Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday 31 May 2013

Family day


Family Day Juahir Hoding kembali lagi.

Tahun ni bermula dari 1hb June 2013 dengan bekumpul seluruh anak cucu.
Dengan majlis doa selamat pada malamnya.

2hb June 2013 baru sukaneka antara anak cucu diadakan.

Tak sabar sebab memang best macam thun lepas he..he..

Memandangkan tahun ni saya dan suami AJK hadiah,
maka dengan gigihnya kami mencari, membalut dan mengasing-asingkan hadiah mengikut kategori dan jenis sukan.

Tahun ni juga keluarga Juahir mendapat kerjasama dari UITM yang mana seramai 30 pelajarnya terlibat dalam Sukaneka untuk projek akhir tahun mereka.
Wahhh..!! mesti lagi meriahkan..

Yeahhh..!! Exclusive for Juahir Holding

Senarai pasukan dah pun dibahagi-bahagikan.
Tahun ni saya dapat sama kumpulan dengan Encik Suami yea...yea...!!!



Antara hadiah sukaneka untuk kanak-kanak



Dalam banyak-banyak design saya suka design T-Shirt yang ni

Ha..ha...  Ini Idea saya
Sapalah yang dapat kuali ni untuk cabutan bertuah ek..?

Ada lebih kurang 40 hadiah untuk cabutan bertuah.
Agak-agak tuan tanah dapat apa ya...?
Tak sabar nak tunggu Ahad ni he..he..

Paling Saya suka salah satu acaranya adalah bertukar-hadiah antara adik beradik.
hadiah diwajibkan bawah RM 10 sahaja.

P/S: Tahun lepas saya dapat 1 hadiah aja.
No 2 bowling kelapa he..he..

Juahir tu nama bapa mertua saya






Thursday 30 May 2013

Again...


365 hari lagi..
Kita bersama..
Dalam tawa ada duka..
Dalam senyum ada tangis..
Kita tetap bersama..

Love puts the fun in together,
 the sad in apart, 
and the joy in a heart...

Saat Ijab & Qabul
Mudah-mudahan Allah mendengar doa setiap doa kita..
Amin...amin....

Ni gambar gedik malam tadi... saja pakai Inai he..he..









Wednesday 29 May 2013

WW


Botol baru buka..
baru 2x pakai
pecah..
aduh sayangnya...

Speechless..

Miracle water - Nature Republic
Bagus sangat untuk kulit.
Jadiakn kulit kita lebih fresh.
Saya beli berbotol-botol waktu ke Korea dulu.
Murah & kualiti setanding dengan jenama SK** 










Sunday 26 May 2013

Buku


Sedeh tak dapat pergi Pesta Buku Antarabangsa 2013 
Selama ni tak pernah 'miss' pun ke PBAKL ni
Dah ada beberapa senarai buku yang nak dibeli kononnya.
Faktor harga yang murah antara sebab kenapa saya rasa frust sangat tak dapat ke PBAKL

Bukan di PBAKL tapi di Popular Ikano minggu lepas.
Ada beberapa buku lagi yang saya target nak beli.
Pilot cafe tu saya ada versi asal hadiah dari penulisnya sendiri Zuraidah Othman
Yang ni versi filem.. tu yang tebal dari original.
Cuma nama penulis gandingan dengan Ahadiat Akashah, Zuraida Othman tak ada dalam reprint kali ni.

2 buku dah habis.
Sekarang tengah baca buku Melur Jelita tu.
(ha..ha.. orang lain dah habis saya masih terhegeh-hegeh)

Bulan depan ada beberapa buku yang saya nak beli.

Baca Novel rasa diri ni remaja jer...
ha..ha...sila abaikan statement meloya ni...!!


*Jangan lupa Pesta Buku Selangor yang akan diadakan di SACC Mall Shah Alam
pada 24hb Mei 2013 hingga 3hb June 2013*




Saturday 25 May 2013

Sup tulang

Sup Tulang taman Seri Bahagia Tampoi.
Setakat ni, ini yang paling best dan terbaik.

Kedai depan shell sebelum sampai traffic light kalau dari Plaza Angsana.
Ada beberapa kedai kat situ tapi ini yang terbaik.

Straw tu untuk sedut isi dalam tulang tu
Sllrruuppppp...!!!! perghhh..

Langsai..
Suami tak makan isinya semua dia bagi pada saya.

Saya tengah cari sup tulang yang paling sedap kat KL.
 5 tahun duduk Kl tak jumpa lagi mana yang sedap...



Friday 24 May 2013

Seoul Garden


Makan dengan kak Suzie masa suami kerja kat JB baru-baru ni.
JB ada dua tempat KSL & City Square.
Saya pilih City Square dekat dengan hotel tempat saya menginap he..he..
Kak Suzi bawak anak-anak dia so meriah sikit waktu makan.

