Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 23 December 2011

Kelantan


Dari Jeli ke Grik
Ni masa perjalanan balik

Cantik sangat pemandangan dari Jeli ke Grik ni

Jeli waktu petang, sayang tak ada chalet kat sini

Tak ingat apa nama kampung ni, tapi dekat sangat dengan Thailand, seberang sungai tu jer

Rantau Panjang, pergi dah petang.
Balik tengok pengantin terus ke sini, lebih kurang 40 minit jer dari Tanah Merah

Malam ke 3, stay Tanah Merah balik, Jebak Inn
 
Sedap, walaupun tak boleh lawan buatan Trengganu

Nasi kerabu Jeli & mee goreng basah memang superb

Ni masa breakfast kat Tanah Merah, Nasi kerabu ayam MH punya nasi kerabu Daging goreng kunyit saya punya

Rantau Panjang
 
Patung Budha, alamk tak ingatlah kampung ni apa nama dia
he..he..

Dalam kawasan ni ada perkampungan siam

Seronok menyusur perkampungan yang bersempadankan Thailand ni

Gambar atas: Tengah tunggu bakal pengantin lelaki nak ke rumah bakal pengantin perempuan
Bawah: Guest house ni besar & cantik sungguh, keluarga pengantin lelaki duduk sini

Pasar siti Khadijah, ikutkan nak sangat borong sayur-sayur kampung yang segar-segar tu, tapi sebabkan malam tu juga kena gerak ke JB tengok jer lah sayur-sayur yang menggoda tu..
  
Lagi perjalanan dari Jeli ke Grik

Tugu peringatan untuk mereka yang terkorban semasa pembikinan jalan di zaman darurat dulu
terletak di antara Jeli - Grik

Tasik Banding, Insyallah nak sangat bercuti kat sini

Laksam Pasar Siti Khadijah & ice cream Baba Rantau Panjang. Terbaik..!!!

pasar Siti Khadijah, saya suka tempat ni

Ingat tak oren tu dulu-dulu kita panggil oren bodoh...



Saya beli cendawan kukur, teringat masa kecik-kecik dulu, kalau ada pokok getah tumbang saya
akan kutip cendawan ni, sedap sangat masak tumis pedas

Petai..ha..ha..sejak reti makan petai..kalau nampak memang nak beli

bulat-bulat petai dia


tak payah ke Bandung nak cari telekung, kat pasar Siti Khadijah cantik-cantik setanding Bandung. Murah pun murah

Saya tak beli pun, tengok jer sutera ni, sebab saya rasa kualiti sutera Trengganu lagi bagus.

Ini antara Gambar-gambar saya masa di Kelantan, tak ikut turutan, main upload jer ha..ha..
Serius saya nak datang lagi. Saya jatuh cinta dengan Kelantan he..he..






Wednesday 14 December 2011

Kelantan

Bulan lepas saya berpeluang ke Negeri Cik Siti Wan kembang, teruja sangat-sangat.
Ini kali pertama saya kesana, kebetulan seorang sahabat saya Yusuf dan Zurina akan melansungkan pernikahan di Tanah Merah. Segala apa yang saya fikirkan tentang "Kelantan" jauh berbeza dengan apa yang saya sendiri nampak dan lalui selama 4 hari 3 malam.
Eeii...memang seronok pengalaman kali ni. rasa tak nak balik pun ada he..he..
Saya kesana melalui KL-Kuala Lipis - Gua Musang dan terus ke Tanah Merah.

Malam pertama kami bermalam di Tanah Merah, keesokan harinya selepas majlis bersanding selesai saya terus ke Rantau Panjang. Nak juga tahu kehebatan rantau Panjang macam yang di ceritakan orang selalu ke "Kelantan" ni. Kalau sesapa yang gilakan barangan Correle, corning ware ker.. bolehlah kesini.
Periuk, belanga, baju-baju dan tudung bawal dijual sangat murah disini.

