Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday, 28 June 2011

Jiran

Tak tahulah korang pernah ada problem dengan jiran atau tak.
Walaupun cuma jiran tapi inilah saudara yang paling dekat dengan kita.
Memuliakan jiran pun satu ibadah juga.

Sejak hari pertama aku duduk kawasan ni aku agak kurang berkenan  dengan satu jiran ni.
Memang dia bukan satu level dengan aku, dan aku pun tak pasti dia ni duduk level berapa.
(tak minat nak tau)
Sikap pentingkan diri sendiri jiran ni buat jiran-jiran lain kurang selesa.
Haishh... menyampah tapi selalu buat ignore jelah.

Tau lah bila duduk Apartment/kondo masing-masing ada satu parking kereta. Kawasan aku ni pulak
parking sangat limited. Visitor park cuma ada 7, memang tak cukuplah secara logiknya.
So bila tak dapat parking kenalah parking kat luar lepas tu sila panjat tangga untuk naik kawasan ni ya.
(Kawasan aku atas bukit)
Parking untuk penghuni satu rumah satu park. Ada lebih kurang 20 parking untuk disewa RM 90/sebulan.
Itupun dibuat secara undian untuk lebih bersifat adil.
Kalau tak nak sewa parking boleh duduk kan kereta tu kat luar pagar ya.
Tapi sijiran aku yang ada 2 kereta ni dah buat semua orang bengang.
Ada 2 kereta, tapi tak nak sewa parking. Mesti nak taukan mana sijiran ni campak kereta 1 lagi tu.
Site tong sampah yang ada dia anjakan ke tepi, ada ruang sikit, situlah dia selit kereta dia.
Bila kereta sijiran ni tak ada, ramailah kereta yang nak selit sama..
Amboi...bila orang ambik parking dia bukan main dia hon tak hengat..
Eiii..!!! bayar tak nak tapi suka hati nak park kat mana-mana. Kalau tak ada yang turun dia jiran ni akan block kereta tu. Bengang kan...
Sekarang aku suka sangat sebab tempat tu dah diwartakan kawasan clamping.. yeayyy...!!! tak kiralah mana punya kereta kalau parking sana memang dapat warning letter.
Sekarang dia akan parkingkan kereta dia mana ada kosong..
Sangat suka hati mak bapak sedara dia hoccay..

Yang ni masih jiran yang sama. Ini sangat buat aku hangin satu badan tak ingat punya.
Law apartment/kondo memang tak boleh bela haiwan. Kalau nak berladang ke nak menternak ke sila cari kawasan yang sesuai ok.. bukan kawasan yang tak sesuai macam ni.
Tapi jiran ni dah ternak kucing  kat sini daa.... bukan sekor, bukan dua ekor, bukan 3 ekor tapi berekor-ekor. kalau duduk dalam rumah diam-diam oklah, tak susahkan orang lain ni berkeliaran sana sini.
Yang sakit hati dia akan masuk dalam balcony depan rumah. terpaksalah aku dan jiran-jiran pasang jeriji yang lebih halus untuk elakan mahluk ni masuk. kalau dia masuk..lepas tu melingkar kat tempat kasut aku tinggalkan bulu, tinggalkan bau. tak suka...tak suka..
Itu oklah lagi. Yang paling marah bila kucing-kucing tu bersepah-sepah tinggalkan najis.
kadang-kadang tepi rumah aku, kadang-kadang kawasan tangga. Kadang-kadang depan rumah jiran aku.
Ya allah, masa  ni rasa darah naik kepala. Yang bestnya tuan kucing tu buat dek.. jer kalau lalu tempat kucing-kucing tu melepaskan najis.
Tak ada pun kata maaf, jauh sekali nak bersihkan. kalau korang...korang marah tak...???
Aku memanglah hangin.. tapi aku tak hangin kat jiran tu..aku meroyan kat Office JMB.
Minta kerjasama JMb uruskan. Tak kan korang tak bela kucing tapi korang kena buang najis-najis tu semua kan..bukan sekali tapi berkali-kali. Yang bela pun ada juga geli dengan najisnya lagi aku yang memang geli dengan kucing ni. haissshhh....

