Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Monday 13 June 2011

Terima Kasih

Terima kasih pada Majalah 3 yang keluarkan segmen Sejarah kampung Desa Temu Jodoh.
Terima kasih juga pada crew yang terlibat.
Walaupun singkat tapi puas hati. Kalau dapat segmen awal lagi bagus, 30 minit.
Akan lagi banyak info dan cerita dari mak-mak dan ayah-ayah kita orang.
Apapun terima kasih sekali lagi.

Lepas je rancangan ni habis aku sms crew yang terlibat untuk ucap terima kasih.
Dari pihak dia pun minta maaf  sebab interview dengan aku tu tak dapat dimasukan. Sebab tak cukup masa.
Ya lah kan beria aku kata aku nampak gugup bila di interview...
Pheww...tak keluar pun he..he.. tak apalah.
Ada hikmah sebab akan nampak aku lagi besar bila dalam TV nanti ha..ha..

He..he.. Apapun segmen mak dengan ayah tu sangat mencuit hati.
Untuk pengetahuan semua mak aku memang khawin muda masa umur dia 16 tahun.
Dan mereka juga bercinta selepas khawin.
Alhamdulillah walaupun banyak rintangan dan dugaan mereka sangat bahagia
Semoga berkekalan Mohd Sharkawi & Saminah sayuti
Amin....

Aku, mak, ayah, adik-adik dapat banyak sms pasal segmen ni.
Lagi-lagi ayah. Toplah sekejap.  He..he..


Desa Temu Jodoh, memang kebanggaan semua penduduknya.
Selain sejarah perkhawinan beramai-ramai.  kesenangan yang kami dapat hari ini adalah
keringat ayah-ayah kita orang dahulu. Perit jerih mereka membangunkan kampung ini
sangat-sangat dihargai. Susah payah mereka untuk generasi kami sangat kami hargai.
Apapun terima kasih sekali lagi pada semua yang terlibat.

Inilah pelamin untuk 24 pasang pengantin

Artikel ni keluar pada tahun 1977 di majalah apa ya...  .? Tak ingat. Lupa nak tanya Mak
Masih dalam simpanan mak

Dua dari kiri yang baju merah tu emak 

Pengantin lelaki sebelum nikah
No 2 dari kiri itu ayah s

34 tahun yang lepas

Selepas 34 thun 
Allhamdulillah

Sebelum majlis perkhawinan beramai-ramai

Ayah dengan cik kasmuni

Mak yang dukung adik no 2 aku dengan anak-anak angkat masa program 
anak angkat dari salah satu universiti kat malaysia ni










No comments: