Kasihan budak hitam tu, bila disuruh pergi beli ikan dengan berhutang dengan maknya.
Budak hitam tu sedeh kalau tokey ikan tu halau dia balik tanpa bagi berhutang. lagi malu kalau ada orang kampung yang nampak. Mana nak sorok muka..??
Termenung budak hitam tu sekejap. Tapi bila terpandang muka adik-adik dia terus capai basikal
makcik Milah yang belum dipulangkan sejak semalam.
Dalam dia berkayuh ligat otaknya berfikir macamana nak bagi tau tokey ikan tu nanti.
Dia juga berharap agar tiada sesiapa disitu nanti.
Terkaku sekejap budak hitam di simpang jalan. Van tokey ikan dipenuhi orang-orang kampung yang sibuk memilih ikan. Basikal disorong perlahan. Budak hitam bersembunyi dibelakang pohon pisang. Menunggu sehingga orang-orang itu segera pulang, dia tak mahu ada sisapa yang tahu yang dia mahu berhutang.
Nanti kecoh sekampung.
Tiga langkah dia mara ke arah tokey ikan, tokey sudah bertanya apa yang dia mahu.
Budak hitam cuma diam. Cuma bahasa mata yang berkata saat ini.
"ikan apa nak..?"
"saya nak ikan ni 2 ringgit" Budak hitam menunjukan ikan yg dihujung sekali.
"tapi saya tak ada duit, mak suruh hutang dulu..." amat perlahan tapi jelas
Tokey ikan tersenyum..bukan ikan yang dibesen hujung yang dibungkusnya, tapi ikan kembong 7 ekor semuanya.
"Pakcik bagi ikhlas.." Tidak terkata budak hitam melihat ikan kembong sudah bertukar tangan.
Saat ini cuma wajah emak yang terbayang.
Mesti mak suka...berkali-kali hatinya berbisik riang.
************************************************
Setiap cuti sekolah pukul 8 pagi Budak hitam dah mula mengopek pisang dan keledek 2 besen besar dengan upah RM 2 setiap hari. Selepas zuhor budak hitam akan membantu jirannya beniaga goreng pisang dengan upah RM 1, Budak hitam selalu termenung..kalau cuma RM 3 sehari mana sempat nak beli baskal baru naik sekolah nanti. Kadang-kadang dengan upah itulah budak hitam gunakan untuk beli ikan dan sayur.
Pokok koko yang tak sampai 20 pokok itu lah sasaran terakhirnya. Hari-hari dia akan merayau-ayau mencari kalau-kalau ada buah yang dah masak, boleh di kopek dan di keringkan.
Memang tak banyak dan terpaksa tunggu lama. tapi sekali jual kadang-kadang boleh dapat RM 50 satu jumlah yang sangat banyak waktu itu. Walaupun bau koko separah basah kurang menyenangkan budak hitam tak ada pilihan. Demi basikal baru apapun dia sanggup.
Dia tak boleh memaksa si ayah membeli baikal baru untuknya, gaji ayah cukup-cukup waktu itu. Adik-adik pulak ramai. mana mungkin impian budak hitam itu akan terlaksana begitu cepat
****************************************************
Parit Ya'ani, Batu Pahat 25 tahun yang lalu
Tersenyum-senyum budak hitam bila basikal idaman depan mata. Akhirnya impian budak hitam nak dapat basikal baru tercapai juga,meskipun terpaksa menunggu lama.
Bukan tu jer separuh dari harga basikal tu dibayar dengan syiling emas RM 1 hasil upah mengopek pisang dan keledek. Bangg budak hitam..akhirnya dia dapat apa yang dia impikan selama ni.
Basikal baru untuk pergi sekolah. Basikal lama dah uzur betul, tayar dah botak, selalu tayarnya bocor,
belum kira lagi rantai nya selalu putus.
Basikal ni ibarat nyawa budak hitam tu. Basikal yang akan berbakti mengendong sibudak hitam mencari ilmu.
Yang pasti basikal ini kan berbakti selama budak hitam bersekolah.
*****************************************************
*Budak hitam itu adalah penulis dan tuan punya blog ni*

4 comments:
byk tol kenangan kan.... kenangan yg mematangkan kita.... susahkan zaman kita nak membesar dulu... syukur dgn apa yg ada sekarang...
Shila kenangan masa dulu susah nak lupakan...kesusahan dulu banyak ajar arti kehidupan...
sampai skg kalau tgk adik2 mewahnya..
nak basikal sebut 2, 3 kali dah dapat...
Tak macam kita dulu2 kan...
sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada skg....
TERSENTUH PULA MUNNA BACA KENANGAN PENULIS NI... SESUNGGUHNYA PENGALAMAN DULU MENDEWASAKAN KITA
muna..
kalau ingat dulu2 memang sedeh..terpaksa korbankan masa depan untuk bagi laluan adik nak belajar..
Ingat lagi masa kecik2 dulu makan lauk kicap, bilis & kadang2 telur..bila tanya mak napa kita tak makan ikan mak cuma nangis jer...masa ni ayah sakit kat Hospital..bila tengok skg..tak sangka kami semua keluar dari kepompong kesusahan tu, alhamdulillah..
Post a Comment