Tak perlu kaya raya untuk kita bersedekah, tak perlu harta membukit baru kita nak membantu.
Tak perlu juga emas membukit baru kita nak berkongsi apa yang kita ada pada mereka yang kurang berkemampuan.
Bersedekah juga tidak perlu sampai membebankan diri kita,
seadanya dengan kemampuan kita.
Kalau tidak mampu dengan harta,
bersedekah buku-buku yang boleh dimanfaatkan juga akan berkekalan
amalan kita sehingga kita mati.
Apa sahaja yang mendatangkan manfaat dan kebaikan dikira sedekah dan amalan itu
akan membantu kita diakhirat kelak.
RM 10 mungkin nilainya sangat kecil, tapi jika 10 orang atau 20 orang yang
memberi RM 10 nilai itu akan bertambah banyak dan jika 100 orang yang bersedakah
RM 10 seorang, tentu berganda-ganda nilainya nak dibandingkan
dengan RM 10 yang kita beri tadi kan.
Dengan adanya laman sosial seperti twitter dan facebook mudah untuk kita mengajak
sahabat-sahabat kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan bantuan.
Rangkaian laman sosial sangat membantu dalam keperluan seperti ini.
tetapi sesetengah mereka sangat mudah melabel orang berlagak bila mereka
buat status yang mengajak
sahabat-sahabat lain berbuat kebajikan.
Kalau kita tidak hebahkan bagaimana orang lain tahu dan mahu membantu..?
kalau kita tidak letak status di facebook atau twetter
bagaimana kita nak kita nak sebarkan untuk orang lain tahu..?
Kalau yang RM 1 boleh menjadi RM 100 kenapa tidak kita mewar-warkan..?
Sombongkah orang-orang yang menulis status kerja-kerja kebajikan tu..?
Berlagakkah mereka-mereka yang mengajak sahabat-sahabat lain membantu mereka yang
perlukan bantuan ini...?
Kenapa perlu ada kata-kata..
"baru buat amal sikit dah canang satu dunia..."
ataupun
"berlagak sangat baru tolong orang sikit"
tak pun
"sibuk nak tolong orang, padahal keluarga sendiri susah"
Kenapa ya senang-senang nak dapat dosa free,
sedangkan dengan menyebarkan dan berkongsi status tadi juga
kita dapat pahala.
Lebih suka dapat dosa agaknya dari pahala.
Mudahnya lidah kita menjatuhkan hukum kepada mereka yang ingin berbuat kebaikan.
Kalau kita tidak mahu membantu jangan senang-senang jatuhkan hukum
hingga boleh menyebabkan fitnah,
kalau kita tidak mahu saham akhirat jangan memperlecehkan mereka yang mahu membantu.
Kalau hati kita tidak ingin membantu mereka dengan kewangan tolong doakan misi mereka berjaya.
Berapa pun yang kita bantu, itulah kemampuan kita.
Tak semestinya kita susah, keluarga kita susah kita tidak boleh berbuat kebaikan
dan membantu orang lain.
Kenapa mesti kita tunggu duit bertimbun baru nak membantu.
Kalau kita cuma punya sebatang mancis, tetapi dengan sebatang mancis itulah yang
menghidupkan sepuluh batang lilin
tidakkah kita sedar yang itu juga dikira sedekah.
Apatah lagi lilin tadi digunakan semasa surau atau masjid yang terputus bekalan elekktrik
Besar sangat konsep bersedekah ni kalau kita nak bincangkan.
Sampaikan senyum juga dikira sedekah.
Jangan terlalu mudah mengata takut-takut insan-insan inilah yang akan membantu kita satu hari nanti
Kita tak tahu esok lusa nasib kita macamana.
Kalau bukan kita mungkin anak kita..mungkin cucu kita..
siapa tahukan..
Kalau bukan wang yang kita perlukan, mungkin kita perlukan orang yang akan mengangkat jenazah kita untuk keliang lahat.
Sebab jenazah kita tak akan bergolek sendiri masuk liang lahat.
Fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment