Friday, 22 July 2011

Allhamdulillah

Allhamdulillah... allah maha besar tak putus rezeki yang diberikan kepada kita, walaupun kadangkala kita leka dengan nikmat allah tanpa mensyukuri, DIA masih lagi melimpahruahkan rezeki untuk kita..
Amin...amin... amin.. Ya Allah...

Beberapa hari yang lepas kami (aku & MH) dapat rezeki lagi, ini memang antara yang dinanti-nantikan.
Ini impian MH, gembira dia gembira jugalah aku, dan aku lebih gembira kalau tengok MH gembira.
Dia satu-satunya Chenta hati aku, pastilah nak MH sentiasa gembira.

Ada beberapa nazar yang we all buat kalau semuanya selesai.
Ada juga yang buat on the spot.
Tak ada celebration besar-besar pun. Aku memang dah siap masak masa dapat call tu.
So, dinner kat rumah je lah haritu. Lepas dinner dalam pukul 6.30pm
(kalau kat rumah we all memang dinner awal) MH ajak solat kat Masjid Wilayah.
Katanya nak bayar nazar, Allhamdulillah ini juga rezeki dapat berjemaah dengan jemaah lain.

Sementara menunggu isya' ada kuliah magrib, terfikir sejenak dari insan yang kerdil ini
Allah masih memberi rezeki kepada kami, sedangkan ada kalanya kami terlupa nikmat allah
Subhanallah...Allah maha besar, Allah maha memberi..

Surah Ar Rahman ayat 17-23


Dialah Tuhan yang mentadbir dua timur dan tuhan yang mentadbir dua barat
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan


Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya bertemu
Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya,
masing-masing tidak melampaui sempadannya.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang engkau dustakan


Dari kedua laut itu keluar mutiara dan marjan
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan..


Ya Allah ..
Jangan kau palingkan hatiku lagi..tetapkan hati agar aku bertaubat dan beriman pada mu Ya allah,
Terimalah taubat dan keampunan ku..
Ya Khalik..Ya Rahman..
Astagfirullahalazim...

Friday, 8 July 2011

Terkilan

Sebenarnya ni adalah kejadian hampir sebulan lepas. Tapi kalau teringat memang masih berbekas dalam hati.
Walaupun nampak remeh tapi aku rasa sangat terkilan lagi-lagi masa tu aku dengan mak mertua, adik dan anak saudara Nina.
Lokasi kejadian biarlah aku rahsiakan, tapi dalam masjid yang agak besar dan ada nama. Masjid ni juga berdekatan dengan kampung jadi emmang ramailah penduduk kampung yang bersolat dan mahu mendengar kuliah magrib sementara isya'
Kami sampai sewaktu semua jemaah dah selesai solat Magrib, sebahagian besarnya sedang menanti kuliah magrib. Dan ada beberapa orang luar yang singgah untuk solat.
Selesai berwudu' kami semua ke ruang solat wanita (hari tu aku lupa ambil beg telekung yang aku dah siap cuci)
Sampai di ruang solat, telekung yang diwakafkan untuk orang ramai dah habis dipakai dengan jemaah yang ada.
Sedehnya tak ada sorang pun yang menawarkan kami untuk meminjamkan telekung, padahal kuliah magrib tak mula lagi, dan ada antara mereka yang berbual sesama mereka. Agak lama juga kami menanti kalau-kalau ada yang nak meminjamkan telekung atau menanti jemaah yang usai bersolat.
Aku nampak keruh dimuka mak mertua aku. Mungkin kesal kerna magrib semakin suntuk.
Nina pulak asyiklah cakap.. "mak long Nina nak sembahyang ni.."
Aduh..walangnya hati dengar..dalam amsa yang sama mak mertua aku dapat telekung tanpa kain. Dia masih menunggu seminit dua kalau-kalau ada yang nak meminjamkan kain sebab memang nampak dia berdiri tertunggu-tunggu, jadi mustahil orang tak perasan kami berempat kan...
Disebabkan mak pakai stokin jadi dia turunkan kain baju kurung dia dan terus bersolat.
Sebelum berlalu mak mertua aku sempat berkata, "kalau mak ada telekung mak bagi jer pinjam bukan luak pun"
Agaknya ada beberapa jemaah yang dengar kesalan mak mertua aku terus menawarkan telekung pada aku.
Aku bagi Nina dulu sebab dia dah bosan tunggu lagipun dia solat lama sangat (nanti aku cerita kenapa lama)
Tak lama lepas tu Wawa pun dapat telekung.
Allhamdulillah kami dapat solat magrib walaupun terbit kekesalan sebelum tu.
Betul kata mak mertua aku, kalau dia ada telekung dia akan bagi jer orang lain pinjam.
Tak luak kan..tak ada yang kurangkan kalau pinjamkan kami telekung untuk solat.
Kenapa dalam rumah allah pun masih ada yang pentingkan diri sendiri. Tapi itulah realiti kehidupan.
Yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita.
Tak payahlah nak bakhil sangat dengan harta dunia.. Yang kita nak bagi pinjam tu pun untuk kebaikan bukan untuk buat jahat.. Bukankah itu pun jariah...? dan amal Jariah kita antara 3 yang kita bawa sehingga kita dihisab nanti... Wallahualam...

