Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Saturday 20 July 2013

Sehelai Baju Buat menyapu Siair Mata


Minggu lepas saya ditugaskan beli hampir 150 helai Baju kurung, baju melayu dan jubah hasil dari sumbangan sahabat-sahabat dan badan koperat.
Baju-baju ini untuk diagihkan di pusat Tahfiz dan asnaf dari sekolah Chukai Trengganu.

Kebetulan saya nak balik kampung suami.
Jadi kami pekat untuk beli baju-baju ni Sungai Besar.
Selain harga yang jauh lebih murah kualiti kainnya sangat puas hati.

Kedai pertama yang kami masuk Arked Man untuk mencari 30 jubah.
Allhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Saiz, warna dan hatga sangat berpaptutan.


Lepas beberapa kedai kami survey akhirnya saya memilih kedai ni untuk baju melayu lelaki.
Lupa nama kedai ni apa.
Tapi harga yang diberi sangat berpatutan dan sangat-sangat murah selain kualitinya yang sangat bagus

Kami berurusan dengan Zila.
Senang nak minta tawar bila kami kata untuk anak-anak yatim dan asnaf

Kedai untuk baju kurung.
Auntie ni siap bagi free baju dan keronsang.
Katanya dia juga setiap tahun bagi baju raya buat anak-anak yatim sekitar Sabak bernam.



Nama, umur dan saiz baju kami perolehi sebelum baju-baju dibeli.

Siap lipat dan masukkan dalam plastik

Sebahagian Jubah yang siap di bungkus

Baju melayu untuk anak-anak lelaki


Bila siap bungkus semua baju-baju ni, sampai depan pintu bilik air saya susun ikut nama dan sekolah

Siap di bungkus dan di tag nama

Jubah untuk anak-anak tahfiz
Nama dan saiz bahu kami tagkan untuk memudahkan semasa pengagihan nanti

Bermula dari pukul 11 pagi sampai 6.30 petang operasi mencari baju dan jubah.
ada beberapa nama yang kami tak sempat nak cari sebab dah dekat waktu berbuka

Baju anak-anak perempuan


Allhamdulillah selesai.

Semasa entry ni publish saya dalam perjalanan ke Chukai Trengganu 
untuk pengagihan baju raya kepada anak-anak disana
Semoga Allah permudahkan urusan saya dan teman-teman.

Kepada sesiapa yang nak menderma sehelai baju baru sangat dialu-alukan
Hubungi saya di balqis6370@yahoo.com

kepada yang dah menyumbang hanya Allah sahaja yang membalas jasa-jasa kalian.
Amin...amin....









2 comments:

Umm AA said...

alhamdulillah balqis...
sukanya tgk pakaian yg dibeli & bakal diagihkan kpd mrk2 semua semua..mudah2 dpt menceriakan anak2 yatim n tahfiz dihari raya nanti..
may Allah bless for those who put such a wonderful effort..

Balqis Nazid said...

Terima kasih atas doanya UA..
semoga kita semua dirahmati allah amin...amin....