Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 24 July 2012

Nikmat bersedekah

Daripada Abu Hurairahra, berkata.

Aku dengar Rasulullah saw bersabda
"jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir"

Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan tuhan dan sedekah sedekah terang-terangan itu penghadang neraka
(Al-hadith)

Bersedekahlah kamu keatas dirimu, dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air. Kalau tiada kemampuan, bacalah satu ayat kitab allah,
kalau tidak tahu membacanya,maka berdoalah kamu kepada mereka minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka.

Janganlah kamu menghinakan berbuat kebajikan walau sedikit sekalipun,
bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah akan sedekah. 
Apabila datang peminta sedekah kepada mu jangan ditolak dengan jahat, walaupun sedikit.
Berbahasalah dengan manis muka, jangan mencaci, jangan menengking kepada peminta sedekah,
kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar daripada pahala sedekahmu itu,
separuh daripada hartamu.

Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang datang kepadamu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmat rezeki kepadamu.

Barang siapa menegking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat nanti (Al-hadith)

Kata Ulamak, Sedekah itu 10 kepujian,

5 didunia
  •  mencuci hartanya
  • mencucikan badannya
  • menolak baladan penyakit
  • mengembirakan orang miskin dan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
  • berkat hartanya dan Allah luaskan pintu rezekinya
5 diakhirat
  • Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  • Ringan hisabnya
  • Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  • Mudah melalui titian siratal-Mustaqim
  • Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan




7 comments:

bicara mak dara said...

sedekah adalah amalan yg mulia ;)

Ibu Ammar said...

semoga amal sedekah memberi manfaat kpd diri dan org yg kita sedekah.

Nely's Kitchen said...

salam Balqis..Salam perkenalan dr sy. Tq sudi singgah ke dapur sy ye. Btw..Selamat berpuasa N selamat menyambut ramadan al-mubarak buat balqis n famili..

Nely's Kitchen said...

Salam perkenalan dari sy. Tq sudi singgah ke dapur sy ye. Btw..Selamat menjalani ibadah puasa buat Balqis n famili.

Balqis Nazid said...

Mak Dara, sangat mulia...:)

Balqis Nazid said...

nursarah, amin..amin...pahalanya kekal sampai kiamat Insyallah

Balqis Nazid said...

Lyza, salam perkenalan juga dan salam ramadan....

Thanks juga sudi singgah blog kecik kita...