Bersedekah kalau takut menjadi miskin - Norhayati Berahim

Tuesday, 28 June 2011

Jiran

Tak tahulah korang pernah ada problem dengan jiran atau tak.
Walaupun cuma jiran tapi inilah saudara yang paling dekat dengan kita.
Memuliakan jiran pun satu ibadah juga.

Sejak hari pertama aku duduk kawasan ni aku agak kurang berkenan  dengan satu jiran ni.
Memang dia bukan satu level dengan aku, dan aku pun tak pasti dia ni duduk level berapa.
(tak minat nak tau)
Sikap pentingkan diri sendiri jiran ni buat jiran-jiran lain kurang selesa.
Haishh... menyampah tapi selalu buat ignore jelah.

Tau lah bila duduk Apartment/kondo masing-masing ada satu parking kereta. Kawasan aku ni pulak
parking sangat limited. Visitor park cuma ada 7, memang tak cukuplah secara logiknya.
So bila tak dapat parking kenalah parking kat luar lepas tu sila panjat tangga untuk naik kawasan ni ya.
(Kawasan aku atas bukit)
Parking untuk penghuni satu rumah satu park. Ada lebih kurang 20 parking untuk disewa RM 90/sebulan.
Itupun dibuat secara undian untuk lebih bersifat adil.
Kalau tak nak sewa parking boleh duduk kan kereta tu kat luar pagar ya.
Tapi sijiran aku yang ada 2 kereta ni dah buat semua orang bengang.
Ada 2 kereta, tapi tak nak sewa parking. Mesti nak taukan mana sijiran ni campak kereta 1 lagi tu.
Site tong sampah yang ada dia anjakan ke tepi, ada ruang sikit, situlah dia selit kereta dia.
Bila kereta sijiran ni tak ada, ramailah kereta yang nak selit sama..
Amboi...bila orang ambik parking dia bukan main dia hon tak hengat..
Eiii..!!! bayar tak nak tapi suka hati nak park kat mana-mana. Kalau tak ada yang turun dia jiran ni akan block kereta tu. Bengang kan...
Sekarang aku suka sangat sebab tempat tu dah diwartakan kawasan clamping.. yeayyy...!!! tak kiralah mana punya kereta kalau parking sana memang dapat warning letter.
Sekarang dia akan parkingkan kereta dia mana ada kosong..
Sangat suka hati mak bapak sedara dia hoccay..

Yang ni masih jiran yang sama. Ini sangat buat aku hangin satu badan tak ingat punya.
Law apartment/kondo memang tak boleh bela haiwan. Kalau nak berladang ke nak menternak ke sila cari kawasan yang sesuai ok.. bukan kawasan yang tak sesuai macam ni.
Tapi jiran ni dah ternak kucing  kat sini daa.... bukan sekor, bukan dua ekor, bukan 3 ekor tapi berekor-ekor. kalau duduk dalam rumah diam-diam oklah, tak susahkan orang lain ni berkeliaran sana sini.
Yang sakit hati dia akan masuk dalam balcony depan rumah. terpaksalah aku dan jiran-jiran pasang jeriji yang lebih halus untuk elakan mahluk ni masuk. kalau dia masuk..lepas tu melingkar kat tempat kasut aku tinggalkan bulu, tinggalkan bau. tak suka...tak suka..
Itu oklah lagi. Yang paling marah bila kucing-kucing tu bersepah-sepah tinggalkan najis.
kadang-kadang tepi rumah aku, kadang-kadang kawasan tangga. Kadang-kadang depan rumah jiran aku.
Ya allah, masa  ni rasa darah naik kepala. Yang bestnya tuan kucing tu buat dek.. jer kalau lalu tempat kucing-kucing tu melepaskan najis.
Tak ada pun kata maaf, jauh sekali nak bersihkan. kalau korang...korang marah tak...???
Aku memanglah hangin.. tapi aku tak hangin kat jiran tu..aku meroyan kat Office JMB.
Minta kerjasama JMb uruskan. Tak kan korang tak bela kucing tapi korang kena buang najis-najis tu semua kan..bukan sekali tapi berkali-kali. Yang bela pun ada juga geli dengan najisnya lagi aku yang memang geli dengan kucing ni. haissshhh....