Kami pergi weekday 

Ini harga untuk Lunch:

Dewasa RM 27.99 ++
Kanak-kanak RM 13.99 ++ 
(Masa ni anak No 2 Kak  Suzi tak kena charge, umur 4 tahun)
Pelajar ada 20% diskaun (bawak kad pelajar kalau sekolah lagi bawah I/C atau Mykids)
Warga emas RM 21.99 ++

Peace..!!
Budak kecik ni masuk free

Gigih kak Suzie nak upload dalam pesbuk ekekekeee.....

Nyum...nyum... ni lepas tukar tunku.
Gasak makan sampai fengsan 

segan-segan dengan scandal baru ahahhaa...!!
Ni anak kak Suzie yang sulung baru 12 tahun hi..hi..

Kambing yang dimarinated dengan coffee pilihan saya.
Memang sedap.
Tak ambil gambar food sangat, segan pulak nak ambik gambar kali ni 

Kak Suzie dengan anak bujangnya

Lepas makan pusing-pusing City Square sekejap.
Seterusnya ke Stulang Laut lamanya saya tak datang sini..

Seoul garden (klik sini) untuk selanjutnya






Grand Lexis



Short vacation last week, Singkat tapi menarik.
Saya tak malu mengaku,
 kali ni saya memang excited sangat-sangat  he..he..


Ini yang buatkan saya excited. private pool dalam bilik.
Suka hati nak terjun bila & nak pakai apa.
Memang best & sangat-sangat teruja.
Maklumlah saya segan nak mandi kat public
Segan nak berbasah-basah depan orang he..he..

Balik dinner saya terjun pool lagi.
Bila hujan saya mengalah.
Dalam excited saya takut-takut juga.
Takut athma saya datang. (saya tak bawak satu pun ubat athma )

Penginapan kami Water Chalet
kalau laut tu biru...mesti lagi cantik sangat kan.


Bilik air dia besar. tapi bilik mandi dia kecik aja.
Ada conecting terus ke pool
(abaikan towel tu sebab dah check out masa ni)

Dari bilik boleh nampak air bawah Chalet.
Tapi saya rasa seriau.. saya tutup dengan sejadah yang kami bawa.
he..he..

(pinjam pic pakcik google)
Ini bilik kami kelmarin. Antara bilik yang saya suka sangat.
Teringat bilik kat Majestic hotel Bandung masa datang pertama kali dulu..
tapi kat Bandung tu tak ada pool lah.

Ni chalet atas darat tapi still ada private pool

Public pool pun ada

Tuan tanah tayang muka ekkeeee...

Grand Lexis Port Dickson (klik sini) untuk info selanjutnya


























Thursday 23 May 2013

Bergedil kentang



Antara favorite saya dan suami.
Tak semestinya makan dengan soto, kalau masak sup pun saya buat bergedil.
Bergedil saya tak ada ayam atau daging.
Saya suka yang asli
He..he.. selera masing-masing..boleh ikut kehendak sendiri

Ni bergedil versi saya

Bahan-bahan:

- kentang 3 biji (dapat dalam 10-12 biji)
- daun sup
- bawang goreng
- ketumbar (dikisar jangan terlalu halus)
- sedikit lada sulah (kalau tak nak pun tak apa)
- sedikit garam
- telur (untuk mengoreng bergedil)

Cara-cara:

- Ketang di rebus sehingga empuk 
- angkat dan toskan sebelum dilecek halus
- campurkan garam dan lada sulah
- setelah sebati dan cukup perisa, masukan bawang goreng dan daun sup
- bulat-bulankan dan bentukan kecil-kecil
-celupkan dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas
- bila sudah kekuning-kuningan angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba





Wednesday 22 May 2013

2 kilo minyak


7000 botol diperlukan sebelum 12 Julai 2013.

Kalau ada yang nak menderma minyak masak sangat dialu-alukan.

Derma 2kg Minyak masak  untuk 1 keluarga

Sila hubungi No 03-8926 3434
atau 

hantarkan di Islamic Relief  Malaysia

atau

atau boleh hubungi saya di balqis6370@yahoo.com


Biar gambar yang cerita



Sebelum

Sedang

Selepas

Ha..ha.. nilah penangan whats app.. gigih ber whats app akhirnya...

Sambung gelak lagi..ha...ha...

* untuk pengetahuan semua ni currypuff ni saya buat sendiri hi..hi..*

Tuesday 21 May 2013

Jualan Amal


Jualan Amal bulan March yang lepas di Rumah Suci Rohani Bandar Utama
untuk mengumpul dana.
Rumah Suci Rohani bukan hanya anak-anak yatim tetapi terdapat asnaf juga disini.

Program bermula jam 10 pagi - 3 petang

Walaupun Jualan Amal dijalankan dikawasan perumahan Allhamdulillah
sambutan sangat menggalakan.

