Related Posts with Thumbnails

Thanks yang Jadi Followers blog Ni...

Tuesday 6 August 2013

SBBMSAM - Batu Pahat


28hbJulai 2013 kami meneruskan misi ke Parit Sulong, Batu Pahat Johor.
Kampung Pulai.
Saya dan Nazid menjadi wakil SBBMSAM untuk kali ini.
Sahabat-sahabat saya telah pun pulang ke Kuala Lumpur untuk program bersama anak-anak dari pusat Tahfiz di Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan oleh ustaz yang dijemput.
Kemudian ucapan dari wakil Jabatan Penerangan Johor, Ucapan Penghulu dan ucapan dari wakil team SBBMSAM oleh Encik Mohd Nazid.

Selesai ucapan sesi pengagihan sumbangan dilakukan.
Selain baju, beras, duit raya dan sedikit keperluan harian turut disumbangkan kepada penduduk kampung yang layak menerima.

Majlis diteruskan dengan berbuka puasa. 
Kami menjamah kuih muih dan kurma sebelum solat magrib berjemaah.
Selesai berjemaah kami dijamu dengan makanan berat.
Allhamdulillah rezeki kami bila ketua kampung Pulai membuat akikah untuk cucunya.
Sedap-sedap menu yang disediakan.

Banner yang menyambut kedatangan kami
Terima kasih penduduk Kg Pulai


Wakil SBBMSAM memberikan ucapan terima kasih kepada penduduk KG Pulai dan pihak-pihak yang terlibat.






Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saiz dan ukuran baju diberikan dari wakil kampung kepada kami.
Diluar dugaan kami jika baju tersebut besar.
Walau bagaimanapun, kami tetap membawa baju lebih untuk mereka sekiranya terbesar atau terkecil.

Ambik Aura kecantikkan Datuk "N"
Jujurnya dia memang sangat cantik selain brutal he..he..
Baju Biru Puan Amna, wakil Jabatan Penerangan Batu Pahat

Kami berpisah meja. 
Ni meja VVIP saya meja sebelahnya bersama 2 orang kakitangan Jabatan penerangan
Allhamdulillah kenyang & sedap-sedap lauk yang disediakan.

Terima kasih kepad Penyumbang yang menyumbang kepada penduduk Kampung Pulai, parit Sulong
Semoga rezeki yang kalian perolehi bertambah banyak dan melimpah ruah.
Amin...amin...











3 comments:

Umm AA said...

salam balqis,
alhamdulillah..semoga Allah memberkati usaha2 korang dan memudahkannnya..
selamat hari raya, maafzahir batin yer

JjJj said...

semoga murah rezeki kepada semua.
www.iklan-1m.com

Balqis Nazid said...

terima kasih UA.. Insyallah amin...amin...

JJ: amin..amin..