Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday 24 November 2011

Kasihan mereka

Tadi sedang saya mengintai-ngintai blog teman-teman, saya terbaca blog saudari Mazidul dengan entry terbarunya.. awalnya memang terasa geram dengan kebencian rakyat Indonesia pada malaysia.
Tetapi bila dia menceritakan tentang kegigihan seorang anak berusia 10 tahun yang mencari rezeki dengan mengilatkan kasut, luluh hati saya. Sedeh, kerana saya punya adik yang hampir sebaya dengan budak yang diceritakan Saudari Mazidul tadi.  Baca sini Bersama Mazidul

Teringat semasa saya bercuti di Bandung tahun lepas. Di beg galas saya sentiasa tersedia syiling dan wang kertas Rupiah seribu dan 10 ribu untuk anak-anak gelandangan yang saya jumpa.
Di Cheamplas kawasan kedai-kedai disana tidak membenarkan ngamen (pemuzik jalanan) atau pengemis masuk di premis mereka. Sedang saya makan saya terpandang seorang anak yang memimpin bapanya yang buta.
Tekak saya jadi kering dan kaku rasanya melihat pasangan anak dan bapa itu. saya memanggil mereka di meja saya kerana waktu itu hujan sangat lebat. " tidak bisa masuk" jawapnya.
Walaupun dia cuma pengemis tapi masih tahu undang-undang yang dikenakan di premis tersebut.
Di Jalan Dagor saya didatangi anak-anak yang menjual surat khabar, 
"koran bak.."
"sudah beli" jawap saya. Pihak hotel tempat saya menginap menyediakan surat khabar.
Tapi tangan saya menghulur wang buat mereka.
"terima kasih mbak..terima kasih.." ucapan itu beberapa kali diucapkan.
Sedeh...sangat sedeh...tapi disana pemandangan itu biasa.
Saya juga ditegur dengan teman saya yang berasal dari Makassar, katanya...
"kalau kakak asyik mikirin anak-anak itu bila masa kakak mahu shopping..."
saya tiada jawapan untuk itu.. tapi saya tidak boleh melepaskan anak-anak atau mereka yang mengemis begitu saja. saya percaya mereka tidak berkehendakkan keadaan mereka yang begitu, meminta-minta demi sesuap nasi. Dan saya juga percaya tidak jadi miskin jika kita bersedekah... Insyallah

Wednesday 23 November 2011

Cheese cake lagi

Buat untuk adik saya yang sangat gilakan cheese cake ni.
MH suka yang oreo, tapi adik saya suka yang ada filling atas dia.
So ini dia cheese cake versi saya ha..ha..
Ini kes malas nak buat dua versi, buat sekali jalan  jer..

Separuh saya letak oreo, separuh lagi saya biarkan kosong
(tak berapa suka masukan oreo yang hancur dalam cheese cake)

Cheese cake oreo

Cheese cake lagi

Oreo & Blueberry cheesecake


Bahan-bahan A
  • 30 keping oreo (buang cream dan dikisar halus) - saya beli oreo yang siap kisar 
  • 75gm butter di cairkan
Bahan-bahan B:
  • 450gm creeme cheese -lembutkan pada suhu bilik
  • 115gm gula halus (saya letak 100gm jer)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 115 sour cream - saya gunakan yogurt asli
  • 2 biji telur gred A
Cara-cara:
  • Untuk base - Gaulkan bahan A sampai sebati dan ratakan dalam loyang (sekiranya tidak menggunakan loyang non stick sapukan dengan sedikit butter dan gunakan kertas minyak sebagai alas dan memudahkan cheese cake dikelurkan dari loyang)

  • Pukul cream cheese, gula, esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
  • Masukan sour cream/yogurt dan pukul lagi hingga sebati
  • Masukan telur satu persatu dan pukul lagi 
  • Setelah sebati tuang kedalam loyang dan bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan kek tadi kedalam loyang lain yang lebih besar  dan diisi air)
  • Bakar selama 45 minit 
  • Sejukan sebelum disimpan dalam peti sejuk selama 4 jam
  • Untuk mendapat potongan yang cantik rendam pisau dalam air panas sebelum digunakan memotong cheese cake




Lepat ubi

Lepat ubi, satu antara kuih tradisional yang sangat saya suka.
lagi-lagi lepat ubi buatan nenek saya erm...sedapnya bila teringat.