Anak-anak kasih sayang dari Rumah Suci Rohani
Sebenarnya anak lelaki ditempatkan di Subang Murni, Di Bandar Utama pula khas untuk anak-anak perempuan

Saya diberi penghormatan menyampaikan hadiah pada anak-anak yang menang dalam acara yang disediakan

 
Aktiviti Jualan Amal di Rumah Suci Rohani



Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyampaikan sumbangan boleh hubungi:

 En. Khalid Mohamad 013-2394239
Email: sucirohani2010@gmail.com

Atau 
Boleh terus masukan sumbangan anda di akaun Maybank
569 954 000 873 atas nama Pusat Jagaan Suci Rohani

Kalau sumbangan nak saya sampaikan pun boleh juga tak ada masalah.
emailkan ke balqis6370@yahoo.com

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang tak putus-putus membantu.
Semoga dikurniakan rezeki yang lebih banyak amin..amin...


Semoga kita digolongkan dalam golongan yang tidak kedekut dengan rezeki yang kita ada.

Monday 20 May 2013

Lung infection

Seperti biasa entry terperam disebabkan kemalasan Tuan tanah.
He..he...

Raya ke 3 tahun lepas.
Lepas 2x nebuliser tak jalan pagi-pagi raya ke 3 decide ke Hospital.

Suami bawa ke Putra Specialist Batu Pahat.
(Turn beraya kampung sayatahun ni)
sampai Hospital DR cek.. terus kena tahan.
Keadaan saya dah teruk masa tu.

1 jam pertama sangat menyeksakan.
DR masukan ubat (tak ingat apa nama ubat tu) kena habiskan dalam masa
45 minit menggunakan mesin. 
Masa proses kemasukkan ubat tu sakit seluruh badan.. 
sakit sangat-sangat.
Panas..panas sangat..
aircond masa tu tak mampu nak bantu..
rasa bilik tu panas sangat.. padahal aircond buka..
kipas pun saya suruh suami buka.
Tak membantu lansung.
DR memang ada pesan ubat ni panas & agak menyakitkan.

5 hari saya beraya di Hospital.
DR nak pastikan saya betul-betul sihat masa keluar.

Sejak pindah KL ni kali 2 saya masuk Hospital.
Tahun 2009 saya pulun tapai pulut tak hengat..
sudahnya..
Tengah malam saya ke emergency Damansara Specialist 
Menyusahkan suami aja saya ni hi..hi..

Kesian tangan saya. Lama parut tu nak hilang..










Allhamdulillah


Allhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Rezeki dari Allah buat kami.
Rezeki saya menjadi isteri seorang suami.
Terima kasih Ya Habibi..
Sentiasa memberi yang terbaik buat saya.
Memberi saya ruang untuk memilih.
Terima kasih...
Terima kasih Chenta...

Dah setahun lebih siap sepenuhnya.
Cuma kami belum pindah.
baru packing sikit-sikit.

* tiap-tiap kali balik sini saya ada masalah dengan line internet & line talifon*
(dah biasa line internet laju jadi ada demand sikit hi..hi..)

Cepatlah ramai orang.. 
Cepatlah kontraktor tak keluar masuk..
Cepatlah Unifi sampai kawasan ni..
Cepatlah jiran-jiran saya pindah
Maka....
Cepatlah juga saya pindah..

*kenapalah kawasan ni jauh..nak ke Ikea jauh.. 1 Utama jauh.. The curve jauh.. sob..sob..
macam tak berapa best  aja tempat ni compare dengan tempat sekarang.. Dulu suami berkali-kali tanya betul ke pilihan saya ni.. Saya yakin sebab suka tgk design rumah ni pertama kali...  :(  *






Saturday 18 May 2013

Kembali normal



Akhirnya Mr Silver kembali normal. 
Rasa lama sangat nak balik ker normal sebelum ni.
Ya lah nak order barang.. tunggu barang sampai lagi..
Bila barang sampai suami busy pulak ke JB.
lambatnya rasa nak masuk bengkel.
Lepas election baru dapat hantar Mr Silver, 2 hari juga kat bengkel.
Kesana kemarilah kami dengan Mr Black yang banyak berjasa tu.
Rasa Mr Black sangat comel masa ni he..he..

And Now..
Mr Silver dah kembali ke normal
Lega sangat Allhamdulillah. 
Lepas ni tak nak lagi cakap yang buat Mr silver tersinggung
he..he..

Lepas minta tayar baru...badan dia terluka.
teruk juga lukanya..
Tapi...
Sekarang...!! dah kembali Normal.
makin cun pulak Si Silver ni ahahahaa..!!