Malam kedua kami bermalam di Ridel Hotel, Kota Bahru. Berhadapan dengan Sungai "Kelantan".
Saya sangat sukakan Trengganu, tapi bila saya ke "Kelantan" saya terus jatuh cinta dengan "kelantan"
Suasananya, makannanya, persekitarannya... semualah tentang Kelantan saya suka sangat.
Saya sempat singgah di Pasar Siti Khadijah. Telekung, dan pelbagai jenis makanan sangat banyak dijual disini.
Selain tu, pelbagai jenis sayuran kampung yang jarang saya lihat di tempat saya.
kalau nak tengok wanita berniaga singgahlah Pasar Siti Khadijah jika anda ke "Kelantan"
Dari pasar Siti Khadijah saya terus ke Pengkalan Kubur. Jujurnya saya tak minat sangat kesini berbanding Rantau Panjang yang saya pergi kelmarin. Rasanya tak sampai 45 minit disini saya dah bergerak ke tempat lain.
Tak tau kenapa saya tak suka, lain orang lain pendapatnya kan...
Saya dan suami terus menyusur perkampungan yang mana dibelakangnya adalah Sungai Golok.
Mula-mula rasa pelik bila tengok askar kita banyak di sepanjang perkampungan ni..
Rupanya mereka menjaga keselamatan perkampungan yang berhampiran dengan Sungai Golok Ni.
Saya teruja, teringat cerita seorang sahabat saya yang dia melalui perkampungan Tak bai dan Pattani.
Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang pengembaraannya.
Tapi Chenta hati saya tak berani memandangkan kawasan tersebut sangat "panas" dengan keganasan.

Dari Rantau Panjang saya ke Jeli, sepatutnya kami bermalam di Jeli, dan keesokan harinya kami akan melalui perjalanan Jeli-Grik. Rupanya pekan Jeli kecil jer dan hotel budgetnya pula penuh.
kami berpatah balik ker Tanah Merah, cuma 40km dari jeli.
Saya tak rasa bosan dan penat, tapi seronok dan teruja.

Dari Tanah Merah saya terus ke Grik, Subhanallah...hanya itu yang mampu saya katakan.
Sangat-sangat menarik perjalanan kami dari Tanah Merah ke Grik ni. Walaupun kiri kanan kami cuma hutan tapi pemandangannya sangat cantik.
Syukur allhamdulillah saya berpeluang menyaksikan keindahan ciptaan Allah.
Sebelum sampai KL, kami singgah di Kuala Kangsar makan tengahari dan solat.
Masjid Ubudiah dan laksa kuala menjadi terget kami hari itu.

Sebenarnya kami agak tergesa-gesa pulang ke KL, memandangkan hari itu juga kami akan ke JB.
Chenta hati ada job disana.
Sampai KL magrib, dan selepas isya' kami meneruskan perjalanan ke Johor.

Serba sedikit cerita saya di Kelantan. Semasa saya menaip entry ni hati saya dipanggil-panggil untuk kesana lagi. Saya rindu nasi kerabu yang sedap dimana-mana kedai yang saya singgah, saya rindu Pasar Khadijah yang mana peniaga-peniaga disitu sangat ramah dan manis-manis, saya rindu setiap masjid yang saya singgah untuk solat, saya rindu aiskrim baba di Rantau Panjang. Segala-galanya tentang Kelantan saya sangat rindukan. Kalau sebelum ni Trengganu menjadi destinasi yang paling saya suka dan sepanjang tahun kami akan ke Trengganu lebih dari 3x rasanya "Kelantan" akan mengambil alih destinasi yang saya suka he..he..

Gambar saya akan letak dientry lain..




Tuesday 13 December 2011

Roti kentang resepi Google

Terajin nak buat roti walaupun makannya tak seberapa ha..ha..
Resepi saya google kat Dapur Tanpa Sempadan a.k.a Che Mat Gebu jer.
Senang & gebus sangat..


