Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday, 16 April 2012

Bergedel Cheese

Haritu jalan-jalan kat FB Bicara Kak Noor nampak Kak Noor buat bergedel salut breads crumbs.
Nampak sedap & crunchies jer.
Teringin pulak nak menerai bergedel breads crumbs ni.
Cuba letak cheese sekali.
Hasilnya...
Sedap & rangup sangat kalau makan masa panas.
makan gitu jer pun sedap tau, tak payah tunggu soto atau yang sewaktu dengannya
he..he...Tapi ni bukanlah menu hari ni, sebab harini Tuan Tanah gantung periuk lagi.

(waktu entry ni publish Tuan Tanah dah pun keluar tu yang gantung periuk)







Bahan-bahan (untuk 2 orang):

- Kentang 3 biji (saya rebus sebab tak nak berminyak sangat) * 
   ( rebus & lenyek sampai halus)
- Garam secukup rasa *
- Ketumbar 3 sudu kecil ( di blender - tak nak pun tak apa tapi saya suka) *
- Bawang goreng ikut suka nak letak banyak mana *
- Sedikit lada sulah *
- Daun sup (letak daun parsley yang kering tu pun boleh) *
- Breads crumbs secukupnya
- Cheese
- Telur 

Cara-caranya:

- Gaul semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk.
   (gaul sampai mesra)
- Ambil sedikit (ikut nak besar mana) kentang yang sudah di gaul mesra dan bentukan bulat,
  letak sedikit cheese dan bentukan menjadi sedikit leper.
- Kemudian masukan dalam telur dan gaulkan dengan bread crumbs tadi.
- Goreng dengan api perlahan sehingga kekuning-kuningan.
- Buat sehingga habis dan hidangkan...

Senangkan...
Selamat mencuba kawan-kawan





8 comments:

dapurCikWan said...

walawey! sana sini cheese ni...mau runtuh niat nak berpantang cheese2 ni... =)

menarik la begedil akak tu!!kak balqis kite guna cheese apa ye??

Bicara Kak Noor said...

hahaha gelak dulu ya Qis, makasih sudi try resepi akak tu,kat sini pun sejak dulu lama dah tak buat macam nak baut lagi je sbb budak suka snagat lah kalau bercheese2 macam tu..
terus tanya kat sini buku tu bila kuar Qis akak boking tau sain terus tau..

Balqis Nazid said...

Alamak cik wan tak ingatlah brand apa... Nanti balik saya cek brand apa...tapi beli kat giant jer...

Balqis Nazid said...

He..he... Kak noor letak cheese sedap rupanya.. Nanti try tayang tau... Buku insya'allah pesta buku baru ada... Dah ada saya bg tau a kak...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghhhhhhhhhhhh nak sikittttttttttt

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Balqish... aduhai tengok cheese yang tercekah macam nak capai masuk mulut sekarang jugak! ni akak dah nganga dah ni.... hehhehee

izahdaut said...

mak aiii tengok yang bertali2 cheese memang menggoda ai tauuu. hehee

munna said...

tergoda melihatnya... lagi2 tgk cheese tu...