Kenapa aku tak nak bincang dengan jiran..?? mesti korang tertanya-tanya kan..
Sebabnya aku pernah nampak jiran ni mengaruk dengan jiran aku yang lain, puncanya aku tak tau.
Masa tu aku tengah nak magrib, bayangkan magrib-magrib jiran tu pergi meroyan.
Yang aku dengar bila anak dia suruh dia cool & dengar apa yang nak jiran sorang lagi tu bagi tau.
Memang satu tamanlah dengar suara dia mengamuk-ngamuk. Yang malunya jiran-jiran bangsa C**a
tengok geleng kepala, ntah apa dia meroyan magrib-magrib tu aku pun tak tau.
Tu lah sebab napa aku tak bincang. Orang macam tu memang tak nak mengalah dan tak nak dengar pendapat orang lain.

Yang alhamdulillahnya jiran-jiran aku yang lain bangsa C**a lebih cool. Lebih menghargai semangat kejiranan. Hidup berjiran memang kena jaga adab berjiran.
Lagi-lagi kalau duduk kawasan macam aku ni (apartment/kondo)
Jangan pentingkan diri sendiri. Esok-esok kalau suah ntah-ntah jiran ni lah yang akan tolong.

Minta-mintalah Allah berikan aku kesabaran lagi sebelum aku pindah.
Mudah-mudahan juga jiran aku ni di berikan hidayah Amin..amin...






Saturday, 18 June 2011

emak..Ayah..



1st time tengok nasyid ni rasa sedeh sangat. Menangis..??? tipulah tak nangiskan..
Nina yang masa tu baru 5 tahun pun nangis tengok video ni. Dia peluk jer Ibu dia.
Mak Nina lagilah he..he..
Tapi serius sedeh masa mula-mula tengok video ni. Sampai la ni masih sedeh kalau tengok.
Nak..nak masa tu teringat mak ayah memang melelehlah air mata ni.
Teringat mak & ayah..teringat kalau-kalau kita dah sakitkan hati mereka tanpa kita sedar. Teringat pengorbanan mereka yang besarkan kita sejak kecil sampailah tanggung jawap tu diambil alih oleh suami kita.
sebesar zarah sekalipun kita kecilkan hati mak kita dosanya hanya terampun kalau mak dah ampunkan..
Apabila anak adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara
salah satunya doa dari anak yang soleh/solehah.
diingatkan juga doa anak yang fasik tidak akan sampai kepada kedua ibu bapanya.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. 
” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. 
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. 
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. 
Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. 
Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. 
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. 
Babi itu didukungnya dengan cermat. 
Nabi Musa terkejut melihatnya.
”Apa hal ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. 
Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium,
kemudian dihantar semula ke dalam bilik. 
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. 
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. 
Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. 
“Wahai saudara ! Apa agama kamu ? “. 
”Aku agama Tauhid “, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. 
”Habis, mengapa kamu membela babi ? Kita tidak boleh berbuat begitu.”
Kata Nabi Musa.
”Wahai tuan hamba “, kata pemuda itu. 
”Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku.
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. 
Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.
Hari – hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. 
“Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. 
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.“,
Tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 
”Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, 
hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.
Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. 
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”





Friday, 15 April 2011

Jangan sombong

Tak ada apa yang perlu disombongkan dalam hidup ni, 
pengakhiran kita sama juga akhirnya. Dihisab dan di hitung dosa pahala kita.
Masa ni tak akan ada darjat..yang Degree, masuk syurga kelas B, yang Master & PHD syurga kelas A,
yang tak ada apa-apa masuk neraka..tak ada..tak ada..pengasingan macam tu.
Syurga neraka kita bukan dari degree, master atau Phd. Semua ketentuan allah.
Allah yang maha mengetahui...rahsia yang tersirat.. rahsia hati kita semua..