Ini kali pertama saya buat lepat ubi. Ubi dari kampung, ayah tanam.
Menjadi jugalah 1st time buat he..he..



Bahan-bahan:

  • Ubi -diparut
  • Gula merah direbus dengan sedikit air (agak-agak manisnya)
  • Secubit garam
  • Daun pisang Untuk membungkus lepat ubi
Cara-cara:
  • Ubi yang sudah diparut di campurkan dengan gula merah yang sudah direbus tadi.
  • Masukan sekali garam
  • Gaul hingga rata 
  • Bungkus dalam daun pisang
  • Kukus selama 40 minit
  • siap untuk dimakan

Tuesday 22 November 2011

Selamat pengantin baru

Selamat Pengantin baru buat seorang teman saya Zurina & Yusoff pada 11.11.2011 yang lalu.
Kami (saya dan suami) doakan semoga pasangan ini bahagia hingga  keakhir hayat.
Mudah-mudahan dikurniakan anak-anak yang Soleh dan Solehah, amin...

Majlis mereka Di Tanah Merah kelantan
Jom cuci mata tengok gambar pengantin



















Sekali lagi kami doakan semoga pasangan ini bahagia keakhir hayat amin..amin..


Ada apa pada duit RM 50

Assalamualaikum... Sahabat-sahabat yang saya kasihi...
Kami Grup Ukhwah sedang mencari Dana bagi anak-anak Teratak Rahmat Mata Ayer Perlis(TRMA)
Bagi sesiapa yang sudi menderma dan memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak TRMA ini
boleh hubungi email yang tertera dan masukan sumbaangan anda di no akaun di bawah..


Dibawah ini saya Copy dari Blog Norhayati Berahim 


"Saya telah ajukan soalan tersebut di FB Nb Kara. Ramai sungguh yang menjawab kerana jawapan yang bersesuai dan kena dengan perasaan saya, akan memenangi sebuah buku terbitan terbaru dari NBkara.  Semua memberi pelbagai jawapan. Ada jawapan yang menyentuh hati, ada jawapan yang melucukan dan ada jawapan yang membuat saya hampir menangis. Tidak semua orang bertuah memiliki wang ringgit. Tetapi Nilai RM50 sekarang sangatlah kecil. Boleh dihabiskan dalam masa beberapa  saat sahaja sahaja untuk membeli sesuatu.

Tetapi tahukan anda? Anak-anak Teratak Rahmat di mata Ayer perlis. Di mana saya dan grup ukwah pernah membuat lawatan ketika di bulan puasa. Sudah kekurangan dana. Mereka yang memberi perlindungan seramai 40 orang kanak-kanak tidak termasuk asnaf yang lain memang benar-benar memerlukan bantuan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun bagi menampung kehidupan dan persekolahan anak-anak ini."



Sebahagian daripada penghuni teratak Rahmat.


Justeru itu saya dan grup ukwah sedang membuat kempen kepada sesiapa yang sudi. Mendermakan RM50 atau lebih (kurang pun tak apa). Kepada rumah anak yatim ini. Kami akan membuat lawatan sekali lagi dipenghujung dec untuk menyampaikan sumbang.



Bagi mengurangkan perbelanjaan, penguni rumah anak-anak yatim dan asnaf ini, membuat rak kasut sendiri...


Sebahagian asrama mereka,  derma boleh di masukkan ke tabung Maybank Norhayati Berahim 164267408855 email nbkara@yahoo.com dan letakkan di dalam braket (TRMA).