Kenapa aku tak nak bincang dengan jiran..?? mesti korang tertanya-tanya kan..
Sebabnya aku pernah nampak jiran ni mengaruk dengan jiran aku yang lain, puncanya aku tak tau.
Masa tu aku tengah nak magrib, bayangkan magrib-magrib jiran tu pergi meroyan.
Yang aku dengar bila anak dia suruh dia cool & dengar apa yang nak jiran sorang lagi tu bagi tau.
Memang satu tamanlah dengar suara dia mengamuk-ngamuk. Yang malunya jiran-jiran bangsa C**a
tengok geleng kepala, ntah apa dia meroyan magrib-magrib tu aku pun tak tau.
Tu lah sebab napa aku tak bincang. Orang macam tu memang tak nak mengalah dan tak nak dengar pendapat orang lain.

Yang alhamdulillahnya jiran-jiran aku yang lain bangsa C**a lebih cool. Lebih menghargai semangat kejiranan. Hidup berjiran memang kena jaga adab berjiran.
Lagi-lagi kalau duduk kawasan macam aku ni (apartment/kondo)
Jangan pentingkan diri sendiri. Esok-esok kalau suah ntah-ntah jiran ni lah yang akan tolong.

Minta-mintalah Allah berikan aku kesabaran lagi sebelum aku pindah.
Mudah-mudahan juga jiran aku ni di berikan hidayah Amin..amin...






8 comments:

shila said...

shila pun sama lah ita... jiran sblh... masa ita wat facial dulu rumah tu kosong... bkn setakat kucing2 dia jer... anak2 dia pun sama.. pernah skali tu anak dia sdg mkn biskut, baki biskut tu dia colek kat taik kucing n baling kat hazim... depan mak nyer... tapi jenis jiran tak der perasaan... mak nyer wat dek jer... pernah juga anak dia kencing kan anak2 jiran yg lain n kete jiran, pun mak nyer tak kisah... memang tahan sabar jer lah... harap2 cepat lah rumah shila siap... tak sabar nak pindah tau...huhu

munna said...

mmg susah klu dpt jiran mcm tu kan .... klu munna pun diam je ..malas nak bertekak dgn org mcm tu...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

hidup berjiran kalau takde hormat hak orang lain memang susah. kebetulan saya pun ada buat entri pasal jiran ni.. kekekeke

Balqis Nazid said...

Shila: Alamak ya ker shila..
Maknya tak ada perasaan ker.. geramkan tengok budak macam tu.
Eeeiii...!! rasa nak ketil jer..
umur berapa budak tu.
Haisshh..boleh ya mak dia buat derk jer..
Tu lah Kan shila dah bagi tau Nazid awal2 nak buat tembok antara rumah dengan jiran.. siap awal2 esok2 taknak lah gaduh sebab kucing ker.. sebab anak ker kan...
Kalau jiran oklah.. kalau yang jenis macam ni..memang makan hati

Balqis Nazid said...

Munna: Malas tu bukan bererti kita kalah kan.. sebab kalau ada otak memang tak buat macam tu..
Kalau rasa nak pentingkan diri sendiri bukan kat kawasan macam ni...
sakit betul hati..

Balqis Nazid said...

The lekat...Dah baca pasal entry lekat ahahaa..tu lagi satu macam mental jer.. siap nak berteman bagai..
huk aloh...
serammmm...

shila said...

Ita >> mak dia memang tak pantau lah anak dia tu... mak nyer kat dalam, biar lah anak dia merayau kat luar sorang2... umur adik 4thn, abgnya 8thn... ada sekali tu, shila baru balik sekolah... pastu dia leh tunjuk ngn bangga... "anak biawak" pastu abg p tengok... dua beradik tu tgh poton2 anak biawak tu... shila terus masuk... geli geleman lah... mak dia cam biasa kat dalam... nanti rumah dah siap wajib ada tembok pemisah... haha

Balqis Nazid said...

Shiela; aduh.. sengal betul ya maknya.. kerja ke tak..
makan hati betul dapat jiran macam ni.. menyumbang dosa kering jer kan hari2 nak maki2 kan..???

Buat tembok bukan nak x berjiran better awal2 siap2kan sebelum belakang hari asyik nak tension ngan jiran kan..
Kita naseb baik rumah corner, so jiran sebelah jer..
tapi sekarang jiran kiri dengan depan ni sangat cool walaupun bangsa cina...