Tak ada apa yang nak disombongkan dalam hidup ni, 
Kenapa perlu dibanggakan siapa kita, berapa  banyak degree yang kita ada, 
Apa amalan kita, apa kebaikan kita...??? 
Apa perlunya amalan kita diwar-warkan..???
kenapa perlu buat andaian..orang itu tak sembahyang, tak ada amalan, orang ni masuk syurga
sebab bila nak sembahyang kecuh nak bagi semua orang tau dia sembahayang...
Masyallah..jangan jadi sombong dengan amalan kita yang tak seberapa tu..
jangan angkuh kalau baru mengenal allah, perjalann kita panjang lagi.
Kita tak tau apa jadi esok hari...
Apa jadi dengan anak-anak dan keturunan kita..
Bukankah Iman itu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Banyak dah kita tengok, ada yang mak ayah masyallah warak sangat, ada yang imam, ada yang mufti
tapi anak..?? tak lah kita kata jahat tapi jauh apa yang kita fikirkan..

Janganlah jadi sombong dalam hidup ni,
hanya kerana kita berjaya,punya kerjaya bagus, punya berbagai degre, punya kemewahan.
Kenapa perlu sombong dengan apa yang kita ada..??
bukankah ini semua pinjaman..
kenapa perlu angkuh dengan kejayaan kita...??
sedangkan kita tak tahu esok lusa apa jadi dengan kehidupan yang umpama roda..
Hari ni kita berjaya esok belum tahu naseb kita..
Kenapa perlu ada riak dalam dan kesombongan..??
kenapa perlu kita membandingkan kejayaan kita dengan orang lain yang gagal..??
kenapa terlalu taksub dengan apa yang kita ada..??
Masyallah..
Lupakah kita semua ini pinjaman dari allah untuk kita sebelum di hisab nanti.
Lupakah kita kalau allah itu maha menjadikan apapun walaupun sebesar zarah..??
Lupakah kita akan kebesaran Allah..??
Lupakah kita hari ini tak akan sama dengan esok hari..??
Apa yang kita dapat belum tentu anak cucu, kita akan dapat.
Apa yang kita ada belum tentu selamanya..
Apa yang kita banggakan belum tentu dia boleh menjadikan kita semakin takbur dengan apa yang kita ada..
Subhanallah...

Biarlah kita besederhana dalam perbuatan..dalam percakapan, dalam kehidupan
kerna kita tak tau apa yang akan allah janjikan untuk kita esok hari..
Sesungguhnya allah itu maha mengetahui lagi maha memberi...
Amin..amin...
 
Ya allah...