Baca yasin dan solat hajat

Grup Ukhwah berpakat akan mengadakan bacaan yasin pada setiap bulan. 1 Muharam 1433 yang lalu rumah saya menjadi rumah pertama diadakan baca yasin dan solat hajat untuk sahabat kami  "Yazrina"
Majlis dimulakan dengan solat magrib secara berjemaah, baca yasin, solat hajat dan Isya' juga berjemaah.
Allhamdulillah...
Saya menjemput kakak- kakak ipar dan beberapa orang kenalan. 
Memandangkan rumah yang saya sewa sekarang ni agak terhad, jadi tidak ramai yang dapat dijemput.
Insyallah tahun hadapan rumah baru kami siap, saya akan menjemput lebih ramai.
Seronok bila dapat berukhwah sesekali begini.
Saya menyediakan nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, Muffin pisang dan cheese cake. Sahabat-sahabat saya yang lain membawa pelbagai menu dan juadah, yang paling laris spagethi meat ball dari kak
 Norhayati Berahim.
Malam tu memang murahlah dengan pelbagai kuih muih..
Allhamdulillah rezeki kami semua..
















Tuesday 6 December 2011

Cik Baba punya eskrim

Sedap, lepas beli sekali terus beli kali kedua, RM 2 jer untuk isi yang sebanyak tu.
Memang berbaloi..tetiba terliur ingat eskrim Baba ni ha..ha..
Ni masa pergi Rantau Panjang haritu. Kalau teringat rasa nak pergi balik hari jer..
Sedapnya...nyum..nyum..



Saturday 3 December 2011

....



"hentikan tangisanmu Ratna...kerna tangisanmu bisa merobek hati sang arjuna..."

Thursday 1 December 2011

JOHOR PREMIUM OUTLET

Woooo hooo... !!! Grand Opening 11 Dec 2011 nanti.
Macam-macam International brand ada. Tak sabar nak balik JB nak pergi JPO ni.
Banyak brand favorite saya ada kat sini. Rambang mata & poket ni.he..he..
Coach, Charles & keith, Skechers, Timberland, GAP  & Armani ni antara brand paling saya suka sekarang.
Brand-brand ni belum ada lagi kat JB so far yang saya tau. Kecuali Timberland ada kat Jusco Tebrau.
Bestnya orang-orang JB nak shooping brand-brand ni semer tak yah gi Singapore
atau KL lagi lagi. Nun kat Senai sana dah boleh dapat.
Yang bekas orang JB ni pun sama tak sabarnya ha..ha....
dengar-dengar grand opening nanti ada sale sampai 65%. Jom..jom.. Orang JB kita serbu JPO ni.
*sambil mata kelip-kelip kat MH* hi..hi...

Klik sini & Sini kalau nak tahu lebih detail




Thursday 24 November 2011

Kasihan mereka

Tadi sedang saya mengintai-ngintai blog teman-teman, saya terbaca blog saudari Mazidul dengan entry terbarunya.. awalnya memang terasa geram dengan kebencian rakyat Indonesia pada malaysia.
Tetapi bila dia menceritakan tentang kegigihan seorang anak berusia 10 tahun yang mencari rezeki dengan mengilatkan kasut, luluh hati saya. Sedeh, kerana saya punya adik yang hampir sebaya dengan budak yang diceritakan Saudari Mazidul tadi.  Baca sini Bersama Mazidul

Teringat semasa saya bercuti di Bandung tahun lepas. Di beg galas saya sentiasa tersedia syiling dan wang kertas Rupiah seribu dan 10 ribu untuk anak-anak gelandangan yang saya jumpa.
Di Cheamplas kawasan kedai-kedai disana tidak membenarkan ngamen (pemuzik jalanan) atau pengemis masuk di premis mereka. Sedang saya makan saya terpandang seorang anak yang memimpin bapanya yang buta.
Tekak saya jadi kering dan kaku rasanya melihat pasangan anak dan bapa itu. saya memanggil mereka di meja saya kerana waktu itu hujan sangat lebat. " tidak bisa masuk" jawapnya.
Walaupun dia cuma pengemis tapi masih tahu undang-undang yang dikenakan di premis tersebut.
Di Jalan Dagor saya didatangi anak-anak yang menjual surat khabar, 
"koran bak.."
"sudah beli" jawap saya. Pihak hotel tempat saya menginap menyediakan surat khabar.
Tapi tangan saya menghulur wang buat mereka.
"terima kasih mbak..terima kasih.." ucapan itu beberapa kali diucapkan.
Sedeh...sangat sedeh...tapi disana pemandangan itu biasa.
Saya juga ditegur dengan teman saya yang berasal dari Makassar, katanya...
"kalau kakak asyik mikirin anak-anak itu bila masa kakak mahu shopping..."
saya tiada jawapan untuk itu.. tapi saya tidak boleh melepaskan anak-anak atau mereka yang mengemis begitu saja. saya percaya mereka tidak berkehendakkan keadaan mereka yang begitu, meminta-minta demi sesuap nasi. Dan saya juga percaya tidak jadi miskin jika kita bersedekah... Insyallah

