Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Thursday, 28 April 2011

Sedeh dalam gembira.

 Hari ni khamis, macam -macam perasaan dalam wujud dalam diri ni.
Suka, sedeh, gembira, rindu dan paling tak tertahan rasa sayu sangat.
Sayu...esok malam dah pulangkan Adib semula. Kalau boleh nak lagi berlama-lama dengan dia, dan kalau bisa aku hentikan masa tanpa berputar rasanya dah lama aku buat since aku ambik dia last week tu.
Tapi dalam masa yang sama aku nak cepat minggu ni berlalu, rindu sangat pada Chenta hati.
Ini antara detik paling sukar aku rasakan.
Selalunya jauh-jauh macamana sekalipun sekerap mungkin we all akan bertukar-tukar SMS atau Chenta hati akan call aku. Kali ni sunyi jer, aku pun tak adalah nak usung bery ni kemana-mana.
Kalau tak memang sentiasa dalam poket ha..ha..

Pagi tadi bangun jer tidur Adib minta aku baringkan atas dada aku. macam selalu aku buat kalau dia ngantuk.
Dia cakap muah..muah..maksudnya dia nak cium muka kita.
Masa ni tak terkata apa..cuma sebak sangat. manja dia menjadi-jadi kalau dia tahu esok dia nak balik.
Biasa dia tak kisah pun kalau aku kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju. Kali ni bila dia tak nampak je bayang aku terus dia jerit  "ma....!!!!"
Nampak jer aku terus kejar, terus muah..muah...
Ya allah...kuatkanlah perasaan aku , sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang akan terjadi antara kami

Dua lelaki yang buat hari-hari aku gembira, walaupun Adib datang dan pergi tapi dia berjaya buka pintu hati chenta hati aku, Adib juga dah ubah persepsi Chenta, sekarang chenta rasa seronoknya ada anak, rasa seronoknya bermain dengan anak, seronoknya bila tengok anak tidur dengan kenyang, seronok tengok anak tersenyum...erm...seronokkan yang ...

Doa dan harapan aku jauh mana pun aku pergi aku harap Adib tetap dalam hati aku, dan selama manapun kami terpisah kasih sayang aku dan Chenta tetap mengalir dalam rindunya..

Pertama kali bawa Adib ke klinik.
Demam, nebuliser untuk athma sekali
masa ni Adib baru 5 bulan

Dengan kak Wawa, bangun tidur lepas muah..muah terus masuk bilik kak Wawa
Cari Kak Wawa, dia ingat kak Wawa menyorok padahal orang tu ke sekolah.
Bila balik jer wawa ketawa besar dia.

Ha..ha..macam gedik sikit gambar ni, tak tau apa ditengoknya kat lappy atuk dengan kak wawa

Adib selagi kak wawa ada selagi tulah berkepit jer

Baru bangun tidur, syusu..syusu..

Dialah Chenta hati saya, mudah-mudahan kita dipertemukan dijannah nanti.
Woman was made from the rib of man
She was not created from his head to top him
Not for his feet to be stepped upon
She was made from his side to be close to him
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be love by him.....



Pelangi Petang By Sudirman Hj Arshad
Seolah0olah luahan hati aku untuk Adib, bila dengar lagu ni sayu sangat..
Adib..satu hari nanti kalau Adib pergi dari kami, aunty kena reda. Mungkin sampai sini jodoh kita
Tapi sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui yang kami sangat sayang kan Adib..






9 comments:

Unknown said...

Qis ...amiklah dia jd sebahagian dr hidup ko.....kesian aku tgk budak tu.....ko dgn dia kan saling memerlukan....

Balqis Nazid said...

Julie, pernah cuba nak amik. Tapi derang tak bagi.
Maybe sebab adib jer sorang nak yatim kat situ jadi derang rasa sayang nak bagi orang...
kalau boleh ambik memang dah lama ambik....

munna said...

ooo...cubalah lagi Balqis mana tahu terbuka hati diaorg nak bagi Adib sebagai peneman Balqis

Azah Adawiah said...

huhuhu..sebak nye bace.. :'(

Azah Adawiah said...

sedih nye bace :'(

Balqis Nazid said...

Muna...pengasuh dia yang jaga dia sejak umur dia sehari pun susah nak lepaskan dia..saya dah cuba minta banyak ali, tapi memang derang tak bagi, baru-baru ni saya ada bergurau nak buatkan dia paspot pun dia tak bagi takut saya bawa lari katanya...
Tapi esok2 tak tahulah kalau adib ni nak ikut saya sendiri...

Balqis Nazid said...

Adha....bik lagi sedeh tau...
Esok dia dah nak balik....
:((

rafshila said...

sedih kan ita bila tgk muka budak2 ni.... tambah2 dia dah rasa sayang n close ngn family ita.... namun bersyukur sbb hati nazid dah terbuka.... tak macam kita kenal dulu.... shila doakan ada rezeki yg cepat utk ita.... shila tau satu klinik kat sini yg boleh menolong kalau ita nak cuba cz shila dulu pun p klinik tu masa usaha nak dapatkan hazim n hazmi... mana tau rezeki ita akan dtg nanti... AMIn.

Balqis Nazid said...

Shiela....Memang rasa sedeh, tambah2 dia ni manja sangat bila tau dia nak balik..lain macam padahal dia ni berdikari..
Macam yang shile tau dulu kan plannya memang tahun 2011 baru nak ada anak..so tgh kerja keras lah ni ha..ha...
Ada pergi kat Damansara Specialist...tgh tunggu...kat mana shila kloinik tu...mana tau serasi kan...balik Jb boleh singgah