Sunday, 10 April 2011

Muhasabah


Kata orang kalau muka kita tak cantik tapi kita punya perangai yang luhur secara otomatik rupa yang tak cantik akan jatuh no 2, senang kata kalau perangai tu cantik muka tak cantik pun jadi cantik.
Tapi kalau muka cantik macam bidadari sekalipun perangai macam hampeh, sapa pun tak akan pandang kita.
Dah lah tak cantik membohong, menipu (eh..!! bukan ke membohong ngan menipu tu sama he..he..) 
cakap pulak sekejap A, sekejap B, sekejap lagi macam perempuan lindungan kaabah.
Mereka-reka cerita yang tak wujud dan tak ada nombor satu tu. Erm....tadah jer lah dengo, walaupun dalam hati sumpah tak caya lansung  he..he..
Masih ada lagi ek orang macam ni. Adalah..eehh...sapa kata tak ada.
Ya lah aku kan cuma suri rumah senang kot nak ayam-ayamkan aku, cerita sampai langit ke 7, 
hari ni ceta lain esok pulak ceta lain, derang tak tau aku ada memori yang kuat nak hafal semua cerita-cerita tu yerk....yang paling kelakar bila dia kata tak ada bancard masa nak keluarkan duit bayar hutang, kena guna buku..
OMG...nak pitam sekejap..sangat-sangat tak percaya punya kerjaya bagus sepertinya kata tak ada bankcard.
Fikir positif...agaknya dia taknak ada card kot nanti tak boleh menabung....
Kan...??? kadang-kadang percakapakan kita orang akan menilai dengan perbuatan kita.
Bila mata kita sendiri mentafsir perbuatan kita apa lagi orang disekeliling kita kan..???
Jangan biarkan orang lain mengandaikan sikap kita sendiri, tapi inilah realiti kehidupan.
Realiti yang kadangkala harus kita telan dengan rasa sakitnya hati.
Susah nak mengubah mereka ni, kalau ini makanan mereka seharian. Ada juga yang sudah terpalit lumpur
dimuka masih lagi tak perasan orang sekeliling sedang mentertawakan muka yang comot dek lumpur.
Pada mereka orang sekeliling itu cuma irihati dan dengki dengan kehidupannya.
Susah juga ya nak sedarkan mereka ni. Perasan bagus. Padahal sekeliling sangat menyampah dengan sikapnya.
Kita sendiri pun mungkin tak sedar kadangkala sikap kita sangat menjengkelkan, kan manusia itu tidak ada yang sempurna sikapnya. Sesekali ambilah pendekatan dengan bermuhasabah diri kita sendiri.
Cari ruang kita membetulkan kesilapan kita sendiri. jangan sampai hidup kita semakin sunyi dengan senda orang-orang sekeliling kita. Jangan cepat menuding jari pada orang lain, sedangkan 4 jari sedang menuding diri kita sendiri. Manis mulut tak semestinya punya gigi yang cantik tersusun atau putih berkilat.
kalau gigi kita karat sekalipun tapi tutur kita manis Insyallah sekeliling tak kisah pun tentang kekurangan kita tu. Jaga adab dan batas dalam pergaulan kita. Tak kiralah dengan lelaki atau perempuan. 
Jangan biarkan orang terus menyampah dan hilang kepercayaan dengan kita.
Sekali orang hilang kepercayaan kepada kita amat susah untuk mengembalikan kepercayaan tu lagi.
Bila berbicara jangan berkata ikut hati, ikut sesedap mulut, tapi gunakan akal fikiran.
Kalau kita bercakap bulan bintang sampai langit ke tujuh sekalipun tapi itu cuma omongan kosong 
kita sendiri yang malu akhirnya. kadang-kadang ada kawan-kawan ni bercerita bukan nak mendabik dada,
tapi kadang-kadang dia pelik, kenapa cerita yang sama punya fakta yang bebeza..

Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri. jangan cepat menayalahkan orang lain.
Jangan cepat melatah dengan apa yang terjadi.
Belajar jadi Jujur dengan diri sendiri, kalau kita tak boleh jadi jujur dengan diri sendiri 
bagaimana untuk kita jujur dengan orang lain.
Bila kita jadi tak Jujur, jangan ingat kita boleh melepaskan tawa kerana berjaya menipu orang lain,
Allah itu maha mengetahui segalanya...

Renung-renungkan bersama







Tuesday, 5 April 2011

Manusia zaman batu

Ada lagi ek manusia hidup cam zaman batu ek dalam kita dok kejar-kejar kemodenan ni.
Menyampah sangat dengan manusia yang macam ni.
Muka cantik.. tepek make up tak 3 inci tak sah..baju biru eye shadow biru dah mcam mak jarah pun ya..ha..ha..
kereta cantik, berkilat  jer..pantang kotor cepat-cepat cuci..
Tapi akal tak ada bolehh..???
Sebabnya buang sampah merata-rata. Terus hilang sifat mahmudah aku ni..nak memaki jer orang macam tu.
Lagi-lagi kalau buang sampah dari kereta tengah bergerak..
Eeeeiiiii..!!! rasa nak tahan jer kereta tu suh dia kutip balik sampah yang dia buang tu.
tak kiralah apa...selalunya sampah jajan & tisu yang aku selalu nampak..
yang buang tisu tu of coz ler pompuan.. Geram sesangat dengan orang cam ni.
Elok jer bukak tingkap baling..
Hishh...cuba tengok sapa yang selalu menyapu kat tepi-tepi jalan tu, tengok juga sapa yang selalunya kerja dengan Majlis Bandaraya...yang aku selalu nampak pakcik-pakcik, tak pun makcik-makcik..
Dialah yang menyapu, membersihkan sampah-sampah yang korang buang dari kereta tu tau..
lagi-lagi yang merokok..(paling sakit hati..)baling jer putung rokok tu dari kereta..dengan putung masih ada api..
So rude and really no manners ok.. kalau ada anak dalam tu sangat-sangat menunjukan siakap yang tidak baik ok...ini yang dinamakan ketam mengajar anak berjalan tak pun ayah kencing berdiri anak apalagi kencing berlari lah..Geram kan...???
(bersyukur sangat ayah & Chenta hati tidak merokok)
Kenapa kena buang sampah merata-rata..?? kenapa tak kumpul sampah tu dalam kereta, bila berenti kat mana-mana baru buang dalam tong sampah..Kalau rasa nak kereta tu bersih, negara pun kena bersih.
Negara bersih bermula dari sikap kita sendiri, bayangkan kalau 10 kereta buang tisu di jalan yang sama.
Kalau cuma tisu, kalau sampah-sampah lain macamana...??
Apa jadi jalan tu..?? bayangkan tak..?? bayangkan pulak macamana jalan tu kotor dengan sampah..
Masa ni mulalah kita nak kata orang majlis tak buat kerja, kenapa jalan kotor..kenapa kita tak macam negara A tu yang bersih tahap gaban,
Tak pun kita akan kata 'ala biasalah Malaysia mana sama dengan negara B tu rakyat dia bagus...didik jaga kebersihan...'
Komplen pandai..tapi sedar tak semua tu berpunca dari sikap kita sendiri..
Aku kalau jumpa yang buat macam ni aku terus assume mesti orang tu pengotor , mesti rumah dia pun kotor..
naseblah..sapa suruh jadikan aku termengumpatkan....