Ini yang disebut-sebut sampai Mr Silver merajuk ha..ha...
*Idaman saya bukan idaman Incik Suami..*




Cheese tart blueberry

Tiap kali saya buat Cheese tart saya suka ikut
  Resepi Cheese Tart ini
Beberapa kali saya buat tak pernah menghampakan.
Sedap & mudah

Buat untuk kenduri anak saudara belah suami baru-baru ni.

Sedap he..he.
(bagi can puji diri sendiri ek...)

Resepi:

Bahan-bahan untuk doh

- 170gm majerin atau butter (saya guna butter)
- 50gm gula icing (selalunya saya kurangkan jadi 40gm)
- 1 biji telur gred C
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Tepung gandum
- Acuan tart

Cara-cara:

- pukul majerin/butter menggunakan senduk kayu atau spatula
- Masukan telur dan esen vanila & kacau lagi
- masukan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut
(kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh)
- simpan dalam peti ais semalama untuk mendapatkan doh yang baik 
(saya tak simpan..lepas uli terus cetak atas acuan)
- bakar pada suu 170'c dalam 20-25 minit
(bergantung pada oven masing-masing)
- bila siap dibakar keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk.
(saya selalu buat dalam kuantiti yang banyak sebab crust/shell ni boleh tahan lama)

Cheese cream:
- 25 gm cream cheese 
(keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan )
- 50 gm gula kastor/halus
- 1 biji telur saiz B
-1/2 sudu teh esen vanilla atau esen lemon

cara-cara:

- Putar cream cheese dan gula hingga sebati
- Masukan telur dan esen vanila 
- Putar lagi hingga berkrim

* dengan menggunakan piping beg, pancitkan filling yang kita suka strawbery, blueberry atau apa aja didalam crust/shell yang benar-benar sejuk tadi.
Kemudian isikan cheese cream didalam piping beg ( untuk memudahkan dan tak comot) dan pancitkan keatas crust/shell yang telah siap diisi dengan filling tadi.
kemudian lukislah mengikut creativiti masing-masing.
Bakar dengan suhu  170'c 5-10 minit, sentuh dengan hujung jari. jika tidak melekat mananya sudah masak.

Untuk resepi lebih detail boleh singgah di blog
 Resepi Cheese Tart






Friday 17 May 2013

Muhasabah diri

Salam Jumaat
Peringatan untuk diri sendiri.


Kesal dengan segelintir manusia yang sangat hipokrit.
Katanya selalu melunakkan kita dengan kebaikkan.

Tapi...
Hakikatnya..
Rahsia kita dijaja satu teman ke satu teman yang lain.
Aib kita dipersembahkan satu persatu kepada umum.
Yang tiada diada-adakan.
Kalau sudah tahu hebatnya dosa memfitnah..
Kenapa mesti memfitnah..?
Apa perlunya hebahan pada teman-teman lain tentang sesuatu yang tak pasti..?
Seronok agaknya..

Seronokkah kita bila orang tak akan maafkan kita..?

Bila orang tak maafkan kita jangan salahkan orang.
Mereka ada hak untuk memaafkan atau tidak.

Selalunya.. tak perlu tunggu hingga hari pengadilan.
Sebab bila kita nak pergi beribadat di Tanah Suci 
 baru kita kesal apa yang pernah lakukan.
baru kita cari orang yang pernah kita umpat keji & fitnah.
Itulah resam dunia.

Bila kita minta ampun dengan Allah atas dosa-dosa kita
memadai kita berbisik-bisik waktu berdoa..
waktu mohon keampunan..
Antara kita dengan Allah sahaja yang tahu apa yang kita mohonkan...

Tetapi..
Dosa kita dengan saudara kita yang lain..
Fitnah kita pada saudara kita..
Umpat keji kita pada orang lain..
Kita perlu beritahu pada tuan punya badan.
Kalau dia tak maafkan sanggupkah kita pikul dosa kita hingga ke hari pengadilan nanti..

Subhanallah...

Biarlah orang tak tahu kebaikkan kita tapi Allah maha mengetahui.
dari..
Sibuk mencanang kebaikkan diri sendiri hakikatnya..
Allah maha mengetahui..










Thursday 16 May 2013

Kek pisang

Pisang dari Mak Mertua.
Saya tak suka makan pisang mentah.
Google punya google nampak resepi dari 

Serius memang sedap & mudah sangat.
Terima kasih CMG share resepi Kek Pisang yang superb sedap ni.
Buat minum petang dengan teh o panas memang best.

Gambar tak ler sesuperb Blog CMG tu
tapi rasanya tetap superb he..he..
bukan ku yang puji tapi incik husband ku yang cakap sedap..

Rsepi boleh google di Kek Pisang - Dapur Tanpa Sempadan

Selamat mencuba..!!







Earth Hour

Earth Hour yang lepas
Entry terperam namanya ha..ha..

Before & After Earth Hour
Tahun lepas tak ingat celebrate kat mana
Saja suka-suka he..he..