Thursday 17 November 2011

Pie tee

1st time buat, macam bisul-bisul kulit pie tee ni, agaknya api panas sangat kot ha..ha..
10 yang pertama reject, salah teknik.. dah tau senanglah juga. Cuma tulah kulit dia cam bisul-bisul tak licin.
Tapi sedap ha..ha.. sendiri masuk sendiri angkat..
(sila abaikan ok...)

Bahan-bahan (kulit pie)

1/2 cawan tepung beras
125 ml air
1/2 biji telur (lebih kurang 2 sudu besar)
secubit garam (agak-agak masin)
1/2 sudu kapur
acuan pie.

Cara-cara:
  • Masukan semua bahan diatas dan satukan hingga sebati
  • Panaskan minyak secukupnya (saya gunakan periuk senang acuan nak tenggelam
  • Panaskan acuan pie juga didalam minyak tadi
  • Celupkan acuan pie dalam adunan, celup jangan sampai penuh nanti susah nak tangga
  • (Pastikan minya sederhana kecil)
  • Setelah agak masak sedikit, tolak dengan perlahan menggunakan garfu, balik-balikan sampai kekuningan dan garing
  • Toskan minyak 
Bahan inti:
  • Sengkuang (disagat)
  • Lobak (disagat)
  • Daging/ayam/udang kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putin (dimayang halus)
  • sedikit sesedap ras
  • lada sula (ikut suka nak pedas mana
cara-cara:
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • Masukan bawang putih dan daging kisar
  • biarkan sebentar sehingga daging masak
  • Masukan sos tiram, sesedap rasa dan lada sulah
  • Masukan lobak dan sengkuang
  • gaul rata dan matikan api
  • Tunggu sejuk sebelum dimasukan kedalam inti pie tadi



1

2

 
3

4
4 gambar diatas ni saya pinjam dari google. 
 No1, panaskan acuan dalam minyak
No 2, celupkan acuan kedalam tepung yang sudah dibancuh tadi, no 3, biarkan ia masak sedikit sebelum di keluarkan dari acuan No.4

Inilah hasilnya.
Kena cuba lagi lepas ni


Aidiladha 1432

Allhamdulillah 9 Zulhijjah  1432 yang lepas kita semua menyambut Aidiladha.
Plan asalnya kami akan sambut dirumah sendiri, saya akan masak beberapa menu,
kemudian lepas solat raya baru balik kampung saya di Segamat.
Kemudian MH sambung job di JB, dari JB terus ke Kelantan.
Tapi disebabkan keadaan bapa mertua saya yang kurang sihat, kami rombak semua plan kami.
(Sebenarnya kami dah berulang alik Sekinchan - KL beberapa hari sebelum raya tu.)

Sedeh bila raya Bapak (mertua) tak sihat, kalau tak mesti dia yang sibuk keluar masuk dapur tengok apa yang kurang, apa yang kena beli, apa yang nak buat...tapi tahun ni Bapak cuma terbaring.
tengok anak cucu.
Sedeh...bila tengok orang yang Chenta saya sayangi sakit.
Sayu sangat bila tengok MH mandikan Bapak. Papah bila nak ke bilik air, duduk sebelah Bapak.
Sedeh..sedeh sangat..
Orang yang paling terasa mestilah Mak (mertua). Selama ni bila nak sambut Raya Bapak yang akan hantar dia belanja di pasar, beli apa yang kurang, tolong rebus ketupat, tolong itu tolong ini.
Kali ni Teman Mak sakit, mestilah Mak saya sangat terasa dengan keadaan ni.
saya tengok Mak pun macam tak semnagat nak sambut raya kali ni.

Sedeh saya berganda, bila Mak saya sendiri pun sakit. bila saya call bagi tau tak jadi balik beraya di Segamat, mak kata tak apa, Mak sakit ada Ayah, apa2 ayah boleh tolong, tapi kalau Bapak sakit
tak ada anak lelakinya (MH) siapa nak tolong...
Terima kasih mak, sebab faham keadaan saya...