So Mulai hari ni (kalau ada sesapa yang suka buang apapun dari kereta tu) tanamkan sikap kebersihan
walau dimana kita berada..bukan kat rumah jer..
kesian kat pakcik-pakcik, makcik-makcik yang kerja dengan majlis tu...
Bila negara bersih rakyat juga yang di puji..renung-renungkan lah...

Nampak signboard ni kat Trengganu





Monday, 7 March 2011

Monday ~ Cool

Alhamdulillah Isnin datang lagi..
Aku tau ramai yang tak suka Isnin.
He..he....termasuk aku juga kadang-kadang.
Yer lah kan.. dah 2 hari berkepit jer dgn MH mana tak best.

Yang kerja tu jangan boring-boring sangat ok...
Pejam celik, pejam celik dah nak Jumaat balik kan..
Lately ni memang terasa cepat sangat masa ni..
Dah semakin tua kah aku... he..he...yer...!!! aku dah semakin tua.
Tapi apalah sangat angka kan...cuma nombor yang meningkat setiap tahun jerrrr... (Pujuk diri sendiri ni namanya.... boleh...?????)

Insyallah, Isnin permulaan yang baik untuk kita semua.
Isnin yang akan menjanjikan kerahmatan buat kita umat Muhammad...
Doa yang baik-baik untuk kita semua.. diri sendiri, keluarga, ibu bapa kita, jiran-jiran kita dan semua yang kita sayang..
Al-Fatihah untuk kita semua...

Sentiasa berdoa agar dapat bersama




Thursday, 3 March 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, hari ni rasa sihat sepenuhnya, selepas buat nebuliser kat klinik petang kelmarin.
Itu pun selepas di paksa dengan MH, syaratnya aku nak ke klinik tak mau ke hospital.
Tak nak macam dulu, malam-malam buta ke Damansara Specialist, kena tahan, masuk air, ambik darah.
Masa tu pulak tengah heboh H1N1,
So Dr decide ambik cecair dari hidung aku nak tau sama ada aku H1N1 ke tak.
Caranya..?? dia masukkan cutton bud lebih kurang sejengkal panjangnya dalam hidung,
sampai hujung hidung tu dia colek sikit, sakit sangat, pedass..jer rasa hidung ni.
So kali ni aku decide nak buat kat Klinik yang biasa aku pegi jer.
Tak nak kena yang macam-macam tu lagi.

Nebuliser yang aku ambil kelmarin dosnya mungkin agak tinggi,
Jadi lepas dari nebuliser tu menggigil satu badan.
Sedehnya MH akan ke JB, tak da sapa nak jaga aku malan ni, sapukan vick bila aku batuk,
Bagi minum bila aku tersedak, sedeh sangat...tapi tuntutan kerja aku tak boleh tahan dia.
nasib baik dua hari jer, kalau lelama mau meroyan aku he..he..
Bukan tak nak ikut, tengah lelah macam ni memang malas nak ikut, lagi-lagi pasir Gudang tu panas sangat.

Lega bila malam tadi dah tak batuk-batuk, Alhamdulillah.
Alhamdulillah juga kerana allah memberi aku peluang merasa nikmatnya sakit.
Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik untuk kita semua, Insyallah...