Lama tak update blog.
Selain kekangan masa, kesihatan saya tak berapa baik.
Mungkin letih agaknya.
Mudah-mudahan raya ni saya sihat.
Amin...amin...
27hb Julai 2013 SBBMSAM ke Kluang, Johor.
Seperti tahun lepas kami mendapat kerjasama dari Jabatan Penerangan Johor.
Selain anak yatim, ibu tunggal dan asnaf mendapat juga mendapat baju raya dari kami.
Sehelai baju buat menyapu siair mata atau Sehelaibaju.com sedia beraksi
Susun , ikut nama dan kumpulan masing-masing
Kami mendapat beg dari Penerangan, jadi kena susun dan pack semula dalam beg yang disediakan
Bab susun menyusun memang Nazid terror ha..ha..
Weng & Eja gigih menyusun
Ratu kotak kih...kih..
Baju raya untuk mereka
Ini dia beg yang ditaja Penerangan.
Yang telah siap dengan baju, dan cenderahati dari penerangan
Ibu tunggal
Saya suka gambar ni he..he.. tak pasti apa yang dibualkan oleh Puan Sophia adan makcik ni.
Yang pasti kedua-duanya nampak beria-ia
Puan Sophia ditemuramah oleh RTM
Salah seorang anak yang mendapat baju dari kami
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menyumbang
Saya mengagih-agihkan tudung yang disumbangkan oleh Puan Shida dari USJ,
Puan Zunnu pula mengagihkan butang baju dan keronsang pada anak-anak ini
Pada hariitu juga Asnaf menerima Voucher dari Econsave.
Terima kasih pada pihak Econsave kluang yang prihatin pada mereka yang kurang berkemampuan.
Ada yang minta untuk bagi abang atau adik
Sebelum berbuka puasa
Masing-masing tunggu waktu berbuka.
Eh...!! mana katering ni tak sampai lagi..
Neneknya menerima bantuan.
Comelkan..?
Bersama anak-anak yatim dari Kg Melayu Kluang.
Saya terlupa betul apa nama tempat anak-anak ni
Kami dari team SBBMSAM atau sehelaibaju.com
Team SBBMSAM bersama team Jabatan Penerangan Johor
Terima kasih daun keladi kepada Jabatan penerangan Negeri Johor yang memberi cenderahati kepada team SBBMSAM
Kepada semua yang menyumbang saya dan teman-teman sangat-sangat berterima kasih atas sumbangan dan sokongan sahabat-sahabat semua.
Semoga Allah memberikan lebih banyak rezeki lagi buat semua sahabat-sahabat amin...amin...
No comments:
Post a Comment