Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 17 April 2012

Bawal goreng Cili

Tahun lepas dalam perjalanan ke Kelantan saya singgah makan di Gua Musang.
Makan ayam dara dengan sambal yang sangat sedap.
Ingat balik dari Kelantan nak singgah lagi, tapi kami balik KL lalu Jeli-Grik.
Tak sampai hajat nak makan ayam dara dengan sambal yang sedap tu
Balik KL terasa-rasa sedapnya.

Buka-buka esbok tak ada apa sangat, maklumlah tuan tanah selalu gantung peyok.
Ikan ni pun nasib-nasib jer.
So gunakan jerlah apa yang ada dalam esbok tu.
Kira bolehlah ek..
Sebenarnya resepi tu saya main agak-agak jer apa yang dia bubuh dalam tu.
Hentam keromo jer...
Ha..ha.. kan Tuan Tanah selalu buat resepi suka hati.


Bahan-bahan:
  • Ikan - Dibersihkan gaul sedikit garam dan kunyit
  • Cili api - ikutlah nak pedas mana *
  • 1 inci halia *
  • Bawang putih 6 ulas *
  • asam keping 
  • Garam secukup rasa 
  • Sesedap rasa secukup rasa (saya tak pakai ajinomoto)
  • sedikit gula (saya guna gula kabung)
  • Sedikit kismis
  • Daun sup 
  • Sebatang serai (diketuk)

Cara-caranya:
  • Ikan yang sudah dilumur garam dan kunyit digoreng garing.
  • (angkat dan tepikan)
  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * (saya suka kisar sedikit kasar) dan tumis dengan sedikit minyak. 
  • Tumis sehingga naik bau, (saya masukan sedikit air) sesudah bahan tumisan mesra masukan garam, sesedap rasa dan gula
  • Masukan serai serta asam keping.
  • Kemudian masukan kismis, bila kismis kembang dan rasa sudah cukup angkat dan tuangkan atas ikan tadi.
  • Potongkan daun sup dan tabur diatasnya.

       Makan dengan nasi panas memang terangkat he..he..

Kali kedua buat baru dapat rasa yang lebih kurang sama macam
yang saya makan kat Gua Musang tu
Makan dengan nasi panas-panas, ulam daun janggus.
Er..darling panggil pun tak dengar ha..ha..


       



1 comment:

Bicara Kak Noor said...

salam Qis, aduiii awal nya dah masak adik akak ni mesti ada darling lah tu yg rajin2kan diri ni kan heheee sedapppppp tu nampaknya