Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Sunday, 14 July 2013

Cerita Ramadan


Hari ni dah hari ke 5 puasa.
Allhamdulillah dapat rasa kedatangan bulan Ramadan lagi.
Semoga Allah permudahkan Ramadan kita kali ini.
Lebih diberkati dan di rahmati 
Amin..amin...

Mesti meriahkan menu buka puasa kali ni.
Saya belum berkesempatan ke Bazar Ramadan.
Selalunya suami yang pergi dan saya cuma kirim aja he..he..
Tak berapa nak best bersesak-sesak kat Bazar Ramadan.
Takut tergelincir iman pun ya juga.
Ya lah kadang-kadang nafsu nak membeli tu lagi hebat dari nafsu makan.
Beli punya beli, bila buka makan kurma minum air dah kenyang.
Membazir pulak tak habis kan...

Inilah kuih yang mesti ada bila berbuka.
Hari lain makan kuih ni tak thrill sangat.
Tapi bulan puasa kalau makan kuih ni pergh..!! rasa sedap sangat.
Inilah yang saya kirim hari-hari dengan suami.
Mesti nak kedai yang sama.. kalau kedai lain kurang kick.

Hari pertama puasa gigih saya buat keria a.k.a kuih tayar ni.
Bagi jiran sikit walaupun buatnya tak sampai 12 ketul.
Keria ubi, ubi mak bawak dari kampung he..he..

Blackpepperr lamb chop versi saya.
Hari pertama juga

Pertama kali buat blackpepper sos.
Erm..boleh tahan sedap walaupun ada bahan yang kurang

Salad, sedap..saya suka sangat

Hari ke 2..ke 3.. saya masak lagi gigihkan ha..ha..
Walaupun lauk simple nak juga masak.
Tengoklah masuk minggu ke 2 nanti macamana mood rajin ke tak..
Bisanya makin hujung-hujung mood masak dah ke laut.

Lepas berbuka solat magrib terus rushing kemasjid "terawih"
Tahun ni Insyallah nak banyakkan terawih berjemaah di masjid.
Amin..amin..

Saya berterawih di Masjid Wilayah.
Bacaan imamnya sangat menusuk kalbu.







6 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

saya berbuka simple2 jer.. sepanjang puasa ni baru sekali kot x masak utk berbuka sebab tak sempat. bahan memasak tak sampai umah. jadi asben balik beli siap2 dari bazar.. selalunya bahan masak asben saya beli hari2.. petang dia balik sy masak ler.

Bicara Kak Noor said...

wah dah rajin kedapur dah ni
akak miss sekali je teraweh letih sngt sampai pengsan heee

Nor Azlina Yusof said...

Selamat berpuasa..u should masuk master chef la next season.
Saya temankan pg audition ya

Balqis Nazid said...

Mommy Lala...

masak then makan sendiri puasa ni memang puas hati sangat walaupun kadang2 masaknya beria2 tapi tak habis hik...hik..

Balqis Nazid said...

Kak Noor bulan puasa selalunya rajin ha..ha...

Balqis Nazid said...

Awin...tak mo...tak mo..masak dalam tekanan nati kelaut takut...takut...ha..ha...