Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 5 April 2011

Manusia zaman batu

Ada lagi ek manusia hidup cam zaman batu ek dalam kita dok kejar-kejar kemodenan ni.
Menyampah sangat dengan manusia yang macam ni.
Muka cantik.. tepek make up tak 3 inci tak sah..baju biru eye shadow biru dah mcam mak jarah pun ya..ha..ha..
kereta cantik, berkilat  jer..pantang kotor cepat-cepat cuci..
Tapi akal tak ada bolehh..???
Sebabnya buang sampah merata-rata. Terus hilang sifat mahmudah aku ni..nak memaki jer orang macam tu.
Lagi-lagi kalau buang sampah dari kereta tengah bergerak..
Eeeeiiiii..!!! rasa nak tahan jer kereta tu suh dia kutip balik sampah yang dia buang tu.
tak kiralah apa...selalunya sampah jajan & tisu yang aku selalu nampak..
yang buang tisu tu of coz ler pompuan.. Geram sesangat dengan orang cam ni.
Elok jer bukak tingkap baling..
Hishh...cuba tengok sapa yang selalu menyapu kat tepi-tepi jalan tu, tengok juga sapa yang selalunya kerja dengan Majlis Bandaraya...yang aku selalu nampak pakcik-pakcik, tak pun makcik-makcik..
Dialah yang menyapu, membersihkan sampah-sampah yang korang buang dari kereta tu tau..
lagi-lagi yang merokok..(paling sakit hati..)baling jer putung rokok tu dari kereta..dengan putung masih ada api..
So rude and really no manners ok.. kalau ada anak dalam tu sangat-sangat menunjukan siakap yang tidak baik ok...ini yang dinamakan ketam mengajar anak berjalan tak pun ayah kencing berdiri anak apalagi kencing berlari lah..Geram kan...???
(bersyukur sangat ayah & Chenta hati tidak merokok)
Kenapa kena buang sampah merata-rata..?? kenapa tak kumpul sampah tu dalam kereta, bila berenti kat mana-mana baru buang dalam tong sampah..Kalau rasa nak kereta tu bersih, negara pun kena bersih.
Negara bersih bermula dari sikap kita sendiri, bayangkan kalau 10 kereta buang tisu di jalan yang sama.
Kalau cuma tisu, kalau sampah-sampah lain macamana...??
Apa jadi jalan tu..?? bayangkan tak..?? bayangkan pulak macamana jalan tu kotor dengan sampah..
Masa ni mulalah kita nak kata orang majlis tak buat kerja, kenapa jalan kotor..kenapa kita tak macam negara A tu yang bersih tahap gaban,
Tak pun kita akan kata 'ala biasalah Malaysia mana sama dengan negara B tu rakyat dia bagus...didik jaga kebersihan...'
Komplen pandai..tapi sedar tak semua tu berpunca dari sikap kita sendiri..
Aku kalau jumpa yang buat macam ni aku terus assume mesti orang tu pengotor , mesti rumah dia pun kotor..
naseblah..sapa suruh jadikan aku termengumpatkan....

So Mulai hari ni (kalau ada sesapa yang suka buang apapun dari kereta tu) tanamkan sikap kebersihan
walau dimana kita berada..bukan kat rumah jer..
kesian kat pakcik-pakcik, makcik-makcik yang kerja dengan majlis tu...
Bila negara bersih rakyat juga yang di puji..renung-renungkan lah...

Nampak signboard ni kat Trengganu





4 comments:

munna said...

sebab takde apa2 tindakan di kenakan pada yg buang sampah tu yg jadi macam tu... plg tak tahan klu yg meludah masa kereta tgh bergerak... mmg tak berkenan munna tgk

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

betul tu.. buat apa muka cantik kalau perangai kurang cantik kann kan kan

Balqis Nazid said...

Munna: betul tu sebab tak ada apa2 tindakanlah mereka ni suka buat benda ni.
kalau meludah tu lagilah menyampah...
macam nak maki2 jer orang tu..pengotor..nak2 lepas merokok lepas tu meludah pulak..busuk hoccay orang macam ni

Balqis Nazid said...

Mak Dara..
Ha..ha..kalau muka jelita tetiba perangai gini terus hilang jelitanya...