Selesai penyerahan baju raya untuk Sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman
pada 20hb July yang lepas.
Allhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan pergi balik kami.
Pukul 9 pagi seramai 10 orang dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu siair mata (SBBMSAM) memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chukai Trengganu.
Cuaca baik memudahkan lagi perjalanan kami.
Team SBBMSAM yang ke Pantai Timur
Bismillah.... semoga di permudahkan segala urusan
Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman.
Berusia 67 tahun & merupakan sekolah yang paling tua di kemaman
Setiap bungkusan baju ada nama dan saiz baju.
Susun ikut nama dan nombor untuk memudahkan semasa sesi penyampaian nanti
Selain anak mendapat sehelai baju, ibu juga menerima sepasang kain.
Terima kasih kepada pihak yang menyumbang kain.
Tepat jam 5 petang anak-anak dah berkumpul dengan mak masing-masing
Yang pakai baju sedondon ni dari Asrama anak Yatim yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chukai
Cikgu-cikgu memastikan tak ada satu nama pun yang tercicir
Salah seorang cikgu merangkap pengacara.
Ucapan dari wakil team SBBMSAM
Guru besar Sekolah kebangsaan Chukai
Seronok bila mereka gembira biarpun cuma sehelai baju
Masa ni Puan Sophea dah pun turun pentas untuk menyampaikan kain pasang kepada nenek ni.
Tapi Nenek ni tetap nak naik pentas untuk bertemu dengan kami dan memeluk kami semua biarpun dalam keadaan yang uzur.
Nenek ni ada masalah penglihatan.
Sedeh...sangat sedeh..
Kami semua yang ada diatas pentas sedikit emosional waktu ni.
Dia menjaga 9 orang cucu yang kematian ibu dan diabaikan bapa.
Salah seorang cucunya mendapat bantuan baju raya dari SBBMSAM,
semasa memeluk Puan Sophea dia berkata..
"sebab cucu nenek datang..sebab cucu nenek datang"
berulang-ulang kali, sebaknya hati...
Saya tak pasti kenapa hanya seorang cucunya sahaja yang menerima bantuan baju.
Untuk pengetahuan semua, senarai nama penerima bantuan yang SBBMSAM terima adalah dari guru sekolah.
Mata anak ni bewarna hazel sangat menarik perhatian saya.
Sebak bila maknya memeluk saya dengan erat.
Cuma Allah yang tahu hati saya waktu ini.
Tiba-tiba saya menjadi emosional.
"saya darjah 4"
"saya darjah 5" comel anak ni
Senyum
Yeayy..!! saya ada baju raya
Saya ingat anak ni datang dengan kakaknya yang pakai tudung pink tu.
Rupanya tu mak dia.
Dia 3 beradik datang ambik bantuan baju raya
Mana tahu akan datang anak-anak nilah yang akan menyambung usaha murni SBBMSAM dan kembali kesekolah ini.
Excited 2 anak ni nak mencuba baju baru
Comelkan anak syurga ni.
Dia puasa katanya... tapi boleh minum air he..he..
Kesian anak ni.
Nama yang kami dapat dalam list perempuan .
Mestilah baju kurung kan.
Bila sebut nama yang datang lelaki.
Kelam kabut sekejap. Mujur SBBMSAM pasntas bertindak
Tapi yang bestnya anak ni cool jer.
Auntie Sophea sedang memberi keronsang pada anak-anak perempuan
Selain baju raya.
keronsang untuk anak perempuan, butang baju melayu untuk anak lelaki,
kain pasang untuk ibu kepada anak-anak yang menerima bantuan,
duit raya mereka juga mendapat sehelai telekung.
Allhamdulillah misi selesai
Puan Sophea sedang diinterview RTM dan Akhbar harian sinar
Salah seorang anak team SBBMSAM menyambut ulang tahun kelahiran.
Kami menjemput sekali anak-anak yang lahir pada bulan July
Saya suka anak yang pakai baju orange tu.
Dia berani naik kepentas walaupun July bukan bulan kelahirannya.
Berkali-kali abang dan ibunya memanggil dia tetap tak mahu turun.
Mahu potong kek katanya.
Mungkin peluang sebegini jarang diperolehi.
Jadi hanya dengan keberanian dia memperolehi peluang tersebut.
Saya kagum dengan keberaniannya.
Uncle Amin & uncle Nazid nak bg KFC yeayy..!!
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang menyumbang KFC
Menunggu waktu berbuka.
Saya masih mencari-cari ibu-ibu yang membawa anak kecil 2 tahun ke bawah untuk diberikan baju raya.
Nenek ni masih terharu.
Ya Allah permudahkanlah rezeki yang halal untuk mereka sekeluarga.
Semoga anak syurga ni menjadi permata hati untuk mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti amin...amin...
Cikgu yang bahagi-bahagikan kek ni.
Tunggu azan berbuka
Tak pasti apa Auntie Zunnu buat dengan anak-anak ni he..he..
Ramai yang makan nasi.
Sementara KFC nak bawak balik katanya.
Mana yang ada adik-adik dirumah kami beri lebih dari sekotak.
Selesai berbuka masing-masing terus pulang
Kami antara yang terakhir meninggalkan sekolah selepas semuanya selesai.
Semasa melintasi dewan makan yang tadinya riuh dan ceria.
Hati saya jadi kosong. Sekosong dewan yang ditinggalkan.
Rasa rindu mengamit hati ini biarpun baru sebentar ditinggalkan.
Pilunya hati saya waktu melangakah meninggalkan sekolah ini.
Biarpun cuma sehelai baju dan sedikit sumbangan yang lain saya amat-amat berharap mereka gembira.
Semoga anak-anak syurga ini dipermudahkan duniawi dan ukhrawinya amin...amin..
Jika diizinkan Allah saya ingin kembali tahun hadapan kesini lagi.
Bertemu dengan anak-anak yang pastinya semakin dewasa.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang Baju, keronsang , duit raya, butang baju, telekung & kain untuk warga Chukai.
Semoga Allah memberikan rezeki yg lebih banyak buat mereka.
Insyallah..
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang sangat dialu-alukan.
hubungi saya di balqis6370@yahoo.com
3 comments:
semua berwajah ceria dpt baju raya
ada org penah cakap ngan saya, anak2 yatim yg duk rumah anak yatim lebih terjamin masa hadapan berbanding anak yatim yg dibela sedara mara.sy rasa ada benarnya
terharu sy membaca catatan ini balqis..usaha yg sungguh murni..sedih dan gembira melihat gelagat mereka..moga Allah permudahkan usaha2 begini..keep it up!
seikhlas hati semurni jiwa..semoga akan terus diberkati usha murni ini..syabas buat team SBBMSAM...
Post a Comment