Wednesday 23 November 2011

Cheese cake lagi

Buat untuk adik saya yang sangat gilakan cheese cake ni.
MH suka yang oreo, tapi adik saya suka yang ada filling atas dia.
So ini dia cheese cake versi saya ha..ha..
Ini kes malas nak buat dua versi, buat sekali jalan  jer..

Separuh saya letak oreo, separuh lagi saya biarkan kosong
(tak berapa suka masukan oreo yang hancur dalam cheese cake)

Cheese cake oreo

Cheese cake lagi

Oreo & Blueberry cheesecake


Bahan-bahan A
  • 30 keping oreo (buang cream dan dikisar halus) - saya beli oreo yang siap kisar 
  • 75gm butter di cairkan
Bahan-bahan B:
  • 450gm creeme cheese -lembutkan pada suhu bilik
  • 115gm gula halus (saya letak 100gm jer)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 115 sour cream - saya gunakan yogurt asli
  • 2 biji telur gred A
Cara-cara:
  • Untuk base - Gaulkan bahan A sampai sebati dan ratakan dalam loyang (sekiranya tidak menggunakan loyang non stick sapukan dengan sedikit butter dan gunakan kertas minyak sebagai alas dan memudahkan cheese cake dikelurkan dari loyang)

  • Pukul cream cheese, gula, esen vanila dengan kelajuan sederhana sehingga sebati
  • Masukan sour cream/yogurt dan pukul lagi hingga sebati
  • Masukan telur satu persatu dan pukul lagi 
  • Setelah sebati tuang kedalam loyang dan bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan kek tadi kedalam loyang lain yang lebih besar  dan diisi air)
  • Bakar selama 45 minit 
  • Sejukan sebelum disimpan dalam peti sejuk selama 4 jam
  • Untuk mendapat potongan yang cantik rendam pisau dalam air panas sebelum digunakan memotong cheese cake




Lepat ubi

Lepat ubi, satu antara kuih tradisional yang sangat saya suka.
lagi-lagi lepat ubi buatan nenek saya erm...sedapnya bila teringat.

Ini kali pertama saya buat lepat ubi. Ubi dari kampung, ayah tanam.
Menjadi jugalah 1st time buat he..he..



Bahan-bahan:

  • Ubi -diparut
  • Gula merah direbus dengan sedikit air (agak-agak manisnya)
  • Secubit garam
  • Daun pisang Untuk membungkus lepat ubi
Cara-cara:
  • Ubi yang sudah diparut di campurkan dengan gula merah yang sudah direbus tadi.
  • Masukan sekali garam
  • Gaul hingga rata 
  • Bungkus dalam daun pisang
  • Kukus selama 40 minit
  • siap untuk dimakan

Tuesday 22 November 2011

Selamat pengantin baru

Selamat Pengantin baru buat seorang teman saya Zurina & Yusoff pada 11.11.2011 yang lalu.
Kami (saya dan suami) doakan semoga pasangan ini bahagia hingga  keakhir hayat.
Mudah-mudahan dikurniakan anak-anak yang Soleh dan Solehah, amin...

Majlis mereka Di Tanah Merah kelantan
Jom cuci mata tengok gambar pengantin



















Sekali lagi kami doakan semoga pasangan ini bahagia keakhir hayat amin..amin..