Tahun ni macam tahun yang sudah, keluarga MH buat korban.
Bezanya Bapak tak dapat bersama-sama anak cucu masa korban tu.
Saya pun tak tengok sebab korban di buat di Surau.

Ini pengalaman raya yang sedikit berbeza dengan raya-raya sebelumnya.
Malam raya sebelum balik KL, lepas solat isya' saya dan MH bertakbir.
Sayunya hati saya masa ni..sebak teringatkan Mak..sedeh tengok Bapak.
Tapi ini mungkin sebahagiaan yang dinamakan "pengorbanan"


*kalau Bapak sihat, nak ajak pergi kenduri rumah kakak ipar kat Pulau Pinang, sempena anak dia sunat...*











Friday 4 November 2011

Merah tu saya punya

Akhirnya dapat yang idam-idamkan ha..ha..
Buat penuh almari jer ek.. Tapi saya suka..suka sangat-sangat.
Mula mula nampak terus melonjak-lonjak perasaan ni, tapi Incik Hubby tak suka,
garang sangat katanya..sampai termimpi-mimpi tau saya..
Tapi kesedihan tu tak lama..sebab akhirnya Incik Hubby tak sanggup tengok miniknya berduka ekekkeee....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Dah selamat dirasmikan, memang best rasa relaks jer kaki pakai walaupun tinggi.
Rabu lepas singgah Jusco Tebrau, ada patern baru tapi warna sama.
Huisss..!! sekali try bestnya...lembut jer kat kaki...
Haruskah ku khabarkan berita gembira ini pada sang arjunaku..
huk..huk..


Percuma satu

Kulit saya agak sensitif dengan losyen, tak semua serasi. kalau terlalu banyak pewangi kulit saya sangat mudah kena ruam. Selain losyen Baby Johnson yang saya gunakan sejak saya mula kenal losyen, saya sangat teruja dengan losyen dari Body Shop ni.

Kebetulan hari tu Body Shop ada sales. Sesapa yang member sure dapat msg dari Body Shop. Dalam banyak-banyak losyen di Body Shop cuma ini yang sangat serasi dengan kulit saya.

Strawberry Body Butter dari Body Shop yang sangat dicintai ha..ha..

Beli satu percuma satu, sangat berbaloi


Program "Derma Darah" part 2

Lagi sekitar program Derma darah anjuran Grup Ukhwah di Pusat Darah negara pada 29hb oktober yang lepas

Dr cek tekanan darah sebelum menderma darah

me & Chenta

Seriousnya derang ni kat meja pendaftaran

penulis Salina IBrahim, lepas derma darah gembira dengan Cup cake yang ditaja he..he..

ha..ha.. pose dagu dimana-mana



Kak Khamisah, & the geng yang gembira lepas menderma 

Senarai peserta hari itu lebih 80 orang alhamdulillah.
kena berkempen lagi beri kesedaran kepada orang ramai tentang 
"Derma Darah"

Untuk mereka yang dah berjaya menderma

Penulis Norhayati Berahim & peminatnya yang menderma darah

kecil-kecil cili padi. Sungguh pun kecil tetap menderma

Ha..ha.. ini dapat dari pasaran gelap, saya tak boleh menderma hari tu.
Insyallah selepas Aidil Adha akan menderma

Suasana di bilik menderma darah

kak Mas yang takut-takut pun dapat menderma, tahniah.


lagi sebahagian darah yang dapat disumbangkan

kami semua dari "GRUP UKHWAH"

Uncle ni datang menderma kali ke 100, dia nampak sihat, kagum sangat.

memberi cenderahati kepada petugas PDN pada hari itu
Terima kasih warga PDN yang banyak membantu "Grup Ukhwah" 
pada hari itu.

Sesiapa yang ingin menderma darah, amat digalakan. Kalau di KL boleh ke Pusat Darah negara atau dimana-mana hospital yang terdekat, dan di luar KL juga boleh datang dimana-mana Hospital terdekat.
Sumbangan anda amat bermakna bagi yang memerlukan.