Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Friday, 13 July 2012

Ala Pizza Ekspres Tart


Skodeng dapur Dapur Kak Noor 

Nampak resepi ni
Tetiba rasa terliur..rasa rangup-rangup kulit popia tu.
Tambah-tambah pulak dengan cheesenya ya allah rasa nak buat la ni juga ha..ha..

2 minggu lepas baru dapat buat resepi ni.
Memang sedap selain senang sangat.
Tapi inti dalam tu saya ubah suai ikut apa yang ada dalam dapur saya.
Kalau tak nak daging boleh tukarkan kepada ayam.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia saya guna saiz paling kecil
  • Daging / ayam kisar
  • Bawang besar 3 labu * dipotong dadu
  • Bawang putih 3 ulas  *diketuk
  • Lobak * disagat halus
  • Satu sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk oregano *hujung sudu kecil sahaja
  • Black paper *ikut nak pedas mana
  • Daun parsley kering
  • Cheese *saya guna dua jenis Mozarella & Cheddar
  • Sedikit minyak bijan untuk menumis


Cara-caranya:
  • Potong kulit popia ikut acuan tart yang ada, saya potong 4 dan tepikan
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang di,ketuk tadi
  • Bila layu dan naik bau masukan daging kisar dan gaul hingga rata.
  • Masukan lobak dan sos tiram
  • Masukan oreganu sedikit (hujung sudu kecil jer)
  • Masukan black paper dan gaul rata tunggu hingga masak.
  • Matikan api dan tunggu sehingga sejuk
* bahan diatas saya tak gunakan garam sebab masin akan datang dari cheese dan sos tiram

Letakan kulit popia dalam acuan tart.
Letaklah ikut kreativiti masing-masing, kemudian letakan inti yang sudah dimasak tadi didalam acuan
yang sudah diletakan kulit popia tadi.
Letak juga cheese dan akhir sekali taburkan daun parsley kering keatasnya

 Piza ekspress tart sebelum dibakar
Bakar 180'c selama 20 -25 minit




Selepas di bakar
Memang sedap dan rangup..
Thanks Kak Noor yang sudi kongsi resepi ni.












4 comments:

Unknown said...

salamQis cayang..
thanks sudi cuba resepi akak yg simple dimple tu,nabil sbeenarnya yg request dulu tu,katanya mama lama dah tak buat Phylo tart tu,cari2 ada kulit popia terus je buat sbb simple sangat mudah buat dan cepat jugak ngap kan heeee

munna said...

sedapnya nampak....aduhai terliur pulak tgk

Balqis Nazid said...

kak Noor, salam sayang sangat buat kak Noor. resepi simple dah berulang kali buat kak... memang sedap, senang pun senang, paling senang nak ngap lah, makan masa panas rangup jer...

Balqis Nazid said...

Muna, memang wallah ni.. cuba lah he..he..