Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mak tersayang Hajah Saminah dan Mak Mertua tercinta
Hajan Senah.
Dua-dua istimewa bagi aku.
Mak..walaupun tak ada anugerah yang tercatat, tapi jasa-jasa Mak tak terbalas dengan apa yang aku bagi selama ni. Susah senang dan dalam kepayahan mak membesarkan aku dan adik-adik sangat aku hargai.
Saat-saat kemiskinan dan kesusahan satu masa dulu mak tabah dihina dan di kata.
Mak, siapa pun tak akan dapat mengantikan tempat Mak.
Doa Mak yang mengiringi kebahagiaan aku saat ni. Nasihat Mak yang masih jadi rujukan waktu ni.
Mak, doakan kami anak-anak mak tak pernah putus untuk Mak..
Mak mertua...
Terima Kasih menerima aku sebagai menantu dalam keluarga yang terhormat ni.
Terima kasih mak yang tak terhingga kerana memberikan aku sesuatu yang sangat mak sayang.
Kerana doa dan keredaan mak aku bahagia dengan orang yang aku sayang saat ni.
Kerana Mak juga aku dihargai sebagai wanita.
Mak..janji aku akan jadi isteri yang solehah untuk anak Mak.
Mak..doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah nanti Mak..
Mak..doa untuk Mak tiada penghujungnya...

Selamat Hari Ibu juga buat semua adik-adik aku, kakak-kaka ipar aku, kawan-kawan juga teman-teman yang bergelar Ibu...
Al-Fatihah untuk Ibu-Ibu kita, mudahan-mudahan pahala Fatihah kita sampai buat Ibu-Ibu tersayang...
Amin...

Hajah Senah & Hajah Saminah



6 comments:

Far8 budak baik said...

selamat hari ibu...
tuk ibu2 dah bakal2 ibu =)

suria lekatlekit said...

doa & restu ibu penentu kejayaan kita.. selamat hari ibu

munna said...

selamt hari ibu...

semoga balqis juga di beri peluang menjadi ibu suatu hari nanti

Balqis Nazid said...

far8, terima kasih doakan saya jadi ibu juga satu hari nanti ya...

Balqis Nazid said...

The Lekat lekit..betul tanpa doa Ibu kita tak kemana.. berkat doa ibulah apa yang kita ada sekarang Amin..

Balqis Nazid said...

Munna, terima kasih atas doanya...
Amin....